Saturday, 17 August 2013

ANTARA YANG DITAKUTI VS DI SUKAI OLEH YAHUDI ISRAEL (siri 1)

Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Mengikuti perkembangan terkini pergolakan yang berlaku di Timur tengah khususnya negara Mesir kita akan dapati beberapa RAHSIA yang sebelum ini TERSEMBUNYI dari pengetahuan umat islam khususnya orang melayu di negara kita.Mungkin selama ini umat islam melayu terpedaya dengan cerita (baca israeliyat) kisah dari jemaah tabligh yang berdakwah di Israel telah diberitahu oleh seorang tentera yahudi yang berkata kununnya:" KAMI(YAHUDI) HANYA AKAN TAKUT UMAT ISLAM BILA SOLAT SUBUH MACAM SOLAT JUMAAT".

Kisah inilah yang dijaja dan di gembar-gemburkan oleh jemaah tabligh kerana ia bersesuaian dengan kerja mereka seolah-solah hendak memberitahu seluruh dunia bahawa jemaah tabligh ditakuti oleh yahudi israel kerana mengajak orang berjemaah ke masjid.Sebenarnya kisah itu boleh dipertikaikan.USTAZ ZAHARUDDIN MENULIS: 

Ramai termakan hujjah kononnya Yahudi takut kepada umat Islam apabila solat Subuh masjid menjadi penuh seperti solat Jumaat. Lalu apabila melihat solat Subuh yang hampir tidak pernah seramai Jumaat, umat Islam memandang lemah diri mereka sendiri. PADAHAL, solat jumaat dibuat secara BERPUSAT dan dihadiri para pekerja di kawasan terbabit BERBANDING subuh yang dilaksanakan BERPECAH di pelbagai surau kecil dan besar serta masjid di kawasan perumahan. Saya percaya, jika dikumpulkan semuanya di masjid sahaja, jumlah yang hadir juga akan besar. Justeru, walau ada SEBAHAGIAN BENARNYA dakwaan tersebut namun jangan mudah kita memandang lemah diri kita kerana jumlah waktu Subuh memang tak akan mampu menyamai Jumaat dalam banyak keadaan

Sekarang mari kita lihat apa sebenarnya yang ditakuti oleh

yahudi Israel dalam video ini:



Satu video Taklimat inteligen Israel Yang Beredar di Youtube. Didalam Satu forum Yang dihadiri orang-orang kanan dan pengawai Tertinggi, seorang komandan inteligen menjelaskan sebab Utama Kenapa Presiden Mursi PERLU disingkirkan daripada Pemerintahan di Mesir.

Pertama, menurutnya, Mursi membawa pemikiran Ikhwanul Muslimin yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah seperti di Mesir, Turki, Tunisia, Maghribi, Libya, Gaza, dan lain-lain. Kini mereka berupaya untuk membina kekuatan di Syria dan Jordan.


Kekuatan Ikhwanul Muslimin ada di pelbagai bidang, tidak hanya sebagai gerakan politik, mereka juga mengisi kehidupan sosial dan berinteraksi dengan manusia.



Ada dua agenda besar yang kini sedang digencarkan Ikhwan.



Pertama: Mempromosikan negara khilafah dan penerapan syariat. Definisinya ada di Mesir, sebagai negara demokrasi yang melaksanakan sistem Syura. Sebuah merupakan konsep permusyawaratan yang diakui dalam Islam.



Kedua: Strategi lebih luas yaitu memperkuat pertahanan mereka di tengah-tengah pengaruh regim non-demokratik pada masa demokrasi tidak bisa memadamkannya dengan mudah, sebagaimana terlihat di Turki dan Gaza.



Universiti Al Azhar akan menjadi kekuatan penerapan Syariat. Tetapi ini akan menyusul, supaya fokus kepada pengukuhan legitimasi hukum yang sedang diterapkan oleh negara.



Dua misi besar tersebut akan menguatkan Ikhwanul Muslimin dalam perjuangan mereka. Maka partai-partai Ikhwan yang kini berkembang di Mesir, Gaza dan Tunisia sedang bergerak menuju ke arah kepemimpinan yang kemudian akan menjadikan mereka sebagai peneraju utama yang bertanggung jawab. Tanggungjawab ini tidak lagi diterjemahkan sebagai pucuk-pucuk kecil, tapi sudah menjadi kembang yang utuh/kuat.



Jadi kudeta terhadap Ikhwan pada hakikatnya bertujuan untuk menghalangi tegaknya Daulah Islamiyah di Mesir.


1 comment:

  1. membaca berita ini-http://satuumat.blogspot.com/2013/08/mesir-tawaran-wang-mennagkap-tokoh2.html


    teringat kisah Suraqah bin Malik yang mengejar nabi SAW utk tujuan BUNUH kerana tawaran WANG dan harta dari kementerian kafir quraisy.SEJARAH BERULANG KEMBALI.NYATALAH INI SUNNAH PERJUANGAN RASULLAH YANG DI SEKARANG NI DITERUSKAN OLAH IKHWAN MUSLIMIN HINGGA ALLAH TAQDIRKAN SEJARAH BERULANG KEMBALI UTK MENZAHIRKAN KPD UMAT BAHWA IKHWAN MUSLIMIN BERADA DLM LANDASAN YANG HAQ.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...