Sidang pembaca yang dirahmati Allah
Tinggal seminggu sahaja lagi kita akan memasuki satu bulan yang paling mulia dan utama di antara 12 bulan dalam kalendar Islam.Satu bulan yang disebut oleh Rasul SAW dalam khutbah Baginda yang mafhumnya:
" Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa barokah,rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari yang paling utama. Malamnya adalah malam paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakanNya. Dibulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,tidurmu adalah ibadah,amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah."
Apabila di sebut sahaja bulan Ramadhan maka yang akan terbayang di kepala kita ialah ibadah puasa,solat terawih,tadarrus al quran,moreh,hari raya nak dekat,tidur di siang hari,bazzar Ramadhan dan bersahur.Inilah pandangan secara umum rata-rata umat islam khususnya orang melayu di belah Nusantara ini.Untuk entri kali ini mari kita muhasabah diri kita kembali menjelang ramadhan 1434 hijrah ini yang berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Kami ingin membawa anda semua untuk kita melihat atau menghisab semula amal perbuatan kita selama 11 bulan yang lalu adakah kita :
1. Pernah berbuat syirik / menyekutukan Allah?
2. Pernah mencaci/menghina Rasulullah SAW tanpa kita sedar?
2. Pernah mencaci/menghina Rasulullah SAW tanpa kita sedar?
3. Pernah meninggikan suara/bentak/herdik kepada kedua ibubapa kita?
4. Pernah membuat mereka berdua menitiskan airmata kecewa?
5. Pernah menghina ulama warasatul anbiya?
7. Masih mengamalkan atau terlibat dengan urusan riba (loan bank,rumah,kenderaan,insuran dll)?
8. Memutuskan silaturahim atau tidak bertegur sapa dengan kaum kerabat pada 11 bulan yang lalu?
9. Menyimpan dendam kepada seseorang?
9. Masih kekal mendedahkan aurat dengan tidak bertudung(wanita) dan berseluar pendek(lelaki)?
10.Sering lalai melaksanakan solat 5 waktu atau hanya solat seminggu sekali sahaja (Jumaat)?
11. Dan lain-lain
Ketahuilah wahai saudara-saudara sekelian bahwa sekiranya 10 perkara di atas atau salah satu daripadanya masih kekal ada pada diri kita hingga masuknya bulan Ramadhan tanpa kita bertaubat atau memohon ampun maka ketahuilah bahawa anda termasuk dalam kategori hadith ini:
bermaksud:"Berapa ramai orang yang berpuasa, namun tidak mendapatkan
apa-apa selain lapar dan dahaga, dan berapa banyak orang yang solat di tengah malam
tidak mendapatkan apa-apa, selain berjaga malam sahaja." (Hadis riwayat
Nasa'ie).
Oleh itu sekiranya kita telah berazam agar puasa tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya maka hendaklah kita bertaubat kepada Allah jika sekiranya dosa tersebut berkaitan denganNYA .Sebaliknya jika ia melibatkan manusia lain khususnya ibubapa kita maka tidak lain dan tidak bukan hendaklah minta ampun kepada mereka berdua sehingga mereka redha dan menghalalkan air susu dan keringat mereka yang telah membesarkan kita.
Berapa ramai orang yang menempuh bulan Ramadhan dengan berstatus rosak aqidah,anak derhaka,pemakan riba,pemutus silaturrahim,pendendam dan seumpamanya di akhir zaman ini tanpa mereka sedar dek kerana kejahilan dan malas menuntut ilmu.Mereka menyangka bulan ramadhan memberi manfaat kepada mereka dengan memperbanyakkan ibadah sunat dan lain-lain tetapi sebaliknya setelah menempuh ramadhan selama umurnya (exp:30-40 kali) tetapi maqam takwa masih gagal diraih.
Yang lebih malang setiap kali berakhirnya ramadhan sejak puluhan tahun yang lalu kita tidak pernah buat post mortem dan bertanya kepada diri sendiri "KENAPA AKU MASIH BELUM MENJADI ORANG BERTAQWA WALHAL AKU TELAH MENEMPUH RAMADHAN PULUHAN KALI?"
Sebenarnya kunci utama untuk mendapat semua kelebihan yang ada dalam bulan Ramadhan atau dengan lain perkataan Allah memilih kita mendapat ganjaran yang disediakan dalam bulan itu ialah SANGKA BAIK KEPADA ALLAH selama 11 bulan yang lalu.Itu bagi mereka yang tidak melakukan 10 perkara diatas.Itu sebab kita biasa mendengar orang-orang tertentu dapat melihat peristiwa ganjil di malam al Qadar khusus para alim ulama terdahulu di hadapan mata mereka sendiri. Bukanlah mereka mencari-cari hal tersebut sebaliknya adalah anugerah Allah semata-mata berdasarkan sangka baik mereka kepada Allah .Melalui cerita-cerita orang-orang lama,kebanyakan ulama yang bertemu peristiwa ganjil malam tersebut tidak terlintas di hati mereka untuk melihatnya sebaliknya ia berlaku tanpa diduga.Ini menunjukkan bahwa bukan kita yang berusaha mencarinya sebaliknya adalah semata-samata pilihan dari Allah.Itulah yang berlaku kepada para ulama sebagai bonus untuk menaikkan maqam mereka ke peringkat ainul yakin.Wallahu'alam
Mudah-mudahan dengan tulisan yang ringkas ini dapat membuka minda kita semua untuk berubah agar Ramadhan 1434 hijrah ini lebih baik dari tahun lalu...InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment