Sidang pembaca yang dirahmati Allah
Perbincangan seterusnya marilah kita melihat sejauh mana
kebenaran dakwaan sesetengah pihak yang
mendakwa bahawa DEMOKRASI itu adalah ciptaan dan alat yahudi Zionist untuk
memecah belahkan umat islam.Mereka mendakwa Negara islam tak mungkin akan
tertegak mengikut acuan system kafir itu.
BENARKAH DAKWAAN INI??
Sejarah silam telah mencatatkan bahawa tertegaknya sebuah
daulah islam itu tidak lain dan tidak bukan adalah melalui perjuangan JIHAD
bersejata(qital)sehingga islam berjaya memerintah 1/3 dunia pada zaman silam
melalui jalan ini.Ini berlaku disebabkan untuk menegakkan sebuah system yang
baru maka system yang lama perlu diruntuh atau di musnahkan.Sejarah mencatatkan
dua kuasa besar dunia ketika itu iaitu ROM dan FARSI telah lama membina tamadun
manusia berdasarkan system politik yang mereka amalkan.Sistem politik itulah
yang menguasai seluruh kehidupan masyarakat ketika itu dan system itu jugalah
yang mencorakkan pemikiran masyarakat.
Apabila islam dilahirkan dan di sebarkan oleh Utusan Allah
dan para pengikutnya maka sudah tentu system yang dibawa oleh islam mesti dan
wajib menyamai atau melebihi dari system yang sedia ada diamalkan ketika
itu.ADALAH MUSTAHIL ISLAM ITU DATANG KEPADA MASYARAKAT YANG SUDAH ADA SATU
SISTEM HIDUP SENDIRI LALU MEMBERI SATU ALTENATIF HANYA PADA SATU JUZUK SAHAJA.
Adalah sangat janggal sekali bila sesebuah masyarakat yang
telah hidup sekelian lama berdasarkan system politik,ekonomi,bermasyarakat,berkeluarga
,beragama dan lain-lain lalu islam datang hanya membawa satu bab sahaja iaitu
bab ibadah??
Adakah islam datang hanya menyeru manusia beribadah dalam
pengertian pergi balik masjid,ajak orang pergi masjid,puasa,bayar zakat ,pergi
haji,berdakwah sampaikan islam,ajak orang buat baik dan seumpamanya?
Para alim ulama telah menyatakan bahawa perbezaan yang
paling besar antara agama islam dan agama yang lain terletak pada bab AMAR
MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR(MENGAJAK KEPADA YANG BAIK DAN MENGHALANG/MENCEGAH
KEMUNGKARAN).Sekiranya kerja ini tidak dilakukan oleh umat islam maka umat
islam tidak ada beza dengan agama Buddha.Kita lihat sami Buddha yang berjalan
berkaki ayam ke hulu ke hilir membawa kitab dan meminta derma terutama di utara
semananjung .Tujuan mereka berbuat demikian ialah untuk islah diri hingga
mencapai maqam fana serta mensucikan hati dan nafsu mereka dengan tidak memakan
binatang berdarah sebaliknya hanya memakan sayuran sahaja.
Mereka hanya meyampaikan pesanan-pesanan yang berbentuk
nasihat yang baik sahaja dan di larang menyinggung manusia lain dengan
kata-kata yang keras dan kasar.Kita belum pernah mendengar atau berjumpa
sekumpulan sami Buddha merobohkan sebuah bar atau pusat maksiat atas prinsip
mencegah kemungkaran.tidak ada….ini kerana mereka di ajar oleh kitab-kitab
mereka untuk hanya berlemah-lembut sahaja dengan manusia lain dengan harapan
mereka akan berubah secara beransur-ansur.
Sebaliknya dalam ajaran islam yang termaktub di dalam
alquran dan sunnah manusia dibahagikan
kepada beberapa jenis.Setiap jenis itu berbeza cara dan kaedah pendekatan.Ada
yang hanya dengan nasihat dan kata-kata yang baik mereka boleh berubah.Dan
sebahagian yang lain pula memerlukan pendekatan hukuman dan denda yang mampu
membuat mereka berubah.
Itu sebab kita lihat hanya islam sahaja yang memperuntukkan
jenis-jenis hukuman tertentu berdasarkan perbuatan atau kesalahan (dosa) kepada
penganutnya.Sebaliknya dalam agama lain boleh dikatakan tidak ada.Pernah kita
jumpa mahkamah di Negara india sana yang menghukum seorang suami yang
mengabaikan isterinya berdasarkan kitab hindu??
Ini menunjukkan bahawa islam itu datang dalam pakej yang
lengkap dan komplit(syumul)dan tidak ada kekurangan.Bermula dengan soal
individu hingga kepada persoalan bernegara dan jihad islam telah menyediakan
jalan penyelesaiannya.Oleh sebab itu kita melihat mana –mana harakah atau
jemaah islam yang memperjuangkan pakej sistem islam yang lengkap ini maka ia
akan dimusuhi dan diperangi oleh musuh islam(yahudi dan kristian)
Sebaliknya jemaah yang menggunakan nama islam sahaja tetapi
matlamatnya tidak memperjuangkan pakej islam secara syumul ini ,musuh islam
tidak mengusik pun mereka bahkan membenarkan gerakan mereka memasuki Negara mana
yang ia sukai dan bebas membina markaz dan pejabatnya.Kita lihat jemaah tabligh
yang markaznya ada di Negara haram Israel dan Negara syiah(iran)tanpa apa-apa
sekatan dan halangan.Begitu juga kita melihat golongan wahabi yang
mengusai 2 tanah suci (Mekkah dan
Madinah).
Ramai umat islam tertipu dengan amalan zahir golongan ini
yang hebat mengimarahkan masjid yang menjadi qiblat umat islam dan masjid
rasulullah SAW.Bahkan mereka mampu melaksanakan hukum islam dalam Negara mereka
tanpa diganggu gugat oleh yahudi dan kristian.Sedangkan musuh islam telah
berjanji ketika mereka menjajah Negara umat islam pada abad yang lalu untuk
sekali-kali tidak akan mengizinkan Negara tersebut merdeka dengan perlaksanaan
hukum islam yang syumul.Buktinya kita boleh lihat dalam buku yang ditulis oleh
tokoh-tokoh penjajah dahulu seperti Francis Light,Stamford Raffles dan
lain-lain yang mendedahkan konspirasi tersebut.
Sejarah telah mencatatkan bahawa gerakan islam(parti) FIS di
Algeria yang bercita-cita untuk menegakkan syariat islam secara syumul itu
dibenteras dan dilenyapkan secara habis-habisan apabila mereka memenangi
pilihanraya Negara itu .Untuk lebih detail boleh baca di link ini:
Maka oleh itu para ulama telah berijtihad dan menetapkan
hukum bahawa penglibatan umat islam dalam berpolitik secara demokrasi adalah
wajib(secara darurat) memandangkan musuh islam telah bersatu mengepung umat
islam dari segenap sudut untuk melumpuhkan kebangkitan islam.Hasil daripada
penglibatan itu kita telah melihat pihak musuh islam berusaha pula untuk
menyekat dan membatalkan kemenangan parti islam apabila kemenangan tidak
memihak kepada parti(secular) yang pro mereka. Cuba kita bayangkan jika kita
mengikut ulama yang mengharamkan politik demokrasi maka sudah tentu jalannya
adalah revolusi(perang)dan hasilnya kita lihat apa yang telah berlaku di Algeria
bila FIS yang cuba mengangkat senjata telah dihapuskan dengan mudah kerana
perbezaan alat peperangan dan ketiadaan kuasa politik.
Malangnya dalam kehangatan umat islam sekarang sedang
bergelut antara hidup dan mati masih terdapat sekelompok jemaah yang memisahkan
diri dari politik dan menyeru pula umat islam yang lain meninggalkan jihad
menegakkan system islam ini secara halus dengan bertopengkan nama islam.
Seorang Tuan guru pondok di Selatan Thailand telah menulis
dalam surat beliau tentang scenario yang berlaku disana bila sebuah jemaah yang berlabelkan agama
telah menyebarkan ajarannya sehingga ramai umat islam disana telah meninggalkan
jihad mereka yang sebelum ini hebat dan berani telah bertukar menjadi lemah dan
pengecut.Benarlah apa yang di sebut oleh Rasul SAW 1400 tahun dahulu mafhumnya:
Daripada
Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di
mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan
orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah
seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi
s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama
buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari
hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit
‘wahan’.”
Seorang
sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta
pada dunia dan takut pada mati.”
Jemaah tabligh telah mempromosikan penyakit Wahan ini kepada
umat islam akhir zaman secara tidak sedar.Tanyalah kepada karkun tabligh
tentang persoalan jihad ini nescaya mereka akan berselindung disebalik hadith
dhaif iaitu:”jihad yang paling besar ialah jihad dengan hawa nafsu” tetapi
mereka menolak hadith sahih yang mafhumnya:” jihad yang paling utama ialah
berkata yang haq/menegur pemerintah yang zalim sehingga kamu terbunuh”
Untuk itu kami paparkan scan surat dan isi khutbah yang dibaca pada hari jumaat yang ditulis oleh ulama
pattani tersebut untuk para pembaca menilai sendiri.