Sidang pembaca yang dirahmati Allah
Saudi Arabia mengalir dengan riak tenang yang mempunyai
gelombang besar di dalamnya, dan ditutup dengan arus kecil, seolah-olah
semuanya baik-baik saja. Berbanding dengan negara-negara Arab yang lain, dari
segi apapun, Saudi aman terkawal.
Pendapatan perkapita per tahun terus meningkat, atau
paling tidak cenderung stabil, dan untuk beberapa puluh tahun ke depan, mereka
tidak akan terpengaruh dalam perangkap krisis ekonomi global. Jamaah haji yang
sudah dipastikan membanjir bagai air bah setiap tahun merupakan salah satu
jaminan besar, selain juga kekayaan minyak bumi yang berlimpah. Hingga tak
heran, anak muda Saudi majoriti berfikiran tak perlu harus bekerja keras atau
belajar dengan susah payah.
Semua itu ternyata tidak menyembunyikan gejolak yang semakin
panas di negara itu. Di satu sisi, para pemuda Saudi telah sedikit berani
membuat riak-riak kecil. Mereka telah sedar bahawa selama ini, sejak
bertahun-tahun lamanya, raja mereka-sesiapa yang sedang berkuasa-telah mencabul
gerakan dan perkembangan Islam yang justru mereka lihat di negara-negara lain.
Ada minat yang besar pada sebahagian pemuda Saudi untuk
belajar mengenal gerakan Islam. Di negara itu, bayangkan, orang ramai lebih
dari 10 orang akan selalu menjadi masalah. Apalagi di dalam masjid. Pada
awalnya, para pemuda ini masih mau mengunjungi ulama-ulama yang mereka percayai
seperti Shaykh 'Ali al-Khudhayr, Shaykh Nasir al-Fahd dan Shaykh Ahmad
al-Khalidi.
Namun seiring perkembangan yang cenderung makin membesar,
maka semua ulama itu ditangkap oleh kerajaan, dan dimasukkan ke dalam penjara
dengan masa yang tidak ditentukan. Dalih penangkapan itu adalah ketiga ulama
ini merupakan pentolan kumpulan Al-Muwahhidden, yang mempunyai banyak
persenjataan dan bom. Para Syeikh ini sampai saat terakhir mereka dituduh,
membantah tuduhan tersebut.
Para pemuda Saudi berada dalam ketakutan dan
kebingungan pada waktu yang bersamaan. Mereka sama sekali tidak mempunyai pengalaman
menghadapi tindakan penguasa. Automatik mereka tidak lagi mempunyai tempat yang
layak untuk bertanya. Mereka ketakutan kerana peristiwa penangkapan itu boleh
berlaku pada mereka. Bingung kerana tak ada pula pengalaman terhadap konspirasi
besar.
Mengapa Saudi sangat menyekat gerakan-gerakan Islam
bahkan boleh dibilang memprovok? Ada
beberapa fakta yang menarik untuk disingkap:
1. Rejim Saudi, seperti juga kebanyakan negara-negara
Arab yang lain, adalah pemerintahan yang menyatukan antara yang benar (haqq)
dan salah (batil). Aspek Haqq Saudi hanya boleh kita lihat dari simbol-simbol
yang mereka pakai; bendera Saudi, tuntutan negara Islam, dan penerapan Syariah.
Namun, di balik itu sebenarnya Saudi
juga tak berbeza dengan negara sekular lain.
2. Beberapa tahun sebelumnya, Saudi bersekongkol dengan
Inggeris untuk sama-sama membanteras gerakan Ikhwan di negaranya itu. Seorang
anggota kerajaan pernah mendedahkan hal ini. Sekarang, bukan rahsia lagi kalau
Saudi akrab dengan AS. AS sudah dijadikan sebagai pelindung Saudi.
3. Jawatankuasa Tetap Saudi (al-Lajnah ad-Da'imah)
mengeluarkan fatwa: "Siapapun yang tidak membezakan antara Yahudi dan
Kristian dan orang kafir lainnya dengan bangsa Muslim kecuali kerana
kebangsaannya, dan menganggap semua penguasa sama, maka dia adalah kafir."
Sebuah fatwa yang sesungguhnya membuat banyak orang berkerut dahi, namun berkesan
dalam meredam masyarakat Saudi. Kerana, bukankah kerajaan Saudi sendiri persis
seperti itu?
4. Perempuan Saudi tidak boleh menikah dengan laki-laki
yang bukan dari Saudi. Dan seorang laki-laki Saudi tidak boleh menikah di luar
Saudi kecuali sudah memenuhi keperluan umur. Sebuah peraturan yang dibuat-buat kerana
Islam sendiri tidak membenarkan hal seperti ini.
5. Beribu-ribu orang islam
dizalimi di negara-negara Muslim di wilayah Arab, tapi apa yang dilakukan oleh
kerajaan dan rejim Saudi? Tidak ada. Rejim Saudi hanya menyuruh para Syeikh-nya
untuk berdoa untuk umat Islam, dan masyarakatnya dianjurkan untuk mengumpul
dana bantuan yang disebarkan ke seluruh dunia, utamanya untuk pembangunan
masjid. Maka jangan hairan, jika di sebuah pelosok terpencil di Indonesia
misalnya, boleh ada sebuah masjid besar yang megah dengan tulisan di
peresmiannya: "Sumbangan dari (kerajaan) Saudi ..."
6. Saudi membina hubungan diplomatik dan bukan
diplomatik dengan negara-negara yang jelas telah membantai umat Islam dalam
jumlah yang luar biasa banyak. Dalam hal ini yang mempunyai hubungan harmoni
dengan Saudi adalah India, Russia, Filipina, Amerika (sudah tentu!), China, dan
Israel.
7. Amerika mempunyai basis tentera di Saudi, dan
kerajaan Saudi melarang rakyatnya yang mendoakan keburukan untuk Amerika di
masjid-masjid di negara itu.
8. Rejim Saudi juga membantu dan mendirikan
saluran-saluran TV yang banyak sekali saat ini. Selain TV, mereka juga membantu
pembiayaan media-media antarabangsa.
9. Keluarga kerajaan Saudi tidak boleh dihina oleh sesiapa.
Jika ada yang melakukannya, maka akan dikenakan hukuman yang berat, bahkan
dihukum mati. Tapi kerajaan Saudi tidak peduli kepada para pelaku yang menghina
Allah dan agamaNya. Misalnya saja, seorang Saudi zindiq, Turki al-Hamd menulis
sebuah buku berjudul "al-Karadeeb" dan di dalamnya terdapat kalimat
"Jadi, Allah dan setan adalah dua wajah dengan satu penemuan", tidak
dikenakan hukuman apapun, dan bukunya yang penuh dengan cerita kekafiran
beredar bebas di negara itu.
No comments:
Post a Comment