Sunday, 13 January 2013

Satu perbandingan kritis



Satu perbandingan ajaran jemaah tabligh dengan sunnah(perintah) nabi saw.

  1. Dalam jemaah tabligh di larang menegur/mengkritik orang lain kerana boleh mengaibkannya khususnya ketika khuruj.Sebaliknya dalam sunnah Nabi saw (ajaran islam) makmum boleh menegur@membetulkan bacaan imam yang salah di khalayak makmum yang lain.Bahkan boleh mufarakah dari imam tersebut.Bukankah itu secara tidak langsung mengaibkan imam tersebut??
  2. Dalam jemaah tabligh konsep nahi mungkar yang mereka imani ialah apabila telah berjaya mendakwah perlaku maksiat untuk solat berjemaah di masjid dan menyertai khuruj tabligh maka secara otomatik mungkar tercegah.Sebaliknya dalam sunnah Nabi saw (ajaran islam) diperintah kepada ibubapa menyuruh anak-anak yang umur 7 tahun mendirikan solat dan pukul mereka jika tidak solat ketika umur 10 tahun.Ini bermakna tidak solat itu adalah satu kemungkaran maka kaedah pukul adalah cara mencegah kemungkaran itu.Tidak ada istilah otomatik dalam bab cegah mungkar.
  3. Dalam jemaah tabligh konsep menuntut ilmu bagi mereka ialah ketika keluar khuruj (3,40 hari dll) dan membaca 3 kitab (fadhail amal,muntakhab hadis dan hayatus sahabah) sahaja.Selain dari itu (kuliah,majlis pengajian kitab dll) di masjid surau BUKAN majlis ilmu dan tiada faedah.Pada mereka untuk mendapatkan ilmu cukup dengan bertanya jika perlu.

Sebaliknya amalan para ulama salafus soleh yang menjadikan mereka umat terbaik dan cemerlang di zaman keemasan islam ialah kerana mereka mementingkan ilmu dan beramal berdasarkan ilmu tersebut.Buktinya kita lihat istilah tabi’in merujuk kepada manusia yang sempat bertemu para sahabat dan sempat mengambil ilmu(berguru) dengan mereka dan munculnya kitab-kitab yang membahaskan berbagai masalah agama untuk umat hingga akhir zaman ditulis dizaman mereka. TIDAK ADA ISTILAH TABI’IN MENGAMBIL KERJA PARA SAHABAT. yang ada ialah mengambil ilmu dan menyebarkannya samada dalam bentuk tulisan atau mengajarkannya.

Kalaulah istilah tabi’in itu merujuk kepada manusia yang AMBIK KERJA SAHABAT (dakwah dari rumah ke rumah) ,tak dapat dibayangkan di zaman kita ini tanpa himpunan kitab hadith Bukhari,Muslim dll,kitab tafsir al quran at Tabari,Ibnu Katsir dll,kitab tasauf imam Ghazali,al hikam dll,kitab fiqh ibadah al Umm dan berbagai kitab ilmu yang lain.

Tak dapat dibayangkan bagaimana kita mendirikan solat tanpa kupasan para ulama tentang hadith bab solat,puasa,zakat dll.Betapa besarnya jasa para ulama terdahulu dalam memberi kefahaman agama kepada kita hingga hari kiamat tiba-tiba jasa mereka di nafikan hanya dengan berkata: khuruj berdakwah 40 hari nanti ”Allah akan bagi faham agama”.

Kalaulah perkataan itu boleh diguna pakai,TAK PERLULAH ADA UNIVERSITI DEOBAND,AL AZHAR,PASENTREN AZ ZAITUN DLL.Semua pakat-pakat keluar 40 hari setiap tahun akan jadi ulama besar,mufti dll.

Orang tabligh jangan marah ye.......
Ini nasihat je.....................

2 comments:

  1. tuan buat tuduhan tanpa bukti yang kukuh....mana rujukan yang tuan selalu laungkan?.tuan ana selalu berlapang dada.tuan jangan takut kalau benar tuduhan itu ana akan sokong tuan 100pratus,tapi biarlah dengan bukti yang kukuh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bukti??

      banyak...antaranya http://pondokhabib.wordpress.com/2011/08/10/usul-usul-dakwah-tata-tertib-dakwah-khuruj-fii-sabilillah/

      quote:

      4. Empat perkara yang tidak boleh disentuh;
      * Perbedaan aqidah.
      * Khilafiah/ mazhab.
      * Politik, aib masyarakat, pangkat serta derma.
      * Berdebat (mujadalah).

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...