Seorang ahli jawatankuasa kampung pernah bertanya kepada aku, " Dik, pakcik tengok adik ni bagus, datang solat berjemaah, selalu nampak kat masjid. Adik dah daftar mengundi ke belum ni?..Bukan apa, ada ustaz cakap hukumnya Wajib tau.
Persoalan akan timbul bila anda baca tajuk diatas, ianya amat menggerunkan dan mungkin anda akan mula menyangka saya anti-politik. Tetapi awas, kerana saya meletakkan tanda soal disitu.. peace no war
Salam sejahtera buat semua pembaca yang masih sudi singgah kesini,
Sebut mengenai politik, anda akan berfikir dengan cara masing-masing, ada yang inginkan kemajuan, ada yang inginkan Hudud, dan ada juga yang inginkan keadilan ..
Tapi tahukah anda, kita sebagai orang yang beriman, apakah ciri politik yang ada pada zaman Nabi s.a.w, apakah langkah pertama yang Nabi telah laksanakan?
Adakah politik Nabi mementingkan KUASA?
Adakah politik Nabi mementingkan kesenangan dan kemewahan?
Adakah politik Nabi bertujuan menjatuhkan pihak lawan?
Sila tanya diri anda sendiri...
Fikiran masyarakat Malaysia umumnya telah diracuni, iaitu orang islam yang hidupnya sederhana dan tiada pengaruh dan pangkat maka dia adalah orang yang GAGAL...itulah kefahaman sesat yang kita telah perolehi dari pendidikan yang direka oleh BARAT .
Bagi mereka, kejayaan seseorang terletak pada pangkat,harta dan kuasa..
Yang sedihnya, orang-orang agama pun berfikiran sebegitu,
Mereka kata dengan kuasa kita boleh buat apa sahaja, kita boleh hancurkan pusat maksiat, kita boleh tutup pusat-pusat hiburan, kita hentikan konsert...
Wahai sahabat, Nabi tidak pernah menghancurkan berhala-berhala disekitar Ka'bah tetapi orang-orang musyrik itu sendiri telah memusnahkannya dengan tangan mereka sendiri berkat dari Dakwah Baginda s.a.w.
Cuba kita lihat kembali apa yang Baginda s.a.w tunjukkan kepada kita, seandainya Baginda mahukan kuasa, harta dan pangkat, kenapa baginda tidak meneriman tawaran dari Ahli Politik Quraisy, mereka tawarkan Nabi untuk menjadi Perdana Menteri mereka, mereka tawarkan Nabi harta yang banyak, wanita-wanita yang cantik jelita, tetapi baginda tolak semua itu. Tetapi hari ini, sebahagian Ummat Muhammad s.a.w telah bermati-matian untuk mendapatkannya..
Oleh sebab itu, tidak hairanlah masih ramai rakyat Malaysia yang tidak menyertai mana-mana parti, mereka amat takut untuk mendekati politik, kerana bagi mereka peluang untuk khianat dan dusta sangat luas, seperti seorang yang berjalan di atas tali yang halus. .
Apa yang Nabi s.a.w dan para sahabat r.anhum buat kita tidak buat, tetapi bila bab Kebangkitan Empayar Islam bukan main lagi cakap berapi-api, korang ingat nak bangunkan Empayar ni senang macam makan kacang ke?.
Agama Islam dah sempurna, tak perlu ditokok tambah, kalau kita ingin berjaya seperti dahulu, maka kita haruslah mengikut langkah orang-orang dahulu.
Semuanya bermula dari rakyat, seandainya semua masyarakat Malaysia adalah orang yang beriman dan bertaqwa, maka tidak mustahil pemimpin akan diangkat dari golongan yang paling bertakwa.
Usaha harus bermula dari dalam rumah, kalau memimpin isteri dan anak-anak pun tidak mampu, bagaimana ingin memimpin masyarakat kan?.
Masyarakat akan jadi baik dengan hanya mengikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, lihat bagaimana kaum yang dahulunya jahat, zalim dan tak bertamadun, berubah menjadi kaum yang terbaik pada zaman tersebut.
Tapi hari ni kita nak ikut akal, cara Nabi tak sesuailah. Kalau begini tanggapan kita, sampai bila-bila pun masyarakat tidak akan berubah, malahan mereka semakin jauh dari Islam, hiburan, penindasan dan maksiat semakin berleluasa.
Itulah yang telah berlaku, dan akan terus berlaku sekiranya tiada usaha yang dibuat,
Ingat, usaha cara Nabi sahaja yang akan membawa kejayaan,
Kerana Nabi s.a.w telah bersabda yang mafhumnya : "Aku tinggalkan kepada ummatku dua perkara, seandainya mereka berpegang pada dua perkara tersebut nescaya mereka tidak akan sesat, iaitu Al-Quran dan Sunnahku".
Maafkan saya kalau ada terkasar bahasa ye,
p/s : jangan maraah, nanti kena jual... :-)
Di atas adalah satu artikel yang di kutip dari blog jejakaberiman.blogspot.com
Bukanlah tujuan saya untuk mengkondem atau merendahkan pandangan orang lain tetapi untuk kita membuat penilaian yang adil dan saksama agar kebenaran itu tidak di tenggelamkan oleh kebathilan.
Tuan blog menulis:
Tapi tahukah anda, kita sebagai orang yang beriman, apakah ciri politik yang ada pada zaman Nabi s.a.w, apakah langkah pertama yang Nabi telah laksanakan?
Adakah politik Nabi mementingkan KUASA?
Adakah politik Nabi mementingkan kesenangan dan kemewahan?
Adakah politik Nabi bertujuan menjatuhkan pihak lawan?
ULASAN SAYA:
Jawapan yang tersasar@terpesong@tidak relevan dengan persoalan.Contoh mathode dalam berpolitik yang relevan untuk kita umat akhir zaman ikuti ialah zaman khulafa ar Rasyidin.
KENAPA SAYA BERKATA BEGITU??
Sebab ketika Rasul saw masih hidup al quran dan hadith masih belum lengkap (dlm proses penurunan).Ia menjadi lengkap selepas wafatnya Rasul saw.Zaman khulafa ar Rasyidin adalah generasi pertama yang melaksanakannya .Langkah pertama yang diambil oleh para sahabat selepas tiadanya pemerintah islam kerana wafatnya Rasul saw ialah melantik ketua Negara untuk mendapat kuasa politik.
Samalah kita di zaman ini yang mana system khilafah telah runtuh maka perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengwujudkan kerajaan islam sebagaimana para sahabat lakukan itu.
Sekiranya tabligh mengatakan kena usaha atas iman dahulu baru wujud khalifah,kenapa Saidina Abu Bakar tidak usaha atas iman dahulu sehingga seluruh Tanah Arab islam seluruhnya??
Tuan blog menulis:
Yang sedihnya, orang-orang agama pun berfikiran sebegitu,
ULASAN SAYA:
Adakah yang penulis maksudkan orang agama itu para ulama,ustaz/ustazah, ilmuan dan seumpamanya??
Adakah orang tabligh tidak termasuk orang agama??
Kalau begitu apa maknanya slogan ‘USAHA ATAS AGAMA” yang menjadi trademark tabligh sekiranya mereka tidak termasuk orang agama itu??
Tuan blog menulis:
Wahai sahabat, Nabi tidak pernah menghancurkan berhala-berhala disekitar Ka'bah tetapi orang-orang musyrik itu sendiri telah memusnahkannya dengan tangan mereka sendiri berkat dari Dakwah Baginda s.a.w.
ULASAN SAYA:
Sudah terang lagi bersuluh kenyataan ini adalah satu pendustaan keatas Rasul saw yang mulia oleh golongan yang jahil tapi berlagak alim.
Sedangkan dalam peristiwa pembukaan kota Mekah,Nabi saw lah yang memerintahkan kepada Khalid al Walid ,Bilal bin Rabah dan beberapa orang sahabat lain untuk menghancurkan berhala di sekeliling Kaabah.
ADAKAH PARA SAHABAT KETIKA ITU MUSYRIK??
Ini adalah satu tuduhan yang berat!!!
Di harap tuan punya blog itu bertaubat diatas kesalahannya dan membetulkan semula tulisannya.
Tuan blog menulis:
Oleh sebab itu, tidak hairanlah masih ramai rakyat Malaysia yang tidak menyertai mana-mana parti, mereka amat takut untuk mendekati politik, kerana bagi mereka peluang untuk khianat dan dusta sangat luas, seperti seorang yang berjalan di atas tali yang halus. .
ULASAN SAYA:
Majoriti yang tidak mahu mengundi itu bukan sebab takut mendekati politik tapi kerana KEJAHILAN TENTANG POLITIK ISLAM khususnya dan syari’at islam amnya.Buktinya dahulu DAP (kaum cina ) sangat takut (fobia) dengan PAS tetapi selepas memahami islam setelah “berkawan” dengan ahli PAS,akhir PRU12(2008) dahulu telah menyerlahkan bahawa sebab mereka takut adalah kerana kejahilan mereka tentang islam mengikut ajaran UMNO.
Tuan blog menulis:
Agama Islam dah sempurna, tak perlu ditokok tambah, kalau kita ingin berjaya seperti dahulu, maka kita haruslah mengikut langkah orang-orang dahulu.
Semuanya bermula dari rakyat, seandainya semua masyarakat Malaysia adalah orang yang beriman dan bertaqwa, maka tidak mustahil pemimpin akan diangkat dari golongan yang paling bertakwa.
ULASAN SAYA:
Satu kenyataan yang tidak berpijak di bumi nyata.Kalau pendapat ini boleh diterima,sudah tentu Negara Sri lanka dan Bangladesh dapat melaksanakan hukum islam (khilafah)sebabnya umat islam disana 100% adalah karkun tabligh yang ‘kuat iman itu’.Tetapi realitinya tidak begitu.Perdan Menterinya masih None Muslim,wanita pulak tu..
PERSOALANNYA KENAPA??
Ini bermakna ada yang tak kena dengan ajaran yang didokong oleh JT.
Tuan blog menulis:
Tapi hari ni kita nak ikut akal, cara Nabi tak sesuailah. Kalau begini tanggapan kita, sampai bila-bila pun masyarakat tidak akan berubah, malahan mereka semakin jauh dari Islam, hiburan, penindasan dan maksiat semakin berleluasa.
ULASAN SAYA:
Akal juga memainkan peranan yang penting dalam beragama.Jika tidak mana mungkin Allah menggunakan kalimah “ULUL ALBAB”.Kalau kita memahami ayat “cara Nabi” sebagaimana pemahaman tabligh,bermakna ke 4 orang khulafa ar rasyidin itu tak ikutlah ‘cara nabi’lah sebagaimana fahaman tabligh…..
Adakah begitu??
KESIMPULAN:
Betapa cacamarbanya fahaman islam majority karkun tabligh tetapi dengan beraninya memberi pendapat tentang islam dan menyiarkannya dalam blog untuk tontonan umum tanpa mengkaji adakah apa yang di tulis itu benar atau salah.
Langsung tidak memikirkan apakah implikasi daripada tulisan itu samada menaikkan islam atau meruntuhkan islam.
Jadi nasihat saya kepada sahabat daripada tabligh timbalah ilmu dengan kaedah dan manhaj yang betul-betul sahih sebelum kita mengeluarkan pendapat kerana setiap tulisan kita telah direkodkan oleh dua malaikat pencatat yang akan di bentang kelak dihadapan kita di Mahsyar nanti.
Renungkanlah hadith ini semoga kita tidak termasuk dalam golongan itu:
Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama;-Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah terkeluar daripada agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. “;-(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.
Benarkah kuasa tidak penting dalam islam??
ReplyDelete1. Nabi Ibrahim as ditangkap oleh polis kerajaan Namruz kerana disyaki (sebenarnya) telah menghancurkan berhala (tuhan)mereka.
Sekiranya Nabi Ibrahim ada kuasa (kerajaan) beranikah Namruz menangkap dan menyiksa Baginda??
2. Kenapa setelah berkuasa di Madinah,baru Rasul saw dapat meruntuhkan berhala di sekeliling Kaabah tidak ketika selama 13 tahun di Mekah??
3. Beranikah Firaun mengejar dan menghambat Nabi Musa dan umatnya sehingga ke laut Merah sekiranya nabi Musa juga ada sebuah kerajaan yang ada tentera sebagaimana firaun.
Cuba kita buat perbandingan:nabi Ibrahim as sebagai rakyat kepada sebuah kerajaan kafir telah melakukan nahi mungkar dgn menghancurkan berhala mereka lalu akibatnya baginda ditangkap.
Sebalik Rasul saw sebagai sebuah kerajaan islam di Madinah datang kembali ke Mekah lalu menghancurkan berhala yg ada di sekeliling Kaabah...ADAKAH RASUL SAW DITANGKAP DAN DISIKSA??
CUBALAH CARI JAWAPANNYA....