Thursday, 5 September 2013

KESILAPAN IQTIKAD ORANG TABLIGH

Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Pada posting yang lalu kita telah mengetahui kerosakan dan penyimpangan aqidah yang disebarkan oleh jemaah Tabligh lewat program khuruj,bayan dan taklim yang disampaikan di masjid dan surau sejak dahulu lagi.Ini tidak menghirankan kerana perkara tersebut telah didedahkan sendiri oleh bekas AHLI JEMAAH TABLIGH  yang telah bertaubat dalam blog http://jamaluddinab.blogspot.com

Persoalannya adakah dengan pendedahan tersebut telah menyedarkan dan menginsafkan para karkun tabligh ??

Jawapannya sidang pembaca boleh dapati di di link ini:
 http://wirapendang.blogspot.com/2010/11/kenangan-bersama-maulana-saad-al.html?showComment=1378279522750#comment-c1249313734975903148 




Orang -orang tabligh tetap mempertahan "aqidah sesat " itu hanya dengan hujjah air liur tanpa di sertakan dalil yang sahih baik al quran,hadith atau kitab para ulama muktabar.Mereka tanpa rasa bersalah menggunakan ayat "  Saya tidak nampak di mana salahnya ayat ni".
Ayat ini di tulis dalam ruangan komen  blog tersebut oleh seorang yang mendakwa pernah
belajar pondok.

Sidang pembaca yang budiman

Kami melihat ini sebenarnya satu penipuan yang sangat terang seterang cahaya matahari bagi orang yang masih waras berakal dan tidak taksub buta.Kita boleh semak dari penyataan mereka(orang Tabligh) yang menulis(berkata) tanpa merujuk mana-mana kitab ulama pun khususnya dalam bab aqidah(iman) ini.Kami ambil satu contoh isu yang membukti rosaknya aqidah mereka.

 
“Semua perkara itu telah Allah tetapkan, tetapi Iman masih belum Allah tetapkan, ianya bergantung sejauh mana kita berkorban di jalan Allah (Keluar Cara Tabligh).”

Bagi orang jahil yang tidak belajar ilmu aqidah akan menganggap ayat ini tidak ada salahnya atau tidak menyebabkan pengucapnya murtad.Sedangkan perkara ini telah dibahaskan oleh para ulama muktabar dahulu lagi dengan panjang lebar dalam kitab-kitab mereka.Kalaulah ayat itu benar sila nyatakan sumbernya(nama ulama,nama kitab,muka surat berapa).

Sekiranya mereka gagal mendatangkan sumbernya(dalil) maka jelaslah ajaran jemaah tabligh hanya berdasarkan tafsiran sendiri dari akal dan hawa nafsu yang cetek dan dangkal yang dipandu oleh syaitan.Na'uzubillah hi minzalik...

Walhal kita ketahui berdasarkan kitab-kitab tafsir al quran ,soal iman dan kafir telah pun ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi.Contoh paling jelas ialah Firaun ketika ia sedang terkapai-kapai antara hidup dan mati dalam laut merah,Lalu Allah perintah malaikat Jibril menyumbat mulut firaun dengan pasir supaya ia tidak dapat mengucap kalimah syahadah .Dalilnya:

Dari Sa’id bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan: “dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun). Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illa’l-lah”

Shahih, HR. Turmudzi [3107]; Ahmad [2145], at-Thabari [11/163]; Ibnu Hibban [6215]; Nasa’i [6/363].  Shahih Sunan Turmudzi [2484]. Dishahihkan juga oleh Syeikh Syu’aib Arnouth, Tahqiq Shahih Ibnu Hibban [14/98]

IMAN DAN KAFIR TELAH DI TETAPKAN

Di antara perkara yang aneh dalam diri Fir’aun adalah fitrah kejadiannya. Umumnya bayi diciptakan oleh Allah dalam keadaan fitrah,  dikecualikan terhadap bayi Fir’aun. Kerana sejak bayi lagi ia sudah kafir di dalam perut ibunya.
“wa khalaqa fir’aun fi bathni ummihi kafiran,” 

(HR. Ibnu 'Adi dalam Al-Kamil dan Imam Thabarani dalam Al-Ausath)

Begitu juga isteri kepada Nabi Luth as dan Nabi Nuh as yang keduanya adalah kafir walaupun bersuamikan seorang nabi.MUSTAHIL 2 orang nabi tersebut tidak mendakwahkan isteri masing-masing.TETAPI TAKDIR ALLAH TELAH MENETAPKAN SEJAK AZALI BAHAWA MEREKA MATI DALAM KEKAFIRAN.

Sebaliknya isteri kepada Firaun iaitu Asiyah telah ditetapkan sebagai orang mukminah yang beriman kepada Allah walaupun belum bertemu(di dakwahkan) oleh nabi Musa as lagi.

sumber: Tafsir Ibnu Katsir dan Tafsir As-Sa’di


Wallahu'alam

 

 





 

4 comments:

  1. Mohon syeh terjemahkan hadith 3107 dan syarahnya. Anak murid nak belajar.
    حدثنا عبد بن حميد حدثنا الحجاج بن منهال حدثنا حماد
    بن سلمة عن علي بن زيد عن يوسف بن مهران عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم قال لما أغرق الله فرعون قال آمنت أنه لا إله إلا الذي آمنت به بنو إسرائيل فقال جبريل يا محمد فلو رأيتني وأنا آخذ من حال البحر فأدسه في فيه مخافة أن تدركه الرحمة قال أبو عيسى هذا حديث حسن
    الشروح

    قوله : ( عن علي بن زيد ) هو ابن جدعان ( عن يوسف بن مهران ) البصري وليس هو يوسف بن ماهك ، ذاك ثقة ، وهذا لم يرو عنه إلا ابن جدعان ، هو لين الحديث من الرابعة .
    قوله : ( لما أغرق الله فرعون قال ) أي فرعون ( آمنت أنه ) أي بأنه ، وفي قراءة بالكسر استئنافا لا إله إلا الذي آمنت به بنو إسرائيل .
    قال ابن عباس : لم يقبل الله إيمانه عند نزول العذاب به ، وقد كان في مهل .
    قال العلماء : إيمانه غير مقبول . وذلك أن الإيمان والتوبة عند معاينة الملائكة والعذاب غير " - ص 417 -" مقبولين ( وأنا آخذ من حال البحر ) أي طينه الأسود ( وأدسه في فيه ) أي أدخله في فمه ( مخافة أن تدركه الرحمة ) أي خشية أن يقول لا إله إلا الله فتناله رحمة الله .
    قوله : ( هذا حديث حسن ) وأخرجه أحمد في مسنده وابن جرير وابن أبي حاتم في تفسيرهما ، كلهم من حديث حماد بن سلمة عن علي بن زيد عن يوسف بن مهران عن ابن عباس .

    ReplyDelete
  2. [Orang-orang yang tidak berusaha memperbaiki amal dengan Ilmu]

    Golongan yang rugi ini adalah golongan yang di dunia merana, di akhirat sengsara. Inilah yang dikatakan rugi. Walaupun di dunia, dia merasa bahagia, walhal dalam keadaan tidak sedar (tanpa mencari kebenaran) dia sebenarnya dalam kerugian.

    Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Kahfi, ayat 103 & 104,

    “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?’(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan’.”

    Inilah orang yang rugi. Dia merasa dirinya berada dalam kebenaran dan kebaikan. Walhal, selagi dia tidak mendapat kepastian dengan mempelajari Islam (dengan landasan dan disiplin ilmu yang betul), selagi itulah dia rugi.

    ReplyDelete
  3. Salam. Apa terjemahan hadith yang di tempek Abu Zakaria tu, ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahai xemadi...

      kadangkala ada soalan yang boleh di jawab secara direct TAPI ADA JUGA SOALAN YANG DIJAWAB SECARA INDIRECT.
      Dan ada juga soalan yang dijawab dengan soalan juga.Sebenarnya soalan Abu zakaria@zakaria nawi itu telah kami jawab dalam posting selepasnya.Mungkin anda tak perasan sebab anda tidak faham kaedah dalam menjawab soalan.

      Sepatutnya beliaulah yang patut menjawab isu yang kami bangkitkan merujuk kepada blog jamaluddinab.blogspot.com itu.bukan menimbulkan polimik baru yang tak berkesudahan.selesaikan masalah satu satu-persatu.barulah ada penyelesaiannya...apa pandangan anda?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...