Sidang pembaca yang dirahmati Allah
Di alaf moden ini ketika munculnya zaman teknologi internet baik dalam apa juga bidang termasuk bidang agama dan dakwah maka islam telah meletak satu batu asas (hukum) yang konkrit untuk memastikan dakwah islam itu mampu dipraktikkan sesuai mengikut zaman dan suasana.
Bermula di zaman nubuwah dengan al quran sebagai perantara hubungan antara manusia dengan Penciptanya sehinggalah di zaman menjelang kiamat.Al quran itu sendiri sebagai alat dakwah bermula dengan tanpa titik dan baris mengalami perubahan sesuai dengan perubahan zaman bilamana penganut islam semakin ramai dan berbagai bangsa maka titik dan baris mula diperkenalkan oleh ulama qiraat di zaman tersebut.
Begitu juga huruf-huruf al quran itu sendiri ketika dizaman nubuwah hanya di tulis dalam dada(kepala) dan pelepah tamar serta kulit-kulit binatang.Namun apabila berlaku perubahan zaman maka ianya di tulis pula oleh para sahabat (ulama) di atas kertas (mushaf) sehinggalah dizaman moden ini kita dapat melihat tulisan al quran di tulis dalam bentuk digital pada komputer,handphone,gadget dan lain-lain.
Dalam bidang sejarah pula kita melihat manuskrip yang berbentuk tulisan (catatan) cuba di tukar bentuknya atau dalam bahasa modennya adaptasi atau copy paste ke dalam bentuk yang lain umpamamya di filemkan atau layar perak.Contohnya seperti di link ini:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Gambaran_Nabi_Muhammad_dalam_filem
Tidak cukup dengan itu sejarah tokoh-tokoh yang berjasa kepada islam juga turut menerima nasib yang sama iaitu di filemkan berdasarkan catatan sejarah umpamanya Salehudin al Ayubi,Sultan Muhammad Al Fateh dan lain-lain.Samada ia dibuat oleh orang islam sendiri mahupun bukan islam,itu bukan persoalannya.Yang penting disini ialah sejarah yang bersifat kaku itu cuba dihidupkan secara realiti (lakonan semula) dengan tujuan memberi pengajaran dan pendedahan kepada manusia seluruhnya khususnya umat islam bagaimana pahit getir perjuangan islam yang mereka tempuh sehingga manfaatnya sampai kepada kita hari ini.
Samada ia berbentuk animasi mahupun manusia sebenar,ia tetap memberi impak kepada mereka yang menontonnya.Di samping itu ia memberikan alternatif kepada filem yang hanya bersifat hiburan (lagha) dan cerita-cerita sains fiksyen yang belum tentu kebenarannya (tidak logik) umpamanya filem Spiderman,Ironman,Transformer dan lain-lain yang merosakkan minda penonton.
Selain daripada itu penghasilan filem yang berbentuk dokumentari juga tidak kurang pentingnya dalam menyampaikan fakta-fakta sejarah silam tokoh-tokoh umat yang berjasa dalam sejarah islam.Umpama dokumentari seperti di bawah:
Jemaah islam di zaman kini hendaklah bijak dan peka sebagaimana bijak dan pekanya umat islam terdahulu yang sentiasa meng 'upgrade' apa jua kaedah dan sarana dalam berdakwah dan menyampaikan islam ke pelusuk dunia melalui kaedah-kaedah yang telah kami bentangkan diatas supaya ia sesuai dengan kehidupan manusia yang sentiasa berubah sebagaimana ajaran al quran itu sendiri sesuai di setiap zaman,masa dan tempat.
Sekiranya masih ada jemaah yang bersifat jumud dan beku dengan tidak mahu mengubah pendekatan dan kaedah dakwah sebenarnya mereka tidak mencontohi sunnah Nabi SAW ,para sahabat dan generasi awal islam yang gilang gemilang itu.
Wallahu'alam
ps: kami menunggu filem atau dokumentari sejarah maulana ilyas dari syura tabligh di India supaya umat islam mendapat pendedahan sebenar ulam-ulama tabligh itu dan juga menjawab isu-isu yang berbangkit.

No comments:
Post a Comment