Tuesday 31 January 2012

pendedahan : edisi siasat II

KRONOLOGI SEDIH: Kita Semua Bersedih Dan Akur Dengan Keputusan Parti.
** Sebenarnya saya tidak mahu dedahkan tapi setelah memikirkan dan berbincang dengan ajk yang lain akhirnya kami menyiarkan pendirian kami.

Kronologi isu Dato' Hassan dan Ustaz Nasha:
  • 2004: Parasit mula berhijrah beramai-ramai ke dalam PAS dari PKR dan lain-lain.
  • PRU 12 2008: YB-YB parasit ramai yang memenangi kerusi pilihanraya dan berada di dalam perhubungan negeri seperti Perhubungan Selangor.
  • 21 November 2008: YB Khalid Samad dipecat dari TPJ II Selangor oleh Dr. Hassan Ali kerana beliau mengumpulkan Adun PAS secara senyap-senyap untuk memprotes Perhubungan Negeri Selangor.
  • 21 November 2008: YB Saari Sungib juga dipecat dari jawatan ketua Penerangan Negeri kerana terlibat sama dengan gerakan tersebut dengan menggunakan jentera IRC / JIM.
  • Jun 2011: Muktamar menyaksikan Parasti menguasai kerusi-kerusi di dalam Parti.
  • Julai 2011: Jawatan YB Dato' Dr. Hasan Ali selaku Pesuruhjaya Negeri digantikan dengan YB Dr. Rani.
  • Julai-Ogos: Saari dilantik semula ke jawatan Penerangan Selangor. Kerusi empuk Selangor mula dikuasai parasit.
  • November 2011: Nama-nama calon Kawasan mula dihantar kepada Negeri dan seterusnya ke Pusat.
  • Disember 2011: Sa­ari Sungip sebagai ketua penerangan Selangor mendedahkan melalui media-media UMNO bahawa Dr. Hassan Ali tidak cukup penca­lonan sebagai calon bagi mem­­per­tahan­­kan kerusi De­wan Un­dangan Negeri (Dun) Gom­bak Setia yang dimenanginya pada pilihan raya umum yang lepas. Walhal, nama calon-calon Selangor belum diputuskan oleh pucuk Pimpinan tertinggi sehingga ke hari ini.
  • Disember 2011: Dr. Hasan Ali melenting dan mula merasai PAS sudah hilang jatidiri apabila dikuasai oleh parasit-parasit. Beliau menggunakan media UMNO untuk buat statement balas. Saari dan Dr. Hassan masing-masing menggunakan media UMNO.
  • Disember 2011: YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden yang juga musuh parasit, memberikan respon kepada kenyataan media Saari. Beliau menyebut bahawa PAS sudah berubah kerana berlakunya lebih sudu dari kuah, iaitu merujuk keputusan calon sudah boleh diumumkan hanya oleh Penerangan Perhubungan Negeri, sedangkan keputusan muktamad ialah selepas diluluskan oleh Majlis Syura Ulama.
  • Disember 2011: Parasit dalaman mula menggunakan media parti, iaitu Harakah  untuk menghentam Ustaz Nasharudin dan Dr. Hasan Ali. Batu loncatan yang menjadi mangsa mereka ialah Dato’ Mustafa Ali dan Mahfuz Omar.  
  • Disember 2011: Berlaku tembak menembak melalui media Parti dan media bukan Parti. Keadaan semakin ‘panas’. TG Presiden menghadiri satu mesyuarat diTurki dan tiada yang mampu menyelesaikan kemelut ini.Timbalan Presiden dilihat kaku dan lansung tidak membantu Presiden. 
  • Saari Sungib berehat dan Cg. Pa serta Mahfuz terus menjadi perisai menentang dan bergaduh dengan Ustaz Nasha dan Dr. Hassan Ali.
  • Disember 2011:  Dato' Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am berpesan kepada Rasyidi yang menemui beliau supaya jangan menggunakan media musuh dan jangan menggunakan media parti (harakah) untuk menghentam individu. Tapi perkara ini tidak disiarkan oleh Rasyidi.
  • Disember 2011:  Ustaz Nasharudin mula mengambil sikap nabi Ya'kob, iaitu bersabar terhadap tuduhan terhadap beliau konon-kononya terperangkap dengan UMNO dan ingin menyertai UMNO. Parasit mati akal untuk kenakan Ustaz Nasharudin. 
  • Disember 2011: provokasi diteruskan dengan membangkitkan isu pertemuan di Le Meridien. Ustaz Nasha terus mengambil sikap nabi Ya'kub dan Dr. Hassan terus dengan semangat 'brave fighter'. 
  •  25 Disember 2011: Dr Hassan Ali telah mengambil langkah berani dengan membuat U-Turn 90 darjah melalui permohonan maaf terbuka dan penarikan balik kritikan terhadap negara berkebajikan. Tindakan ini menjadikan golongan parasit mati akal untuk meneruskan serangan demi serangan. Cg. Pa terpaksa buat pengiystiharan 'game is over'.
  • 28 Disember 2011: Berakhirnya pertelingkahan ini dengan berjayanya Majlis Mahabbah di JKR 10 yang dianjurkan oleh Presiden (sekembalinya beliau dari Turki). TGNA sangat bergembira sehingga menyebut untuk buat kenduri kesyukuran, DrHA bergembira sehingga ingin bersiar-siar di Singapura bersama keluarga, TG Presiden dan Dr. Harun Din tersenyum membayangkan semua dah settle. Selanjutnya ialah Press Statement majlis mahabbah bagi menggambarkan kepada masyarakat semua pertelingkahan selesai dengan baik. Pertemuan mahabbah yang dipuji oleh Islam yang akan menghimpunkan semua mereka yang bertelingkah termasuk S/U agong dan Yb Mahfuz sendiri.Supaya semua yang keruh dibuang dan diambil hanya  yang jernih.
  • 29 Disember 2011: Parasit tidak berpuashati dengan majlis Mahabbah dan melalui saluran Harakahdaily, peranan dimainkan dengan ‘memanaskan’ temperature Dr. Hassan Ali melalui tajuk: “Hassan Datang Minta Maaf, Nik Aziz buat kenduri.” Press Statement Mahabbah sepatutnya direleasekan, tetapi terbantut dek perbuatan Harakahdaily.
  • 30 Disember 2011: Dr. Hasan Ali terjerat dengan perangkap parasit dengan memberikan respond kepada Harakahdaily. Sekalipun tujuan statement Dr. Hasan Ali menafikan tujuan majlis tersebut untuk minta maaf, tetapi berita-berita UMNO dan Parasit telah meng’sping’kan berita tersebut sehingga ianya difahami bahawa beliau seolah-oleh menarik balik permohonan maaf.
  • 30 Disember 2011: Sebelah pagi Dr. Hassan Ali memberikan respond dalam keadaan emosi menafikan Harakahdaily yang menyebut beliau pergi ke Kelantan untuk minta maaf. Umum memahami bahawa beliau menarik balik permohonan maaf dan suasana kembali hangat. Respond Dr. Hassan Ali ini sekalipun menggunakan PC umum, tetapi disambut oleh media UMNO dan dihangatkan oleh blogger-blogger parasit.
  • 30 Disember 2011: Ini yang menjadikan Tuan Guru Mursyidul Am merasa marah dan menganggap Dr. Hassan Ali berbohong. Parasit cuba ‘menghulur speaker’ kepada Tuan Guru Mursyidul Am untuk memberi respon balas supaya keadaan lebih dihangatkan, tetapi gagal kerana Tuan Guru Mursyidul Am menolak sebarang Press statement. Perasaan seorang ulama yang cintakan kedamaian, persahabatan dan ukhuwwah sehingga mengisytiharkan dan mencadangkan PAS Pusat buat kenduri kesyukuran, satu emosi kegembiraan yang sangat tinggi, tiba-tiba jatuh terhempap dengan statement-statement pagi tersebut yang di’sping’ dan dirancang oleh Parasit.
  • 30 Disember 2011: sebelah petang, selepas agak cool down, Dr. Hassan Ali memperbetulkan statement sebelah paginya bahawa beliau bukan bermaksud menarik balik permintaan maaf beliau, tetapi beliau memberi respond kepada Harakah daily yang melaporkan berita palsu. Beliau menyebut bahawa tidak timbul isu memohon maaf sewaktu ke Kelantan kerana maaf telah dibuat sebelum itu. Tetapi statement ini tidak keluar secara meluas sebagaimana statement pertama.
  • 31 Disember 2011: keadaan kembali panas terutamanya kenyataan Dr. Hassan Ali tetap difahami umum sebagai menarik balik permohonan maaf.
  • 3 Januari 2012: Dr. Hassan Ali member respond kepada Press Statement PJ Selangor bersama Azmin Ali untuk mengerahkan rakyat turun ke himpunan 901. Berdasarkan ‘grand design’ parasit, mereka perlu bersungguh-sungguh menjayakan himpunan 901 sehingga lidah-lidah rasmi dan termasuk PJ Selangor sendiri telah membuat press conference bersama-sama YB Azmin Ali untuk kerahkan semua ahli turun ke perhimpunan 901. Merujuk kepada kenyataan Tuan Guru Presiden berbunyai: “saya akan turun, ahli terpulang” pendirian PAS terhadap 901 ialah presiden secara personal akan hadir ke perbicaraan, tetapi tidak mengerah dan tidak menghalang ahli untuk sertai. Justeru itu, Dr. Hassan Ali merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan terus menembak Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
  • Januari 2012: Dr. Hasan Ali sekali lagi memberikan respon akibat ‘panas yang masih membara’ dengan golongan parasit di Selangor yang membuat statement mendahului kepimpinan Pusat berkenaan 901. Akhirnya sekali lagi Dr. Hasan Ali pecut kenderaan menongkah arus melawan statement perhubungan negeri Selangor, tetapi malangnya beliau memecut kenderaan melebihi had laju sehingga tindakan disiplin dikenakan dengan hukuman ‘lesen ditarik’.
  • Januari 2012: Sekali lagi parasit mengambil peluang ‘pressure’ Tuan Guru Dato' Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am untuk memecat keahlian beliau.
  • 8 Januari 2012: Mesyuarat Agung PAS Pusat memutuskan untuk memecat keahlian Dato' Hassan Ali.
  • Semua ahli PAS yang ikhlas bersedih dan akur dengan keputusan tertinggi parti. 
  • sebaliknya parasit ‘berpesta’ dan dikhabarkan mereka akan berjumpa dengan MB Selangor untuk menukar Exco Agama. Perlantikan Exco agama yang baru telah melengkapkan perancangan jahat puak ‘parasit’ yang tidak senang dengan tindakan  Dr Hassan selama ini.
Semoga Allah selamatkan kita semua.


ULASAN KAMI :

Sebenarnya kami tahu akan yang tersirat disebalik yang tersurat dalam kes ini.Sejarah kelompok Sydna Ali dengan Sydna Muawiyah berulang kembali tapi dalam era moden.Dan kami tahu siapa kelompok parasit tersebut dan dalangnya.

Monday 30 January 2012

edisi siasat

Benarkah Kisah Rasulullah SAW Dan Yahudi Buta?


Sempena menyambut hari kelahirannya Rasul SAW selang beberapa hari lagi marilah kita sama- sama mengkaji semula beberapa kisah-kisah yang meniti di bibir -bibir umat islam berkenaan cerita ini

Pernah dengar cerita mengenai Rasulullah s.a.w dan pengemis buta? Belum pernah? Kalau belum, coba baca kisah di bawah ini, berikut komentar saya diakhir cerita. Anda akan terkejut karena akan menemukan kebenaran yang belum pernah anda dengar.

[Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah ada seorang pengemis Yahudi Buta, dari hari ke hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”.

Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi Buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, “anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?”, Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah Itu?”, tanya Abu Bakar r.a. “Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi Buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha.
Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. 

Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “siapakah kamu ?”. Abu Bakar r.a menjawab, “aku orang yang biasa”. “Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, jawab si pengemis buta itu. “Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri”, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW”.
Setelah mendengar cerita Abu Bakar r.a. pengemis itu terkejut lalu menangis sambil berkata, “benarkah demikian? selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia malah mendatangiku dengan membawakan makanan setiap pagi, ia begitu mulia…. ” isaknya. Pengemis Yahudi Buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.]


ULASAN

Suatu kisah yang menyentuh hati. Siapa kira-kira pengarangnya? Kenapa bertanya lagi? kan sudah jelas dari cerita di atas bahwa itu merupakan kisah Rasulullah s.a.w. Lagi pula banyak ustaz-ustaz yang menceritakan kisah ini. Belum lagi ditambah dengan majalah-majalah Islam dan blog-blog yang bertebaran di internet. Bahkan pernah ada seorang non-Muslim yang menyatakan supaya orang Islam meniru sikap Nabi Muhammad s.a.w. dalam kisah orang buta itu. Katanya ini menunjukkan toleransi tinggi umat Islam terhadap umat beragama lain.

TAPI …TUNGGU DULU!!! Kita harus periksa dulu apakah benar kisah ini bersumber dari Rasulullah s.a.w.? Sepertinya ada sesuatu yang aneh dalam kisah itu. Apanya yang aneh? Cuba baca kalimat yang berwarna merah ini:

Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “siapakah kamu ?”. Abu Bakar r.a menjawab,aku orang yang biasa“. “Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, jawab si pengemis buta itu.
Apa mungkin Abu Bakar AS SIDDIQ berbohong dengan tenangnya berkata “aku orang yang biasa”? Mungkinkah Abu Bakar yg merupakan seorang KIBARU SAHABAH dan digelar AS-SIDDIQ (yang benar) itu berdusta? Tentu tidak bukan?

Menurut MULTAQA AHLI HADITH, hadis ini tidak dijumpai di dalam kitab-kitab Matan Hadith dan takhrij. Matannya juga aneh dan meragukan (Gharib) terutama pada pernyataan Abu Bakar as-Siddiq yang berdusta. Bagi yang tidak percaya, tolong kutip kitab hadith mana yang memuat cerita ini.

Kesimpulannya jangan sebarkan cerita ini tanpa menerangkan kesalahannya. Kalau ada ustaz-ustaz yang menyebarkan cerita ini, tegur saja sendiri kalau mampu. Kalau tidak, minta tolong orang yang dituakan. Ingatlah menyebarkan hadis yang tidak ada sumbernya sama dengan berbohong atas nama Rasulullah s.a.w. dan ini adalah berdosa.


- Dari Abdullah bin az-Zubair radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Barangsiapa yang berdusta atas namaku maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka.” (HR. Bukhari, lihat al-Jam’u Baina ash-Shahihain, hal. 8 )
- Dari al-Mughirah bin Syu’bah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Sesungguhnya berdusta atas namaku tidak sebagaimana berdusta atas nama orang lain. Maka barangsiapa yang berdusta secara sengaja atas namaku maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka.” (HR. Bukhari, dan juga Muslim dalam Mukadimah Shahihnya, lihat al-Jam’u Baina ash-Shahihain, hal. 9)

Sunday 29 January 2012

HUKUM SERTAI PILIHANRAYA

FATWA ‘ALIM ‘ULAMA’ MENGENAI PILIHANRAYA UMUM

Muktamar ‘Aiim ‘Ulama’ dan Muballigh Islam se Indonesia yang dilangsungkan tanggal 27 Rejab I Sya’ban 1372 bersamaan dengan 11—l5hb., April 1953 di Medan; Sesudah memperhatikan Undang-undang Pilihanraya Umum untuk memilih anggota-anggota Parlimen dan Dewan Perwakilan Rakyat (Indonesia) dan sesudah memahamkan:

a) Surah as-Syura ayat 13 yang menyuruh menegakkan Agama Islam (yang berbunyi):

ALlah telah menerangkan kepada kamu — di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (ALlah) wahikan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintah kan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi ‘Isa, iaitu: “Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belahpadanya...”

(Surah al-Syura: Ayat 13)

b) “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi ‘wali’ (pemimpin) dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang-nyata bagi ALlah untuk (menyeksa) kamu”.

(Surah al-Nisa’: Ayat 144)

Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin; sebahagian inereka menjadi pemimpin sebahagian yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai pemimpin (kawan rapat), maka sesungguhnya ia adalah dan golongan mereka itu (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya ALlah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim”.

(Surah al-Ma’idah: Ayat 51)

Wahai orang yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu sebagai wali (pemimpin) kamu...”

(Surah al-Mumtahanah: Ayat 1)

Nas-nas di bahagian “b” itu antara lain menyimpulkan tentang penentuan batas-batas orang yang boleh diangkat menjadi penguasa (pemimpin).

c) Surah aI-Ma’idah ayat 44,45,47 yang isinya menyuruh menjalankan undang-undang yang sesuai dengan hukum-hukum ALlah:

Sesiapa yang tidak menjalankan hukum yang diturunkan oleh ALlah, mereka itulah

orang-orang yang fasiq”

.“Sesiapa yang tidak menjalankan hukum yang diturun kan oleh ALlah, mereka itulah

orang-orang yang zalim”.

Sesiapa yang tidak men jalankan hukum yang diturun kan oleh ALlah, mereka itulah

orang-orang yang kafir”.


d) Surah an-Nissa’ ayat 59 yang menyuruh menta’ati ALlah RasulNya dan UliIamri yang beriman:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu ta’at kepada ALlah, dan hendaklah kamu ta’at kepada Rasul, dan pemerintah di kalangan kamu (berirnan)”.


e) Surah al-Haj ayat 41* dan surah ali-’Imran ayat 110, yang menyuruh berbuat kebajikan dan melarang kemunkaran:

laitu orang-orang yang apabila Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, rnenyuruh mengerjakan yang ma’ruf dan melarang dan berbuat yang munkar; dan kepada ALlah kembali segala urusan”.


* Dalam teks asal dinyatakan Surah aI-Haj ayat 11; ternyata bila diteliti ianya bercanggah dengan penghuraian maksud umum bahagian ini. Kami merasakan ayat yang sebenar adalah ayat 41 kerana beralasankan kepada maksud umum bahagian ini,

iaitu: menyuruh berbuat kebajikan dan melarang berbuat kemunkaran. Wallahu ‘A’Iam. — Editor.


Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh mengerjakan yang ma ‘ruf dan melarang yang munkar, dan kamu berirnan kepada ALlah”.

(Surah ali-Imran: Ayat 110)


f) Surah al-Ma’idah ayat 35, yang maksudnya menyuruh mencari wasilah kepada ALlah:

Wahai orang-orang yang berirnan, bertaqwalah kepada ALlah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada Nya (wasilah), dan berjihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapat keuntungan (kemenangan)”.

g) Qa’idah Usul yang berbunyi:

Hukum wasilah (jalan) itu, juga hukum tujuannya”.

dan:

Setiap apa yang tidak sempurna kewajipannya melainkan dengan sesuatu itu, maka ianya juga menjadi Wajib”.


MEMUTUSKAN:

Memfatwakan kepada seluruh ummat Indonesia sebagai berikut:

1. Tiap-tiap warga negara Indonesia yang beragama Islam, laki-laki dan perempuan, yang mempunyai hak memilih menurut Undang-undang Pemilihan Umum Indonesia yang telah disahkan:

a) WAJIB menjalankan hak-pilihnya dengan jalan mendaftarkan diri sebagai pemilih dan memberikan suaranya (undinya) kelak pada waktu diadakan pungutan suara.

b) WAJIB memilih hanya calon-calon yang mempunyai cita-cita terlaksananya ajaran dan hukum Islam dalam negara.

2. Kaum Muslimin, laki-laki dan perempuan yang telah mukallaf (akal-baligh), wajib berusaha dan memberikan segala macam bantuan dan pengorbanan untuk tercapainya kemenangan Islam dalam pemilihan umum yang akan datang.


Medan, 30 Rejab 1372

(14 April 1953)



KEPUTUSAN MAJLIS SYURA


1. Dengan ‘inayah dan taufiq ALlah Subhanahu wa Ta’ala dan berdasarkan menegakkan “baldatun tayyibatun”, maka Majlis Syura Pusat Masyumi mengeluarkan fatwa sebagai berikut:


a) Mengadakan pemilihan umum untuk membentuk parlimen Konstiuante adalah wajib hukumnya.


b) Kerana kemenangan Islam dan ummatnya tergantung kepada turut serta tiap-tiap seseorang (individu) Muslim laki laki dan wanita dalam perjuangan pemilihan umum, maka adalah: wajib ‘am hukumnya atas tiap-tiap Muslim Muslimat yang mukallaf, dan segala golongan, kalangan dan tingkatan turut serta berjuang dalam pemilihan umum tersebut.


c) Kerana kemenangan itu tergantung kepada pemberian suara (undi) buat memilih pemuka-pemuka (tokoh-tokoh atau wakil-wakil) Islam, maka:


a) Wajib atas tiap-tiap pemilih Muslim hanya memilih calun-calun yang bercita-cita politik Islam.


b) Terlarang hukumnya memilih calun-calun yang tidak, apa lagi yang anti cita-cita Islam.


c) Buat melaksanakan perjuangan pemilihan yang menjamin kemenangan maka wajiblah tiap-tiap Muslim dan Muslimat menyiapkan segala alat kelengkapan yang diperlukan oleh perjuangan itu baik lahir maupun batin.


5. Ummat Islam seluruhnya dianjurkan memperkuatkan persatuan kerjasama dan saling mengerti yang sebaik-baiknya yang menjamin kemenangan Islam.


Jakarta:

10 Jamadilakhir 1372,

24 Februani 1953.

MAJLIS SYURA PUSAT “MASYUMI”

Ketua,

K.H.A. RAHMAN SYIHAB

Sekretaris,



ULASAN SAYA


Ada beberapa persoalan yang mungkin berbangkit dalam soal ini.

1.     Ada orang/golongan memahami ayat 144 surah an nisa itu dengan kefahaman yang salah ( merujuk kepada kerjasama PAS dengan DAP ).Mereka menuduh  PAS sudah lari daripada prinsip.
2.    Ada orang/golongan masih ’bermain-main’ dengan mengatakan ini masalah ijtihad.Boleh jadi betul @ salah.Oleh itu kita bebas memilih untuk mengundi atau tidak.Kalau tak mengundi tak dikira sebagai berdosa menurut mereka.
3.    Ada orang/golongan merujuk sistem politik hanya di zaman Nabi saw sahaja sedangkan rujukan yang paling relevan bagi zaman kita ialah zaman Khuafa ar Rasyidin sebab status kita adalah ’manusia yang tidak maksum’.
4.    Ada orang/golongan dalam blog mereka menulis iktilaf ulama dalam masalah pilhanraya ini dengan penuh prejudis ( yang menolak ditulis nama ramai ulama tapi yang menyokong seorang sahaja etc: Dr Yusof Qardhawi).


AL-JAWAB :

1.     Sebelum kita menuduh,kena fahamkan dulu definasi prinsip itu apa? Contoh mudah saya boleh sebut iaitu: nama KERETA kita Proton Wira tetapi kita modify sana sini,tukar lambang mitsubishi,ganti spoiler Subaru dll.APAKAH BILA PERTUKARAN ITU BERLAKU MAKA YANG ASALNYA JENIS PROTON TELAH BERTUKAR KEPADA JENIS MITSUBISHI??....Pada zahirnya nampak macam telah bertukar tetapi pada hakikatnya ia TETAP PROTON SEBAB DALAM GERAN TERCATAT JENIS PROTON.Begitulah juga prinsip PAS ada tercatat dalam perlembagaan sejak dahulu tidak pernah berubah iaitu perjuangan PAS berdasarkan AL QURAN,SUNNAH,IJMAK ULAMA & QIAS.Kerjasama dengan DAP dipanggil ’TAHLUF SIYASI’ .Kalau nak tahu apa itu tahluf siyasi kenalah buka kitab sirah nabawi ye...
2.    Fatwa di atas dikeluarkan oleh sekumpulan ulama(bukan seorang/dua) dan ia mewakili sebuah negara yang mempunyai beratus juta umat islam.So siapa kita nak menyanggah fatwa tersebut.Sengaja saya ambil fatwa daripada ulama luar supaya tidak di tuduh sebagai BIAS.ADA ORANG/GOLONGAN YANG HANYA GUNAPAKAI ULAMA KELOMPOK DIA SAHAJA...
3.    Empat Khalifah sahabat nabi saw kalau nak didetailkan cara perlantikan mereka sebagai khalifah adalah tidak sama.etc: Sy Umar dilantik secara wasiat daripada Abu Bakar ra sedangkan Sy Ali sokongan rakyat sebulat suara dll.
4.     Sebenarnya ramai lagi ulama kontemporari yang menyokong penglibatan umat islam dalam pilihanraya yang tak dapat saya tulis di sini.  


KESIMPULAN:

Pertikaian samada boleh atau tidak umat islam menyertai pilihanraya demokrasi telah lama di selesaikan oleh para ulama timur dan barat.Masalahnya masih ada orang/golongan yang masih ’BUTA’ atau buat-buat tak nampak kerana ketaksuban hanya  jemaah mereka sahaja yang betul.

Semoga dengan kupasan ini dapat menjawab kekliruan yang masih bersarang dalam kepala golongan berkenaan.

Wallahua’lam

Friday 27 January 2012

Isu: politik islam vs sistem demokrasi



 1. Ada ke Politik dalam Islam?

A) Dalil Al-Quran

Politik dalam bahasa Arab disebut sebagai siasah.Menurut bahasa ditakrifkan sebagai sasa- yasusu-siasatan wa riasah yang membawa maksud tadbir,perintah ataupun mengetuai.
Dalam surah Al-Baqarah: 30;

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".




Imam Al-Mawardi telah menafsirkan peranan khalifah sebagai pentadbir bumi bagi mengelakkan berlakunya kerosakan. Dalam Kitab Al-Ahkam Sultaniyyah, Al-Mawardi menggariskan peranan khalifah sebagai mentadbir urusan manusia dan urusan dunia (siasah) dengan syariat Deen


B) Sirah Nabi

Kita lihat sirah perjalanan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. ketika mana baginda menubuhkan Negara Islam pertama di dunia iaitu Madinah Al-Munawwarah. Nabi ketika itu bukan sahaja bertindak sebagai seorang penyampai risalah kenabian,mengajak kea rah ma’ruf dan mecegah kemungkaran akan tetapi baginda juga merupakan seorang pemimpin politik /pentadbir Negara.Kalau di sini,kita boleh katakan Dato’ Seri Perdana Menteri. Kemudian,disusuli dengan pengisytiharan Perlembagaan Madinah ataupun Sahifah Madinah sebagai teras pentadbiran kerajaan Madinah pada masa itu

C) Hadith

Hadis ke -34,dalam Matan Arbain karangan Imam Muhyidin abu Zakariyya Yahya Bin sharif Al-Nawawi ;


Dari Abi Sa’id al-Khudri RA katanya;Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya.Jika sekiranya ia tidak berkuasa,maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya.Sekiranya dia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemahnya iman.”(Riwayat: Muslim)

Dalam kitab itu turut disyarahkan peringkat-peringkat mencegah kemungkaran.
Peringkat yang tertinggi sekali itu dinyatakan secara jelas dengan menggunakan tangan yakni dengan kekuatan atau dengan kekuasaan orangnya menurut cara yang berkesan.

Hal ini merujuk kepada kuasa pentadbiran.Dalam konteks Negara maka ia akan berkaitan dengan sistem pemerolehan kuasa tersebut sama ada melalui perlantikan mahupun pilihan raya.Pokoknya,ia menyentuh tentang sistem politik ataupun sistem pentadbiran sesebuah Negara/negeri/kawasan/masyarakat.

D) Pendapat Imam

D1. 
Imam Al-Ghazali 
menyatakan bahawasanya

Ad-Dinul usul wa sultanun harisun”

Maksudnya: Agama itu pokok dan pemerintah itulah penjaganya.

D2. 
Ibnu Taimiyyah di dalam bukunya "Assiyasah al-Syariyyah" menyatakan:

“Mengendalikan urusan orang ramai (rakyat) adalah kewajipan agama yang besar, dan agama tidak mungkin ditegakkan kecuali dengan kekuasaan memerintah”

D3. Ghiyas al-umam ditegaskan:


Apabila menyempurnakan jenazah orang mati dikira sebagai fardu kifayah, maka mengendalikan urusan hidup mereka adalah lebih penting dan utama.Sesungguhnya Islam begitu sekali memerlukan kerajaan yang dapat berfungsi menegak dan memelihara agama, maka mewujudkan kerajaan Islam adalah sesuatu yang wajib untuk tujuan mengawal aqidah, mendirikan solat dan menghukum mereka yang meninggalkan rukun Islam, juga untuk tujuan mengawal negara, manusia dan kehormatan mereka (hudud) juga melakukan jihad, mendidik umat Islam, dan menegakkan sistem politik, ekonomi dan kebudayaan islam“
(Lihat Dr Mustafa Farghali: "Fi wajh al-Muamarah `Ala Tatbiq al-Syariah al-Islamiyyah")

Maka amat penting dalam kita mengambil secara syumulnya Islam.Dakwaan liar dan tidak bertanggungjawab mengatakan politik tidak ada dalam islam adalah satu usaha pemisahan Islam daripada elemen kehidupan manusia dan ini merupakan usaha pensekularan yang dipelopori oleh golongan sekular sejak dahulu lagi seperti Syeikh Abdul Raziq di Mesir dll.

Amatlah bertepatan dengan salah satu sifat Islam iaitu syumuliah iaitu sempurna yakni Islam itu sifatnya mencakupi seluruh kehidupan manusia. Sesuai dengan gesaan Allah SWT;

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (al Baqarah:208)
  




2. Ada ke undi dalam islam?

Ingin saya petik daripada laman web 
ustaz zaharuddin(UZAR) berkenaan isu pilihanraya. Beliau menyatakan dalam lamannya;

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitab beliau “Fiqh Awlawiyyat fi Dhaw Al-Quran wa AS-Sunnah” menegaskan kepentingan untuk memahami Maqasid berbanding hanya terikat dan memegang buta kepada nas zohir. (rujuk bab Kepentingan Maqasid atas Zohir ).

Lalu dalam hal ini 
maksud pilihanraya yang utama adalah proses melantik pimpinan yang diyakini rakyat. Sikap Islam dalam hal ini adalah jelas menerima dan sememangnya Rasulullah SAW di permulaan dakwah juga melakukan kempen serta lobi bagi menerangkan kepada rakyat Mekah malah luar Mekah agar meyakini baginda dan seterusnya menganut Islam.

Mengenai 
kaedah mengundi bagi urusan pilihanraya, ia juga diterima oleh Islam memandangkan ia merupakan satu perkara baru dalam hal keduniaan serta tiada nas qat’ie yang melarang, perlu difahami kaedah yang disebut oleh Imam As-Syatibi ertinya : “Asal dalam urusan mualamat dan adat adalah merujuk kepada ma’ani (maqasid)”. (Rujuk Al-Muwafaqat : 2/302).

Maka urusan hubungan politik seperti pilihanraya ini perlulah dilihat kepada maqasid juga, bukan sekadar berhujjah bahawa ia tiada di zaman Nabi ini.


Islam tiada masalah dalam menerima kaedah baru ini apatah lagi ia boleh di ‘qias’ kan dalam perkara KESAKSIAN. Firman Allah :

وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق
(At-Thalaq:2)
Mafhum : Bersaksilah dengan mereka yang adil dr kalangan kamu”

Undi merupakan satu kesaksian rakyat terhadap penerintah yang dipilihnya dari sudut Islam, kebaikan dan kelayakan si calon, dan Islam meletakkan pertimbangan undian atau kesaksian tidak boleh kerana lain dari Allah sebagaimana firman Allah :


Mafhum : “Berikanlah penyaksian kerana Allah….”(Thalaq:2)

Kesimpulannya 
kaedah mengundi itu adalah selaras dengan kehendak syara’ dan  tidak ada pertentangan walaupun ia merupakan perkara baru dalam hal keduniaan ini.


3. Kenapa saya WAJIB mengundi?

dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah:283)


Dalil di atas menggesa kepada kita supaya tidaklah kita menyembunyikan penyaksian kita.Sekiranya dibawa kepada konteks mengundi, maka perintah mengundi(memberi kesaksian) itu boleh dikatakan sampai ke peringkat wajib kerana wajibnya memilih pimpinan yang selayaknya serta dapat berlaku adil.


Seperti mana dijelaskan lagi oleh UZAR;

Amat jelas terang lagi nyata, sikap Islam dalam hal penyaksian (yang boleh meliputi undian dan pilihanraya) adalah harus malah mungkin sampai ke tahap wajib menyertainya dan keluar mengundi apabila keengganan itu boleh menyebabkan ketewasan calon yang bertaqwa dan ingin melaksanakan Islam.

Manakala sekiranya Islam memerintah, sistem tersebut boleh diteruskan, cuma perlu diletak beberapa syarat dan panduan, insyaAllah ia akan bertepatan dengan Islam sepenuhnya.

4. Bukankah demokrasi itu tidak ada dalam Islam tetapi dari barat?


Sememangnya demokrasi bukan lah dari Islam akan tetapi seperti mana yang pernah ditegaskan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawibahawasanya kita bukanlah beriman dengan sistem ini akan tetapi inilah cara yang terbaik berbanding cara lain seperti revolusi dan tindakan ketenteraan bagi menegakkan sistem pemerintahan yang memelihara dan mendokong islam sendiri.Saya paparkan sendiri kata-katanya yang cukup tegas dan mapan untuk sama -sama kita fahami;



"DENGAN SYARAT HANYA MENGAMBILNYA SEBAGAI ALAT, TANPA REDHA DENGAN SISTEM INI, DAN SENTIASA BERUSAHA AGAR DAPAT MENGUASAI SUASANA PARLIMEN AGAR TIDAK MENAFIKAN HAK PERUNDANGAN MILIK ALLAH"
(Min Fiqh Ad-Dawlah Fil Islam, Al-Qaradhawi, hlm 140)



Wallahua'lam.

ULASAN SAYA:



Untuk menentukan hukum samada drmokrasi itu halal atau haram, bacalah ini dengan mata hati, fikiran yang rasional dan waras.Jangan guna fahaman sempit yang telah terpahat diminda itu sahaja.

Di Malaysia, ada Majlis Fatwa Kebangsaan, dan ada juga para mufti; malah ramai alim ulama.  Tiada pula pernah di kalangan mereka memfatwakan sistem demokrasi itu adalah haram hukumnya mengikut ajaran Islam.  Dan tidak pula mereka ada memfatwakan PAS adalah haram mengikut ajaran Islam.

Pernah berlaku Dr. Mahathir semasa beliau adalah PM mahukan PAS tidak dibenarkan menggunakan perkataan "ISLAM" bagi nama parti politik,  lalu di bawa kepada Majlis-Majlis Raja Melayu dan Majlis Raja-Raja Melayu merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, lalu keputusannya Majlis Fatwa Kebangsaan dan Raja-Raja Melayu memutuskan PAS adalah dibenarkan menggunakannya.

MENURUT ulamak terkenal masa kini, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam tulisan beliau ‘Fiqh Daulah’, di mana Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik.

Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya kepada seorang calon kerana alasan kerabat dekat atau sekampung, atau kerana berharap dapat mengambil manfaat bila calon itu terpilih nanti, maka dia telah menentang firman Allah di dalam Surah At-Talaq, ayat ke-2 yang bermaksud, “Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu kerana Allah.”
 
Manakala sesiapa yang tidak menunaikan kewajipannya dalam pilihan raya (tidak keluar mengundi) sehingga golongan yang jujur kalah dan golongan yang tidak layak memimpin menang dengan suara majoriti, maka dia juga telah menentang perintah Allah dalam memberi kesaksian. Firman Allah di dalam Surah al-Baqarah, ayat 282 yang bermaksud, “Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil."

"Dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang-orang yang berdosa hatinya." (Al-Baqarah: 283).
Seperti beberapa topik yang lain, telah ana jelaskan pendapat ana yang mengacu pada kitab2 fiqh siyasah sama ada yang modern maupun salaf or turats....bahwa sistem politik itu hanya sebuah wasilah, bukan tujuan...oleh karena itu, bentuknya haruslah disesuaikan dengan kondisi yang terbaik bagi negara tersebut...ini adalah sesuatu yang dapat diambil dari kefahaman dan tadbiq (penerapan) terhadap kaedah tasharruf al-Imam ala Ra'iyyah manutun bi al-Maslahah...

Salah satu alasan ulama memilih keputusan merumuskan seperti ini, adalah melihat bahwa tidak ada nash yang zahir atau qath'i yang menentukan sistem pemerintahan...akan tetapi, ada sesuatu yang pasti dan disepakati para ulama, yaitu setiap pemerintahan atau kekuasaan sebuah negara bertujuan demi kemaslahatan bagi umat atau rakyat...

Sistem yang dimaksudkan adalah monarki, demokrasi, feudal, republik atau socialis sekalipun yang menetapi syarat2 islami serta tidak bertentangan dengan prinsip2 Islam yang lima...Seperti contoh, adalah lebih baik negara seperti Brunei untuk tidak menerapkan sisstem Demokrasi, kerana melihat kondisi rakyatnya yang belum siap utk demokrasi...adalah tidak patut bagi negara seperti Indonesia menerapkan sistem monarki, kerana melihat indonesia terbentuk dari berbagai jenis ras, dan berbagai jenis bahasa serta agama...kalau monarki maka akan terjadi perpecahan...maka Republik menurut mereka terbaik...

Rujukan, baca kitab al-Imamah al-Uzma by al-Damiji, al-siyasah al-Syar'iyyah, etc...


Tuesday 24 January 2012

Menyingkap sejarah




PAS menjadi pilihan utamanya


Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menjadikan Islam sebagai panduan hidupnya, dan beliau tidak akan menyertai mana-mana kegiatan yang tidak ada hubungan dengan Islam.

Beliau menyertai Kelas Dewasa dulu adalah kerana tarikan Islam dan beliau mengundurkan dirl daripada Kelas Dewasa juga kerana Islam.
Dengan erti kata lain, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah meletakkan Islam sabagai panduan dalam membuat keputusan dan mengendalikan semua urusan hariannya, sebaliknya beliau akan menentang dan menolak semua amalan dan pandangan yang dianggap tidak Islamiyah.
Inilah sikap dan pendirian Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sejak dulu lagi hingga ke hari ini.
 
Kalau beliau menyertai Kelas Dewasa dulu kerana hendak menyebarkan ajaran Islam, maka beliau menyertai PAS pun kerana tarikan Islam juga dan tidak kurang daripada itu.

Walaupun beliau dianggap sudah terlewat menyertai PAS kalau dibandingkan dengsan ulama-ulama dan tok-tok guru lain di Kelantan tetapi ini bukan bererti beliau tidak berrninat untuk berjuang dalam sebuah parti politik yang memperjuangkan cita-cita Islam seperti PAS itu.
Sebagai seorang ulama yang berpegang teguh kepada prinsip Islam, beliau tidak mengutamakan 'nama parti politik' yang tertentu tetapi yang paling penting bagi beliau ialah dasar perjuangan parti politik yang akan dianuti itu nanti.

Berdasarkan kepada sikap dan pendiriannya ini beliau mungkin berkeinginan 'menyertat UMNO' kalau parti itu benar-benar berhasrat untuk menegakkan negara Islam di Malaysia ini.
Dan mungkin juga beliau tidak akan menyertai PAS kalau parti itu tidak benar-benar memperjuangkan cita-cita Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.
Ramai antara sahabat karib dan guru-gurunya menghendaki supaya beliau menyertai PAS selepas beliau meletakkan jawatan sebagai pensyarah agama Kelas Dewasa.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sendiri pernah membayangkan kepada Cikgu Wil tentang hasratnya untuk menyertai PAS setelah usahanya untuk menyebarkan ajaran Islam melalui Kelas Dewasa tidak dapat diteruskan lagi.

Almarhum ayahandanya dan Tuan Guru Haji Abas juga mengharapkan supaya Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz turut berjuang dalam PAS sebagaimana ulama-ulama lain di Kelantan.
Dalam satu pertemuan dengan wartawan-wartawan Harakah di kediaman rasmi Menteri Besar pada 25 Ogos 1991 beliau telah menyebut kisah yang menyebabkan beliau tertarik kepada perjuangan PAS. 
Beliau mengakui pernah mengikuti ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Allahyarham Ustaz Shafie Ahmad, Allahyarham Abdul Samad Gol dan Allahyarham Ustaz Zulkifli Muhammad sebelum menyertai PAS.

"Saya tertarik kepada ucapan-ucapan Ustaz Shafie dan Allahyarham Abdul Samad Gol yang menyentuh tentang perjuangan PAS yang hendak menegakkan sebuah negara Islam di negara ini.
'Setelah mengikuti ceramah para pemimpin PAS itu beberapa kali maka terlintaslah di fikiran saya satu keinginan untuk ikut serta dalam memberi penerangan kepada umum tentang Islam.
'Hati kecil saya berkata: kalaulah ana sendiri memberi syarahan, maka sudah tentu banyak lagi penjelasan yang akan dapat diberi kepada umum tentang Islam.'
Oleh kerana didorong oleh keinginan untuk memberi saham dalam perjuangan Islam itulah saya menyertai PAS," jelas Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.

Dalam satu pertemuan dengan para penyokong PAS di Rumah Kelantan, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 1991 beliau menerangkan sebab-sebab yang mendorongnya memilih PAS dan tidak menyertai parti-parti politik lain.
Menurut beliau, PAS ialah sebuah parti politik yang lebih syumul dan lengkap jika dibandingkan dengan parti-parti politik dan badan-badan dakwah lain di negara ini.

Sebagai contoh, katanya, Jama'ah Tabligh hanya sesuai bergerak di bumi India yang dikuasai oleh golongan Hindu.
'Tetapi Jama'ah Tabligh tidak sesuai di bumi Malaysia di mana suasana politik, ekonomi dan kedudukan penduduknya amat jauh bezanya dengan bumi India itu.
"Parti-parti politik dan badan-badan dakwah lain juga tidak lengkap dan syumul kalau dibandingkan dengan PAS yang bukan sahaja bergerak dalam bidang dakwah, malah berjuang dalam arena politik untuk menegakkan hukum Allah di negara ini.

"Berdasarkan kepada hakikat itu saya memilih PAS dan menolak parti-parti politik yang tidak memperjuangkan Islam secara total." tegasnya.
Dari sudut pandangan Cikgu Wil pula, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz boleh dikatakan menyifatkan 'PAS dan Islam' sebagai bakul yang penuh dengan buah duku yang manis.

"Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, menyertai PAS bukan kerana nama PAS itu tetapi kerana Islam yang diperjuangkan oleh parti itu.
"Begitu juga dengan nilai sebakul buah duku.  'Yang menjadi tarikan kepada seseorang pembeli ialah buah duku yang ada tersimpan di dalam bakul tersebut, dan bukan kerana bentuk bakul yang terjalin indah itu."
Perbandingan ini dibuat untuk membuktikan kepada umum bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menyertai PAS bukan kerana kemasyhuran nama paru itu, tetapi sebaliknya kerana dasar perjuangan PAS.
'PAS hanya sebagai bakul atau wadah kepada Islam sebagaimana bakul yang menjadi tempat menyimpan buah duku yang lazat dan manis itu,"Jelas Cikgu Wil yang mengenal peribadi Tuan G uru Haji Nik Abdul Aziz dari dekat sebelum para pemimpin lain mengenalinya.
Mengikut maklumat yang tidak rasmi, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menyertai PAS secara rasmi menjelang pemilihannya sebagai calon PAS bagi pilihanraya kecil Kelantan Hilir pada tahun 1967.
Saya telah diberitahu bahawa borang permohonan untuk menyertai PAS itu telah dibawa oleh tiga orang petugas Perhubungan PAS Kelantan iaitu Encik Salahuddin Abdullah, Tengku Jaafar Ahmad (Ku Par) dan Tuan Gunong.

Borang keahlian PAS itu dibawa ke Pondok Almarhum ayahandanya di Pulau Melaka kira-kira setahun selepas beliau berhenti daripada Kelas Dewasa. 
Apa yang paling menarik sekali dalam penyertaan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ke dalam PAS ialah beliau tidak ditawarkan untuk memegang apa-apa jawatan dalam PAS sehingga beliau dicalonkan untuk bertanding dalam piliharaya kecil kawasan Kelantan Hilir pada tahun 1967.

Dan pada waktu beliau dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil kawasan parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa) itu pun, kedudukan beliau hanya sebagai seorang ahli biasa PAS sahaja.
Tidak ada satu jawatan dalam parti yang diamanahkan kepadanya selepas beliau memenangi pilihanraya kecil Kelantan Hilir ltu. Pada waktu itu beliaulah Ahli Parlimen yang pertama yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam sebarang peringkat kepimpinan paru yang dianggotainya.
Sebagai ulama dan wakil rakyat yang tidak mahu menonjolkan diri atau hubbu riasah beliau tidak bersedia untuk bertanding merebut apa-apa jawatan dalam parti.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sudah berasa cukup puas dengan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen dan beliau tidak perlu bertanding untttk merebut apa-apa jawatan dalam PAS.

Jawatan dan kedudukan dalam parti bukan matlamat perjuangannya yang hakiki kerana apa yang penting bagi beliau ialah memperjuangkan Islam menerusi tugasnya sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat.
Saya telah mengemukakan soalan kepada seorang tokoh veteran PAS, Ustaz Nik Abdullah Arshad (Pak Nik Lah), mengapa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dipilih sebagai calon PAS untuk bertanding dalam pilihaimaya kecil Kelantan Hilir sedangkan beliau pada waktu itu tidak memegang jawatan apa pun dalam PAS.
Ustaz Pak Nik Abdullah Arshad menjawab: "Pemilihan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil Kelantan Hilir adalah kerana beliau seorang ulama yang layak mengambil tempat dan mengganti AllahyarhamTuan Haji Ahmad Perai di Parlimen.
"Walaupun beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS, beliau telah dikenali sebigai seorang ulama yang dapat menghayati ajaran Islam secara yang lebih berkesan.
'PAS memerlukan seorang wakil rakyat atau Ahli Parlimen yang bukan sahaja dapat memperkatakan tentang Islam, tetapi juga dapat mengamalkan dengan apa yang diperkatakan itu.
"Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah seorang pendakwah dan seorang Tok Guru yang mengamalkan apa yang beliau ajar kepada umum. Beliau tidak terpengaruh dan tidak akan dapat dipengaruhi oleh suasana dan situasi yang bercanggah dengan Islam.
'Apa yang diajar dan apa yang dinasihatkan kepada orang-orang kampung, itulah yang diamalkannya setiap hari. Segala amalan, gerak-geri, tingkah laku, pergaulan harian dan pakaiannya, semuanya disesuaikan mengikut ajaran Islam yang dipelajari daripada guru-gurunya.

"Berdasarkan kepada faktor-faktor itulah PAS memilihnya sebagai calon untuk bertanding dalam  pilihanraya kecil kawasan Kelantan Hilir, berikutan dengan kematian Allahyarham Tuan Haji Ahmad Perai yang mewakili kawasan itu sebelumnya."
Walaupun beliau dianggap "orang baru' dalam PAS pada waktu itu, tetapi pemilihannya sebagal calon PAS untuk bertanding di satu kawasan yang paling selamat itu tidak menimbulkan krisis dalam parti kerana beliau ialah satu-satunya calon yang paling layak untuk menambahkan bilangan ahli Parlimen PAS yang berkaliber di Dewan Rakyat.
Jawatan yang pertama sekali diamanahkan kepadanya selepas menjadi Ahli Parlimen ialah Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, mengantikan Allahyarham Tuan Guru Haji Hussin Rahimi dalam pemilihan pimpinan PAS bagi tahun 1968/69.

Kalau dalam soal pemilihan untuk mendapatkan seorang calon pengganti kepada Ahli Parlimen Allahyarham Tuan Haji Ahmad Perai, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dianggap calon yang paling layak sekali, maka dalam mengisi jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat juga, beliau telah diakui dan diiktiraf sebagai seorang ulama yang paling sesuai dan wajar untuk mengambil tempat yang ditiriggalkan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Hussin Rahimi itu.

Tidak ada ulama dan Tok Guru dalam PAS yang mempertikaikan kemampuan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz untuk menjadi pemimpin baru Dewan Ulama PAS Pusat.
Perlantikannya itu membawa erti beliau telah diiktiraf sebagai seorang pemimpin dalam PAS.
Perlembagaan PAS tidak menghalang seseorang Ketua Dewan Ulama memegang jawatan-j awatan lain dalam parti itu tetapi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tidak bersedia untuk merebut jawatan lain dalam parti samada diperingkat negeri, kawasan, bahkan cawangan sekalipun.

Beliau kekal sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat  berfungsi sebagai penasihat atau tempat rujukan kepada pemimpin PAS sehingga berlakunya perubahan politik di negeri Kelantan pada tahun 1978.
Kekalahan yang dialami oleh PAS dalam pilihanraya negeri yang barasingan daripada pilihanraya umum pada tahun 1978 itu menyebabkan pula PAS terpaksa menyusun semula pemimpinnya di peringkat perhubungan dan  kawasan.

Dalam penyusunan semula kepimpinan PAS peringkat perhubungan dan kawasan itu, beberapa tokoh veteran PAS terpaksa mengundurkan diri untuk memberi peluang kepada 'angkatan baru' mengambil alih pimpinan PAS Kelantan.
Dalam suasana yang bergolak inilah, Tuan Guru Haji Nik AbduI Aziz muncul sabagai Penyelamat Parti. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...