Sebenarnya kami kasihan dengan anda kerana anda telah tiada hujjah tapi masih nak menegakkan benang yang basah.
Anda menulis “hujjah itu masih di perdebatkan”.
Kalau maksud anda mimpi maulana ilyas itu masih diperdebatkan bermakna anda jelas buta sejarah atau jahil sebab tidak mengkaji.Dalam manhaj ASWJ berkurun lamanya(maulana ilyas belum hidup lagi) telah menetapkan al quran tidak boleh ditafsir melalui mimpi.Hanya golongan sufi sesat dan aliran sesat yang lain sepanjang sejarah yang pernah buat hal sebegitu.Maknanya sudah MUKTAMAD!!!
Sebenarnya anda boleh mencari sendiri manhaj ASWJ dengan carian google samada dalam bentuk pdf,ebook dll.Tapi kerana kasihan , kami bagilah link itu:
http://www.scribd.com/doc/35354137/Mengenal-Ahli-Sunnah-Wal-Jamaah-JAKIM
kalau dalam versi buku muka surat 16
anda menulis:
”Sedangkan alim ulama' salafus soleh kita yang terdahulu, bahkan sampai sekarang ini pun, mengajar kita agar berhati-hati didalam mengeluarkan pendapat dan menghukum satu-satu golongan”
Kami jawab:
Yang menghukum kafir kepada 4 tokoh awal deobandi tu para ulama ASWJ lah.Dah lama kami buktikan perkara itu Cuma anda malas membaca.Soal wahabi hukum sesat kepada Ikhwan dan mereka yang sealiran telah pun dijawab oleh banyak blog antaranya blog abuzulfikar dan raja ahmad mukhlis.Perkara itu sudah selesai.yang penting hujjah lawan dengan hujjah.
Satu perkara mungkin anda terlupa ialah kisah bagaimana Hujjatul Islam Imam Al Ghazali yang telah menghukum sesat kepada pengikut aliran falsafah Aristotle iaitu Ibnu Sina dan al farabi.kedua mereka itu adalah tokoh tersohor dalam sejarah dan beragama islam tapi telah dihukum sesat oleh ulama muktabar ASWJ.Kisah itu tercatat dalam kitab al-munqiz min adh-dhalal dan perbahasan yang lebih mendalam dalam kitab Tahafut al-Falasifah.
Jadi mana relevannya anda menyatakan ’jangan tiru wahabi yang suka menyesatkan orang lain’.perbezaan ASWJ dengan puak wahabi ialah hukum sesat dijatuhkan setelah terbukti jelas kesesatannya dan setelah dibentang hujjah-hujjah tetapi masih berdegil.sebaliknya Wahabi menghukum secara melulu tanpa kajian mendalam.
Bukti kesesatan jemaah tabligh telah kami buktikan sebelum ini tapi anda degil tak mahu akui.Kaedah penafsiran al quran pengasas jemaah tabligh itu bukan manhaj ASWJ.Anda kena akur dengan hakikat itu.Kami bagi satu perumpamaan simple supaya anda mudah faham.
Masjid adalah sebuah institusi yang di bina berasaskan perintah Allah dalam al quran(secara sahih).Selepas terbinanya masjid baru dilantik pegawai dan ajk untuk menguruskan/mentadbir masjid tersebut dikalangan manusia.Fungsi atau misi masjid dibina ialah sebagai syiar islam di samping menyediakan tempat yang selesa untuk orang beribadah kepada Allah,menjadi tempat orang menuntut ilmu agama dengan menyediakan kelas pengajian dan pelbagai lagi maslahat lain yang kita semua sedia maklum.
Tetapi perlu dingatkan!!! Tujuan pertama masjid tersebut dibina terbahagi kepada dua asas:
1. Dibina berasaskan sifat taqwa yang ikhlas kepada Allah dan dengan cara yang benar.
2. Dibina berasaskan hasad dengki serta ingin menunjuk-ninjuk(riak)-tidak benar dan hendak memecah-belahkan kesatuan umat islam.Sejarah telah membuktikan puak munafik membina masjid dhirar.
Secara zahirnya kita nampak usaha membina masjid itu adalah kerja yang mulia tetapi hakikatnya yang membezakan antara benar dan salah ialah perkara asas(batu asas).
Sama jugalah dengan jemaah tabligh adalah satu nama khas kepada institusi yang berpusat di Nizamudin India.di anggotai oleh manusia yang di gelar majlis syura tabligh dan ada pengikut pelbagai bangsa di dunia yang fungsi atau misinya ialah berdakwah. Mari kita teliti semula kenyataan maulana Ilyas dalam malfuzatnya pada link:
http://www.archive.org/stream/Malfoozat-DiscoursesOfMaulanaIlyasr.a/Malfoozat-DiscoursesOfMaulanaIlyas#page/n6/mode/1up
Ada satu lagi ucapan maulana Ilyas yang menghukum sesat umat terdahulu(sebelum beliau)pada awal-awal kitab itu seperti ini:
terjemahannya lebih kurang:
Muhammad Mansur an-nu`many berkata :
“Muhammad Ilyas berujar dalam Malfudhatnya bahwa ummat Muhammad SAW pada masa sekarang telah ditimpa sebuah bencana, yaitu semua ibadat mereka hanyalah simbul dan tanda saja, sehingga seluruh pondok madrasah tempat yang diharapkan memperbaiki kebobrokan akhlaq sekarang hanyah tinggal simbol saja” (Malfuzat, hal : 11).
Seorang muballigh dan juga pengikutnya, Muhammad Hasan Khan berkata dalam Muqaddimah Miftahu at-Tabligh, hal : 7 sebagai berikut :
“Pada masa sekarang di mana seluruh ummat telah sangat jauh dari tuntunan agama dan banyak yang mempraktikkan kemusyrikan dan kekafiran, maka Allah SWT mengutuskan Syaikh Muhammad Ilyas dengan penuh mu`jizat dan menyalahi adat untuk memperbaiki ummat dan untuk mengajari agama yang benar kepada ummat ”.
“Muhammad Ilyas berujar dalam Malfudhatnya bahwa ummat Muhammad SAW pada masa sekarang telah ditimpa sebuah bencana, yaitu semua ibadat mereka hanyalah simbul dan tanda saja, sehingga seluruh pondok madrasah tempat yang diharapkan memperbaiki kebobrokan akhlaq sekarang hanyah tinggal simbol saja” (Malfuzat, hal : 11).
Seorang muballigh dan juga pengikutnya, Muhammad Hasan Khan berkata dalam Muqaddimah Miftahu at-Tabligh, hal : 7 sebagai berikut :
“Pada masa sekarang di mana seluruh ummat telah sangat jauh dari tuntunan agama dan banyak yang mempraktikkan kemusyrikan dan kekafiran, maka Allah SWT mengutuskan Syaikh Muhammad Ilyas dengan penuh mu`jizat dan menyalahi adat untuk memperbaiki ummat dan untuk mengajari agama yang benar kepada ummat ”.
Anda menyatakan "ulama Salafus soleh dahulu berhati-hati dalam menghukum sesat golongan lain"
Fakta di atas adalah sebaliknya.
Ini fakta!!!....anda nak nafikan apa lagi??
Kandungan kitab telah discan sebagai bukti!!!
Adakah anda cuba nak mengubah sejarah yang telah berlaku??
Kami di fahamkan anda telah 'mengutus surat 'kepada 'tok guru' anda di Deoband India memohon salinan asal fatwa kununnya menjawab balik fatwa sesat dalam kitab Husam Haramaian di link:
Adakah anda sudah mendapat salinan itu??
Kalau belum kami sedia membantu agar anda rasa Gumbira....
ini link dia:
http://archive.org/stream/FaislaKunMunazraByShaykhMuhammadManzoorNomanir.a#page/n170/mode/1up
Ini barulah yang asli/original yang ditulis dengan tulisan tangan,bahasa Urdu lagi maklumlah zaman tu mana ada internet lagi kan masih dalam suasana PERANG DUNIA PERTAMA lagi.
Sidang pembaca yang budiman...
mari kita buat perbandingan antara dua kitab dalam link dibawah:
http://archive.org/stream/FaislaKunMunazraByShaykhMuhammadManzoorNomanir.a#page/n170/mode/1up
Kalau di bawa masuk mahkamah kes ini,agak-agak hakim akan terima yang mana??
Kitab pertama ada pengesahan (cop mohor) dari Ulama yang keluar fatwa manakala kitab kedua tak ada cop mohor.Seumpama karangan surat sahaja.Cuba kira scroll sampai bawah sekali tercatat nama penulis kitab sahaja iaitu Manzur Noomani.
SIAPA YANG MENGESAHKAN ITU SEBAGAI FATWA??