Tuesday, 4 June 2013

Menjawab Soalan Karkun Abdul Hadi....

Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Seperti yang telah dijanjikan ,kami buka posting khusus bagi menjawab isu bermuzakarah yang dibangkitkan oleh beliau.Sebenarnya sebelum ini pun ada gesaan dari karkun lain untuk berbuat perkara yang sama dan kami telah pun telah memberikan jawapannya tetapi oleh kerana kita sedia maklum sifat orang melayu yang malas membaca (berdasarkan kajian pakar) maka kali ini kami jawab dalam bentuk foto(gambar) supaya kepada karkun yang malas membaca itu mudah faham dan supaya soalan yang sama tidak akan timbul lagi selepas ini .

Di bawah adalah foto sebuah buku yang mengandungi soalan yang dijawab oleh 2 tokoh ulama tersohor dalam kepimpinan PAS.





Dibawah pula adalah tajuk-tajuk soalan yang di tanya




Untuk anda semua (khususnya para karkun tabligh) yang berminat mengetahui lebih lanjut jawapan dari para ulama PAS itu bolehlah mendapatkan buku di atas di kedai-kedai buku berhampiran tempat anda.Secara ringkasnya boleh kami katakan bahwa ulama dalam PAS sudah ada persepsi atau pandangan mereka sendiri dan ditulis dalam buku dan makalah.Maka dengan itu isu muzakarah tidak relevan lagi.





 

16 comments:

  1. karkun ibn hussain masih mengekalkan sikapnya sama macam karkun yang lain yang bila ada tokoh ulama yang mengkritik tabligh maka sekoyong-koyongnya mereka akan cari sisi negatif ulama tersebut dengan mengaitkannya dengan syiah dan sebagainya.

    Sama dengan perangai Wahabi yang akan sedaya upaya memutar belitkan tulisan ulama muktabar dahulu seperti imam Abu hassan asy'ari dll.

    apa nak dihairankan bila ulama hebat seperti Yusuf Qardhawi pun dituduh khawarij ...terimalah dengan hati yang terbuka bila anda dikritik.jangan jadi orang munafik yang sentiasa mencari helah untuk menutup kesalahannya.

    ReplyDelete
  2. ni link Ulama' Besar yang digelar Al-Azhar ke-2
    Beliau lebih 'alim dari Dr.Yusuf Al-Qardawi dan TGNA

    http://www.youtube.com/watch?v=2_-khrTQMWQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapakah anda untuk menjadi hakim bagi menentukan ulama ni alim,ulama tu kurang alim dll??
      Anda pernah dengar tak ucapan Saidina Ali yang berkata" jangan dilihat siapa yang berkata tapi lihat apa yang dia kata".

      Apakah maksud ayat itu?? kalau anda tahu...cuba jelaskan...

      Delete
  3. Kepada semua karkun tabligh khususnya ibn husain,al binory,fuad akmal,baik yang awal masuk dalam blog ini hingga yang terkini.Kami sebenarnya telah tahu sehingga ke akar umbi pendirian JT dan ulama yang bersama dengan mereka dalam bab berpolitik.Buktinya link ini:

    http://tangisanseorangdae.blogspot.com/2012/12/ini-pendirian-ana-dalam-politik.html

    Bila kita cermati tulisan dalam blog itu maka akan nampaklah kejangalan prinsip yang mereka pegang iaitu bila mereka menolak sistem politik demokrasi tapi dalam masa yang sama mengundi dengan alasan tunaikan tanggungjawab.

    ada sesiapa yang boleh jelaskan "tak iktiraf demokrasi tapi mengundi dalam sistem tersebut".kami kurang jelas....

    sepatutnya kalau tak iktiraf demokrasi tak payahlah mengundi kan...?
    biarkan umno perintah malaysia sampai kiamat pun....lantak pi la...janji kita boleh hidup senang,makan,minum,tidur,weekand pergi picnic kat pantai,travel ke India,pakistan & bangladesh dll.

    hujjah dari blog tersebut sama dengan hujjah oleh fathul bari (ulama muda umno aka wahabi salafi).Maknanya kalau hujjah itulah digunakan oleh JT untuk enggan terlibat dengan demokrasi maka cukuplah PAS hantar ketua pemuda sahaja berdebat.Akibatnya tersembam muka fathul bari bila di smash oleh tok guru dia sendiri (MAZA) dalam satu debat tak lama dulu.

    ReplyDelete
  4. karkun ibn hussain masih nak menegakkan benang yang basah dengan bermatian menafikan mimpi maulana ilyas tersebut sebagai satu hal yang penting bagi ulama JT.kami dah lampirkan link kitab Malfuzat pada posting yang lalu siap muka suratnya sekali tapi anda masih nak spin ayat kami.

    Jadi untuk menguatkan lagi isu mimpi ini sebenarnya adalah asas tertubuhnya jemaah tabligh mari kita baca tulisan karkun dari indonesia ni:

    http://usahadawah.wordpress.com/2008/06/29/jawaban-terhadap-komentar-seorang-salafi-yang-berkaitan-dengan-mimpi-maulana-ilyas-3/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tafsiran ayat itu bertentangan dengan tafsir muktabar ke? Kalau bertentangan kat bahagian mana? Boleh bagi panduan, tafsir mana dan bahagian mana.
      Maulana Ilyas mimpi jumpa siapa? Kalau jumpa Rasulullah, itu satu mubasyarah. Shah Waliyullah rah. juga mencatatkan mimpi beliau bertemu Rasulullah di dalam kitabnya Fadlul Mubin. Mujaddid Atthani, Syeikh Ahmad Sirhindi juga mencatatkan mimpi2 beliau bertemu Rasulullah. Boleh anta komen sikit berkenaan mimpi org2 soleh ini.

      Delete
    2. soalan anda telah kami jawab dalam posting:

      http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/05/menjawab-mimpi-maulana-ilyas.html
      http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/10/menjawab-mimpi-maulana-ilyasbhg-2.html

      dan ini:

      http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/09/aswj-vs-deobandi-wahabitabligh.html

      Delete
  5. tak habis habis dengan link.
    nenek aku pun reti main copy paste.. sengal

    ReplyDelete
  6. Tak sangka ada orang lebih alim dari TGHH dan TGNA....senang senang menyesatkan orang. Syiah dah meresap masuk dalam Pas x mau ulas ka?

    Biarlah dengan JT dengan dakwah mereka.Mereka ada ulamak biar ulamak mereka selesaikannya. Di barat asbab usaha mereka dah beribu masuk masuk Islam.

    Hati kau kena banyak belajar tasauf cuci hati tu sikit. Engkau dengki pada JT sampai tahap tertinggi ni kenapa? Kalau kau rasa apa yang kau buat ni betul maka teruskanlah tapi aku nak bagitau engkau silap dalam penilaian.Cukup di sini.Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul sangkaan anda bahawa ada ramai lagi ulama yang lebih alim dari mereka berdua.Sudah tentu ulama tersebut lebih senior dari mereka berdua.Para ulama muktabar yang menjadi guru/mufti di Masjidil Haram tahun 1900 dulu lebih senior dan alim dari mereka berdua.

      Ulama ASWJ di India tahun 1965 dulu lebih senior dan alim di zaman mereka.Para ulama itulah yang menghukum sesat Jemaah tabligh dan kami berpandukan fatwa mereka.Analoginya mudah...

      Kita baca sejarah Khalifah Abu Bakar ra yang memerangi umat islam yang enggan bayar zakat.Kita tak hidup zaman tu tapi kita akur dan bersetuju dengan ijtihad sahabat nabi tu.

      Begitulah juga dengan hal JT.Ulama India dah keluar fatwa itu dan kami besetuju dengannya....apakah itu salah???

      Kita tak kritik kerjanya (dakwah)tapi tentang ideologi(cara berfikir) orang tabligh.Macam kita jumpa orang QADIANI tengah solat kat masjid.mendirikan solat tu satu kerja yang mulia@baik tapi fahaman qadiani orang tu yang kita lihat.

      Delete
    2. Sejak bila pulak org qadiani bersolat di masjid org2 Islam?

      Delete
    3. Peribahasa "jauh perjalanan luas pandangan banyak pengalaman"
      Org tabligh banyak berjalan tapi kosong pengalaman sebabnya dia tak pernah berdiskuksi dgn org yg lain fikrah dlm program khurujnya.jumpa org ajak solat berjemaah Dan join tabligh.sejak 80 tahun yg lalu itulah trademarknya.

      Mereka tak pernah nak buat kaji selidik mad'u yg mereka jumpa.kalau istilah kini 'main langgar je'.itu sebab mereka tak tahu org yg mereka jumpa tu berfikrah qadiani

      Delete
  7. Tuan jundullah akan dpt jwpn hakikat iman bila mati nnt. Kalau perjuangan anta benar, kita sama2 selamat, sebab JT bergerak pun utk mengimarahkan suasana agama Allah swt. Tapi, kalau perjuangan anta salah (politik, demokrasi, majoriti, dll yg mensyirikkan kuasa Allah swt, ((manusia yg mentadbir dunia)) ), anta dlm musibah yg benar. Dosa syirik itu berat wahai tuan yg mulia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan betul...orang tabligh masih menganggap politik demokrasi sebagai syirik.secara tidak langsung mereka mengsyirikkan para ulama yang mengharuskan demokrasi.maknanya mereka lebih hebat dari ulama

      Delete
  8. Bukan semua org yg masuk islam, islam masuk dalam diri mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan islam masuk tapi hidayah kebenaran Ilahi yang masuk dalam hati mereka.Bila hidayah dah masuk maka mereka akan masuk islam.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...