Thursday, 26 December 2013

Hakikat Sebenar Sekolah Deobandi



Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Jika dikaji fahaman Deobandi hari ini maka ia sebenarnya telah berpecah kepada 2 aliran pemikiran.

Satu aliran ialah seperti yang difahami oleh Jemaat Tabligh yang menolak menggunakan kekerasan dalam menyampaikan dakwah. Aliran pemikiran ini lebih menjurus kepada jalan kesufian. Pengasas Jemaat Tabligh ini iaitu Maulana Ilyas sendiri mengakui bahawa ia banyak terpengaruh dengan pengajian2 yang disampaikan dari madrasah Darul Ulum malah ia mengikuti jalan sama seperti pengasas2 awalnya seperti Maulana Ashraf Ali Thanvi, Maulana Qasim Nanotwi dsbnya.

Satu lagi aliran mengambil pendirian yang keras dalam menyampaikan dakwah mereka. Kumpulan ini lebih terpengaruh dengan pemikiran ahli-hadis yang mirip kepada ajaran wahabi. Justeru ada yang menamakan kumpulan ini sebagai wahabi-deobandi. Pengganas Taliban lebih terpengaruh dengan ajaran kumpulan ini dan cuba melaksanakannya secara kekerasan. 
Antara ajaran2 kumpulan ini ialah,

"Deoband teachings emphasize the veiling of women. Women must not mix with men in public.  Deoband tradition teaches that men are more intelligent than women and that there is no point in educating girls beyond the age of eight.  Students at Darul Uloom may use computers, but may not use the Internet.  They are permitted to watch TV news, but may not watch movies.  However, many Deobandi madrassas outside India ban television watching and the reading of newspapers altogether in addition to all other forms of entertainment (the Taliban banned kite-flying).  The curriculum in these offshoot madrassas is medieval in conception:  reading and recitation of religious texts, mathematics, and some Greek logic. The teaching of Western science (regarded as "un-Islamic") is prohibited.  Most students enter the schools at age five and graduate when they are 25 years old. "

Hairan pula kenapa sekarang baru mereka menentang terrorisme sedangkan merekalah yang menjadi tok-tok guru kepada pengganas2 antarabangsa sekarang ini.

Mengikut sejarah, golongan wahabi-deobandi telah telah bekerjasama dengan golongan2 Hindu dalam memperjuangkan kemerdekaan menentang Inggeris di India. Setelah India mendapat kemerdekaan mereka telah menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan yang diterajui oleh orang Hindu.
Apabila ada golongan Islam yang cuba memperjuangkan pemisahan untuk menubuhkan negara Islam sendiri, golongan wahabi-deobandi ini telah mengambil sikap menyokong Hindu untuk menentang gerakan pemisahan ini. Mereka lebih rela bertuankan Hindu daripada orang Islam yang berbeza pendapat daripada aliran pemikiran mereka.

Beberapa ulama Islam telah dihalalkan darah mereka oleh golongan wahabi-deobandi ini semata-mata menyokong gerakan pemisahan itu. Antaranya ialah Maulana Syed Abu Ala Maududi yang memimpin gerakan Jamaat i-Islami.

Kebanyakan penulis di kalangan pengikut tabligh yang menulis tentang sejarah Deobandi lebih condong kepada sentimen ketaksuban.Ini menyebabkan mereka menulis dalam sudut tertentu (tidak menyeluruh) dan ini  kurang lengkap kerana ia hanya memperlihatkan dari satu sudut pandangan terutama hanya dari faktor sejarah saja. Isu-isu semasa memperlihatkan bahawa mazhab Deobandi ini sebenarnya mempunyai kaitan yang erat dengan mazhab wahabi di Arab Saudi. 

Ini dibuktikan dengan perkembangan semasa yang memperlihatkan bagaimana wahabi di Arab Saudi mendukungi dan menyokong Taliban yang bermazhab Deobandi apabila ia merampas kuasa dari kerajaan Mujahidin Islam di Afghanistan. Mereka telah memberikan bantuan berjuta dollar kepada Amerika yang memperanjingkan Pakistan untuk disalurkan kepada Taliban semasa mereka menyerang Afghanistan dulu.
Mungkinkah Deobandi di India hanya berpurak-purak saja apabila kononnya ia tidak lagi menyokong Taliban yang mengambil jalan keganasan sebagai wadah perjuangan mereka? Di dunia sekarang ini puak-puak ini telah dikeji teruk menjatuhkan imej Islam bukan saja dari non-muslim tapi dari golongan Islam sendiri juga. 

2 comments:

  1. jundullah jundullah.. nama je jundullah tapi penakut nak kenalkan diri sendiri kpd umum.. berselindung di sebalik title 'ulamak'.. ko tahu tak sekarang ni jemaah asatizah dari pondok pasir tumbuh sedang keluar tabligh selama 40 hari. InsyaAllah esok hari sabtu mereka akan ada di Masjid sri petaling utk 'bayan tangguh'.. kalau benar2 anak jantan, boleh dtg bermuzakarah dgn mereka.. antara ustaz2 pasir tumbuh yg ada ialah TG ustaz naim & TG Ustaz Nazri.. ada berani nak jumpa mereka? atau sekadar jadi keyboard worrior sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan anda telah kami jawab di sini:
      http://urusanulama-hl.blogspot.com/2011/12/tabligh-satu-penilian-semula.html?showComment=1389005097673#comment-c8361620781216947667

      quota;

      Bab teguran ni dah dilakukan oleh ramai senior tabligh yang dah berpuluh tahun terlibat.Contohnya dalam link ini: http://dakwahassunnah.blogspot.com/2010/06/bab-3-dua-prinsip-dalam-piawaian-as.html

      begitu juga di sini: http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/taubat-si-jemaah-tabligh-6-fitnah-atas.html

      mereka berdua adalah 'orang dalam' yang sangat berpengalaman maka mereka telah melakukan hal itu.Kalau 'ORANG DALAM' pun mereka tak layan bahkan di 'tendang keluar' macam Dr nasoha apatah lagi kami sebagai orang luar maka sudah tentu teguran kami tak laku.

      l
      Logiknya masalah dalaman jemaah maka sudah tentu ahli jemaahlah yang lebih patut selesaikan bukan panggil orang luar masuk campur.Kami dedahkan MAKA TUGAS ANDA SEBAGAI ORANG DALAM YANG KENA BERTANYA 'BETULKAH DAKWAAN TERSEBUT KEPADA SYURA DAN ASATIZAH TABLIGH ...BETUL TAK??

      kami di maklumkan penglibatan para TG tu kerana mereka nak betulkan pengikut tabligh dari dalam supaya tidak tersesat.perkara itu pernah disebut oleh Al habib Umar satu ketika dulu....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...