Tuesday 31 December 2013

Bagaimana Sifat Taksub Boleh Terbit Dalam Jiwa Pengikut Tabligh?



Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Merujuk kepada tajuk ‘panas’ di atas,kali ini kami ingin mengajak para pembaca melihat dari sudut yang berbeza intipati dari modul ajaran jemaah tabligh berdasarkan dari tulisan pengikut tabligh sendiri.Rata-rata umat islam Malaysia melihat ajaran yang disebarkan oleh jemaah tabligh TIDAK ADA MASALAH  kerana mereka melihat jemaah tabligh seperti orang melihat bunga teratai yang kembang mekar (cantik) di permukaan tasik.Sedang akarnya yang terbenam di dasar tasik tidak diketahui melainkan  oleh mereka yang mahu mendalaminya.
Begitulah juga denga ajaran jemaah tabligh yang berdiri atas  6 prinsip iaitu:

1.Yakin dengan kalimah “laa ilaaha illallah muhammadurrasulullah”
2.Solat yang khusyuk,khuduk & tawaduk
3.Ilmu dan zikir
4.Ikramul muslimin
5.Ikhlas niat
6.Dakwah dan tabligh (khuruj)

Sekali imbas orang akan melihat cantik dan indah sekali 6 prinsip tabligh di atas dan bagi yang kurang memahami tassawur islam tidak akan dapat mengesan PENYIMPANGAN  YANG TERSEMBUNYI  dibalik kalimah-kalimah indah tersebut.Tapi bagi mereka yang berilmu (Faqih) akan dapat mengesan penyimpangan tersebut melalui tafsiran@huraian dari kalimah tersebut dari sumber yang diberi diatas.

Sebenarnya 6 prinsip tabligh ini tidak ada beza dengan prinsip dalam ajaran Muktazilah tetapi bilangannya hanya  5 iaitu:

1.    Tauhid (Keesaan Tuhan)
2.    Al-Adl (Keadilan Tuhan)
3.    Al-Wa’du wal wa’id (Janji dan Ancaman)
4.    Manzilah bainal Manzilatain (Tempat diantara dua tempat)
5.    Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar (perintah berbuat baik dan larangan berbuat jahat)

Ternyata golongan Muktazilah juga mempunyai prinsip dasar yang indah dan molek sekali kalau dilihat secara umum tetapi bila dikoreksi tafsiran dan huraiannya maka kita akan dapati penyimpangan yang tersembunyi itu.Tafsirannya boleh baca disini: http://akhwatdiyah.blogspot.com/2012/06/makalah-pemikiran-teologi-mutazilah.html
Tanpa memahami maksud-maksud yang terkandung dalam pinsip-prinsip tersebut, orang akan tertipu dengan keindahan bahasanya.

Begitulah umumnya prinsip-prinsip yang ditawarkan oleh setiap ahli bid’ah, termasuk jama’ah tabligh. Bahasa luarnya indah dan seakan menawan kebenaran. Namun sebaliknya menyembunyikan penyimpangan dan kesesatan.Kalau dengan 5 prinsip Muktazilah tersebut mereka tetap termasuk dalam kelompok 72 golongan yang sesat maka tidak pelik bila ada para ulama yang telah memfatwakan sesatnya jemaah tabligh juga berdasarkan 6 prinsip tersebut.

Berbalik kepada tajuk diatas kami mengajak para pembaca untuk menilai artikel yang ditulis oleh seorang pengikut tabligh ini :

Soalan:

Apakah fadhilat,kelebihan dan kebaikan mengerjakan amalan ziarah rumah ke rumah?

Jawapan:

Tulang belakang Agama adalah daawah.tulang belakang daawah adalah ghast atau amalan ziarah.
Amalan ziarah rumah ke rumah adalah perintah Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W.
Merupakan amalan yang hidup di masjid nabawi di zaman Rasulullah S.A.W dan ianya perlu dihidupkan di semua masjid di seluruh dunia ini.
Nabi S.A.W bagi tahu mereka yang hidupkan sunnahku di zaman kerosakkan ummat ganjaran baginya 100 pahala shahid.Mereka yang hidupkan sunnahku adalah mereka yang mencintaiku,mereka yang mencintaiku akan bersama-samaku di dalam syurga.

Antara tujuan ziarah dibuat:

1)Hidupkan sunnah nabi S.A.W
2)membawa bersama fikir,risau dan kebimbangan Baginda S.A.W
3)usaha ke arah kuatkan iman dan ajak tuan rumah kepada usaha menguatkan iman.
4)untuk tunaikan hak sesama Islam,hak paling besar iaitu hak kalimah toiyibah.
5)untuk hubungkan silaturrahim sesama Islam
Kelebihan :
1)Terlepas dari tuntutan di kalangan jiran2 di kariah/tempat tinggal
2)Debu2 yang melekat pada anggota orang yang membuat ziarah kerana Allah akan diharamkan hatta asap api neraka pun.
3)Seketika berada di hadapan rumah orang yang kita ziarah adalah lebih baik dari seorang yang beribadah di hadapan Hajarul Aswad di malam Lailatul Qadar.
4)Mematahkan tulang syaitan
5)Menjadi asbab besar tersebarnya hidayah ke seluruh alam.
6)sepagi atau sepetang mereka yang berada di jalan Allah S.W.T adalah lebih baik dari dunia dan segala isi2nya


Komen kami:

Kefahaman atau kepercayaan seperti inilah yang menyebabkan mereka begitu taksub dengan jemaah mereka hingga memandang sinis jemaah islam yang lain.Sedangkan apa yang mereka tulis itu sama sebagaimana ungkapan yang pernah di ucapkan oleh khalifah Ali bin Abi Talib r.a iaitu “kalimah yang haq tapi untuk tujuan yang bathil”.Mungkin ada yang tak berapa faham kenapa dikatakan BATHIL?

Ia bermaksud kalimah yang benar untuk membela kelompok yang salah.Macam seorang peguambela yang dapat membebaskan seorang penjenayah kerana bijak berhujjah.Begitulah kesimpulan yang kami boleh buat dari artikel tersebut.




Saturday 28 December 2013

Kisah Benar: Musuh Islam Berpesta Dengan Kematiannya



Kesyahidan Asy-Syahid Syed Qutb adalah di tali gantung semasa Regim Jamal Abdul Nasir. Syed Qutb digantung bersama 2 orang lagi rakan seperjuangannya dalam Ikhwan Muslimun pada pagi Isnin 29 Ogos 1966.
Kebimbangan dan ketakutan yang melanda bukan sahaja buat Regim Jamal Abdul Nasir tetapi juga buat Imperialis Barat ketika itu. Imperialis Barat amat takut dan bimbang terhadap pemikiran- pemikiran tajam Syed Qutb yang menghancur-leburkan Ideologi Sesat Barat dan Komunisme Timur, serta kemampuan beliau mengemukakan 'gagasan Islam' dengan jelas dan mantap ke dalam ummah. Kemampuan beliau telah menyeret Regim Mesir dengan desakan Imperialis mengambil tindakan 'kejam' menggantung Mujahid Agung Islam abad ini.


Sejarah Hidup Syed Qutb


(1)Tahun 1906
Syed Qutb dilahirkan  di Daerah Assyut, Mesir. Berkat didikan ibubapa, beliau telah menghafaz seluruh AlQuran sejak kecil lagi. Beliau melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum (sekarang Universiti Qaherah) sehingga berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang sastera (Pendidikan).
Selepas tamat pengajian, beliau ditawarkan mengajar di Darul Ulum. Selepas beberapa tahun di situ, beliau dilantik menjadi 'Nazir' sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Mesir. Kementerian Pelajaran Mesir telah menghantar beliau ke Amerika Syarikat selama 2 tahun untuk mengkaji sistem pendidikan dan latihan moden yang ada di sana.
Pengalaman singkat (ringkas) beliau berhubung dengan budaya Barat membolehkan beliau mendalami pemikiran-pemikiran dan sosio budaya orang-orang Amerika dan Barat sendiri. Syed Qutb berpeluang melihat sendiri betapa runtuhnya pemikiran dan budaya Barat.
Kembalinya dari Amerika, beliau mula berjinak-jinak dengan Ikhwan Muslimun dan akhirnya menyertai gerakan Islam itu pada tahun 1945.

(2)Tahun 1945

Syed Qutb menyertai gerakan Islam Ikhwan Muslimun.


(3)Tahun 1954
Ikhwan Muslimun melantik Syed Qutb sebagi Ketua Pengarang Majalah Al-Ikhwan Muslimun. Tetapi majalah ini hanya dapat dikendalikan oleh beliau selama 2 bulan sahaja kerana pada bulan September 1954, majalah itu diharamkan penerbitannya oleh Regim Jamal Nasir.
Regim Mesir ketika itu mengambil langkah kekerasan terhadap gerakan Ikhwan dan menangkap ribuan pendukungnya termasuk Syed Qutb. Penyiksaan yang 'teruk' terhadapnya menyebabkan Syed Qutb menderita penyakit yang 'teruk' di dalam penjara.


(4)Tahun 1955
Pada Julai 1955, Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara dengan 'kerja berat' oleh Mahkamah Rakyat Mesir.
Semasa di dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nasir telah menawarkan pembebasan terhadap beliau dengan syarat Syed Qutb menulis 'pernyataan' memohon maaf kepada Regim Jamal Abdul Nasir. Tetapi tawaran tersebut ditolak oleh Syed Qutb dengan kata-kata yang amat bermakna dan berharga buat setiap pendukung Islam di sepanjang zaman. Kata Syed Qutb:
"Aku merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun dengan perkataan itu dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannnya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Ia meredhai aku dan aku meredhaiNya"


(5)Tahun 1964

Syed Qutb dibebaskan apabila Jamal Abdul Nasir memenuhi permintaan Presiden Iraq yang meminta supaya Syed Qutb dibebaskan. Pembebasan itu dilakukan oleh Jamal Abdul Nasir kerana beliau ingin menjalin hubungan baik dengan Iraq.
Tetapi tidak sampai 1 tahun dari pembebasan itu, Syed Qutb ditahan kembali dengan tuduhan ingin merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan dengan mengggunakan kekerasan. Turut ditangkap bersama beliau ialah adik-adiknya Muhammad Qutb, Hamidah Qutb, Aminah Qutb dan puluhan ribu anggota Ikhwan Muslimun yang lain.


(6)Tahun 1966
Syed Qutb bersama rakan-rakan seperjuangannya iaitu Muhammad Yusof Hawwash dan Abdul Fatah Ismail telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tentera Mesir.
Pagi Isnin 29 Ogos 1966, Asy-Syahid Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman gantung sampai beliau kembali ke RAHMATULLAH.


LAGI PROFIL BELIAU:

Oleh kerana ayah dan ibunya sangat kuat mematuhi ajaran agama dan tergolong dalam orang2 yang menyintai Al Quran, Sayyid Qutb pernah berangan2 untuk mempunyai suara yang lunak merdu seperti qari2 yang memperdengarkan tilawah Al-Quran kepada ibunya. namun Allah tidak mengizinkannya kerana Allah telah menjadikannya sebagai orang yang lebih hebat lagi di zamannya.

Menghafaz, suka membaca dan beri idea bernas

Beliau mula hafal Al Quran sejak 10 tahun. sejak kecil dan remaja, beliau mula memperlihatkan kegemaran membacanya yang mantap serta boleh memberi idea2 yang bernas.

Jadi guru

Beliau berjaya memasuki Kuliah Darul 'Ulum dan setelah menamatkan pengajian tingginya, beliau menceburkan diri dalam bidang perguruan dan penulisan dan akhirnya dipindah ke bahagian Pentadbiran Kementerian Pelajaran di Kaherah.

Sangat berpengaruh dalam bidang penulisan

Beliau menjadi seorang yang sangat berpengaruh dalam bidang penulisan di dalam akhbar dan majalah. orang2 muda terutamanya sangat meminati hasil tulisan beliau sehinggalah beliau buat keputusan tuk menulis buku. waktu itu, umur beliau sudah mencecah 40 tahun. dari 1945 - 1950, beliau telah menghasilkan 26 buah buku dalam bidang penulisan sastera Islamiyah.

Ke Amerika

tahun 1948, beliau dihantar ke Amerika dan duduk di sana selama 2 tahun. di sana, beliau melihat dan mengkaji tentang kehidupan orang-orang di Amerika. boleh dikatakan beliau ialah org yg sangat tahu tentangg agamanya tapi beliau menulis hingga ke cerita-cerita yang mengarut dalam gaya penulisannya.

Turning point

Bagaimana Syed Qutb boleh tersedar ? pada satu ketika beliau sakit dan duduk di hospital. dari atas bilik, beliau dapat menyaksikan ramai orang Amerika sedang berpesta sakan. beliau pelik dengan keadaan yang tidak pernah beliau lihat. lalu beliau bertanya pada salah seorang tentang apa yang berlaku. lalu orang itu berkata "Kau tak tahu ke? Kat Mesir, ada sorg terrorist Islam telah pun ditembak mati. kami gembira sebab tu kami raikannya dengan berpesta!". kalian tahu sapa kah gerangan 'terrorist' Islam itu? itulah dia hero kita, Hassan al Banna. (semoga Allah merahmati segala usaha jihad Asy-Syahid Imam Hassan al Banna)

Syed Qutb mula berfikir kenapa orang2 Amerika sgt gembira dengan kematian Hassan al Banna. pasti HAB ini seorang yang luar biasa hebatnya. lalu mulalah Allah bukakan hatinya untuk sedar. beliau juga pernah berkata melalui pengamatannya"Amerika mempunyai segala sesuatu kecuali roh". mereka bersifat materialistik semata2. nak cari duit, utk apa? supaya hujung minggu boleh ke night club bersuka ria dan buat maksiat. begitulah...

Kembali ke Mesir

sekembalinya ke Mesir, beliau memutuskan untuk meninggalkan gelanggang sastera dan menumpukan seluruh hayatnya kepada pengajian dan harakat Islamiyah serta memasuki Ikhwanul Muslimin. beliau menulis...

"Orang yang menulis kajian ini ialah seorang yg hidup membaca selama 40 tahun genap. kegiatannya di peringkat pertama ialah membaca dan menelaah kebanyakan hasil pengajian dalam pelbagai bidang pengetahuan manusia termsk kajian yg menjadi bidang kegemarannya. dan pada akhirnya, ia pulang ke pangkal jalan iaitu pulang dgn sumber aqidah (Al Quran), pandangan dan kefahamannya. dan di sana ia dapati bahawa seluruh apa yang dibacanya itu amat kerdil jika dibandingkan dengan potensi2 aqidah Islam yang agung itu dan akan terus dengan sifat agungnya. Walau bagaimanapun, ia tidak menyesal atas kehabisan umurnya selama 40 tahun itu kerana dengan usianya yang selama itu, ia berjaya mengenal hakikiat jahiliyah, mengenal penyelewengnya, kekerdilannya, kekosongannya, kesongsangannya, kesesiannya dan dakwaan2nya yang karut. sejak itu ia sedar dengan penuh keyakinan bahawa seorg Muslim tidak boleh menyatukan 2 sumber ilmu pengetahuan yang berlainan itu utk diterima olehnya". - Syed Qutb

Aktif dalam penulisan Islamiyah (1951-1964)

beliau mula menulis dengan serius dan cemerlang hingga lahirnya karya2 agung yang menjadi warisan hingga hari ini. salah satunya ialah Tafsir Fi Zilalil Quran hingga lengkap 30 juzuk yang mengambil masa selama 8 tahun untuk disiapkannya.

Uniknya Tafsir Fi Zilal berbanding tafsir lain

Fi Zilal Quran bermaksud "In the Shade of Quran" atau "Di bawah bayangan Al Quran". uniknya tafsir ini ialah ianya ditulis dengan tinta derita sengsara yang begitu pahit akibat penindasan dan permainan politik gila kuasa yang zalim di zaman itu (Presiden Jamal Abdul Nasir memerintah)

beliau telah menghadapi penyeksaan fizikal yang kejam hingga membuatkan seluruh entiti beliau tertumpu hanya pada Allah S.W.T dan kepada penghayatan Al Quran. di mana beliau hidup di bawah bayangan Al Quran dengan seluruh jiwanya sebagai seorang pendakwah.

tafsir ini juga berbeza dari tafsir2 yang lain kerana beliau menggunakan satu method pentafsiran membersihkan pentafsiran Al Quran dari pembicaraan sampingan dan selingan yang tidak disarankan oleh nas2 Al Quran. oleh itu, beliau menjauhkan tafsirnya dari perbahasan mengenai bahasa dan tata bahasa, ttg ilmu kalam dan ilmu fiqh.

beliau telah menulis tafsir ini sebanyak 2 kali iaitu yg pertama ia menulis dengan tinta seorang alim, dan kali kedua dia menulis dengan darah syuhada'.

Syahid di tali gantung

tanggal waktu fajar Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966, beliau dijatuhi hukuman gantung setelah didapati bersalah oleh "Mahkamah Tentera" yang telah ditubuhkan oleh kerajaan revolusi di zaman itu. Mahkamah ini mempunyai sejarah pengadilan yang hitam dan banyak mengorbankan orang2 yang tak berdosa. Hukuman gantung tetap dilaksanakan secara mendadak ke atas beliau tanpa menghiraukan bantahan dunia Islam dan menolak secara tidak sopan telegram rayuan peribadi dari Raja Saudi Almarhum Faisal Ibn Abdul Aziz di mana baginda merayu supaya beliau dibebaskan dari hukuman gantung dan baginda bersedia memberi apa sahaja yang dituntut oleh kerajaan Mesir.

" Tangan yang mengangkat kalimah syahadah ini tidak akan tunduk pada taghut! "
(kata2 yang diberikan oleh Syed Qutb ketika dipujuk oleh Presiden supaya kembali tunduk pada mereka)

lebih lanjut mengenai Syed Qutb dan banyak lagi tokoh2 pejuang islam sila ke dakwah.info

Saudara,
seandainya kau tangisi kematianku
dan kau sirami pusaraku
dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku
yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat ini
dan teruskanlah perjalanan
ke gerbang jaya

Saudara,
kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih
yang sedang merindu
taman-taman di syurga Tuhanku
bangga menerimaku
burung-burungnya
berkicau riang menyambutku
bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara,
puaka kegelapan pasti akan hancur
dan alam ini akan disinari fajar lagi
biarlah rohku terbang
mendapatkan rindunya
janganlah gentar
berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar

(ditulis beberapa jam sebelum menemui syahid di tali gantung pada tahun 1966)

Thursday 26 December 2013

Hakikat Sebenar Sekolah Deobandi



Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Jika dikaji fahaman Deobandi hari ini maka ia sebenarnya telah berpecah kepada 2 aliran pemikiran.

Satu aliran ialah seperti yang difahami oleh Jemaat Tabligh yang menolak menggunakan kekerasan dalam menyampaikan dakwah. Aliran pemikiran ini lebih menjurus kepada jalan kesufian. Pengasas Jemaat Tabligh ini iaitu Maulana Ilyas sendiri mengakui bahawa ia banyak terpengaruh dengan pengajian2 yang disampaikan dari madrasah Darul Ulum malah ia mengikuti jalan sama seperti pengasas2 awalnya seperti Maulana Ashraf Ali Thanvi, Maulana Qasim Nanotwi dsbnya.

Satu lagi aliran mengambil pendirian yang keras dalam menyampaikan dakwah mereka. Kumpulan ini lebih terpengaruh dengan pemikiran ahli-hadis yang mirip kepada ajaran wahabi. Justeru ada yang menamakan kumpulan ini sebagai wahabi-deobandi. Pengganas Taliban lebih terpengaruh dengan ajaran kumpulan ini dan cuba melaksanakannya secara kekerasan. 
Antara ajaran2 kumpulan ini ialah,

"Deoband teachings emphasize the veiling of women. Women must not mix with men in public.  Deoband tradition teaches that men are more intelligent than women and that there is no point in educating girls beyond the age of eight.  Students at Darul Uloom may use computers, but may not use the Internet.  They are permitted to watch TV news, but may not watch movies.  However, many Deobandi madrassas outside India ban television watching and the reading of newspapers altogether in addition to all other forms of entertainment (the Taliban banned kite-flying).  The curriculum in these offshoot madrassas is medieval in conception:  reading and recitation of religious texts, mathematics, and some Greek logic. The teaching of Western science (regarded as "un-Islamic") is prohibited.  Most students enter the schools at age five and graduate when they are 25 years old. "

Hairan pula kenapa sekarang baru mereka menentang terrorisme sedangkan merekalah yang menjadi tok-tok guru kepada pengganas2 antarabangsa sekarang ini.

Mengikut sejarah, golongan wahabi-deobandi telah telah bekerjasama dengan golongan2 Hindu dalam memperjuangkan kemerdekaan menentang Inggeris di India. Setelah India mendapat kemerdekaan mereka telah menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan yang diterajui oleh orang Hindu.
Apabila ada golongan Islam yang cuba memperjuangkan pemisahan untuk menubuhkan negara Islam sendiri, golongan wahabi-deobandi ini telah mengambil sikap menyokong Hindu untuk menentang gerakan pemisahan ini. Mereka lebih rela bertuankan Hindu daripada orang Islam yang berbeza pendapat daripada aliran pemikiran mereka.

Beberapa ulama Islam telah dihalalkan darah mereka oleh golongan wahabi-deobandi ini semata-mata menyokong gerakan pemisahan itu. Antaranya ialah Maulana Syed Abu Ala Maududi yang memimpin gerakan Jamaat i-Islami.

Kebanyakan penulis di kalangan pengikut tabligh yang menulis tentang sejarah Deobandi lebih condong kepada sentimen ketaksuban.Ini menyebabkan mereka menulis dalam sudut tertentu (tidak menyeluruh) dan ini  kurang lengkap kerana ia hanya memperlihatkan dari satu sudut pandangan terutama hanya dari faktor sejarah saja. Isu-isu semasa memperlihatkan bahawa mazhab Deobandi ini sebenarnya mempunyai kaitan yang erat dengan mazhab wahabi di Arab Saudi. 

Ini dibuktikan dengan perkembangan semasa yang memperlihatkan bagaimana wahabi di Arab Saudi mendukungi dan menyokong Taliban yang bermazhab Deobandi apabila ia merampas kuasa dari kerajaan Mujahidin Islam di Afghanistan. Mereka telah memberikan bantuan berjuta dollar kepada Amerika yang memperanjingkan Pakistan untuk disalurkan kepada Taliban semasa mereka menyerang Afghanistan dulu.
Mungkinkah Deobandi di India hanya berpurak-purak saja apabila kononnya ia tidak lagi menyokong Taliban yang mengambil jalan keganasan sebagai wadah perjuangan mereka? Di dunia sekarang ini puak-puak ini telah dikeji teruk menjatuhkan imej Islam bukan saja dari non-muslim tapi dari golongan Islam sendiri juga. 

Sunday 22 December 2013

Penerbit Terbesar Fazail Amal (Tablighi Nisaab) Bertaubat

Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Atas dasar prinsip "LIHAT APA YANG DIA KATA,JANGAN LIHAT SIAPA YANG BERKATA" maka entri kali ini kami paparkan terjemahan(versi asal berbahasa Inggeris) satu pengakuan taubat penerbit terbesar kitab rujukan utama Jemaah tabligh iaitu Kitab Fadhail Amal yang sejak awal penubuhannya digunapakai sebagai selibus dalam program dakwah mereka.

Walaupun kami tahu pengikut tabligh akan pertikai sumber ini kerana ia datang dari 'seteru' mereka di benua India yang dikenali sebagai kelompok Ahlul Hadith tetapi yang pastinya apa yang didedahkan itu ada kebenarannya.Kalau tidak tak kan kitab tersebut telah membuang banyak bab dalam keluaran/cetakan terbaru  di Malaysia khususnya bab haji dan fadhilat sedaqah.Maka tidak hairan di negara Arab kitab tersebut ditukar kepada kitab Riadhus Solehin Imam Nawawi. 

Marilah sama-sama kita meneliti dan memahami pendedahan tersebut dibawah:


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengaseh Dan Maha Penyayang

Laporan khas oleh
Sajid A Kayum

29 Dec ‘02
Sajid@ahya.org

sertaTemuduga Istimewadengan.Sdr. Mohammed Anas(Penerbit terbesar untuk
 Fazaail-e-Amaal) oleh:Sdr. Muhammed Aqil

Mohammedaqil@hotmail.com
Rakaman audio bagi temuduga ini
Boleh didapati di laman web 
www.ahya.org


Pada masa kini, di mana terdapat ta’sub kelompok, ta’sub kepada mazhab masing-masing dan fahaman berparti-parti telah menjadi-jadi, maka adalah menjadi suatu rahmat yang luarbiasa bagi seseorang individu mencari petunjuk dan menerima kebenaran. Khususnya, ia melibatkan sumber mata pencarian dan kehormatan yang diperolehi dengan susah payah menjadi taruhan. Salah seorang yang bertuah itu ialah saudara Mohammad Anas,pemilik Idara Ishaat-E-Diniyat – perusahaan penerbitan yang menerbitkan Fazaail Aamaal (juga dikenali sebagai Tablighi Nisaab) dalam empat bahasa dan banyak kitab-kitab Deobandis lainnya. 


Fazaail Aamaal yang dikarang oleh Maulana Zakariya Al Khandahlawi adalah kitab yang digunakan oleh Jamaah Tabligh untuk menyebar dakwahnya. Itulah satu-satunya kitab yang dibolehkan untuk dibaca pada saat mereka Jamaah Tabligh berkumpul. Mereka sangat digalakkan untuk membaca kitab ini secara teratur sehingga kitab ini dibaca oleh mereka lima kali sehari setelah setiap solat. Di- dalam kitab ini banyak terkandung kepercayaan palsu dan cerita-cerita dusta yang telah mencemar Aqidah umat selama setengah abad.

Sila rujuk kepada artikle,” Apakah ada cerita-cerita yang tidak berasas di dalam Fazaail-Aamaal” yang merosakkan Aqidah ” di www.ahya.org

Saudara Mohammad Ana , penerbit Fadilah Amal, sesudah mengenal pasti kesalahan-kesalahan terdapat di dalam Fadilah Amal, telah secara terbuka mengumumkan berlepas diri dari kitab ini dan juga dari golongan Tabligh-Deobandi yang menyebarkan ajaran yang sesat. Dia secara ikhlas telah menerima cara beragama berdasarkan Al Qur’an and Sunnah, yang merupakan cara para Ahli Hadith – Dan segala puji hanyalah bagi Allah.

Kegelisahan Golongan Deobandi Yang Nampak Dalam Beberapa Tahun Kebelakangan Ini

Dalam beberapa tahun terakhir terlihat kegelisahan yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam lingkaran golongan yang berasal dari Deobandi India disebabkan amat ramai orang telah meninggalkan taqlid buta terhadap individu dan taqlid terhadap kelompok. Mereka menerima ajaran murni bersumberkan dari Al Qur’an dan Sunnah. Pada masa-masa yang lepas, Deobandis dengan secara mudah melemahkan dan meremehkan cara para A-hlul Hadeeth sebagai suatu cara yang tidak wujud dari segi praktiknya .Sekarang mereka sudah menyedari bahwa ahlul Hadeeth adalah suatu kekuatan yang perlu diperhitungkan. Dasar-dasar taqlid buta terhadap para nenek moyang dan sikap fanatik kepada mazhab yang mendasari golongan Deobandi sudah semakin lemah.

Deobandisme – Antara Dakwaan Dan Kebenaran

Golongan Deobandis mengisytiharkan diri mereka sebagai pendokong tauhid, pengkaji agama, dan reformasi dan pengikut imam yang sah (Imam Abu Hanifah) dan menggambarkan diri mereka sebagai kelompok pemikiran yang sah dari Ahlus-Sunnah yang jika pun berbeda, ia hanya berlaku dalam masaalah Ijtihad(furuk). Pada hakikatnya, mereka telah melakukan jenayah yang besar terhadap agama Islam dengan menyebarkan kepercayaan syirik dan bida’ah, dan melakukan kesalahan yang besar membela kekeliruan nenek moyang mereka yang jelas menyimpang dan membuat tahreef yaitu penyimpangan untuk menyokong madzhab mereka. Mereka membantu menyebarkan kebodohan dengan menyusun tenaga sukarela yang terdiri dari orang-orang yang tidak berilmu dan tidah bertauliah dengan nama ’Jemaah Tabligh’ dan membekalkan mereka buku ”Fazaail- Aamaal” – yang ia sendiri adalah kumpulan cerita-cerita yang tidak berasas yang mengajak kearah bida’ah kesufian.

Golongan Deobandis dan Jamaah Tabligh telah berjaya menyembunyikan pahaman sesat mereka di dunia Arab dan di negara Barat. Dalam masa yang sama mereka secara terbuka berdakwah kepada kesesatan mereka di negara-negara di mana mereka mempunyai pengikut yang ramai seperti di India, Pakistan dan lain-lainnya.

Hal ini dapat kita saksikan dengan paling jelas di negara Arab Saudi yang merupakan pusat kajian agama dan tempat tinggal kebanyakan pencinta-pencinta agama yang banyak infak secara sukarela menolong kaum Muslimin di seluruh dunia. Deobandis memanfaatkan sepenuhnya niat baik mereka dan menyebarkan dakwah mereka secara rahsia sehinggalah terdapat rakan-rakan mereka telah dilantik dalam banyak jawatan-jawatan kementerian. Contoh yang paling ketara adalah Maulana Makki yang terkenal sebagai seorang Deobandi yang memberi kuliah di Tanah Haram Makkah hingga ke saat ini. Kompleks Percetakan Al Qur’an Raja Fahd juga menerbitkan Tafsir Deobandi yang dianggap sebagai Tafsir resmi dalam bahasa Urdu.

[Tafsir ini disebut Tafsir Usmani dimana terjemahan ayatnya dilakukan oleh Maulana Mahmood Hasan Deobandi dan ulasannya oleh Maulana Shabbir Ahmed Usmani]. 

Dalam bahagian pengenalan Tafsir ini mengandungi rujukan kepada keyakinan ajaran Wahdatul Wujud (Kesatuan dalam kejadian) meskipun tidak disebutnya dengan jelas. Bahkan ulama-ulama besar dan para mufti Negara Saudi terpedaya serta mempunyai pandangan yang baik terhadap Deobandis dan Tabligh.

Ulama menyangkal Jamaah Tabligh

Tetapi Alhamdulillah kesesatan Jamaah Tabligh menjadi nyata dalam pandangan beberapa ulama Salafi Arab dan mereka menyangkal kelompok tersebut dalam tulisan-tulisan mereka. Shaikh Taqiyyudin al-Hilaali (terkenal kerana terjemahan Al Qur’an yang mulia diterbitkan oleh Penerbitan Dar-us-Salam) menulis risalah kecil dengan nama, ”Al-Siraaj Al-Muneer fi Tambeeh Jama’ah At-Tableegh alaa Akhtaa’ihum” dan Shaikh di-Tuwaijiri menyusun kitab yang luar biasa, ”Al-Qawl al-Baleegh”. Kemudian Shaikh Taalib ur-Rehmaan seorang ulama yang terkenal dengan perdebatannya dengan orang Bida’ah menulis kitab, ”Ad-Deobandiyyah” dalam bahasa Arab mendedahkan hakikat Deobandis dengan lebih lanjut. Syeikh ini mempunyai satu lagi sangkalan atas Jamaah Tabligh dalam bahasa Arab yang sudah diterbitkan akhir-akhir ini. Selain dari ini ada banyak usaha lain yang telah dilakukan oleh ulama dan semoga Allah menerima semua usaha mereka yang ikhlas.

Di benua India, ramai para ulama telah membangkitkan kesedaran orang awam mengenai Jamaah Tabligh setelah berbagai usaha menasehati mereka telah menemui kegagalan. Malah beberapa masjid Ahlul Hadith membuka pintu mereka kepada Jamaah Tabligh bertujuan untuk berkerjasama dalam hal kebajikan dan kebaikan kerana secara lahiriahnya Jamaah Tabligh mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai agenda lain kecuali memanggil orang awam ke masjid untuk sholat. Para Tablighi telah dinasehati berkali-kali untuk meneruskankan dakwah mereka dengan menggantikan buku Fazaail Aamaal dengan kitab-kitab tafsir dan hadis yang sahih, tetapi mereka menolak permintaan tersebut. (Ini adalah kerana bukanlah niat pengasas dan ketua-ketua Jamaah ini untuk menyelamatkan orang awam dari syirik, taqlid buta dan bid’ah tetapi adalah untuk menyebarkan ajaran sheikh-sheikh Deobandi seperti Moulana Ashraf Alee Thanwi dan lain-lan .

Lihat buku: ”The Deobandis and the Jamaat Tableegh ” by Sajid Abdul Kayum di laman web; www. ahya. org )

Dakwah JamaahTabligh

Di daerah di mana terdapat kejahilan umum mengenai Aqidah yang benar dan mempunyai tradisi yang kuat untuk menyerahkan semua urusan agama ke tangan moulana tertentu, Jamaah Tabligh berbicara dari segi kedudukan yang kuat dan secara terbuka berdakwah kepada pandangan yang sesat. Para Tablighi mengubah arti ayat-ayat Al Quran dan menyampaikannya kepada orang awam untuk menipu mereka dalam keyakinan bahawa ini adalah qadar Allah bahwa semua orang Muslim sejati wajib mengikuti peraturan ”Jamaah Tabligh” dan diharapkan untuk tidak ragu-ragu mengikuti cara mereka keluar khuruj berdakwah.

Jamaah Tabligh merasa bangga dalam kejahilan malah menyoal individu jahil yang lain seperti mereka, ”Di sekolah atau universiti yang manakah para Sahabat pergi?” Mereka berdusta atas Allah dan RasulNya dan mereka membenarkan perkataan dusta itu kerana hanya bermaksud untuk menganjurkan perbuatan baik. Mereka sering memetik Qur’an sebagai Hadis dan sebaliknya Hadis sebagai Qur’an. Lebih parah lagi, mereka memetik perkataan nenek moyang mereka dan cerita-cerita dongeng serta menganggapnya perkataan Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam). Pada kebiasaanya, mereka menyebut ayat-ayat Al Qur’an, potongan-potongan Hadis, cerita-cerita dongeng,ucapan-ucapan nenek moyang mereka dengan tidak membezakan antara satu dengan yang lainnya, memberi gambaran kepada pendengar yang jahil bahawa semua ini seolah-olah berasal dari Allah untuk membimbing manusia.

Banyak ulama ahlul Hadeeth telah menimbulkan kesedaran mengenai Jamaah Tabligh melalui tulisan-tulisan dan ceramah-ceramah, khususnya Shaikh Meraj Rabbani, Shaikh Ataa Allah Daerwi dan lain-lainnya. Dan mereka yang sudah meninggalkan Jamaah Tabligh telah mendedahkan kesesatan Jamaah itu dengan lebih jelas.Akibatnya ramai orang telah menerima cara Al-Qur’an dan Sunnah. Ini merupakan suatu lagi tamparan hebat kepada golongan Deobandis. 

Juga perlu diperhatikan bahwa mereka yang menerima penunjuk adalah mereka yang terpelajar dan individu yang celik yang mempunyai kemampuan untuk menyelidik, memahami dan mampu membezakan antara fakta dan palsu. 

Kebanyakan orang yang sudah meninggalkan Jama’ah ini adalah mereka yang telah berpindah ke negara lain di mana golong Tabligh tidak mempunyai pengaruh yang kuat . Oleh itu mereka mempunyai kesempatan untuk mempelajari Al Qur’an dan Sunnah. Di suasana yang terdapat di benua India, para Tabligh tidak memberi kesempatan bagi orang awam untuk membaca Al Qur’an dan Sunnah atau mendengar dari penceramah selain dari mereka. Oleh itulah seperti yang saya katakan pada permulaan artikel ini bahawa, ” Pada masa kini, dimana terdapat ta’asub kepada kelompok, ta’asub kepada mazhab masing-masing dan fahaman berparti-parti sedang menjadi-jadi, maka adalah menjadi suatu rahmat yang luarbiasa bagi seorang individu mencari petunjuk dan menerima kebenaran...” dan hanya orang yang sudah merasakan suasana itu benar-benar boleh memahami kepentingan hal ini.

THE DEOBANDI REACTION 
The Deobandis have finally realized that they cannot combat the Dawah of the Ahlul-Hadeeth, by merely abusing them or undermining them and that they would have to reply with proofs, quotes and references just like the Ahlul-hadeeth refuted them with proofs, quotes and references from the Qur'aan and the Sunnah. The Deobandis 
therefore, organized a huge nation-wide conference called, 'Tahaffuz-e-Sunnat' in India. 
This was repeated in a number of other countries. They also published a number of booklets on the subject and each of the doubts in those books has been replied to either in writing or on tape, alhamdulillah. And we will publish them on our website,www.ahya.org insha'Allah. 

Deobandi akhirnya menyedari yang mereka tidak boleh menentang Da’wah Ahli Hadis, dengan hanya mencela mereka atau melemahkan mereka dan mereka perlu membantah dengan bukti, perkataan-perkataan dan rujukan dari Qur’aan dan Sunnah sepertimana Ahli Hadis membantah mereka dengan bukti, perkataan dan rujukan dari Qur’aan dan Sunnah. Deobandi, dengan ini, menyusun persidangan yang besar di namakan,’Tahaffuz-e-Sunnat’ di India. Persidangan seperti ini di adakan juga di kebanyakan negara-negara lain. Mereka juga mencetak banyak risalah-risalah mengenai perkara tersebut dan syubhat-syubhat ini telah di jawab samaada melalui tulisan atau kaset, alhamdulillah. Dan kami akan memasukkannya kedalam laman web kami, www.ahya.org InsyaAllah

The result of these conferences was that many people were introduced to the Ahlul-Hadeeth and began reading books of Ahlul-Hadeeth scholars either out of curiosity or to refute them and alhamdulillah this became a means for people to come closer to the truth. The Deobandis, therefore, shot themselves in the foot because the way of seeking knowledge, analyzing references and sound reasoning can only lead to the truth. 

>Hasil dari persidangan ini, ramai daripada orang awam telah di perkenalkan kepada Ahli Hadis dan mereka mula membaca buku-buku ulama’ Ahli Hadis, samada kerana mereka ingin tahu atau ingin membantah dan alhamdulillah ini menjadi perantara kepada mereka untuk mendekati kebenaran. Para Deobandi, dengan ini, telah menikam diri sendiri kerana cara mendapat ilmu, menganalisa rujukan-rujuan mengguna bukti-bukti yang nyata hanya akan membawa kepada kebenaran.

Muhammad Anas– Pemilik Idara Ishaat e Diniyaat

Kami memohon kepada Allah, Yang Maha Mulia, agar menjaga Sdr. Mohammad Anas tetap berdiri atas kebenaran yang Dia telah tunjukkan kepadanya. Wawancara Sdr Muhammad Anas telah dirakam oleh saudara kita Muhammad Aqil dari Jeddah. Sdr. Aqil telah banyak berusaha dalam bidang dakwah di internet dan menjalankan laman Hadis e kumpulan. 

Dalam wawancara ini Muhammad Anas memberi penjelasan mengenai bagaimana dia mengakui penyimpangan dan kesalahan terdapat dalam kitab Fazaail-Aamaal dan kitab-kitab Deobandi yang lain. Dia juga menjelaskan mengenai kesukaran dalam perjuangannya untuk mencari dan mengikuti Al-Qur’an dan As-Sunnah. Saudara Anas secara khusus mengatakan bahwa dia menemukan laman web kami www.ahlehadees.com dan kaset rakaman para ulama yang ada dalam laman web tersebut yang banyak membantunya .

Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) mengatakan,” Jika Allah memberikan petunjuk kepada seseorang melalui engkau, maka itu lebih baik bagimu daripada mempunyai unta merah.” Kami memohon kepada Allah agar menerima usaha semua saudara-saudara yang turut menyumbang dan mengambil bahagian dalam perkembangan laman web ini, sama ada mereka dari India, Arab Saudi, Emirates atau Kuwait. 

Petikan-Petikan Dari Wawancara

Saudara Muhammad Anas berkata: Ketika saya ingin mengetahui tentang masaalah hukum seharian, saya merujuk kepada kitab fiqah Hanafi, kerana itulah suasana tempat di -mana saya dibesarkan. Jadi ketika kami merujuk kepada kitab-kitab tersebut tidak ada rujukan yang ditemukan di dalamnya hanya perkataan para ulama, maka ini dari pandangan saya seolah-olah dia mengatakan sesuatu dari dirinya sendiri dan saya tidak boleh menerimanya dengan spenuhnya. Maka saya mulai mengadakan penelitian sebab aturan hukum tersebut harus memiliki rujukan pada hadis yang mendasarinya. Kemudian saya mencari kitab-kitab dan membacanya, tetapi saya telah mendapati hanya perbedaan besar antara hukum yang ada pada madzhab Hanafi dengan Al-Qur’an dan Sunnah.

Catatan: Di sini maslak Hanafi dalam bahasa umum digunakan untuk merujuk kepada cara/jalan (termasuk taqlid buta) para pengikut madzhab Hanafi, kesetiaan kepada golongan Deobandi dan ulamanya, dan kepada Maturidisme dalam hal keyakinan (keimanan).

...”Saya menghadapi beberapa kesulitan dan saya memohon kepada Allah untuk memberi saya ketabahan.” Kerana saya telah memulai mengikut jalan ini (Kitab dan Sunnah) dan kami tinggal dalam masyarakat yang mengikuti maslak (Deobandi), setiap orang memandang saya dengan kesangsianaan (atau dengan membenci) seolah-olah saya sudah melakukan jenayah yang besar. Saya hanya cuba menurut Al Qur’an dan Sunnah dan menurut perintahnya. Saudara mara saya dan mereka yang rapat kepada saya telah memalingkan muka mereka dari saya, kecuali beberapa orang sahaja. Sekalipun saya cuba bertemu dengan mereka, mereka berbicara kepada saya dengan cara yang pelik dan ketika saya menikahkan anak lelaki saya menurut Al Qur’an dan Sunnah pada Februari dan tidak mengatur perarakan perkahwinan dan upcara-upacara lain, keluarga saya masih marah kepada saya. Saya hanya menghantar sebuah kereta supaya anak menantu perempuan saya boleh datang ke rumah.”

Dia mengatakan bahawa dia mendengar beberapa CD yang membicarakan tentang Hijaab. ” Ketika saya mendengar nya , airmata menitik dari mata saya dan saya mulai merenungi apa yang sudah kami lakukan hingga saat ini, kita sudah lama hidup tetapi kami belum dapat melaksanakan apa-apa.” Sesudah ini al-hamdulillah kami mulai melaksanakan Hijaab yang sebenarnya di rumah sebagaimana ia seharusnya dilaksanakan menuratu syariat, iaitu Hijaab dilakukan terhadap saudara laki-laki suami.

Waktu saudara Aqil bertanya saudara Muhammad Anas mengenai sumber-sumber yang membantunya menempuh jalan Al Qur’an dan Sunnah, dia menyebutkan laman web kami http://www.ahlehadees.com dan nama-nama empat ulama, Shaikh Ataa Allah Daerwi, Shaikh Safiur-Rehman Mubarakpuri, Shaikh Meraaj Rabbani (Hafizahumullah) dan Shaikh Badiuddeen Rashidi (Rahimahumullah). Dia mengatakan, ”Saya mendengar kaset rakaman mereka dan sangat menyukainya. ”Apapun yang mereka katakan, mereka katakan dengan merujuk pada Al-Qur’an dan Sunnah.

Ketika ditanya apakah dia terlibat dalam menyebarkan dakwah Qur’an dan Sunnah, dia berkata, ” Saya ingin melakukan banyak perkara, agar kesalahan-kesalahan yang telah tersebar di dalam masyarakat akan berakhir. ” Untuk memulainya, saya sudah menyiapkan satu senarai buku-buku yang dulu biasa saya jual di kedaibuku (dia menyebut berbagai buku). Salah satu buku yang dulu biasa saya simpan adalah Aamaal Qur’ani (pengubatan dari Al Qur’an) sambil percaya bahawa ia adalah cara pengubatan melalui Al Qur’an dan isinya tidak ada mengandungi pernyataan (yang salah), tetapi kemudian saya mendengar salah satu kuliah Shaikh Meraaj Rabbani (dengan petikan dari Aamaal Qur’ani) dan saya memeriksa salinan yang saya memiliki, saya merasa malu dan sangat kecewa dan menyuruh kakitangan kedai untuk tidak menjualnya sama sekali. Sesudah itu, saya berhenti menjual banyak kitab-kitab lain mengenai Sufi yang penuh dengan Syirik dan Bid’ah.”

Catatan: Disebutkan dalam Aamaal-e-Qur’ani, ms.134 oleh Maulana Ashraf Ali Thanwi [diterbitkan oleh Jasim Book Depot, Urdu Bazaar, Jama Masjid, Delhi] bahawa jika seorang wanita mempunyai darah haid yang berlebihan, maka ayat (surah al-Imran : 3:144) sebaiknya ditulis pada tiga lembar kertas yang berbeda, yang satu diikat di kanannya dan yang lain diikat di kirinya dan lembaran kertas ketiga yang berisi ayat al Qur’an digantungkan di bawah pusatnya. Ayat al Qur’an ini adalah, ” Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu menjadi murtad ( sebagai kaafir)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi ganjaran kepada orang orang yang bersyukur. ” [surah Al-Imran : 3:144].

Read the Article,"Excerpts from the Shameles writing of Moulana Ashraf Ali Thanwi - A Selection of Quotes from Aamaal-e-Quraani" www.ahya.org 

>Baca Artikel, ”Petikan-petikan dari tulisan yang memalukan oleh Moulana Ashraf Ali Thanwi - P

Sdr. Aqil : Apakah kesulitan yang anda hadapi sesudah mengikuti jalan Ahlul Hadeeth?

Sdr. Muhammad Anas menjawah, ” Ketika saya mulai menyimpan kitab-kitab yang sesuai dengan al Qur’an dan Sunnah dan kami berada dalam masyarakat yang mempunyai pandangan yang berbeda, dan di dalam buku-buku itu disebut perkataan Salafi atau ada sesuatu yang lain yang menunjukkan bahawa buku-buku tersebut adalah dari golongang pemikiran yang lain, orang tidak membeli buku-buku itu. ” Di Delhi ada sebuah pusat bernama ” Allama Ibn Baaz Center” daripada mana saya memesan beberapa buku kerana buku-buku tersebut baik tetapi tak seorang pun akan membelinya kerana pengarangnya adalah Dr. Luqmaan ” Salafi ”. Inilah masaalah yang saya hadapi.

Sdr. Aqil: Apakah anda seorang diri sahaja yang menerima cara ahlul-Hadis atau adakah anggota keluarga anda berubah juga?

Sdr. Muhammad Anas, ”Isteri saya, anak saya alhamdulillah melaksanakan solat sesuai dengan tuntutan al Qur’an dan Sunnah. ” Kami juga mengadakan sesi kajian selama 15 minit untuk membaca dari buku-buku, seperti yang sudah kami baca iaitu: ” Buku Berkenaan Solaat” oleh Shaikh Kailani.

Sdr. Aqil: Awalnya tadi anda memberitahu berkenaan anak perempuan anda dan masaalah yang dihadapinya. Apakah itu disebabkan bahawa dia sudah mulai melakukan Raf al-Yadain?

Sdr. Muhammad Anas: ”Ya, apalagi kalau bukan itu?” Mereka tidak menganggap hal ini (Raf al-Yadain) berasal dari Sunnah walaupun saya sudah memperlihatkan kepada mereka bukti-buktinya. Dan saya telah memberi mereka salinan foto dari kitab Maulana Abdul-Hayy Lakhnawi dan Imaam Muhammad yang menyebutkan bahwa Raf -al-Yadain itu terbukti berasal dari Sunnah. Tetapi pandangan mereka begitu buta sehingga mereka tidak boleh mengerti. Berapa banyakpun anda menerangkan kepada mereka, mereka tidak mengerti.”

Catatan: Raf al-Yadain adalah mengangkat kedua tangan ke paras telinga dalam solat sebelum rukuk dan selepas rukuk. Raf -al-Yadain adalah sunnah yang terbukti dari Ahadeeth Mutawattir tetapi kerana wujudnya semangat fanatik untuk mengikuti Mazhab di benua itu, orang ramai diperintah oleh ulama Mazhab untuk mengenepikan Hadis tersebut. Seringkali isu fiqah seperti Rah al-Yadain boleh digunakan sebagai batu loncatan untuk memecah rintangan taqleed dan membuka jalan untuk mebetulkan perkara lain dalam aqidah dan ibadah.

Sdr Aqil : Bagaiman perasaan anda sesudah meninggalkan jalan syirik dan bid’ah serta menuju ke jalan yang lurus dan tawhid. Apakah hati anda puas?

Sdr. Muhammad Anas: ”Ya, pasti saya merasakan sungguh puas sehingga jika saya mati hari ini, saya mempunyai harapan besar bahawa Allah akan mengasihi saya. ” Dan walaupun sedikit yang saya sudah lakukan untuk mengikuti Sunnah ,( ia) akan diterima oleh Allah. Saya berharapan penuh kepada Allah. Saya mempunyai kepuasan seperti terangnya satu cermin. Alhamdulillah.

Sdr. Aqil : Kerana anda kebanyakanya berurusan dengan buku-buku, adakah perubahan anda menjejaskan perniagaan dan pendapatan anda?

Sdr. Muhammad Anas: ” Ya, sudah tentu saja. Kerana saya sudah berhenti mencetak Fadilah-e-Sadaqat dan Fadilah-e-Hajj, yang dulu saya pernah cetak dalam 4 bahasa –Urdu, Hindi, Inggeris, Perancis dan sangat banyak yang dijual, seperti versi bahasa Urdu terjual 5000 salinan dalam masa 2 bulan. Oleh sebab itu, hal ini menjejaskan perniagaan saya tetapi saya tidak memperdulikannya, semoga Allah menghidarkannya dari saya, walaupun saya sampai ke tahap kelaparan, saya akan sanggup menerimanya kerana mata ini akan tertutup dan setiap orang pasti akan mati dan kita akan dipertanggungjawabkan atas semua (perbuatan kita) ”.

[Kami memohon kepada Allah untuk memberkati saudara Muhammad Anas dalam perniagaanya dan menerima pengorbanannya].

Sdr. Aqil: Anda telah melihat bahawa buku yang anda telah jual hingga sekarang (i.e. Fazaail - Aamaal) mempunyai banyak pernyataan kesyirikan di dalamnya. ( Umpamanya terdapat kisah di mana ) seorang yang warak menerima ilmu dari alam ghaib, ada kisah bahawa Rasulullah turun dari langit (setelah wafatnya), ada kisah bahawa tangan Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) keluar dari kubur, pada bahagian yang lain menceritakan pemimpin Jama’ah Tabligh mendengar jawapan salam mereka kepada Nabi. Setelah anda mengetahui aqidah yang sesat ini, adakah anda akan meneruskan jualan buku ini dalam berbagai bahasa.

Sdr. Muhammad Anas: ”Tidak, saya menganggap bahawa menjual buku ini sebagai satu dosa. ” Dan saya berkata kalaulah saya adalah pemilik tunggal buku-buku ini, sudah tentu aku sudah meletakkannya ke dalam laut dari dahulu lagi. Saya akan menjual perkara yang lain, tetapi bukan buku-buku itu, untuk masa kini kami sudah berhenti menerbitkan Fadilah-e-Sadaqat dan Hajj (ini adalah bahagian kedua Fazaail-Aamaal dan ia lebih menyimpang daripada yang pertama) dan kami bercadang untuk hentikan penerbitan Fazaail-Aamaal (i.e. bahagian pertama) Insya’ Allah.

Sdr. Aqil: Ceritakan kepada kami mengenai Fadilah Amal , sejak berapa lamakah anda mencetaknya dan adakah bapa anda yang memulai pekerjaan ini?

Sdr Muhammad Anas : ”Bapa saya adalah orang yang pertama menerbitkan buku ini dengan cetakan offset (sejak 50 tahun, mereka telah mencetak buku ini). Pada awalnya ia dicetak sebagai buku kecil yang berasingan seperti Hiyaakaat-e-Sahabah, Fadilah-e-Namaz dan lain-lain. Kemudian buku-buku tersebut disusun dalam satu jilid dan kemudian kumpulan buku ini dinamakan Tableegh-e-Nisaab, ia tidak dinamakan ’Tableegh-e-Nisaab” oleh Maulana Zakariyah (pengarang) tetapi dinamakan seperti itu oleh bapa saya. Kemudian apabila beberapa Barelvis (pengikit sufi sesat) menentangnya, maka namanya diganti dengan ” Fazaail -Amal ”

Sdr. Aqil: Yang terakhir, Adakah anda ingin menasehati mereka yang masih sibuk dalam penerbitan dan menjual buku tersebut?

Sdr. Muhammad Anas: ” Saya menganggap bahawa pendapatan yang berasal dari penjualan dan penyebaran buku seperti itu yang merusakkan aqidah adalah tidak halal. Oleh sebab itu sebaiknya seseorang itu perlu membatasi diri. Ada banyak buku-buku lain, mengapa tidak menjual buku yang sahih? Cerita-cerita burung kakak tua dan burung-burung, Kabutar Nama [cerita burung dara) [dia merujuk kepada cerita khurafat yang disebut oleh para Sufi dalam kitab mereka sebagai pengajaran]. Apabila buku yang baik (sahih) tersedia ada, maka buku inilah yang perlu disebarkan.

Sdr. Aqil : Adakah kedua saudara lelaki anda sudah menerima cara Ahlul-Hadeeth?

Sdr. Muhammad Anas: ”Ya, sebagaimana saya sebutkan tadi, adik lelaki saya yang bungsu yang mendengar rakaman CDs, sudah mulai melakukan Raf al-Yadain. Dia kata kepada saya, jika (Raf al-Yadain) ini benar, maka mengapa kita takut mengikutinya [ mengangkat tangan ketika rukuk dan selepas rukuk ] sedangkan ia terbukti berasal dari Rasulullah dan ia adalah Sunnah? Dan dia (Rasulullah) telah melakukannya hingga wafatnya. Oleh sebab itu, saya mulai (Raful-Yadain) kerana dia adalah di atas kebenaran”’

Sdr. Aqil: Apakah pesanan yang anda ingin sampaikan kepada pengikut Jamaah Tabligh untuk membantu mereka dalam mencari kebenaran?

Sdr. Muhammad Anas ; ”Adalah menjadi satu kewajipan bagi setiap individu untuk mencari kebenaran melalui Al-Qur’an dan As-Sunnah dan menganalisa dengan teliti sama ada amalan mereka itu sesuai dengan Al -Qur’an dan As-Sunnah. Ini adalah pesanan umum untuk semua”.

Sdr. Aqil: Adakah anda ingin berpesan sesuatu kepada ulama Deobandi yang menyusun dan menyebarkan kitab-kitab seperti kitab Maulana Ashraf Ali Thanwi ” Aamaal-e-Qur’ani ” ?

Sdr. Muhammad Anas:”Ya, Maulana Ashraf Ali Thanwi adalah pengarang Aamaal-e-Qur’ani. Tetapi tidak jelas adakah buku ini kemudian dikaitkan dengannya atau dia sendiri yang menulis perkara seperti itu. Allah yang amat mengetahui tetapi apa yang saya temukan di dalamnya adalah betul-betul berlawanan dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah oleh sebab itu saya sudah berhenti menjualnya.”

Sdr. Aqil : Buku itu jelas tidak dikaitkan dengannya sejak kebelakangan ini, kerana jika dikaitkan pada masa kebelakangan dengan Maulana Ashraf Ali Thanwi maka ulamak Deobandi sudah tentu akan menunjuk kepada pernyataan-pernyataan yang telah (salah) dikaitkan kepada Maulana tetapi ulama Deobandi selalu telah menyokongnya. Oleh sebab itu tidak salah jika dikaitkannya dengan Maulana Ashraf Ali Thanwi kerana itu adalah bukunya sendiri ”.

Sdr. Muhammad Anas: ”Saya hairan semasa saya membaca Hikayat-e-Awliya, yang juga dikenali dengan nama Arwah-e-Thalatha. Keseluruhannya ada 60-70 buku yang telah saya hentikan pencetakan dan penjualannya.”

Sdr. Aqil : Sudahkah anda melihat Tareekh-e-Mashaaikh-e-Christ oleh Maulana Zakariyah?

Sdr. Muhammad Anas: ”Saya sudah hentikan pesanan untuk buku itu juga. Saya juga sudah menyiapkan beberapa tulisan yang menjelaskan semua perkara seperti itu, yang terdapat dalam buku tersebut. Jika seseorang memberitahu saya sesuatu rujukan, saya secara peribadi akan menyiasatnya dan jika saya temui sesuatu yang salah saya akan tinggalkannya.”

Sdr. Aqil: Pengarang buku-buku seperti itu dari Ulama Deoband dan Barelvis, taqlid buta mereka tidak membolehkan mereka kembali kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah, dan setelah mengetahui kebenaran mereka tidak menyebarkannya. Apakah nasehat anda kepada mereka?

Sdr. Muhammad Anas: ”Agama ini disampaikan kepada kita melalui para Sahabat, tetapi jika seseorang ingin mencari buku-buku (sirah) mengenai mereka (biografi) dia tidak akan menemuinya. Tetapi para penuntut banyak menulis kitab sirah (biografi) Pir (tok guru) mereka yang meninggal 100 tahun yang lalu, dan bahkan hingga hari ini kita tidak mengenal para Sahabah.”

Catatan: Terdapat banyak biografi hanya mengenai kehidupan Maulana Ashraf Ali Thanwi dan sebahagian darinya terdiri dari 10 jilid.

Br. Aqil : Apakah pesanan anda untuk pendengar kita dan khususnya mereka yang masih bertungkus lumus mencari kebenaran. Kerana insya Allah keset anda ini akan sampai kepada mereka dan apabila mereka mengetahui bahwa penebit utama buku-buku ini telah bertaubat kepada Allah, maka sudah tentu perkara ini akan melembutkan hati mereka dan mendorong mereka untuk mengambil agama berdasarkan Al-Qura’an dan Sunnah.

Sdr. Muhammad Anas :” Pertama pesana saya ialah periksalah semua amalan anda dan telitilah sama ada amalan tersebut sesuai dengan al-Qur’an dan Sunnah. Seseorang itu tidak boleh mengikut semua perkara atas perkataan orang lain, dan kini terdapat begitu banyak buku-buku yang ada yang tidak menyebutkan sumber rujukan. Jadi individu itu harus menyelidik dan memastikan sama ada amalannya benar atau salah. Semoga Allah memberi taufik-Nya kepada kita.”


Nota; Laporan di atas dibuat oleh Sajim A. Kayum pada 29 Dec.2002, (rujuk Sajid@ahya.org) termasuk temuduga En. Muhammad Aqil dengan En. Muhammad Anas (rujuk Muhammadaqil@hotmail.com). Rakaman audio temuduga ini boleh didapati dilamanweb www.ahya,org. Terjemahan ke dalam bahasa Indonesia telah dibuat oleh Abu Nida’ di Jakarta dan ubahsuainya ke dalam bahasa Malaysia dibuat oleh Abu Zain dan Abu Syahir di Kajang.


ULASAN KAMI:

Kami tertarik untuk berkongsi dengan sidang pembaca satu sessi dialog dengan seorang yang bernama Syeikh Salman Ali seorang rakyat Malaysia yang menjadi pendakwah bebas dan jurulatih debat di Ad Dawha Qatar.




Soalku: "Assalamualaikum Syaikh Salman Ali. Saya ingin bertanya soalan kepadamu. Deoabandi itu termasuk ASWJ?"


Maka jawap Syaikhuna Salman Ali: "Salam. Salafi, Maturidi, Asyari, Tabligh dan Sufi yang tidak melampau dalam bida'ahnya Insyaa Allah kesemua ini masih lagi dalam kerangka ahli sunnah waljamaah.....(sambung) Dan pastinya ada kesilapan di sana-sini dalam ijtihad setiap kelompok."


Sambunganku:  "Saya menyangka bahawa Deobandi, Asyari, Maturidi, Sufi memang 99.99% bukan dalam ASWJ. Maka sekiranya saya ingin meletakkan apa-apa 'post' (tentang kesesatan) Sufi (dan lain-lain aliran), hendaklah tajuk 'post' itu berlapik, begitukah? Saya ada bertanya seorang ustaz (lain sebelum ini). Beliau merupakan salah seorang dari rakanmu. Dia berkata Deobandi bukan ASWJ. Saya terkejut kerana Maulana Asri Yusuf menyatakan beliau adalah dari Deobandi, TG Nik Aziz juga pernah balajar dengan Deobandi."



Maka jawap Syaikuna Salman Ali: "(Sebenarnya memang) Ada juga ulama Salafi (yang) keluarkan mereka (yang) selain dari (manhaj) Salafi dari Ahli Sunnah (ASWJ). (Syaikhul Islam) Ibn Taimiyah juga dekat dengan pandangan seperti ini dalam sebahagian tulisannya. Tetapi kita pilihlah samada mahu bermusuh dengan semua orang atau mahu berdamai. Walaupun kita mengatakan bahawa mereka juga masih di dalam kerangka ASWJ, (namun) kita tetap katakan sebahagian ijtihad-ijtihad mereka ada yang tidak menetapi para Salaf. (Adapun Deobandi) Tidak ada tempat di dunia ini yang daku rasakan orangnya belajar hadith lebih tekun dari benua india. Antaranya Deobandi. Tapi (yang dimaksudkan ialah) madrasah sunnahnya bukan madrasah tabligh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...