"Dan berbeza pendapat didalam amalan seperti bolehnya menyambut Maulud Nabi; itu termasuk didalam perkara khilafiyyah yg alim ulama' berbeza pendapat didalamnya."
" Mengenai pandangan Maulana Rasyid Ahmad Gangohi terhadap Muhammad bin Abdul Wahab, penerangan mengenainya dijawab oleh madrasah cawangan Deoband disini http://www.daruliftaa.com/question?txt_questionid=q-18272411"
JAWAPAN KAMI:
Ayat yang pertama di atas adalah bukti jelas lagi terang bahawa fahaman wahabi di anuti oleh deobandi tabligh khusus karkun Musafir sebabnya ialah bila masa timbul istilah sambutan Maulid itu jadi KHILAF ULAMA??
Ia timbul setelah munculnya fahaman wahabi yang mana sebelum itu kita tidak pernah dengar Maulid Nabi itu khilaf ulama.Buktinya ialah kitab berzanji@marhaban yg telah berkurun lamanya dibaca khususnya mereka yang lepasan pondok.
mengenai link yang menjawab isu Rashed Ahmad Gangohi memuji Wahabi adalah bertarikh 30.6.2004.Alasan yang dikemukakan ialah mungkin maulana tidak mendapat maklumat sebenar dan sebagai orang islam kena sangka baik dan seumpamanyalah.
baik,mungkin dalam isu diatas kita boleh terima jawapan darulifta diatas dan bersangka baik tetapi BOLEHKAH KITA BERSANGKA BAIK DALAM HAL DI BAWAH??
Crow is not only halal ,but one gets reward for eating crow.
Fatwa Rashidiya,page 597.
Those Mawlid gatherings which do not have any “ ghair shariah’ activity , even in those gathering as a matter of precaution , people should not join in present time . ( Fatwa Rashidiya:vol 1 ,page 48)
dan ini:
Sekarang mari kita lihat PENIPUAN DEOBANDI.link yang karkun Musafir bagi adalah pandangan peribadi Mufti Muhammad ibn Adam Darul Iftaa Leicester , UK pada tahun 2004 berdasarkan soalan yang ditanya dan ia tidak mewakili keseluruhan pegangan deobandi tetapi pada link yang kami beri adalah fatwa deobandi sendiri yang paling latest iaitu 19 Julai 2008.
Persoalannya siapa yang MENIPU??
Daripada fatwa terbaru itu jelas mereka menyanjung dan memuja tokoh Wahabi itu.Ini bukti kukuh mereka bersetuju dengan fahaman yang disebarkan oleh puak Wahabi.
Berkaitan isu wahabi,kami melihat dari sudut pembawaan dan penafsiran NAS-nas agama yg agak rigid dan sikap melampau dalam menghukum.
ReplyDeleteWalaupun ada sebahagian ulama memandang isu wahabi sekadar merujuk kepada tokoh pengasasnya spt Dr yusof qarhawi,hamka DLL tetapi ada juga ulama yg berdepan dgn sikap melampau tokohnya yg terkemudian spt Dr said Ramadan al buthi yg telah menulis buku perdebatan beliau dgn tokoh wahabi zaman kini
Dalam kaedah usul fiqh menyebut "menolak mudharat itu lebih utama dari mengambil manfaat" maka atas dasar itu kami highlightkan isu wahabi ini agar kita dpt membezakan mana yg betul Dan mana yg salah.
Maksud ayat'membezakan mana yg betul Dan mana yg salah'.bukan siapa masuk syurga atau neraka tetapi pilih mana yang sesuai diamalkan ikut u'ruf masyarakat sesuatu tempat agar tidak berlaku permusuhan sesama islam.
DeleteTuan,
ReplyDeleteAda beberapa isu sedang dibincangkan:
1. Isu fatwa oleh ulama' ASWJ Hijaz tentang kafirnya ulama' deoband dan penarikan balik fatwa tersebut diikuti fatwa baru oleh kumpulan ulama' yang sama tentang kebenaran Ulama' Deoband
2. Adakah Deobang Wahabi?
3. Isu Maulid di sisi Ulama' Deoband
Perbincangan menjadi campur aduk sebab semua perkara dibincangkan serentak. Mari kita bincang satu persatu. Saya cadangkan perbincangan mengenai Maulid dulu sebab rasanya ia yang agak ringan dan mudah dibincang.
Mari lihat perbincangan di blog Deoband seperti dibawah:
http://www.sunniforum.com/forum/archive/index.php/t-75129.html
Itulah yang saya maksudkan berbeza pendapat atau khilaf mengenai Maulid; iaitu di kalangan Ulama' Deoband sendiri. Perbincangan masih dibuat sehingga kini, namun kecenderungan perbincangan menghala kepada membolehkan pengamalan Maulid. Dan pendekatan Deoband dalam hal ini jelas berbeza dengan pendekatan Wahabi yang secara langsung mengatakan - 'apa yang tidak dibuat oleh Nabi semuanya bid'ah, sesat, masuk neraka'.
Dan satu hal lagi yang perlu diingat - ulama' Deoband tidak pernah menjadikan isu Maulid ini sebagai sebab membid'ahkan ulama' lain. Mereka tidak mengembangkan pendapat mereka dikalangan luar dari Hanafi, dan tidak membawanya ke nusantara. Itu adalah urusan dalaman mereka yang tak perlu kita campuri.
Jadi rasanya kita tidak berhak memetik fatwa satu Ulama' Deoband dan menolak fatwa satu ulama' deoband lain misalnya, sedangkan itu bukan urusan kita. Sebagaimana bezanya pendapat antara Imam Ibnu Hajar Haithami dan Imam Ramli, tidaklah patut jika tiba-tiba seorang dari mazhab Hanafi menyampuk di tengath-tengath perbincangan mereka lalu mengatakan sapa yang benar sapa yang salah.
Dan usaha dakwah tabligh tak pernah membid'ahkan orang yang menyambut Maulid, bahkan di markas Sri Petaling sendiri membuat majlis MauliduRRasul dengan menjemput penceramah kehormat dari luar untuk menyampaikan ceramah, dan pengusaha dakwah di malaysia ini terlibat secara langsung dengan amalan Maulid Nabi SAW.
Jika anda baca posting yang terawal berkaitan tabligh telah kami nyatakan bahawa yang kami kritik ialah isu aqidah dan manhaj.Bab bid’ah tidak pernah kami sentuh dalam komen2 terdahulu. Ini membezakan kami dengan kelompok Wahabi dalam blog2 mereka.Itu sebab kami highlightkan fatwa kafir dan sesat tahun 1900,1965 dan 2005 itu.
DeleteOleh kerana anda meminta agar di susun perbincangan agar lebih teratur maka kami akan mulakan dengan Bab mimpi maulana Ilyas.Anda pada komen yang lalu mengatakan bahawa MIMPI MAULANA ILYAS ADALAH KHABAR GEMBIRA dari Allah.
Persoalan yang perlu anda jawab:
Khabar gembira itu dirujuk kepada apa?
Mendirikan jemaah dakwah pintu ke pintu atau penafsiran ayat al quran (ali imran:110)
Tuan,
ReplyDeleteSebelum saya teruskan, saya nak bagitau, terdapat beberapa kekangan didalam bermuzakarah dengan tuan.
1. Tuan melompat-lompat dalam topik. Poin dan hujah jadi bercampur aduk. Dah jadi rojak pesembur.
2. Bila saya cadangkan agar kita bincang satu persatu, tuan tambah lagi bab lain atau isu lain.
3. Dalam masa tuan berhujah, tuan selitkan dengan perkataan yang kurang menyenangkan seperti 'hendak menipu', 'taksub', berterusan mengaitkan saya dengan wahabi, dan seumpamanya. Sedangkan kata-kata sebegini takda kaitan dengan perbincangan.
Dengan pendekatan sebegini, nampak seolah-olah tuan bukannya nak bermuzakarah mencari kebenaran seperti syarat yang tuan letakkan , tapi lebih kepada nak memenangkan diri tuan.
4. Sekarang tuan hold reply saya sehingga tuan luluskan, baru terpapar dalam blog. Mengapa? saya ada lihat yg beberapa komen org lain telah tuan remove. Apa jaminan yg komen saya tidak di remove?
Saya perlu bermuzakarah dalam blog ini, kerana tuan dan rakan2 tuan seringkali masuk blog org dan suruh refer kat blog ini, dan mencanang 'kekafiran' dan kebid'ahan tabligh dan deoband. Jadi saya perlu berdepan terus dengan tuan supaya orang luar boleh menilai hujah mana yang lebih kuat. Tapi kalau tuan berterusan dengan kaedah seperti diatas, muzakarah takkan dapat dibuat dengan sempurna.
Terima kasih kepada teguran
DeleteCuma ada beberapa perkara yang perlu saya jelaskan sebelum kita sambung muzakarah ini.
1. berkenaan dengan ’hold comment’-saya berbuat demikian kerana tidak mahu di ganggu oleh komen2 lain yang masuk tapi lebih kepada provokasi.contoh komen terbaru drp Mang yang komen stail ahmad farhan najwan.
2. Tuduhan anda kata saya remove komen orang lain adalah tuduhan melulu tanpa usul periksa.Kalau sdr amati balik komen fuad akmal dan azizulhakimmusa yang ’hilang’ itu adalah perbuatan mereka sendiri untuk memadamkan kesilapan fakta mereka agar tidak menjadi ’senjata makan tuan’. BUKTINYA PADA KOMEN YANG HILANG ITU DI TULIS APA?
KALAU AYAT ’this comment has been remove by the author’ bermakna PENULIS KOMEN ITU YANG DELETE.
TAPI KALAU AYAT ‘BY ADMINISTRATOR’ MAKA BARULAH SAYA SELAKU admin blog ini yang delete.
Jadi sdr perbetulkan dahulu sangkaan buruk itu.kami bukan seperti dalam blog Alorstari yang konsevertif tu langsung tak mahu berbincang.
Berkenaan dengan tuduhan itu kami mohon maaf sekiranya anda tersinggung.komen terakhir sebelum ini akan diambil sebagai soalan pertama untuk dijawab.ok
Di persilakan Sdr musafir memulakan hujjah anda atas tajuk mimpi maulana ilyas.jgn bimbang kami janji akan siar hujjah ilmiah anda.
Deletekesian, beberapa pucuk pemimpin PAS sendiri alumni Darol Uloom Deoband termasuk Tok Guru Nik Aziz. TG Nik Aziz anak murid kepada Syeikhul Hadith Maulana Husain Ahmad al-Madani. Inilah akibatnya jika lebih sudu dari kuah.
ReplyDeletebarangkali tuan blog berpandangan hanya ulama-ulama PAS sahaja yg boleh diterima kesalehan dan mimpinya.
hahaha..senjata makan tuan? kelakar la tuan Jundullah.. macam budak kecik. Lain kali baca la betul2 ayat saya dalam komen tu.. saya delete komen saya sebab saya tak mahu burukkan org Pas, sahabat saya yang Pas dsgbainya.. cukup sekadar utk tuan sendiri baca dan ambil iktibar.. Lagipon dalam komen saya tu saya dah berjanji utk delete selepas tuan reply msg saya.. dan saya dah tunaikan janji saya.. dan maaflah, saya diajar utk tidak memburuk2kan org lain..dan mungkir janji.
ReplyDeleteItulah, lain kali, teliti betul2 setiap apa yang org lain tulis.. lepas tu fikir. Ambil iktibar.. Fikir cara positif tuan. Tuan ketua urusan ulama.bukan calang2. saya tiada hak nak nasihat tuan sebenarnya. Tapi sifat kebudak-budakkan tuan masih ketara.. Matang sikit ye.. saya pon masih budak lagi..
Sdr karkun Musafir
ReplyDeleteOleh kerana karkun Musafir belum mahu memulakan hujjahnya atau mungkin dia berpada dengan link yang telah diberi itu maka kami akan mulakan hujjah kami .
kami telah membaca topic perbincangan dalam link yang di beri berkisar bab mimpi Maulana ilyas.Kami melihat perbincangan tersebut sekadar retorik yang tidak menyentuh isu sebenar.Walaupun dinukilkan dalil dari hadith dan sirah sahabat tetapi ia sebenarnya tidak secocok dengan kes mimpi maulana ilyas.Kes maulana ilyas ini berbeza dengan kes para sahabat.
Penulis blog itu tidak dapat membezakan mimpi sebagai khabar gembira dengan mimpi yang ada kaitan dengan hukum syariat. Muhammad Mandzur Nu'mani,seorang rakan karib maulana ilyas menulis dalam kitab Malfuzat berkenaan mimpi maulana ilyas akan tafsiran ayat 110 surah ali imran.kalimah "ukhrijat"telah ditafsirkan sebagai memberikan isyarat bahawa dakwah ini tidak akan sempurna apabila dilakukan dengan cara menetap atau bermukim saja di suatu tempat atau daerah, akan tetapi seorang mubaligh harus keluar masuk dari daerah satu ke daerah lain, atau bahkan dari pintu ke pintu”
Itulah tafsiran ayat yang kununnya diperolehi melalui mimpi itu sebagai asas untuk menubuhkan jamaah dakwah yang dikenali hari ini sebagai jemaah tabligh. Ada beberapa perkara yang perlu kita diskusikan kembali dalam permasalahan ini, iaitu tentang mimpi yang mengilhamkan pembentukan Jama'ah Tabligh, dan mimpi yang dijadikan fundamen penafsiran ayat sebagai justifikasi gerakan mereka.
Mungkin masih boleh diterima jika mimpi yang dialami oleh Maulana Ilyas hanya ia dijadikan inspirasi untuk membentuk Jama'ah Tabligh, sebab pembentukan sebuah jama'ah tidak berkaitan langsung dengan undang-undang syariat. Dia menyebut mimpi tersebut dengan mubassyirot (khabar gembira) dari Allah. Seandainya pengakuan ini benar, maka Muhammad Ilyas tidak boleh disalahkan sebab banyak hadis yang membenarkan mimpi-mimpi yang dialami oleh seorang Muslim, salah satunya ialah Hadits:
أن أبا هريرة قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لم يبق من النبوة إلا المبشرات. قيل: وما المبشرات قال: الرؤيا الصالحة
"Sesungguhnya Abu Hurairah berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: tidak ada yang tersisa dari sifat kenabian (setelah wafat Nabi) kecuali al-mubsyirot. Para sahabat bertanya," Apakah al-mubsyirot itu wahai Nabi? "Nabi menjawab," al-mubsyirot adalah mimpi baik ".
Bahkan sebelum Nabi hijrah, Baginda mendapat berita baik dari Allah. Dalam mimpi Baginda melihat bahawa tempat hijrah baginda adalah sebuah daerah yang kaya dengan buah kurma. Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Abi Musa diceritakan:
رأيت في المنام أني أهاجر من مكة إلى أرض بها نخل فذهب وهلى إلى أنها اليمامة أو هجر فإذا هي المدينة يثرب
"Dalam mimpi aku melihat bahma aku sedang melakukan hijrah dari Makkah menuju sebuah daerah yang banyak ditumbuhi buah kurma. Aku menyangka daerah tersebut ialah Yamamah atau Hajar, ternyata daerah itu adalah kota Yatsrib".
Namun sayang, Muhammad Ilyas telah berani menggunakan mimpi sebagai landasan dalam menafsiri sebuah ayat. Hal inilah yang tidak boleh diterima. Belum pernah ada seorang ulama pun yang melakukan penafsiran ayat dengan metodologi mimpi. Jika Muhammad Ilyas sebagai mufassir sejati tentu kaedah yang akan ia gunakan ialah kaedah yang telah disebutkan oleh para ulama, bukan menggunakan kaedah semau gue. Teori tafsir ini telah disampaikan oleh imam as-Suyuthi sebagai berikut, "Para ulama telah mengatakan: Siapa pun yang ingin menafsiri al-Quran hendaknya yang pertama kali dilakukan ialah mencari tafsir tersebut di dalam a1-Quran. Dalam sebuah tempat, kadang-kadang ayat al- Qur'an diterangkan secara general, namun di tempat lain dijelaskan dengan cukup detail. Apabila tidak ditemukan maka beralih pada Hadits, sebab salah satu fungsi dari Hadits ialah sebagai penjelas al-Quran. Imam Syafie telah menjelaskan: Seluruh hukum yang disampaikan oleh Nabi berasal dari pemahaman al-Quran, sebab Allah telah berfirman, "Inna anzalna ilaikal kitaba bil haqqi litahkuma bainannasi bima arokalloh" (Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu). ( QS. an-Nisa: 105).
DeleteSelanjutnya para ulama mengatakan: Jika maksud sebuah ayat tidak ditemui dalam al-Quran mahupun Hadis, hendaknya kita merujuk kepada tafsir yang disampaikan oleh para sahabat. Mereka adalah orang yang paling tahu mengenai penjelasan sebuah ayat, sebab mereka adalah saksi asbabun nuzul, sekaligus orang-orang yang memiliki pemahaman tepat dan disokong dengan kesalehan (devosional) amal-amal mereka. Sedangkan tafsir yang disampaikan oleh generasi tabi'in ulama masih belum sepakat, apakah kita harus merujuk pada tafsir yang mereka sampaikan atau tidak? Sebahagian berpendapat mengatakan, kita tidak harus merujuk pada tafsir mereka sebab tafsir mereka tidak boleh dijadikan hujjah. Sedangkan menurut imam Ahmad ra. kita harus merujuk kepada generasi tabi'in baik dalam permasalahan tafsir atau pun yang lain.
Kritik serupa juga pernah disampaikan oleh Maulawi Abu Ahmad. Dengan mengutip komentar Ibnu Hajar al-Atsqolani dalam Mirqotul Mafatih 'ala Misykatil Mashobih ia mengatakan, "Mimpi yang dialami selain para Nabi tidak boleh dijadikan keretapan hukum syar'i". Hukum syar'i hanya boleh diperoleh melalui ijtihad dan wahyu. Selanjutnya Maulawi Abu Ahmad mengatakan, "Bagaimana mungkin Muhammad Ilyas menafsiri ayat al-Quran melalui mimpi, kemudian menyebarluaskannya ke segenap penjuru dan ia mengisytiharkan diri sebagai pemimpin. Bukankah ini semua merupakan pemalsuan hukum-hukum syar'i.
Sekarang mari kita bandingkan tafsir yang disampaikan oleh Muhammad Ilyas dengan tafsir para ulama ahli tafsir.
Muhammad Ilyas telah menafsirkan kata 'ukhrijat' dengan dakwah yang dilakukan dengan cara keluar dari satu daerah ke daerah lain atau dari pintu ke pintu lain. Kaedah dakwah seperti ini kemudian lebih terkenal dengan sebutan khuruj.
DeleteInterpretasi semacam ini sama sekali belum pernah disampaikan oleh seorang ulama pun. Jadi Muhammad Ilyas adalah satu-satunya. Dalam tafsir Alusi disebutkan: Tafsir dari kata 'ukhrijat' ialah "udzhirot (umat yang ditampakkan)". Sedangkan dalam tafsir ar-Rozi disebutkan, "Ada dua pendapat, yang ditampilkan oleh ulama mengenai makna" ukhrijat linnas ". Pertama, kuntum khoirol umam al-mukhorrojah linnas fi Jami'il a'shor (kalian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia sepanjang masa). Sedangkan kelompok kedua berpendapat, makna dari "ukhrijat linnas" adalah udzhirot linnas hatta tumuyyizat wa 'urifat wa fushila bainaha wa baina ghoiriha (umat yang diperlihatkan kepada manusia sehingga mereka boleh dibezakan, boleh dikenali, dan dipisahkan dengan umat yang lain).
Jadi, interpretasi para mufassir itulah yang benar, dan tidak ada satu pun dari mereka yang menafsirkan kata 'ukhrijat' dengan berdakwah dengan cara berjalan dari kampung ke kampung dan dari pintu ke pintu.
Kesimpulannya mimpi yang melibatkan perkara yang menjadi asas agama(al quran dan hadith)tidak boleh dikategorikan sebagai khabar gembira sebab ia membabitkan hukum syari'at.
Deletekalau pun ia boleh dijadikan landasan syari'at,hanya para Nabi dan Rasul sahaja yang boleh berbuat demikian.pendapat ini sepakat para ulama.Selain daripada mereka tidak terlepas daripada gangguan iblis dan syaitan.
Kesalahan maulana ilyas ialah kerana ia melibatkan KALAMULLAH(al quran)sebaliknya kalau hanya melibatkan pembentukan jemaah dakwah sahaja masih boleh diterima sebagai khabar gembira.
Tuan,
DeleteSebagaimana tuan mempunyai kemaslahatan sendiri dalam beberapa ketika dan tidak dapat secara sepenuh masa berada didepan computer untuk berbincang didalam blog ini, maka begitu juga dengan saya.
Tidak ada apa-apa sebab bagi kita untuk tergesa-gesa didalam bermuzakarah dan hendak cepat terjun membuat kesimpulan. Kita berbincanglah dengan baik, santai tapi secara ilmiah. Mudah-mudahan kita sama-sama beroleh manfaat dalam muzakarah kita.
Baiklah. Memandangkan tuan hendak memulakan perbincangan mengenai mimpi Hazratji Maulana Muhammad Ilyas Rahimahullah, maka saya terima.
Sebelum kita pergi kepada topik mimpi dan tafsir Qur’an dan yang bersangkutan, saya ingin berkongsi dengan tuan mengenai pengalaman saya secara peribadi. Tidak pernah saya dengar dalam bayan umum, atau bayan khusus kepada golongan tertentu, atau semasa dakwah umum (gasyt) ataupun dakwah khusus, mengenai penyebaran kisah mimpi Maulana Ilyas ini, atau kisah ini dijadikan sebagai sandaran atau dalil untuk mengajak manusia keluar ke jalan Allah, atau dijadikan sebagai targhib atau motivasi, apatah lagi menjadikan mimpi ini sebagai dalil syar’i atau hujah untuk pengusaha agama membuat dakwah dari rumah ke rumah, kampong ke kampong, Bandar ke Bandar, negara ke negara, dan seterusnya. Kisah ini sama sekali bukanlah perkara yang tonggak dalam usaha ini sehingga perkara-perkara lain berkisar disekelilingnya. Bahkan kisah ini hanyalah dinyatakan didalam buku malfuzat Maulana Ilyas, dan ia hanya dibaca secara peribadi oleh sesiapa yang berminat untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai pergerakan usaha atas iman ini. Dengan kata lain, golongan awam didalam usaha ini tidak terdedah pun mengenai mimpi ini dan bahkan kebanyakan mereka mungkin tidak mengetahui pun mengenainya.
Saya tekankan perkara ini disini supaya tuan dan rakan-rakan lain memahami bahawa kisah mimpi ini bukanlah perkara yang menjadi asas dalam usaha dakwah tabligh ini. Maka harus kita menyedari bahawa sempadan perbincangan mengenai kisah ini hanyalah tertumpu kepada golongan khusus dalam agama, seperti pengkaji dan alim ulama dan pengusaha agama yang telah lama berkecimpung didalamnya. Harap tuan paham apa yang saya cuba maksudkan disini.
Dan ketidaktahuan orang awam mengenai mimpi ini bukanlah kerana ia adalah satu keaiban atau kesalahan yang perlu disorok atau disembunyikan, tetapi ia adalah satu hal yang bukan didalam perbincangan golongan awam. Umpamanya seperti perbincangan mengenai ilmu nahu dan saraf, atau mustalahul hadith dan jarah wa ta’dil, atau ilmu-limu yang mendalam (in-depth), yang walaupun baik bagi orang awam mengetahuinya, tapi bukanlah satu perkara yang perlu dibincangkan secara terbuka kerana ia khusus kepada golongan yang belajar agama.
Kemudiannya, harus juga difahami bahawa perkara keluar ke jalan Allah dengan harta dan diri ini, adalah berdalilkan kepada Qur’an, hadith, ijma’ dan Qiyas, dan kisah kehidupan para sahabat radhiallahu anhum ajma’in. Dan bukannya berdalilkan mimpi Maulana Ilyas ini.
DeleteDisini saya sertakan link mengenai keluarnya para sahabat radhiallahu anhum ajmain ke jalan Allah selama beberapa tempoh.
http://dakwah-ilallah.blogspot.co.uk/2008/07/khuruj-ke-jalan-allah-3-hari-40-hari-4.html
Dan disini adalah muzakarah mengenai kisah para sahabat yang menjalankan dakwah dari rumah ke rumah
http://dakwah-ilallah.blogspot.co.uk/2008/07/dakwah-dari-rumah-ke-rumah.html
Ringkasnya, perkara keluar ke jalan Allah atas maksud dakwah dari rumah ke rumah, kampong ke kampong, negara ke negara adalah menuruti apa yang dibuat oleh para sahabat Radhiallahu anhum.
Didalam menafsirkan ‘ummat terbaik’ sebagaimana didalam ayat 110 Surah Ali Imran ini:
Menurut Ibnu Abbas r.a., sebagaimana dikutip al-Qurthubi, kelompok orang yang berpredikat umat terbaik yang dimaksud dalam ayat tersebut adalah orang-orang yang berhijrah dari Mekkah ke Madinah, yang ikut dalam perang Badar, dan ikut dalam perjanjian Hudaibiyah. Namun Umar bin Khaththab mengatakan bahwa siapa saja yang beramal seperti mereka, levelnya seperti mereka.
Sila rujuk
http://muhsinhar.staff.umy.ac.id/tafsir-qs-ali-imran-3-110-menjadi-umat-yang-terbaik/
Bermakna (jika ummat ini) beramal sepertimana para sahabat, maka selayaknya mereka mendapat kedudukan ‘ummat terbaik’ sebagaimana yang para sahabat perolehi.
Maka sebab itulah usaha dakwah dan tabligh ini menumpukan perhatian kepada usaha untuk mencapai sifat-sifat sepertimana yang ada pada diri para sahabat. Kitab Hayatus Sahabah pun disusun oleh Hazratji Maulana Muhammad Yusuf Rahimahullah agar ia dibaca, difahami, diamal dan disampaikan, serta usul dan tertib dakwah ini diambil dan dikeluarkan darinya.
Ringkasannya;
1. Mimpi Maulana Ilyas bukanlah paksi perbincangan dan dijadikan dalil untuk mengajak mesyarakat awam melibatkan diri dalam usaha dakwah ini, sebagaimana yang disalahfahami oleh ramai orang.
2. Dalil-dalil yang diambil untuk melaksanakan usaha dakwah ini bukanlah dari mimpi Maulana Ilyas, tetapi diambil dari Qur’an, Sunnah, Ijma’, Qiyas serta amalan dan kehidupan Nabi dan para sahabat itu sendiri.
Jika tuan memahami dan bersetuju dengan perkara yang saya nyatakan diatas, Insyaallah saya akan teruskan perbincangan.
Anda menulis:
Delete“Saya tekankan perkara ini disini supaya tuan dan rakan-rakan lain memahami bahawa kisah mimpi ini bukanlah perkara yang menjadi asas dalam usaha dakwah tabligh ini. Maka harus kita menyedari bahawa sempadan perbincangan mengenai kisah ini hanyalah tertumpu kepada golongan khusus dalam agama, seperti pengkaji dan alim ulama dan pengusaha agama yang telah lama berkecimpung didalamnya. Harap tuan paham apa yang saya cuba maksudkan disini.”
Sdr Musafir
Perkara asas atau asal usul sesuatu perkara adalah hal yang sangat dititikberatkan didalam islam.Sebagaimana kita sebagai orang islam wajib mengetahui perkara asas dalam agama iaitu RUKUN IMAN DAN RUKUN ISLAM maka begitulah juga dalam perkara yang melibatkan amalan berbentuk ibadah adalah penting untuk kita ketahui samada ia berasaskan dari kaedah yang benar atau batil agar ibadah kita di terima oleh Allah sebagai amal soleh.
Kita ambil contoh perbezaan asal usul dua orang manusia.Seorang lahir dari pernikahan yang sah manakala seorang lagi lahir dari hasil perzinaan.Perbezaan asal usul ini sangat memberi impak atau kesan dalam kehidupan seseorang bahkan islam telah menetapkan hukum yang berbeza hasil dari asas yang berbeza itu.
Begitulah juga dalam isu asas tertubuhnya jemaah tabligh ini.mengikut catatan Abu Hasan Ali an-Nadawy yang bercerita tentang pendiri Jama`ah Tabligh dengan mengutip ucapan Muhammad Ilyas sendiri sebagai berikut :
"يقول السيد قد حصل لى الأمر فى إقـامـتى فى المدينـة المنوّرة سـنة ١٣٤٥ هجريـة وبشّرنـى بأننـا نـمضى على يديك هذه الحركة " (محمد اليـاس أوران كى، ديـني دعوت ، صـ :٧٧ )
“Ilyas berkata aku memperoleh sebuah mimpi tatkala aku menetap di Madinah Munawwarah,1345 H dan Allah SWT menyuruhku untuk untuk membuat gerakan ini untuk kamu sekalian.” ( Muhammad Ilyas Aurana Kay, Diny Da`atu, hal : 77)
Pada halaman berikutnya beliau menambahkan ;
وبعـد قـفولـه من هذا السـفر شـرع للـدورة التبـليغـية (صـ :٧٨)
“Sekembalinya dari Madinah beliau langsung mendirikan Jama`ah Tabligh.” (hal : 78)
Seperti catatan Manzur Nu’mani yang telah kami nukikan sebelum ini,jelas menunjukkan asas berdirinya jemaah tabligh adalah berdasarkan mimpi tersebut.Hanya selepas itu sahaja bagi memperkemaskan sturktur organisasi jemaah tabligh disusun semula dalil-dalil dari al quran dan hadith agar bersesuaian dengan method dan gerak kerja dakwah.TETAPI HAKIKAT BERDIRINYA JAMAAH TABLIGH YANG BERDASARKAN MIMPI ITU TIDAK BOLEH DI SOROK ATAU DI SEMBUNYIKAN BEGITU SAHAJA.Ini kerana Rasul saw telah mengingatkan bahawa umat ini akan terpecah kepada 73 puak seperti maksud hadith: “Umatku akan terpecah-belah menjadi 73 golongan yg kesemuanya masuk neraka kecuali satu golongan sahaja masuk surga. Golongan itu adalah yg mengikuti jalan hidup seperti yg aku tempuh dan para sahabat(al-Jamaah).” l’tiqad inilah yg ditinggalkan Nabi saw dan para sahabat yg diridlai Allah yang di kenali dengan nama Ahli Sunnah wal Jamaah
Betapa penting perkara asas ini dititik beratkan ialah kerana ia boleh mengubahkan hukum samada halal atau haram,sah atau batal.dosa atau pahala dan haq atau bathil. Sebelum kita pergi lebih jauh suka saya lampirkan satu link pdf sebuah buku terbitan JAKIM yang bertajuk BAGAIMANA MENGENAL AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.Pengetahuan ini AMAT penting sebab ia adalah perkara ASAS dalam kita beragama mengikut landasan yang telah Allah tetapkan sebagaimana yang terkandung dalam surah al fatihah yang dibaca dalam solat 5 waktu sehari semalam.
mufakkirislami.files.wordpress.com/.../mengenal-a...
Pada tajuk ASAS-ASAS METADOLOGI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH muka surat 16,dinyatakan 8 asas yang membina metadologi tersebut. 2 di antaranya ialah:
MENTAFSIRKAN AL QURAN DENGAN AL QURAN
MENTAFSIRKAN AL QURAN DENGAN AL HADITH ATAU AS SUNNAH.
Daripada penjelasan sebelum ini , jelaslah kepada Kita metadologi maulana ilyas yang menafsirkan al quran melalui mimpi sebagai asas mendirikan jemaah tabligh adalah BERSALAHAN DENGAN PRINSIP FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.Ini bermakna jemaah tabligh TERKELUAR dari golongan yang selamat(termasuk dalam 72 puak yang sesat) kerana berdiri atas Foundation yang salah dan sesat .
DeleteKalau hendak di buat perumpamaan adalah Jemaah tabligh itu umpama sebatang pokok.Akarnya umbinya adalah mimpi maulana ilyas melahirkan batang pokok(jemaah tabligh) .manakala untuk menyuburkan pokok tersebut ,diberi baja(al-quran ) dan air(al hadith) agar pokok itu terus hidup sehingga menghasilkan ranting,daun dan buah.
Oleh kerana akarnya tersembunyi di bawah tanah maka ia tidak begitu di pedulikan orang tetapi hakikat yang tidak boleh ditolak ialah ia merupakan punca @nadi kepada pokok tersebut untuk terus hidup.Maka begitulah juga kelahiran jemaah tabligh berakar daripada mimpi yang bathil pengasasnya.
Anda tidak boleh menafikan hakikat ini sebab mengikut fakta yang telah tercatat sebelum ini jelas. SEKIRANYA MAULANA ILYAS TIDAK BERMIMPI AKAN TAFSIR AL QURAN SURAH ALI IMRAN:110 ITU nescaya jemaah tabligh tidak akan wujud seperti sekarang ini.Sebab mimpi itulah terwujudnya jemaah tabligh.Dan satu perkara yang perlu anda ambil perhatian ialah sekiranya anda tetap mendakwa jemaah tabligh wujud berdasarkan sunnah rasul saw dan para sahabat seperti link yang anda lampirkan itu,nescaya dalil itu wujud semasa awal penubuhan jemaah tabligh bukan kemudian selepas kematian pengasasnya.
Sejarah telah berlaku dan ia tidak akan berubah sehingga hari qiamat.Persoalan samada ia dibicarakan dikhalayak ramai atau tidak bukan menjadi pokok persoalan utama kerana ia tetap menjadi hakikat yang tidak boleh di ubah.contoh mudah untuk dibuat perbandingan ialah sejarah pertempuran di Bukit Kepong antara polis melayu dengan komunis .
Walaupun UMNO cuba mengubah sejarah itu dengan menerbitnya dalam bentuk filem dengan versi ‘UMNO’ yang telah diubahsuai tetapi akhirnya tersingkap jua pembohongan tersebut.
Begitulah juga sejarah berdirinya jemaah tabligh itu cuba 'ditutup' dengan menampilkan dalil dan nas dari al quran dan hadith agar rahsia 'akar' yang tersembunyi di bawah tanah itu menjadi rahsia selama umur dunia.
Tuan,
ReplyDeleteJanganlah bersikap begini. Sikap suka menyesatkan satu kelompok kaum muslimin berdasarkan hujah yang masih diperdebatkan adalah sangat bahaya. Apatah lagi kalau hujah itu telah disalah ertikan oleh tuan sendiri. Tentunya tuan tahu sikap kelompok wahabi yang suka menggolongkan orang lain sebagai sesat dan masuk dalam 72 golongan yang masuk neraka itu. Mengapa tuan bersikap seperti mereka? Sedangkan alim ulama' salafus soleh kita yang terdahulu, bahkan sampai sekarang ini pun, mengajar kita agar berhati-hati didalam mengeluarkan pendapat dan menghukum satu-satu golongan.
Lihatlah sikap wahabi dalam berfatwa:
http://abu-syafiq.blogspot.co.uk/2008/06/berbuktifatwa-wahhabi-ikhwan-muslim.html
Bukan sahaja usaha dakwah tabligh ini, Ikhwan Muslimin pun disesatkannya juga (IM). Jika IM disesatkan, bermakna jemaah-jemaah lain yang mengikut pendekatan IM seperti PAS juga disesatkannya. Maka janganlah tuan mengambil sikap seperti pihak wahabi ini.
Dan sikap Ahlussunnah wal jamaah didalam menilai benar atau tidaknya satu-satu golongan itu, boleh dirujuk didalam tulisan Syaikh Nuh Ha Min Keller seperti dibawah
http://shadhilitariqa.com/site/index.php?option=com_content&task=view&id=37&Itemid=20
Tulisan Syaikh diatas sangat bernilai, terutama didalam mengadili perbezaan pendapat dan konflik Deobandi-Barelwi yang Insyaallah kita akan muzakarahkan dalam soal jawab akan datang. Beberapa perkara yang disentuh oleh Syaikh boleh ditujukan kepada sikap tuan yang suka mengkafir dan menyesatkan orang. Harap tuan dapat baca tulisan Syaikh Keller ini baik-baik.
Tuan,
ReplyDeleteSaya sudah nyatakan bahawa tiada apa yang hendak disorok mengenai mimpi Maulana Ilyas ini. Ia bersifat umum dan sesiapa pun boleh mengetahuinya, termasuk orang atau golongan yang memusuhi usaha dakwah ini. Tapi sekali lagi saya ulangi, bahawa
1. Mimpi Maulana Ilyas bukanlah paksi perbincangan dan dijadikan dalil untuk mengajak mesyarakat awam melibatkan diri dalam usaha dakwah ini, sebagaimana yang disalahfahami oleh ramai orang.
2. Dalil-dalil yang diambil untuk melaksanakan usaha dakwah ini bukanlah dari mimpi Maulana Ilyas, tetapi diambil dari Qur’an, Sunnah, Ijma’, Qiyas serta amalan dan kehidupan Nabi dan para sahabat itu sendiri.
Maksud saya mengutarakan poin-poin diatas, dan beberapa poin lagi Insyaallah, ialah supaya kita dapat bersetuju dan mencari titik persamaan didalam hal ini, dan kemudiannya barulah kita membincangkan tentang hal-hal yang diselisihkan mengenai mimpi Maulana Ilyas ini. Sebab tujuan perbincangan ialah untuk mencari kebenaran dan bukannya untuk menang dalam berdebat atau mencari pengaruh atau seumpamanya.
Jadi soalan saya kepada tuan buat masa ini; adakah tuan bersetuju dengan 2 poin saya diatas? Kalau ok, saya akan teruskan dengan poin seterusnya.
Dan harap tuan dapat beri link penuh mufakkirislami.files.wordpress.com/.../mengenal-a...
Serta sumber petikan dari kitab Muhammad Ilyas Aurana Kay, Diny Da`atu, hal : 77 yang tuan nyatakan.
Walaupun kami telah menegaskan banyak kali dlm tulisan sebelum ini, namun masih ada lagi karkun tabligh yg tidak dpt beza antara 'kereta dan pemandu kereta'.
DeleteSatu lagi istilah 'kondem dan kritikan serta teguran.menyamarata 3 istilah ini dgn unsur negatif adalah menunjukkan kejahilan kpd makna istilah itu sendiri.
Komen terbaru yg masuk,membuktikan sikap itu sudah sebati dlm jiwa pengikut tabligh yg rata-rata menganggap teguran itu sebagai kondem.
Sampai bila kejahilan ini akan berakhir??