Kepada para
karkun tabligh yang memberi komen dalam blog ini khususnya zulcar9 dan seri
yang telah menghantar komen terbaru anda tetapi kami tidak dapat menyiarkannya
atas sebab hendak memfokuskan kepada FITNAH terbaru dari karkun tajuddin
adbullah yang sangat melampau itu.
Walaupun
begitu kami akan jawab secara umum komen anda berdua.Berkenaan dengan pelawaan
anda yang bertali arus untuk menyuruh kami bermuzakarah dengan ulama dakwah di
sri petaling bagi merungkai masalah isu yang kami bangkitkan dalam blog ini,
kami jawab:
Apabila
jemaah tabligh mengklimkan diri mereka sebagai pekerja agama bermakna ilmu-ilmu asas tentang islam WAJIB ada dalam dada setiap karkun sebelum keluar
menjadi da’ie.
Sebagaimana kita sebelum di beri lesen memandu kenderaan terlebih
dahulu WAJIB mengambil ujian
undang-undang oleh JPJ.Setelah lulus ,baru diajar cara@kaedah pemanduan
kenderaan yang betul dan selamat.
Ini
menunjukkan dengan jelas bahawa dalam masalah dunia pun ada peraturan ketat
yang wajib diikuti maka apatah lagi dalam masalah agama lagilah wajib
sewajib2nya diberi kefahaman asas tentang islam.Persoalan pokok yang wajib
ada sebelum terjun dalam medan dakwah ialah ilmu aqidah kerana dengannya dapat
membezakan mana yang haq dengan yang
batil.Sebagai contoh BAGAIMANA KITA HENDAK MENGETAHUI SESUATU UCAPAN SESEORANG
ITU BOLEH MENGGUGURKAN IMAN DAN MEROSAKKAN AQIDAHNYA UMPAMANYA AYAT “ALLAH
BERKUASA,MAKHLUK LANGSUNG TIADA KUASA” yang kerap di ucapkan oleh orang2
tabligh??
Orang yang
tidak mengaji bab aqidah pasti tidak akan tahu bahwa ayat tersebut menyebabkan
si pengucap menjadi sesat.Perkara aqidah ini bukan berada di ‘tangan ‘ ulama
tabligh di sri petaling sebagai ‘SUMBER RUJUKAN’ tetapi ia ada dalam dua sumber yang maksum(al quran dan
sunnah).Ini bermakna bila timbul isu aqidah pegangan jemaah tabligh maka
hendaklah kita merujuk dua sumber maksum tersebut iaitu kitab-kitab tafsir para
ulama muktabar yang paling hampir dengan zaman nabi dan para sahabat sebab
DAKWAH ISLAMIYAH BERASAL DARI MEREKA BUKAN DARI JEMAAH TABLIGH DI
INDIA,PAKISTAN DAN BANGLADESH.
BUKANKAH
ORANG TABLIGH MENGEMBAR-GEMBURKAN DAKWAH MEREKA IKUT CARA NABI DAN PARA SAHABAT
MAKA APA MASALAHNYA BILA KITA MENCARI DAN RUJUK TERUS KEPADA SUMBER ASAL DARI
PARA ULAMA YANG MEMBUKUKAN KITAB-KITAB HADITH SEPERTI IMAM BUKHARI,MUSLIM,ABU
DAWUD DAN RAMAI LAGI UNTUK KITA FAHAM KERJA DAKWAH NABI??
KENAPA MESTI RUJUK KEPADA KITAB2 MAULANA TABLIGH
SAHAJA ATAU TOKOH2 MEREKA DI SRI PETALING???.Cuba kita tengok PAS apabila di
kritik oleh berbagai pihak dengan tuduhan ‘pergunakan agama untuk tujuan
politik sempit’,parti ajaran sesat,ulama su’k(dunia)dan berbagai tuduhan lain
tetapi semuanya dapat dijawab dan sanggah oleh bukan sahaja majlis syura ulama
PAS bahkan AHLI BIASA SEPERTI KAMI PUN MAMPU MENJAWAB SEMUA TUDUHAN TERSEBUT
KERANA SUMBER KAMI ADALAH AL QURAN DAN HADITH YANG BISA DIPELAJARI OLEH SEMUA
AHLI PAS.DIA BUKAN HAQ MUTLAK ULAMA PAS SAHAJA .
INI BERBEZA
DENGAN PENGIKUT TABLIGH YANG RATA-RATA TIDAK MAMPU MENJAWAB KRITIKAN DARI PIHAK
LAIN KERANA SEBABNYA DALAM SISTEM JEMAAH TABLIGH TIDAK ADA PENGAJIAN ILMU KEFAHAMAN ASAS-ASAS
ISLAM TERMASUK MEMPERDALAMKAN ILMU AQIDAH.bila datang isu-isu yang dibangkitkan
dalam blog ini,para karkun menjadi ‘blank’.
Umpama
seperti seorang yang baru membeli sebuah kereta tetapi mengabaikan atau tidak
peduli dengan buku manual(ilmu) yang telah disediakan oleh kilang kereta
tersebut lalu apabila berlaku kerosakan yang kecil sahaja sudah kelam kabut ia
mencari mekanik untuk repair walhal jika sekiranya ia membaca buku manual(ilmu)
itu pasti dia dapat sekurang-kurangnya menyelesaikan sendiri kerosakan kecil
tersebut tanpa perlu kelam kabut mencari mekanik.
Begitulah
perumpamaan orang tabligh yang mengabaikan buku manual(pengajian ilmu aqidah)sehingga
isu-isu kecil pun menjadikan mereka kelam kabut macam kena serang Tsunami.Isunya kecil sahaja iaitu SEBUTKAN
NAMA KITAB,PENULIS,PENERBIT,PENCETAK,MUKA SURAT,LINK DAN TAHUN CETAKAN .
TAK KAN PERKARA SEKECIL ITU PUN KENA RUJUK PEMIMPIN
TERTINGGI??
KAMI DAH SEBUT BANYAK KALI BAHAWA JEMAAH TABLIGH DAN
KERJA DAKWAH UMPAMA SEBUAH KERETA DENGAN
PEMANDU.KERETA MEWAKILI KERJA DAKWAH MANAKALA PEMANDU MEWAKILI JEMAAH
TABLIGH.APABILA KITA MELIHAT SEBUAH KERETA DIPANDU DENGAN LAJU hingga MELANGGAR
SEEKOR KUCING MAKA ORANG ramai AKAN PERSALAHKAN PEMANDU.HANYA ORANG YANG TAK
WARAS SAHAJA YANG AKAN SALAHKAN KERETA.
Begitu juga bila kami kritik jemaah tabligh bermakna kami
kritik system atau method gerakerja organisasi tabligh.kerja dakwah tak kena
mengena langsung.
Tak kan perumpamaan simple ini pun tak faham???
Orang marah kepada kami kerana mencari salah dan aib
jemaah tabligh TETAPI MEREKA LUPA BAHAWA TINDAKAN KAMI INI ADALAH SEBAGAI
MENCONTOHI SAHABAT NABI IAITU HUZAIFAH IBNU YAMAN R.A .DIKALA SEMUA ORANG HANYA
BERTANYA HAL-HAL KEBAIKAN SEBALIKNYA BELIAU SEORANG SAHAJA YANG BERTANYAKAN
HAL-HAL BURUK AGAR BISA MENGENAL DAN MENJAUHINYA;
Dari Hudzaifah Ibnul Yaman Radhiyallahu Anhu berkata :
Manusia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam . tentang
kebaikan, sedangkan aku bertanya kepada baginda tentang keburukan karena
khawatir jangan-jangan menimpaku.Maka aku bertanya ; Wahai Rasulullah,
sebelumnya kita berada di zaman Jahiliyyah dan keburukan, kemudian Allah
mendatangkan kebaikan ini. Apakah setelah ini ada keburukan ? Baginda bersabda
: ‘Ada’. Aku bertanya : Apakah setelah keburukan itu akan datang kebaikan ? Beliau
bersabda : Ya, akan tetapi di dalamnya ada dakhanun.
Aku bertanya : Apakah dakhanun itu ?. Beliau menjawab :
Suatu kaum yang mensunnahkan selain sunnahku dan memberi petunjuk dengan selain
petunjukku. Jika engkau menemui mereka maka ingkarilah. Aku bertanya : Apakah
setelah kebaikan itu ada keburukan ?. Beliau bersabda : Ya, Du’atun ala abwabi
jahannam (Para Penyeru(da’i-da’i) ke Pintu-Pintu Neraka Jahannam).
Barang siapa yang mengijabahinya (mengikutinya), maka
akan dilemparkan ke dalamnya. Aku bertanya : Wahai Rasulullah, berikan ciri-ciri
mereka kepadaku. Baginda bersabda : Mereka mempunyai kulit seperti kita dan
berbahasa dengan bahasa kita.
Aku bertanya : Apa yang engkau perintahkan kepadaku jika
aku menemuinya ?. Baginda bersabda :Berpegang teguhlah pada Jama’ah Muslimin
dan imamnya. Aku bertanya : Bagaimana jika tidak ada jama’ah maupun imamnya ? Baginda
bersabda : Hindarilah semua firqah itu, walaupun dengan menggigit pokok pohon
hingga maut menjemputmu sedangkan engkau dalam keadaan seperti itu”.
(Bukhari dan
Muslim)
Kami mengetahui kerosakan dan kebathilan jemaah tabligh berdasarkan
pendedahan oleh ustaz Jamaluddin Abu Bakar(bekas karkun besar) dalam blog
beliau: http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/kenali-jemaah-tabligh.html
Ini berlaku setelah beliau belajar secara bertalaqqi kitab-kitab ilmu
tauhid/aqidah ASWJ para ulama muktabar.Ini menjadi bukti jelas bahawa dalam
organisasi tabligh itu memang wujud berbagai fahaman yang salah dan bathil.Ia
hanya dapat dikesan bila telah mengaji ilmu aqidah ASWJ.