سسوڠڬوهڽ اڤابيلا اكو مناصيحتي كامو، بوكنله برارتي اكوله يڠ ترباءيق دالم كالڠن كامو، بوكن جوڬ يڠ ڤاليڠ صالح دالم كالڠن كامو، كران اكو جوڬ ڤرنه ملمڤاوءي باتس اونتوق ديري سنديري. سأندايڽ سساورڠ ايت هاڽ داڤت منيمڤأيكن دعوة اڤابيلا دي سمڤورنا، نسچاي تيدق اكن اد ڤندعوه، مك اكن جادي سديكيتله اورڠ يڠ ممبري ڤريڠاتن
Tuesday, 21 August 2012
Orang mukmin Harus Ambil Tahu Politik
Syeikh Fouad al-Matrouk, imam dan khatib masjid Rasulullah Saw daerah Qatif, Arab Saudi, menggalakkan setiap mukmin harus mempelajari Sains Politik bagi mendalami kefahaman berbagai Peristiwa dan perubahan suasana Politik dari dulu dan Terperinci ini, lapur Mehr News 30/4 Semalam.
Tambahnye lagi, untuk mengetahui langkah-langkah berpengaruh dalam mengubah pemikiran rencana, perlu mendalami ILMU POLITIK DAN ianya sangat penting serta kaum Mukmin harus Serius bertindak awal bagi mengatasi pihak musuh.
Al-Matrouk menegaskan, "ketinggalan dalam bidang Sains Politik akan mengakibatkan Umat Islam tidak mampu Memahami dengan berkesan Pelbagai Fenomena dan transformasi saja dilakukan asal maksud Semasa. Kita kaum Mukmin harus waspada dan tidak mengekori pihak musuh serta dapat menganalisa dengan Sila baca arahan seluruh transformasi yg ada."
Beliau terus berkata "Kita harus berwaspada fakta dan transformasi di sekeliling kita kerana hasil analisa kita cukup menjejas masa depan Masyarakat kita sendiri - editor fizzehran hujung irib
ULASAN SAYA:
Kegagalan masyarakat dalam membezakan politik Islam dengan politik kufur bukanlah masalah yang berada di tahap yang calang-calang. Kegagalan mereka ini dalam memahami konsep politik menyebabkan umat Islam di seluruh dunia semakin terhimpit dengan bahana kapitalis yang membelit masyarakat dunia.
Sedar ataupun tidak, golongan yang menolak politik Islam ini sudahpun menolak satu sunnah yang amat besar. Kononnya ada dalam kalangan mereka menggiatkan usaha dakwah kenabian, tetapi amat sayang sekali, politik ditolak, natijah daripada suntikan pemikiran rosak sekularism.
Apa yang dapat dilihat pada hari ini adalah ramai umat Islam hanya mendakwahi manusia untuk ke masjid dan mengamalkan amalan-amalan kerohanian sahaja. Mereka langsung sekali menolak politik yang menjadi satu kewajipan kepada setiap umat Islam.
Kononnya, dengan menyeru kepada amalan-amalan kerohanian sahaja dapat mengubah masyarakat dan mengembalikan kekuasaan umat Islam seperti dahulu kala. Ternyata pemikiran ini amat rosak kerana amalan ini amat bertentangan dengan apa yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan diteladani oleh para sahabat.
Bagi mengubah kehidupan masyarakat ke arah sinar Islam, undang-undang sekular yang wujud wajib diubah kerana umat manusia terikat dengan undang-undang. Undang-undanglah yang menjadi acuan sesuatu masyarakat. Lihatlah realiti masa kini di mana hukum sekular ditetapkan. Umat mula alpa daripada mengejar redha Allah dan habuan duniawi giat dikejar.
Takrif politik:
“Sasa- yasusu- siyasatan wa riasah” yang membawa maksud tadbir, perintah, mengetuai ( Lisan al-Arab, Dar al-kutub al-ilmiah)
Manakala menurut istilah para ulama’ terdahulu terbahagi kepada dua, iaitu :
1. Makna ‘Am : Mentadbir urusan manusia dan urusan dunia mereka dengan syariat Deen. Dengan ini kita dapati mereka mentakrifkan ‘Khilafah’ sebagai :
نيابة عن رسول الله صلى الله عليهم وسلم في حراسة الدين وسياسة الدنيا به
Mafhum : “Sebagai pengganti tugas Rasul dalam menjaga Agama dan mentadbir Dunia dengan berpaksikan agama”
2. Makna Khas : Tindakan-tindakan yang dibuat oleh Imam (Pemerintah) berdasarkan sumber-sumber, bertujuan untuk menghalang kerosakan dan mencegah kerosakan yang belum melanda atau suatu langkah pemulihan.
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Orang tabligh dalam menafsirkan makna politik ialah :
ReplyDelete"Kalaupun dikatakan politik, kita pun berpolitik. Tapi politik kita cara Nabi, bukan politik yang Anda lihat sekarang ini. Politik Nabi adalah bagaimana menyelamatkan seluruh ummat dari neraka jahanam. Bahagia, dan selamat di dunia dan akhirat. Bukan politik yang mementingkan pribadi atau kelompok/golongan".
sumber:
http://media.isnet.org/islam/Etc/Tabligh4.html
Beginilah takrif politik mereka yang jauh berbeza dengan takrif politik yang telah digariskan oleh para ulama ahli sunnah wal jamaah sejak zaman para sahabat ra.
Seandainya jamaah tabligh ini sudah wujud zaman khulafa ar-rasyidin nescaya para sahabat pun akan dipandang serong dan hina oleh mereka kerana membiarkan jasad Rasul saw selama lebih 2 hari kerana "berebut" melantik jawatan politik (baca khalifah).
macamna nak minta undi dari tabligh kalau asyik hentam mereka saja. mana ada orang suka kawan dengan si buruk akhlak. ye dak?
ReplyDeletemungkin ada benornya manusia gilo kuasa.
saya tak rasa tuan blog ni bukan nak sangat undi dari org tabligh tapi nak sedarkan kamu sesatnya tabligh ni je.
Deletesamada kamu nak undi pas atau tidak itu soal ke dua.kan kamu dan org tabligh lain kata pilihanraya ni politik kafir.so apa dalil kamu nak undi pas pulak yg tak ikut sunnah nabi cam kamu tu?
bila masa pulak saya kata saya tabligh.
Delete50 tahun tak habes2 berperang dengan islam amnu, berteman rapat pula dengan dap.
perkataan sesat ke atas orang islam akan didakwa nanti di akherat. dunia ini sekejap saja.
kalau politik sangat, pacak bendera pas di brunei, singapura atau indonesia. tak payah pergi jauh-jauh buat markaz macam si tabligh, sampai ke israel.
err.. jangan sembang parti dalam masjid, tak elok. nanti kena halau.
This comment has been removed by the author.
Deletehe..he..he
Deletemaknanya kamu org umno la ye?
Umno =sekular =munafik
Hamas berperang dgn Fatah lagi lama tapi tak bising pun...?
kalo dah jahil muraqqab payah nak ajar..kalo kamu kata Pas perlu ada pada semua negara,kamu jugak kena kata jawatan agong pun kena ada pada 3 negara tu.
kat indonesia kena guna pakai istilah pilihanraya tak bole guna istilah PEMILU.kat brunei kena mansuh sistem monarki sbb kena ikut cam malaysia.agong 5 tahun sekali.
amacam? bole buat?
tak sokong pas = umno. inilah ajaran pas.
ReplyDeletedah tahu politik pas tak selesai berpuluh-puluh tahun dalam malaysia sahaja, tak payahlah gebang. komentar berderas sekali pun, berdirinya pas berdasarkan ijtihad bergelumang dgn politik sekular.
tabligh beratus markaz termasuk nagara-negara kapir rilek saje. taklah gebang macam ketua urusan ulama ini.
Sekiranya anda seorang islam,anda hanya ada 2 pilihan:
Deletebenar vs salah
haq vs batil
dosa vs pahala
orang baik vs orang jahat
kafir vs islam
syurga vs neraka
tidak ada istilah atas pagar ke,baik tidak jahat pun tidak.
kalau pendirian anda ada istilah atas pagar maka confirm anda MUNAFIK!!
itulah maksud kalau anda tak sokong islam(PAS) bermakna anda sokong taghut(UMNO).
kalau anda seorang islam pasti anda tahu bahawa tugas manusia hanya berusaha kearah kebaikan tetapi yang menentukan hasilnya ialah Allah.ITU SEBAB ISLAM AJAR KALIMAH INSYAALLAH(DENGAN IZIN ALLAH).
KALAU ANDA BERIQTIKAD MANUSIA BISA MENENTUKAN KEJAYAAN HASIL USAHANYA MAKA CONFIRM ANDA GOLONGAN SESAT JABARIAH/QADARIAH DLL.
saya atas pagar!
Deletetapi kalo dapat, saye n rakan2 usaha jmh tabligh yg lain nak sangat tengok org pas n umno ddok setalam makan sama2, berkasih sayang antara satu sama lain slepas penat lebih buat ziarah jumpa manusia utk jemput mereka makmurkan masijd...
haa itu la politik satukan umat. :D
ps: smoga Allah bagi kebaikan kpd ust, mang n sniper muslim. azam 4 bulan insya Allah!!