Penterjemah: Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria
Ikhwan Muslimin adalah gerakan Islam yang komprehensif, bekerja demi untuk menegakkan ugama Allah di muka bumi ini dan untuk merealisasikan matlamat dan tujuan yang dengan sebabnya Islam yang maha suci ini datang. Ikhwan beriman dengan Islam yang menjadikan aqidah sebagai pengawal yang memelihara halatuju orang-orang Islam sebagaimana mereka juga beriman bahawa Islam juga merupakan syariat, kaedah yang syumul merangkumi setiap sudut kehidupan
Berkata Imam Al-Banna dalam Risalah (الاخوان تحت راية القرآن):
“Wahai Ikhwan Muslimun, bahkan wahai semua manusia! Kita bukanlah parti politik, sekalipun politik di atas kaedah Islam merupakan fikrah kita yang asli. Kita bukan pertubuhan kebajikan dan pembaharuan, sekalipun kerja kebajikan dan pembaharuan merupakan objektif terbesar kita. Kita bukan pasukan riadhah, sekalipun riadhah badan dan ruh merupakan sebahagian dari wasilah terpenting kita. Kita tidak sama seperti pertubuhan sedemikian kerana semua pertubuhan ini hanya untuk tujuan tertentu dan untuk tempoh tertentu. Mungkin pertubuhan ini lahir hanya di atas dasar mahu mewujudkan sebuah pertubuhan atau sekadar mahu meletakkan nama rasmi bagi pertubuhan tersebut.
Akan tetapi wahai manusia! Kami adalah fikrah dan aqidah, sistem dan manhaj. Kami tidak terbatas pada tempat tertentu atau bangsa tertentu atau sempadan geografi tertentu. Kami tidak akan berhenti pada batas tertentu melainkan setelah bumi dan segala isinya kembali kepada Allah s.w.t. kerana sistem ini adalah sistem Tuhan Rabbul Alamin dan manhaj ini adalah manhaj Rasul-Nya yang bersifat jujur lagi amanah”.
Pada tempat yang lain iaitu di akhir Risalah (بين الأمس واليوم) Imam Al-Banna berkata:
“Wahai Ikhwan! Kamu bukan pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk tujuan yang terbatas. Kamu adalah ruh baru yang mengalir dalam hati umat ini dan menghidupkan umat ini dengan Al-Quran. Kamu adalah nur baru yang bersinar menghapuskan kegelapan materialisme ke arah ma’rifah Allah s.w.t. Kamu adalah suara yang berkumandang dan bergema melaungkan dakwah Rasulullah s.a.w.”.
Kita simpulkan kalam Imam Al-Banna dalam beberapa faedah dan natijah:
· Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Rabbaniyyah: Kerana asasnya itu berlegar di sekitar objektif kita yang membawa manusia mendekatkan diri kepada tuhan mereka. Berusaha menghubung dan mengikat hati-hati mereka dengan pencipta mereka iaitu Allah s.w.t. supaya mereka ikhlas semata-mata untuk ugama dan dakwah mereka. Mereka hendaklah membetulkan niat supaya ikhlas beramal kerana Allah s.w.t. tuhan semesta Alam.
· Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Islamiyyah: Kerana ia dinasabkan kepada Islam yang Maha Agung dengan kesyumulan, kesempurnaan dan kelengkapannya. Allah s.w.t. berfirman:
· Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Syumul: Dakwah
ini tidak hanya mementingkan sudut tertentu dan mengabaikan sudut
kehidupan yang lain. Ia tidak terbatas pada kerja-kerja politik dan
pertembungan dengan parti serta sibuk dengan pilihanraya, sekalipun
politik adalah sebahagian dari kerja kita. Sama halnya kita tidak boleh
membataskan kerja-kerja kita pada sudut kemasyarakatan, kecemasan dan
terlibat sama dalam aktiviti masyarakat, sekalipun kerja-kerja kebajikan
tersebut merupakan sebahagian dari tanggungjawab kita.
· Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Tarbiyah dan Takwin: Kerana tarbiyah yang syumul dan takwin yang berterusan; kedua-duanya adalah tiang (pasak) bagi dakwah ini. Ia juga perbezaan terpenting yang membedakannya dari dakwah-dakwah lain. Melalui Manhaj Tarbawinya dakwah ini mampu digerakkan melalui soff yang mantap. Ini hasil terpenting tarbiyah (hasilkan individu muslim), sebabnya ialah kerana individu itu teras kepada kebangkitan ummah. Imam Al-Banna sentiasa ingatkan kita:
· Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Ikhlas dan Tajarrud: Dakwah ini mentarbiyah pengikutnya dan matlamat dari amal dan ucapan mereka tidak lain melainkan untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan pahala dari sisi-Nya. Tidak ada nawaitu selain itu. Di sini bukan tempat untuk memperolehi kekayaan atau kemasyhuran atau pangkat dan gelaran. Justeru Ikhlas adalah satu rukun dari rukun-rukun Bai’ah. Imam Al-Banna sentiasa mengungkapkan kepada ikhwan kata-kata ini:
Dakwah ini juga suci dari dikuasai oleh hawa nafsu dan ketamakan; di mana orang yang berada di atas jalan ini mestilah tajarrud kepada fikrah dan prinsip dakwahnya kerana ia adalah semulia-mulia fikrah dan kedudukannya paling atas. Allah s.w.t. berfirman:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه وبعد
يقول
الله تعالى : ( قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُوا إِلَى اللَّهِ عَلَى
بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ
الْمُشْرِكِينَ ) يوسف 108
Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: ‘Katakanlah (wahai
Muhammad):” Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru
manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan
bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala
i’tiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain”.Ikhwan Muslimin adalah gerakan Islam yang komprehensif, bekerja demi untuk menegakkan ugama Allah di muka bumi ini dan untuk merealisasikan matlamat dan tujuan yang dengan sebabnya Islam yang maha suci ini datang. Ikhwan beriman dengan Islam yang menjadikan aqidah sebagai pengawal yang memelihara halatuju orang-orang Islam sebagaimana mereka juga beriman bahawa Islam juga merupakan syariat, kaedah yang syumul merangkumi setiap sudut kehidupan
Berkata Imam Al-Banna dalam Risalah (الاخوان تحت راية القرآن):
“Wahai Ikhwan Muslimun, bahkan wahai semua manusia! Kita bukanlah parti politik, sekalipun politik di atas kaedah Islam merupakan fikrah kita yang asli. Kita bukan pertubuhan kebajikan dan pembaharuan, sekalipun kerja kebajikan dan pembaharuan merupakan objektif terbesar kita. Kita bukan pasukan riadhah, sekalipun riadhah badan dan ruh merupakan sebahagian dari wasilah terpenting kita. Kita tidak sama seperti pertubuhan sedemikian kerana semua pertubuhan ini hanya untuk tujuan tertentu dan untuk tempoh tertentu. Mungkin pertubuhan ini lahir hanya di atas dasar mahu mewujudkan sebuah pertubuhan atau sekadar mahu meletakkan nama rasmi bagi pertubuhan tersebut.
Akan tetapi wahai manusia! Kami adalah fikrah dan aqidah, sistem dan manhaj. Kami tidak terbatas pada tempat tertentu atau bangsa tertentu atau sempadan geografi tertentu. Kami tidak akan berhenti pada batas tertentu melainkan setelah bumi dan segala isinya kembali kepada Allah s.w.t. kerana sistem ini adalah sistem Tuhan Rabbul Alamin dan manhaj ini adalah manhaj Rasul-Nya yang bersifat jujur lagi amanah”.
Pada tempat yang lain iaitu di akhir Risalah (بين الأمس واليوم) Imam Al-Banna berkata:
“Wahai Ikhwan! Kamu bukan pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk tujuan yang terbatas. Kamu adalah ruh baru yang mengalir dalam hati umat ini dan menghidupkan umat ini dengan Al-Quran. Kamu adalah nur baru yang bersinar menghapuskan kegelapan materialisme ke arah ma’rifah Allah s.w.t. Kamu adalah suara yang berkumandang dan bergema melaungkan dakwah Rasulullah s.a.w.”.
Kita simpulkan kalam Imam Al-Banna dalam beberapa faedah dan natijah:
· Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Rabbaniyyah: Kerana asasnya itu berlegar di sekitar objektif kita yang membawa manusia mendekatkan diri kepada tuhan mereka. Berusaha menghubung dan mengikat hati-hati mereka dengan pencipta mereka iaitu Allah s.w.t. supaya mereka ikhlas semata-mata untuk ugama dan dakwah mereka. Mereka hendaklah membetulkan niat supaya ikhlas beramal kerana Allah s.w.t. tuhan semesta Alam.
· Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Islamiyyah: Kerana ia dinasabkan kepada Islam yang Maha Agung dengan kesyumulan, kesempurnaan dan kelengkapannya. Allah s.w.t. berfirman:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإسْلامَ دِينًا المائدة- 3
· Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Alamiyyah: Dakwah
ini ditujukan kepada seluruh manusia kerana manusia pada hokum Islam
adalah bersaudara. Asal usul mereka dari satu (Adam).
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ- سبأ 28
‘Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad)
melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita
gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada
orang-orang yang ingkar), akan tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui (hakikat itu)’.
(إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ) .الحجرات 13
‘Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa’.
· Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Tarbiyah dan Takwin: Kerana tarbiyah yang syumul dan takwin yang berterusan; kedua-duanya adalah tiang (pasak) bagi dakwah ini. Ia juga perbezaan terpenting yang membedakannya dari dakwah-dakwah lain. Melalui Manhaj Tarbawinya dakwah ini mampu digerakkan melalui soff yang mantap. Ini hasil terpenting tarbiyah (hasilkan individu muslim), sebabnya ialah kerana individu itu teras kepada kebangkitan ummah. Imam Al-Banna sentiasa ingatkan kita:
(كونوا أنفسكم تتكون بكم أمتكم)
“Bentuklah diri anda sekalian, nescaya akan terbentuklah dengan kamu umat kamu”.
Inilah tarbiyah… di mana semua orang mesti tunduk (mengikutinya)
tanpa kecuali; sama ada besar atau kecil, lama atau baru, qiadah atau
jundi. Dalam Ikhwan tiada orang yang berada di luar lingkungan tarbiyah
dan takwin.· Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Ikhlas dan Tajarrud: Dakwah ini mentarbiyah pengikutnya dan matlamat dari amal dan ucapan mereka tidak lain melainkan untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan pahala dari sisi-Nya. Tidak ada nawaitu selain itu. Di sini bukan tempat untuk memperolehi kekayaan atau kemasyhuran atau pangkat dan gelaran. Justeru Ikhlas adalah satu rukun dari rukun-rukun Bai’ah. Imam Al-Banna sentiasa mengungkapkan kepada ikhwan kata-kata ini:
(إن الخفي على هذه الطريق خير من الظاهر)
‘Sesungguhnya yang sunyi (tak bising) di atas jalan dakwah ini lebih baik daripada yang zahir (nampak/menonjol)’.Dakwah ini juga suci dari dikuasai oleh hawa nafsu dan ketamakan; di mana orang yang berada di atas jalan ini mestilah tajarrud kepada fikrah dan prinsip dakwahnya kerana ia adalah semulia-mulia fikrah dan kedudukannya paling atas. Allah s.w.t. berfirman:
صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ. البقرة 138.
‘Celupan Allah, dan siapakah yang lebih baik celupannya selain Allah s.w.t. dan kami menjadi hamba yang menyembah kepadaNya’.
وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين
No comments:
Post a Comment