Ucapan Timb Presiden PAS, Muktamar PAS ke 53:
Syeikh Qaradhawi menyebut dalam kitabnya Fiqh Daulatul Islam-Ramai yang telah dapat menatap buku ini ramai yang telah dapat baca buku ini:- "Ganti kepada Hijrah pada hari ini adalah menggabungkan diri dalam Jemaah Islam; bukan sebarang Jemaah, bukan sebarang Organisasi, jemaah itu mestilah yang berusaha untuk menegakkan Daulah Islam. Ia dihukumkan dengan fardhu, atas setiap orang Islam, laki2 baik, muda baik, tua baik, profesional baik, ulama’ baik, apa jua latar belakangnya dengan kadar kemampuan yang ada pada dia."
Seperti mana yang telah saya sebut sebelum ini, saya bertanya sendiri kepada Syeikh Qardhawi ketikamana kami mengadakan pertemuan. Terakhir pertemuan bertentang mata diadakan di Singapura dengan dihadiri Syeikh Qardhawi, Almarhum Ustaz Fadzil dan saya sendiri. Saya tanya beliau sendiri tentang statement itu dalam konteks Malaysia + dalam konteks politik di Malaysia + dalam konteks gerakan Islam di Malaysia, saya kata “Syeikh anda sebut menggabungkan diri dalam jemaah Islam, dalam konteks Malaysia siapa dia?” Al Fadhil Syeikh Qardhawi telah menyebut: kenyataannya yang terdapat dalam mukasurat 16 Feqhud Daulah itu, dalam konteks Malaysia, umat Islam tidak ada pilihan lain untuk menggabungkan diri dalam Jemaah Islam selain yang namanya Parti Islam Se Malaysia PAS.
Tuan2 Muslimin sekalian, saya berbangga menjadi ahli PAS sebagaimana saudara2 sekalian berbangga menjadi ahli PAS. Saya sayang kepada PAS sebagaimana saudara2 sayang kepada PAS, kita semua sayang kepada PAS. Jangan diganggu perkara yang remeh, menyebabkan pendapat dan perbezaan pandangan dapat diurus tadbir dengan baik. Kita pertahankan PAS, kita pertahankan jemaah ini, kita perjuangkan Jemaah ini InsyaAllah!
Kami membuat kesimpulan berdasarkan kepada kenyataan di atas sebagai berikut;
- PAS menganggap dirinya Jemaah Islam lebih daripada mengganggap dirinya Parti Islam.
- Syeikh Qardhawi dan Kepimpinan PAS saling mengenali secara fizikal dan zahirnya Syeikh Qardhawi mengiktiraf PAS sebagai Jemaah Islam.
- Umat Islam mesti bersepakat dalam perjuangan menegakkan Daulah Islam di Malaysia yang dipimpin PAS. Gerakan Islam Sepakat, Islam Berdaulah!
- Siapa yang menentang kesatuan Gerakan Islam, dia adalah pengkhianat Islam! *merujuk pendapat mufti Perlis, Dr Juanda Jaya,hu..hu..!
No comments:
Post a Comment