Monday, 29 July 2013

Peristiwa Yang Mengemparkan Dunia Tahun 1932



JASAD DUA SAHABAT BESAR RASUL SAW YANG MASIH UTUH


Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Sebagaimana lazimnya kita mengetahui bahawa apabila mayat sudah dikuburkan pasti akan segera mengalami proses pereputan dan penguraian apalagi mayat yang sudah dikuburkan dalam masa yang sangat lama. Namun, dengan Kuasa Allah, kita boleh temui banyak fakta dan bukti yang sangat kuat bahawa mayat atau jenazah para Syuhada (Orang Yang Mati Syahid / Martir), para Nabi, dan orang-orang suci (Waliyullah) itu tetap segar bugar dan tidak mengalami proses pereputan ketika kubur mereka itu digali kembali. Salah satunya adalah peristiwa yang sangat luar biasa ini, yang sempat menghentak masyarakat dunia terutama penduduk di kawasan Timur Tengah.




Pada tahun 1932 (bertepatan dengan tahun 1351 H), Raja Iraq yang bernama Shah Faisal I bermimpi dimana dalam mimpinya ia ditegur oleh Huzaifah Al-Yamani r.a (salah seorang sahabat Nabi saw) yang berkata:

"Wahai Raja! Ambillah jenazahku dan jenazah Jabir Al-Ansari r.a (juga salah seorang sahabat Nabi saw) dari tepian sungai Tigris dan kemudian kuburkan kembali di tempat yang selamat kerana kuburanku  dan Jabir sekarang ini dipenuhi oleh air "

Mimpi yang sama terjadi berulang-ulang pada malam-malam berikutnya akan tetapi Raja Faisal I tidak peduli dengan mimpi itu kerana ia merasa ada hal-hal lain yang jauh lebih penting dalam kehidupannya yang berupa urusan-urusan kenegaraan. Pada malam ketiga Huzaifah Al-Yamani r.a  hadir dalam mimpi Mufti Besar Iraq. Huzaifah Al-Yamani r.a berkata dalam mimpi sang Mufti itu:

"Aku telah memberitahu Rajamu dua malam sebelumnya untuk memindahkan jenazahku akan tetapi nampaknya ia tidak peduli. Beritahukanlah kepada Rajamu itu agar ia mahu bersimpati untuk memindahkan kubur-kubur kami. "

Raja Faisal I (1883 - 1933)

Lalu setelah membincangkan masalah ini, Raja Faisal disertai oleh Perdana Menteri dan Mufti Besar bermaksud untuk melaksanakan tugas ini. Diputuskanlah bahawa Mufti Besar akan memberikan fatwa mengenai hal ini dan Perdana Menteri akan menyampaikan pernyataan akhbar supaya semua orang tahu tentang rancangan besar ini. Kemudian diumumkanlah kepada awam bahawa pelan ini akan dilangsungkan pada tarikh 10 Dzulhijjah setelah solat zuhur dan Ashar. Kuburan kedua sahabat Nabi itu akan dibuka dan jenazahnya akan dipindahkan ke tempat lain.

Pada waktu itu sedang musim Haji, maka para jamaah haji yang sedang berkumpul di kota Makkah. Mereka meminta Raja Faisal I untuk menangguhkan rancangan itu selama beberapa hari agar mereka juga boleh turut menyaksikan dengan mata kepala sendiri proses ekskavasi dari kedua-dua badan sahabat Nabi itu. Mereka ingin agar proses ekskavasi itu ditunda hingga mereka selesai beribadah haji. Akhirnya Raja Faisal bersetuju untuk menangguhkannya pada tarikh yang lain iaitu 20 Zulhijjah.

Setelah solat Dzhuhur dan Ashar, pada tanggal 20 Zulhijjah tahun 1351 (Hijriah) bertepatan dengan tahun 1932 Masehi, orang ramai berbondong-bondong masuk ke kota Baghdad. Dan yang datang ketika itu bukan hanya kaum Muslimin bahkan juga dihadiri oleh ramai Non-Muslim. Mereka berkumpul di kota Baghdad hingga penuh sesak. Ketika maqam Hudzaifah Al-Yamani r.a dibuka segera mereka melihat bahawa maqam itu dipenuhi air di dalamnya. Tubuh Hudzaifah Al-Yamani r.a diangkat dengan menggunakan krin dengan sangat hati-hati agar tidak rosak dan kemudian jenazah yang tampak masih sangat segar itu dibaringkan di sebuah tandu. Kemudian Raja Faisal beserta Mufti Besar, Perdana Menteri dan Pangeran Faruq dari Mesir mendapatkan kehormatan untuk mengangkat tandu itu bersama-sama dan kemudian meletakkan jenazah segar itu ke sebuah peti mati dari kaca yang dibuat khusus untuk menyimpan jenazah-jenazah itu. Selanjutnya tubuh Jabir bin Abdullah Al-Ansari r.a juga dipindahkan ke peti mati dari kaca yang sama dengan cara yang sama hati-hatinya dan dengan segenap penghormatan.

Perarakan Pemindahan Jenazah Dua Sahabat Nabi Yang Mulia

Pemandangan yang sangat menakjubkan itu sekarang sedang dilihat oleh banyak orang lelaki dan perempuan, muda dan tua, miskin dan kaya, Muslim dan Non-Muslim. Kedua jenazah suci dari sahabat sejati Nabi yang kurang dikenali kaum Muslimin ini kelihatan masih segar dan tak tersentuh oleh bakteria pengurai sedikitpun. Keduanya dengan mata terbuka, mata yang telah menatap sinar Kenabian. Kedua jenazah mulia yang telah menggemparkan dunia dan membuat semua yang menyaksikan saat itu terperangah dan tak boleh menutup mulutnya. Kebisuan pun mengharu biru ........... Mereka seolah tak percaya dengan apa yang mereka saksikan pada hari itu.

Selain tubuh keduanya yang tampak segar bugar, juga peti mati mereka yang juga tampak masih utuh dan baru, bahkan pakaian yang mereka kenakan pada saat dikubur semuanya utuh dan kalau dilihat sekilas kedua Sahabat Nabi dan Pahlawan Islam ini kelihatan seperti masih hidup dan hanya terbaring saja.

Kedua jasad suci ini akhirnya dibawa dan dikebumikan kembali di kuburan yang baru tidak jauh dari kubur sahabat sejati Nabi lainnya yaitu Salman Al-Farisi yang terletak di SALMAN PARK kurang lebih 30 batu jauhnya dari kota Baghdad. Kejadian ajaib ini sangat mengundang kekaguman para saintis, kaum falsafah, dan para doktor. Mereka yang selalu mampu ‘berkokok’ memberikan analisa sesuai dengan bidangnya masing-masing, kali ini hanya tertunduk bisu, terkesima dengan kejadian yang teramat jarang berlaku ini.

Makam Baru Jabir bin Abdullah Al-Anshary r.a

Salah satu dari mereka adalah seorang ahli fisiologi dari Jerman yang kelihatan sangat tertarik dengan fenomena ini. Ia sangat ingin melihat langsung keadaan tubuh jenazah kedua sahabat Nabi itu yang telah dikuburkan selama 1300 tahun lamanya. Oleh kerana itu, ia serta merta langsung mendatangi Mufti Besar Iraq. Sesampainya ia di tempat dimana peristiwa akbar itu sedang berlaku, dan setelah menyaksikan sendiri Tanda Kekuasaan Allah tersebut, dia langsung memegang kedua tangan sang Mufti dengan eratnya sambil berkata:

"BUKTI APALAGI YANG HARUS DICARI BAHAWA ISLAM ITU BENAR. AKU SEKARANG JUGA AKAN MASUK ISLAM DAN TOLONG AJARI AKU TENTANG ISLAM "

Di hadapan ribuan orang yang sedang menyaksikan dirinya, doktor dari Jerman itu menyatakan keIslamannya. Dan seketika itu juga banyak orang lain yang beragama Kristian bahkan Yahudi turut juga menyatakan diri sebagai Muslim kerana mereka telah melihat bukti yang sangat nyata dipampangkan di depan mereka. Ini bukan yang pertama dan terakhir. Masih banyak lagi setelah itu kaum Nasrani dan Yahudi serta dari agama lain yang berbondong-bondong masuk Islam kerana telah menyaksikan atau mendengar kejadian aneh yang menakjubkan itu.

MARILAH KITA RENUNGKAN KEMBALI KEJADIAN MENAKJUBKAN DI ATAS. KEJADIAN ITU BISA MEMBERI KITA ILHAM DAN MEMBUKA MATA KITA SEHINGGA KITA LEBIH PEKA UNTUK MENGENALI KEBENARAN.

Ulasan ringkas Kejadian ini juga boleh di lihat di:

http://en.wikipedia.org/wiki/Faisal_I_of_Iraq

http://en.wikipedia.org/wiki/Jabir_ibn_Abd-Allah

HUDZAIFAH AL-YAMANI (RA):

Ia adalah seorang sahabat Nabi yang sangat dipercayai oleh Nabi. Ia juga termasuk dalam kumpulan orang yang hadir dalam proses pengebumian Saidatuna Fathimah Az-Zahra rah (Putri Rasulullah saww) yang dikuburkan secara rahsia. Banyak sekali peristiwa dalam sejarah yang menunjukkan bahawa Hudzaifah Al-Yamani itu adalah seorang sahabat Rasulullah yang sangat setia. Hudzaifah Al-Yamani bersedia dipanggil oleh Rasulullah untuk berperang di dalam perang Khandaq (perang parit). Waktu itu Rasulullah menawarkan syurga kepada sesiapa yang berani untuk masuk ke wilayah musuh dalam tugas mengintip kekuatan musuh. Itu adalah pekerjaan yang sangat berbahaya akan tetapi Hudzaifah Al-Yamani bersedia melakukannya.

Hudzaifah juga dikenali orang sebagai "Si Pemegang Rahsia", kerana Rasulullah telah memberikan nama-nama dan ciri-ciri dari orang-orang yang munafik yang bermaksud untuk membunuh Nabi pada perjalanan pulang sekembalinya dari perang Tabuk. Akan tetapi Rasulullah memintanya untuk tidak membocorkan rahsia itu.

Hudzaifah Al-Yamani pernah dilantik sebagai gabenor kota Madain (sebuah tempat di dekat kota Baghdad, Iraq) pada masa Umar bin Khattab ra dan ia tetap menjalankan tugasnya hingga Saidina Ali bin Abi Talib ra dilantik umat untuk menjadi Khalifah.Saidina Ali menghantar sepucuk surat kepada para penduduk kota Madain memberitahu mereka bahawa sekarang yang menjadi khalifah adalah Saidina Ali bin Abi Talib sekaligus mengukuhkan kedudukan Hudzaifah sebagai gabenor kota Madain untuk meneruskan tugasnya di sana. Hudzaifah Al-Yamani  ra meninggal dunia sebelum terjadi Perang Jamal (perang saudara antara para sahabat Nabi dalam dua kubu yaitu kubu Saidina Ali bin Abi Talib di satu sisi; dan kubu 'Aisyah binti Abu Bakar di sisi lain) pada tahun 36 H. Hudzaifah Al-Yamani dikebumikan di bandar Madain.

JABIR BIN ABDULLAH AL-ANSARI (RA):

Jabir bin Abdullah Al-Ansari (RA) juga adalah seorang sahabat Nabi yang utama dan mulia diantara para sahabat Nabi yang lain. Jabir bin Abdullah Al-Ansari selalu berada di front terdepan dalam kurang lebih 18 peperangan yang ia ikuti untuk membela Islam. Jabir bin Abdullah Al-Ansari diberkati umur yang cukup panjang sehingga ia masih hidup pada zaman Cicit Rasulullah saw Imam Muhammad Al-Baqir dan puteranya yaitu Imam Ja'far As-Sadiq.

Diriwayatkan bahawa dulu Rasulullah saw pernah berwasiat kepada Jabir bin Abdullah Al-Ansari bahawa ia akan hidup lama dan berusia panjang hingga akhirnya ia boleh menemui seorang Cicit Rasulullah saw yang bernama Muhammad Al-Baqir yang rupanya (wajahnya) dan akhlaknya sangat mirip dengan Rasulullah. Rasulullah meminta kepada Jabir bin Abdullah Al-Ansari untuk menyampaikan salamnya (pada cicitnya itu).

Sepanjang hidupnya Jabir bin Abdullah Al-Ansari tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan Imam Muhammad Al-Baqir. Hingga akhirnya hari yang dinantikan itu datang juga. Ketika bertemu dengan orang yang dimaksudkan, Jabir sangat gembira dan memeluk erat sang Imam sambil berkata bahawa Rasulullah saw telah menitipkan salam untuk sang Imam.

Jabir bin Abdullah Al-Ansari tidak berusia lama lagi selepas pertemuan dengan Imam Muhammad Al-Baqir itu. Ia sempat ditawan oleh Hajjaj bin Yusuf dan diriwayatkan bahawa timah cair yang panas sekali disiramkan ke atas kedua tangan sucinya oleh penguasa kejam bernama Hajjaj bin Yusuf itu. Jabir bin Abdullah Al-Ansari meninggal pada usia 94 tahun dan dikebumikan di bandar Madain.


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...