Monday, 27 August 2012

Menjawab Ibn Hatari:Jadilah orang yang berilmu



TEMERLOH - Penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus secara terus terang menyatakan mengundi PAS adalah wajib bagi umat Islam kerana parti itu mahu melaksanakan pemerintahan Islam sebagaimana dikehendaki oleh Allah.

Menjawap satu soalan dalam kuliah Maghribnya di Markas Darul Ansar Chempaka Lanchang , beliau membandingkan memilih parti Islam samalah memilih kumpulan yang mahu melakukan dan begitulah sebaliknya.

“Satu kumpulan nak buat pondok pengajian Islam manakala satu kumpulan lagi nak buat tempat judi, jadi kita nak sokong yang mana? Sebagai seorang muslim tentulah kita sokong orang yang nak kembangkan agama.

“Begitu jugalah dengan politik dan pilihan raya... kita pilihlah parti yang mahu menegakkan Islam iaitu amar makruf nahi mungkar dan haram hukumnya sokong orang nak buat tempat judi atas luluskan lesen arak.

“Sebab itu dalam hal memilih pemerintah Islam ini tidak ada istilah pengundi atas pagar sebab akhirnya melibatkan hukum Islam yang kita kena buat keputusan menyokong Islam atau menolak Islam,” katanya menjawap soalan bertulis daripada ‘atas pagar’.

Azhar yang dikatakan menjadi idola sangat popular generasi muda masa kini, berkata demikian di hadapan kira-kira 5,000 pendengar kuliahnya yang pertama kali diadakan di situ.

Dalam kuliahnya sebelum itu beliau berceramah mengenai peristiwa Israk dan Mikraj yang dilalui oleh baginda Nabi Muhammad pada malam 27 Rajab.

Tuesday, 21 August 2012

Orang mukmin Harus Ambil Tahu Politik


Syeikh Fouad al-Matrouk, imam dan khatib masjid Rasulullah Saw daerah Qatif, Arab Saudi, menggalakkan setiap mukmin harus mempelajari Sains Politik bagi mendalami kefahaman berbagai Peristiwa dan perubahan suasana Politik dari dulu dan Terperinci ini, lapur Mehr News 30/4 Semalam.

Tambahnye lagi, untuk mengetahui langkah-langkah berpengaruh dalam mengubah pemikiran rencana, perlu mendalami ILMU POLITIK DAN ianya sangat penting serta kaum Mukmin harus Serius bertindak awal bagi mengatasi pihak musuh.

Al-Matrouk menegaskan, "ketinggalan dalam bidang Sains Politik akan mengakibatkan Umat Islam tidak mampu Memahami dengan berkesan Pelbagai Fenomena dan transformasi saja dilakukan asal maksud Semasa. Kita kaum Mukmin harus waspada dan tidak mengekori pihak musuh serta dapat menganalisa dengan Sila baca arahan seluruh transformasi yg ada."

Beliau terus berkata "Kita harus berwaspada fakta dan transformasi di sekeliling kita kerana hasil analisa kita cukup menjejas masa depan Masyarakat kita sendiri - editor fizzehran hujung irib

ULASAN SAYA:


Kegagalan masyarakat dalam membezakan politik Islam dengan politik kufur bukanlah masalah yang berada di tahap yang calang-calang. Kegagalan mereka ini dalam memahami konsep politik menyebabkan umat Islam di seluruh dunia semakin terhimpit dengan bahana kapitalis yang membelit masyarakat dunia.

Sedar ataupun tidak, golongan yang menolak politik Islam ini sudahpun menolak satu sunnah yang amat besar. Kononnya ada dalam kalangan mereka menggiatkan usaha dakwah kenabian, tetapi amat sayang sekali, politik ditolak, natijah daripada suntikan pemikiran rosak sekularism.

Apa yang dapat dilihat pada hari ini adalah ramai umat Islam hanya mendakwahi manusia untuk ke masjid dan mengamalkan amalan-amalan kerohanian sahaja. Mereka langsung sekali menolak politik yang menjadi satu kewajipan kepada setiap umat Islam.

Kononnya, dengan menyeru kepada amalan-amalan kerohanian sahaja dapat mengubah masyarakat dan mengembalikan kekuasaan umat Islam seperti dahulu kala. Ternyata pemikiran ini amat rosak kerana amalan ini amat bertentangan dengan apa yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan diteladani oleh para sahabat.

Bagi mengubah kehidupan masyarakat ke arah sinar Islam, undang-undang sekular yang wujud wajib diubah kerana umat manusia terikat dengan undang-undang. Undang-undanglah yang menjadi acuan sesuatu masyarakat. Lihatlah realiti masa kini di mana hukum sekular ditetapkan. Umat mula alpa daripada mengejar redha Allah dan habuan duniawi giat dikejar.

Takrif politik:


“Sasa- yasusu- siyasatan wa riasah” yang membawa maksud tadbir, perintah, mengetuai ( Lisan al-Arab, Dar al-kutub al-ilmiah) 

Manakala menurut istilah para ulama’ terdahulu terbahagi kepada dua, iaitu : 

1. Makna ‘Am : Mentadbir urusan manusia dan urusan dunia mereka dengan syariat Deen. Dengan ini kita dapati mereka mentakrifkan ‘Khilafah’ sebagai : 
نيابة عن رسول الله صلى الله عليهم وسلم في حراسة الدين وسياسة الدنيا به 

Mafhum : “Sebagai pengganti tugas Rasul dalam menjaga Agama dan mentadbir Dunia dengan berpaksikan agama” 

2. Makna Khas : Tindakan-tindakan yang dibuat oleh Imam (Pemerintah) berdasarkan sumber-sumber, bertujuan untuk menghalang kerosakan dan mencegah kerosakan yang belum melanda atau suatu langkah pemulihan. 

Thursday, 16 August 2012

Salam Ei dul fitri Kepada Pengunjung Blog Ini.


Seringkali kita terima SMS ucapan Eidul Fitri dengan untaian kata mutiara yang begitu mempesona. Bahkan terkesan menjadi kata-kata yang wajib diucapkan baik oleh perseorangan atau institusi “Selamat Hari Raya Eidul Fitri – Mohon Maaf Zahir & Batin”, dan ternyata ucapan tersebut jauh dari apa yang diajarkan Rasulullah buat kita khususnya umat Islam.

Hampir semua ucapan Eidul Fitri yang beredar saat ini tidak ada riwayatnya. Dalam sebuah hadits diterangkan bahwa Ibnu Qudamah dalam Kitab yang berjudul “Al-Mughni” menyebutkan bahwa Muhammad bin Ziyad berkata : “Aku pernah bersama Abu Umamah Al Bahili dan beberapa orang dari kalangan sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka bila kembali dari solat Eidil Fitri saling mengucapkan : Taqabbalallahu minnaa wa minka (Semoga Allah SWT menerima amal kami dan amal Anda)” Maksudnya menerima di sini adalah menerima segala amal dan ibadah kita di bulan Ramadhan.

Beberapa shahabat menambahkan ucapan "shiyamana wa shiyamakum", yang bererti puasaku dan puasa kalian. Juga ucapan ini bukan dari Rasulullah, melainkan dari para sahabat.
Kemudian, untuk ucapan minal ‘aidin wal faizin itu sendiri adalah salah satu ungkapan yang seringkali diucapkan pada hari raya idulfitri. Sama sekali tidak bersumber dari sunnah nabi, melainkan merupakan ‘urf (kebiasaan) yang ada di suatu masyarakat. 

Demikian juga kata-kata “Mohon Maaf Zahir & Batin”, hanya kebiasaan saja dan tidak bersumber dari Rasul. Malah kalau kita mengikuti sunnah Rasul, harusnya kata-kata “Maaf” diucapkan sebelum masuk bulan Ramadhan bukan sebaliknya. Sayangnya kebiasaan ini sudah menjadi budaya. Selanjutnya tugas kita untuk kembali sesuai Sunnah Rasul.

Ringkasan :

Ucapan Rasulullah ketika Eidul Fitri : Taqabalallahu minna wa minka
Ucapan Mohon Maaf Zahir Batin harusnya diucapkan sebelum Ramadhan, bukan sesudah Ramadhan.
Maka adakah berdosakah jika kita mengucapkan “Selamat Hari Raya Eidul Fitri – Mohon Maaf Zahir & Batin” ? Tentu tidak!!... kerana ucapan ini juga baik tetapi kurang tepat.

DISARANKAN
Selain ucapan yang sering kita ucapkan ketika Eidul Fitri adalah lebih baik kita dahului dengan “Taqabalalluhu minnna wa minkum”



Taqobalallahu minna wa minkum
Minal Aidin wal Faizin
Selamat Hari Raya Idul Fitri
1 Syawal 1433 H

Daripada kami ahli jawatankuasa Lajnah Urusan Ulama 

Hulu Langat





Wednesday, 15 August 2012

Peristiwa Dalam Bulan Syahwal


Buku terbaru yang sedang penulis baca dan telaah untuk belajar daripada pengalaman mereka.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi tetamu agung Ramadhan 1433 yang berkah ini akan pergi meninggalkan kita.Dan anak bulan Syahwal pula akan menampakkan dirinya.Maka untuk kesempatan ini ada baiknya kita menyemak semula peristiwa-peristiwa besar dalam lipatan sejarah islam agar ia tidak dilupakan oleh generasi mendatang. 

Bulan Syawal merupakan bulan kesepuluh di dalam taqwim Hijriyah yang penuh keutamaan dan keistimewaan. Secara harfiah, Syawal berarti peningkatan. Hal ini demikian kerana segala amal ibadah mahupun latihan yang dijalani selama sebulan penuh ketika Ramadhan, hendaknya dapat dilipatgandakan kualiti dan kuantitinya pada bulan ini.

Keistimewaan Syawal semakin nyata dengan anjuran berpuasa sunnah selama enam hari. Rasulullah SAW sangat menekankan ibadah ini, dan dibuktikan dengan banyaknya hadis berkait amalan puasa tersebut.

Selain itu, sejarah awal Islam juga mencatat sejumlah peristiwa penting yang terjadi di bulan Syawal. Beberapa di antaranya bahkan memiliki pengaruh kuat terhadap keberhasilan pengembangan agama Islam di fasa berikutnya.

1. Perang Uhud
Berlaku pada 15 Syawal 3 Hijrah. Tentera kafir Quraisy ingin membalas dendam kekalahan Perang Badar setahun sebelum itu.Pada peringkat pertama, tentera Islam mencapai kemenangan. Tetapi, akibat kumpulan pemanah melanggar perintah Rasulullah supaya tidak meninggalkan kedudukan masing-masing walau apa pun berlaku, tentera Islam akhirnya ditewaskan.Pasukan pemanah Islam melanggar perintah Rasulullah selepas yakin mencapai kemenangan dan ingin memungut harta rampasan perang yang ditinggal musuh.Khalid Ibnu Walid yang ketika itu belum memeluk Islam, mengambil peluang itu melakukan serangan mengejut sehingga berlakunya kekalutan.

Hal ini ditambah dengan serangan saraf dengan tersebar kononnya Rasulullah wafat.Akhirnya, ada sahabat terpandang Rasulullah masih berjuang, lalu diamelaungkan keadaan sebenar sehingga membangkitkan semula semangat juang tentera Islam.Baginda bersama 30 tentera Islam menuju ke suatu teluk di Bukit Uhud untuk mengatur perancangan perang yang baru.Pada peringkat kedua ini, tentera Islam menerima ujian apabila 70 orang syahid, termasuk Saidina Hamzah Abdul Muttalib yang digelar Asadullah (Singa Allah).

Pada peringkat ketiga, tentera Islam dapat bertahan apabila tentera kafir yang tidak berpuas hati kerana gagal membunuh Rasulullah, mengatur langkah menyerang Madinah.Bagaimanapun, mereka tidak meneruskan perancangan itu apabila mengetahui Rasulullah bersiap untuk menyerang balas.Kekalahan pada peringkat kedua ini berlaku akibat pelanggaran perintah nabi selaku pemimpin serta rasa terlalu seronok dengan harta rampasan perang sehingga kurangnya pertautan hati dengan Allah.

2. Perang Bani Qainuqa.
Terjadi pada Syawal 2 Hijriyah. Pasukan Islam pimpinan Rasulullah memerangi kaum Yahudi lantaran mereka memusuhi kaum Muslim. Mereka juga yang pertama mengkhianati perjanjian yang dibuat oleh kedua pihak.

3. Perang Bani Sulaim di Kudri.
Terjadi pada Syawal 2 Hijriyah. Rasulullah berangkat menuju Qarqarah al-Kadr untuk memecah pasukan Bani Sulaim dan Gathafan.

4. Perang Khandaq
Berlaku mulai Syawal sehingga awal Zulkaedah 5 Hijrah.Peristiwa ini mudah diingati kerana setiap kali tiba hari raya, kita sentiasa laungkan Ahzab (Dan Dialah (Allah) yang memenangkan tentera-Nya serta mengalahkan tentera Ahzab).Perang Ahzab yang bererti tentera bersekutu, juga dikenali dengan nama Perang Khandak (parit) sempena saliran dibina tentera Islam sebagai kubu.Ia berlaku selepas Yahudi Bani Nadhir dihalau Rasulullah dari Madinah kerana cuba membunuh baginda.

Tentera bersekutu kuffar seramai 10,000 orang yang tiba ke tempat peperangan terkejut apabila mendapati parit digali tentera Islam. Ia adalah pengalaman strategi berperang yang baru kepada mereka.Tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang mampu bertahan.Pertempuran besar tidak berlaku dalam peperangan ini. Hanya enam tentera Islam syahid, manakala 10 Musyrikin dibunuh.Akhirnya, Allah mendatangkan kemenangan dengan ribut pasir, menyebabkan tentera musuh berundur. Berlaku juga kacau-bilau antara mereka apabila pengintip yang dihantar Rasulullah berjaya melonggarkan kepercayaan antara tentera Ahzab

5. Perang Hunain.
Pertempuran antara Nabi Muhammad dan pengikutnya melawan kaum Badui dari suku Hawazin dan Tsaqif pada tahun 630 M atau 8 H, dari Mekkah ke Thaif. Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan mutlak bagi kaum Muslimin, yang juga berhasil memperoleh rampasan perang yang banyak.

Pasukan Muslimin saat itu 12,000 orang, terdiri dari 10,000 Muslim yang turut serta dalam penaklukan Makkah, ditambah 2,000 orang Quraisy Mekkah yang baru masuk Islam. Perang ini terjadi sekitar dua minggu setelah penaklukan Makkah, atau empat minggu setelah Muhammad saw meninggalkan Madinah.

6. Perang Tha’if.
Orang-orang Tsaqif yang melarikan diri dari perang Hunain pergi ke benteng-benteng mereka di Thaif. Rasulullah SAW mengejar mereka melewati daerah-daerah Nakhla al-Yamaniyah, Qarn, al-Mulaih dan Bahrah ar-Rugha. Baginda kemudian membangunkan markaz dan mengepung benteng-benteng Thaif selama lebih dari 20 malam.

Rasulullah SAW melempari orang-orang Thaif dengan senjata manjanik (pelempar batu). Perang Thaif adalah perang pertama di mana kaum Muslim menggunakan senjata manjanik. Dalam peperangan Thaif ini juga digunakan dabbabah, iaitu sejenis alat perang yang digunakan untuk menghancurkan pintu-pintu benteng.

7. Pernikahan Rasulullah.
Pernikahan Rasulullah dengan Aisyah ra dan Ummu Salamah.

8.Kelahiran Imam Bukhari
Lahirnya Imam Bukhari pada bulan Syawal, iaitu tahun 194 Hijriyah. Beliau wafat pada tahun 256 H iaitu di malam ‘Eidul Fitri dan dimakamkan pada hari raya 1 Syawal.

9. Kelahiran Abdullah bin Zubair
Lahirnya Abdullah bin Zubair, dan dialah bayi pertama muhajirin yang lahir dimadinah pada 1 Hijriyah

Demikianlah tadi di antara beberapa peristiwa yang berlaku di dalam bulan Syawal, mudah-mudahan kita bukan sekadar menyambutnya dengan meraikan kemenangan tetapi kita turut menghayati sirah penting yang berlaku di dalamnya.



Tuesday, 14 August 2012

kelompok yang di janjikan:siri 2







 Tha`ifah Manshurah atau Tha`ifah Zhahirah adalah satu kelompok kecil dari umat Islam yang mendapat pertolongan Allah dan merupakan manusia-manusia pilihan Allah yang selalu ada sejak masa Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam sampai hari kiamat. Mereka adalah orang-orang yang berakidah sesuai pemahaman Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam dan para sahabat beliau, menjauhi dosa-dosa besar dan dosa kecil semampu mereka, berusaha mengamalkan sunnah mulai dari yang paling kecil hingga yang besar dan jelas sikap fanatiknya pada Islam, anti nasionalisme dan pemetakan berdasarkan ras dan daerah. Hanya satu yang menyatukan mereka yaitu akidah Islam dan permusuhan terhadap thaghut.

    Salah satu ciri mereka yang jelas terlihat adalah bahwa mereka berperang di jalan Allah. Sekali lagi saya menggunakan kata perang (قِتَال) bukan jihad yang masih bisa diinterpretasikan lain selain angkat senjata membunuh atau dibunuh musuh.

    Berikut beberapa riwayat tentang tha`ifah manshurah yang mengandung tegas kalimat qital (berperang) di jalan Allah.

1.Hadits Jabir bin Samurah, Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda:
لَنْ يَبْرَحَ هَذَا الدِّينُ قَائِمًا يُقَاتِلُ عَلَيْهِ عِصَابَةٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ

“Agama ini akan selalu tegak dimana ada sekelompok kaum muslimin berperang membelanya sampai hari kiamat.”
(HR. Muslim, no. 1922 dalam kitab Al-Imarah, Musnad Ahmad, no. 20985).
    Isnadnya hasan karena dalam sanadnya ada Simak bin Harb dimana haditsnya hasan bila bersendirian.

2.Hadits Jabir bin Abdullah yang juga diriwayatkan oleh Muslim dalam shahihnya, nomor 1923:
“Harun bin Abdullah dan Hajjaj bin Asy-Sya’ir menceritakan kepadaku, keduanya berkata, Hajjaj bin Muhammad menceritakan kepada kami, dia berkata, Ibnu Juraij berkata, Abu Az Zubair mengabarkan kepadaku, bahwa dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata, Aku mendengar Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda,
لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
“Akan selalu ada sekelompok orang dari umatku yang berperang di atas kebenaran dan menang sampai hari kiamat.”
   
    Juga diriwayatkan oleh Ahmad dengan tambahan, “Lalu turunlah Isa putra Maryam dan berkatalah pimpinan mereka, “Mari shalat menjadi imam kami.” Tapi Isa berkata, “Tidak, melainkan salah satu dari kalian berhak memimpin yang lain sebagai penghormatan Allah kepada umat ini”.”
(Musnad Ahmad, no. 15127).

3.Hadits Mu’awiyah bin Abi Sufyan yang juga diriwayatkan oleh Muslim dalam shahihnya nomor 1037 dalam riwayat mutabi’:
Ishaq bin Manshur menceritakan kepadaku, Katsir bin Hisyam mengabarkan kepada kami, Ja’far yaitu putra Burlan menceritakan kepada kami, Yazid bin Al-Ashamm menceritakan kepada kami, dia berkata, Aku mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufyan menyebutkan sebuah hadits yang dia riwayatkan dari Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam dan belum pernah aku dengar dia meriwayatkan sebuah hadits Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam di mimbarnya selain hadits ini. Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَلَا تَزَالُ عِصَابَةٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ عَلَى مَنْ نَاوَأَهُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya maka dia akan dipahamkan dalam urusan agama. Akan senantiasa ada sebagian kecil dari umatku ini yang berperang di atas kebenaran dan selalu menang menghadapi siapa saja yang memerangi mereka sampai hari kiamat.”

4.Hadits Imran bin Hushain, Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda,
لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِى يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ عَلَى مَنْ نَاوَأَهُمْ حَتَّى يُقَاتِلَ آخِرُهُمُ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ
“Akan senantiasa ada sekelompok orang dari umatku yang berperang di atas kebenaran dan menang melawan orang yang memerangi mereka sampai generasi terakhir mereka akan berperang melawan Al-Masih Ad-Dajjal.”
(Hr.Abu Daud, no. 2484, Ahmad dalam musnadnya nomor 19920, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, no. 8391 dia menyatakan hadits ini shahih berdasarkan syarat Muslim dan disetujui oleh Adz-Dzahabi, serta diiyakan oleh Al-Albani dalam As-Silsilah Ash-Shahihah, no. 1959).

4.Hadits Uqbah bin Amir yang berkata, Aku mendengar Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda,
لَا تَزَالُ عِصَابَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى أَمْرِ اللَّهِ قَاهِرِينَ لِعَدُوِّهِمْ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى تَأْتِيَهُمْ السَّاعَةُ وَهُمْ عَلَى ذَلِكَ
“Akan senantiasa ada sekelompok orang dari kalangan umatku yang berperang berdasarkan urusan Allah yang mengalahkan musuh mereka. Orang yang menyelisihi mereka tidak membahayakan mereka sampai datang kiamat kepada mereka dan mereka tetap dalam keadaan seperti itu.”
(HR. Muslim, no. 1924).

5.Hadits Salamah bin Nufail Al-Kindi yang berkata,
“Aku duduk bersama Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam maka ada seorang laki-laki datang dan berkata kepada beliau, “Wahai Rasulullah, orang-orang telah melepas kuda dan meletakkan senjata dan mereka katakan bahwa jihad tidak ada lagi dan alat-alat perang pun sudah dikemas.” Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam pun menghadapkan wajahnya dan berkata,
كذبوا الآن الآن جاء القتال ولا يزال من أمتي أمة يقاتلون على الحق ويزيغ الله لهم قلوب أقوام ويرزقهم منهم حتى تقوم الساعة وحتى يأتي وعد الله
“Mereka salah! Justru sekarang inilah, ya sekarang inilah saatnya perang dan akan selalu ada sekelompok orang dari umatku yang berperang di atas kebenaran. Allah menyesatkan hati sebagian orang untuk mereka sehingga mereka bisa memperoleh rezeki dari orang-orang yang tersesat itu. Itu akan berlangsung terus hingga hari kiamat atau sampai datangnya urusan Allah…..” sampai akhir hadits.
(HR. An Nasa`iy, no. 3561, Ahmad dalam musnadnya, no. 16965 dinyatakan hasan sanadnya oleh Al-Arnauth.
   
    Inilah hadits-hadits yang menyatakan bahwa salah satu ciri tha`ifah manshurah yang dijanjikan Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam yang akan selalu ada sepanjang zaman adalah berperang melawan musuh Allah.

    Jumlah mereka sedikit, karena kata tha`ifah atau ‘ishabah yang terdapat dalam hadits menunjukkan bahwa mereka hanya sekelompok orang, bukan majoriti umat Islam. Mengingatkan tidak semua orang mampu melakukan jihad dalam bentuk perang, hanya manusia pilihan Allah yang akan melaksanakannya.

    Dengan melihat ciri tersebut boleh kita lihat saat ini ada dimana saja kelompok itu. Sebab kata qital atau perang sudah sangat spesifik tak lagi boleh diartikan menulis buku, mendalami hadits, membantah ahli bid’ah melalui tulisan dan lain-lain. Akan tetapi, tidak semua mereka yang berperang akan dianggap masuk kelompok ini, karena hanya mereka yang berakidah lurus dan memperjuangkan agama Allah saja yang berhak menyandangnya. Sedangkan yang berperang karena rasa nasionalisme semata, atau demi kepentingan duniawi dan bukan untuk menegakkan syariat Allah atau akidah mereka menyimpang maka tidak boleh dikategorikan kelompok ini.

    Peperangan merupakan sunnatullah yang akan terjadi karena orang-orang kafir akan selalu berusaha menyerang dalam berbagai bentuk agama Islam dan kaum muslimin sampai kita mau tunduk terjajah oleh mereka dan itulah yang dijanjikan Allah dalam surah Al Baqarah ayat 120.

    Maka umat ini akan selalu ditimpa bencana serangan dari orang-orang kafir. Ini mengingatkan kita kepada pernyataan emas Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah ketika terjadi penyerangan Tartar, dimana Ibnu Taimiyah membahagi kelompok umat Islam saat itu menjadi tiga:

1.  Thaifah Manshurah yaitu mereka yang berjihad melawan Tartar sang perusak.
2. Tha`ifah Mukhalifah yaitu kaum perusak itu sendiri beserta orang-orang Islam yang mengikuti dan bersekutu dengan mereka.
3.    Tha`ifah Mukhadzilah, yaitu mereka yang hanya duduk dan tidak mau angkat senjata, meski sikap keislaman mereka benar.
(Lihat Majmu’ Al Fatawa jilid 26, hal. 416-417).

    Apa yang terjadi di masa Ibnu Taimiyah ini terjadi lagi sekarang di Iraq, Afghanistan, Palestine dan belahan bumi lainnya. Tha`ifah Manshurah mengambil peranan mereka dalam mempertahankan agama Allah dengan angkat senjata, dan mereka itulah yang sedang berperang di sana. Sedangkan tha`ifah mukhalifah adalah para pemimpin munafik model Hamid Karzai yang menjadi kaki tangan orang kafir untuk memerangi kaum muslimin. Sedangkan tha`ifah mukhadzilah adalah mereka yang tidak mau angkat senjata dengan berjuta alasan, mulai dari merasa diri masih lemah, jihadnya tidak syar’i sampai yang memang langsung tidak peduli. Semoga ada kelompok keempat yaitu mereka yang berniat untuk membantu saudara-saudaranya yang berjihad di sana namun belum mendapat kemampuan dan kesanggupan, tapi mereka mendukung dan tidak menghina perjuangan saudaranya itu dengan cop khawarij dan sebagainya yang hanya menguntungkan Amerika dan sekutu-sekutunya.

Wallahu'alam

Saturday, 11 August 2012

Hakikat Al-Qadar


Prof Dr M Quraish Shihab, seorang pakar Tafsir dan pakar Bahasa Arab dari Indonesia telah diwawancara berkenaan tajuk Malam Al Qadr untuk manfaat kita bersama.

Rasulullah saw mengajar umatnya untuk menghargai 10 malam terakhir bulan Ramadhan kerana ketika inilah saat yang paling baik untuk meraih Lailatul Qadr, atau malam penentuan, yang disebut-sebut sebagai lebih baik dari 1000 bulan.
Umat Islam mestilah berlumba-lumba untuk meraihnya. Namun sangat jarang yang dapat menemuinya.

Beliau bercerita dalam menggambarkan keunikan malam Al Qadr :
''Lailatul Qadr itu seolah-olah tetamu agung yang datang berkunjung ke suatu tempat. Boleh jadi, dalam ribuan bahkan jutaan orang yang datang menjemputnya di lapangan terbang, dia hanya akan datang ke tempat orang yang sudah dia kenal, yang dia rasakan memang sudah bersedia dari awal untuk menyambutnya. Kalau tidak, tentu Lailatul Qadr tidak akan datang,''
Berikut adalah wawancara secara lengkapnya:

S : Umat Islam bersemangat untuk cuba meraih keberkatan Lailatul Qadr, apakah semua orang boleh mendapatkannya?

Dr. MQS: Lailatul Qadr diraih dengan :
Menyucikan diri.
Memperbanyakkan ibadah.
Mendekatkan diri kepada Allah dalam berbagai kegiatan positif.
Semua orang yang memenuhi syarat-syarat, hatinya bersiap sedia untuk dikunjungi oleh Lailatul Qadr. Semua berpeluang untuk meraihnya.
Lailatul Qadr itu mirip tetamu agung yang datang berkunjung ke suatu tempat. Dalam ribuan atau jutaan orang yang datang menjemputnya di lapangan terbang, dia hanya akan menuju ke tempat orang yang sudah dikenalinya, yang dia rasakan memang dari awal menunggu-nunggu kedatangannya. Kalau tidak, tentu Lailatul Qadr tidak akan datang.

S : Apakah ada tanda-tanda khusus dengan datangnya Lailatul Qadr tersebut?

Dr. MQS: Ada dua menurut surah Al Qadr itu iaitu :
PERTAMA :
Lailatul Qadr ditandai dengan turunnya malaikat. Itu bererti, orang yang memperolehi Lailatul Qadr sentiasa mendapat bimbingan malaikat. Jadi, dia sentiasa melakukan kegiatan yang positif.

KEDUA : Lailatul Qadr yang digambarkan sebagai "salamun hiya hatta mathla'il fajr" itu adalah kedamaian. Ertinya, orang itu sentiasa merasa kedamaian bersama dirinya, memberi kedamaian kepada pihak lain. Itu tandanya yang paling pasti. Terserlah di dalam perilaku manusia.

S : Tapi ada sebahagian masyarakat yang beranggapan tanda Lailatul Qadr itu seperti angin yang berhembus sepoi-sepoi bahasa?

Dr. MQS: Saya rasa tidak semestinya seperti itu. Tanda-tanda zahir riwayatnya berbeza-beza penilaiannya. Sedangkan dua tanda yang disebutkan tadi ada di dalam Al Quran. Saya lebih cenderung memahami tanda itu dalam pengertian tersebut.

S : Yang menarik, dalam surah Al Qadr disebutkan Lailatul Qadr lebih baik dari seribu bulan, apakah sebenarnya makna dari seribu bulan itu? Kenapa bukan 83 tahun misalnya?

Dr. MQS: Sebenarnya kata seribu bulan itu tidak seharusnya diertikan dengan angka yang dibawa seribu, atau satu angka di atas sembilan ratus sembilan puluh sembilan. Seribu mungkin bererti banyak dan yang banyak di sana sebenarnya adalah umur seseorang. Umurnya bukan usia. Memang ada perbezaan antara usia dan umur?

Dr. MQS: Usia itu keberadaan seseorang di muka bumi ini sedangkan umur itu adalah kemakmuran jiwanya. Jadi, mungkin ada orang yang usianya 70 tahun tapi umurnya baru 10 tahun berdasarkan tahap kemakmuran jiwanya. Kalau makmur jiwanya itu baru namanya dia mempunyai umur. Orang yang melakukan umrah mempunyai akar kata yang sama dengan kata umur. Nah, itulah namanya dia mengisi.

S : Kalau begitu apakah kata dasar dari perkataan umur?

Dr. MQS: "Amara ya'muru ma'mur"

Dr. MQS: Ya.

S : Di banyak tempat, kadang-kadang demi meraih Lailatul Qadr seseorang itu sampai meninggalkan pekerjaan? Bagaimana ini?

Dr. MQS: Saya kira tidak seharusnya begitu. Pokoknya usaha sedaya upaya untuk mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa mengaitkan semua aktiviti dengan Allah. Boleh jadi orang itu tidak berada di masjid, mungkin sedang belajar di rumah, mungkin juga orang itu di pejabat sedang bekerja. Selama mana kegiatannya dikaitkan dengan Allah namanya mendekatkan diri kepada Allah.

S : Termasuk juga orang yang menjaga malam-malam ganjil?

Dr. MQS: Itu OK sahaja, kerana memang ada petunjuk Nabi saw bahawa itu kemungkinannya pada malam ganjil. Namun itu bukan satu kepastian bahawa pada malam ganjil. Semestinya seseorang itu menyiapkan dirinya sejak awal Ramadhan. Bahkan Nabi saw mengajarkan dari bulan Rejab kita sudah menyiapkan diri untuk memakmurkan jiwa kita supaya jiwa ini sesuai dengan apa yang dikehendaki dan diinginkan oleh tetamu agung iaitu Lailatul Qadr.

S : Ada yang menyebutkan makna dari Lailatul Qadr adalah malam penentuan. Kalau begitu, apa ertinya malam penentuan tersebut?

Dr. MQS: Orang yang mendapat Lailatul Qadr bagaikan ditetapkan oleh Allah jalan hidupnya menuju ke arah positif. Ini lebih kepada terserlahnya peribadi yang baik yang dapat di lihat dari tutur katanya, sopan santunnya dan sikapnya.

Makmur atau yang memakmurkan. Kata dasarnya umur itu berkaitan dengan kemakmuran jiwa.

Pernah seorang nenek ditanya berapa umur anda? Dia menjawab sepuluh tahun. Kenapa? Kerana baru sepuluh tahun terakhir ini ia beribadah, memakmurkan jiwanya.
Lailatul Qadr itu seribu bulan mungkin bererti seribu bulan dia memakmurkan jiwanya sehingga orang yang mendapatkan Lailatul Qadr, usianya sedikit tapi umurnya panjang. Mungkin juga sebaliknya usianya panjang, umurnya sedikit.

DALIL-DALIL TENTANG DISYARIATKANNYA LAILATUL QADR, PENJELASAN MENGENAI WAKTUNYA DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

Allah swt berfirman:

"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al Quran) itu pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabb-nya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (QS Al-Qadr : 1-5)

1. Menghidupkan malam Lailatul Qadr adalah bukti keimanan seseorang :

Dari Abu Hurairah ra, bersabda Nabi SAW : "Barangsiapa menghidupkan Lailatul Qadr dengan iman dan mengharap ridha Allah swt maka diampuni dosanya yang terdahulu." (HR Bukhari)

2. Meraih Lailatul Qadar hendaklah dalam keadaan berpuasa :

Dari Abu Hurairah ra Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan iman dan mengharap ridha Allah swt maka diampuni dosanya yang terdahulu, dan barangsiapa berpuasa Ramadhan dalam Iman dan mengharap ridha Allah swt maka akan diampuni dosanya yg telah lalu." (HR Bukhari)

3. Mencari Lailatul Qadr itu pada 10 malam yang terakhir :

Dari Aisyah ra berkata : "Adalah Nabi saw biasa mencari Lailatul Qadr pada 10 malam yg terakhir dari Ramadhan." (HR Bukhari)

4. Mencari Lailatul Qadr itu pada 10 terakhir tersebut, terutama pada malam-malam ganjilnya :

Dari Aisyah ra : "Adalah Nabi saw mencari Lailatul Qadr pada malam-malam ganjil di 10 hari terakhir dari Ramadhan." (HR Bukhari)

5. Mencari Lailatul Qadr itu boleh juga pada 7 malam yang terakhir :

Dari Ibnu Umar ra : "Ada beberapa orang laki-laki sahabat Nabi saw yang bermimpi melihat Lailatul Qadr pada 7 malam terakhir, maka sabda Nabi saw : Aku juga melihat apa yang kamu mimpikan itu jatuhnya pada 7 malam terakhir, maka barangsiapa yang ingin mencarinya maka carilah pada 7 malam terakhir tersebut." (HR Bukhari)

6. Atau juga pada tanggal 23-nya :

Dari Abdullah bin Unais ra, bersabda Nabi saw : "Aku melihat Lailatul Qadr lalu aku dibuat lupa waktunya, dan dinampakkan padaku saat Subuhnya aku sujud di tanah yang basah, lalu kata Abdullah : Maka turun hujan atas kami pada malam 23, maka Nabi saw solat Subuh bersama kami, lalu beliau saw pulang dan nampak bekas air dan tanah di dahi dan hidung beliau saw, lalu dikatakan : Maka Abdullah bin Unais berkata tanggal 23 itulah Lailatul Qadr." (HR Muslim)

7. Hadits paling banyak tentang Lailatul Qadr adalah tanggal 27 :

Berkata Ubay bin Ka'ab ra : "Demi Allah yang Tiada Ilah kecuali Dia, sungguh malam tersebut ada di bulan Ramadhan, aku berani bersumpah tentang itu dan demi Allah, aku tahu bila malam itu, iaitu malam yang kita diperintah Nabi saw untuk menghidupkannya iaitu malam 27 dan tanda-tandanya adalah matahari bersinar di pagi harinya dengan cahaya putih tapi tidak menyilaukan." (HR Muslim)

8. Lailatul Qadr itu boleh didapati dalam keadaan jaga mahupun dalam mimpi yang benar :

Dari Ibnu Umar ra : "Ada beberapa orang laki-laki sahabat Nabi saw yang bermimpi melihat Lailatul Qadr pada 7 malam terakhir, maka sabda Nabi saw : Aku juga melihat apa yang kamu mimpikan itu jatuhnya pada 7 malam terakhir, maka barangsiapa yang ingin mencarinya maka carilah pada 7 malam terakhir tersebut." (HR Bukhari)

9. Lailatul Qadr itu tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak ada angin, tidak hujan :

"Pada malam Lailatul Qadr itu tidak panas & tidak dingin, tidak berawan dantidak hujan dan tidak berangin, tidak juga terang dengan bintang-bintang, tanda di pagi harinya adalah Matahari terbit bercahaya lembut." (HR As-Suyuthi dlm Jami' Shaghir) 
10. Tapi kadang-kadang Lailatul Qadr itu juga disertai dengan hujan :

Dari Abu Said Al-Khudri ra, bersabda Nabi saw : "… Aku melihat Lailatul Qadr lalu aku dibuat lupa bila waktunya, maka barangsiapa yang ingin mencarinya maka carilah pada 10 hari terakhir pada malam-malam ganjilnya dan aku melihat diriku pada malam tersebut sujud di atas tanah yang basah… Maka kami kembali dan kami tidak melihat ada awan di langit, maka tiba-tiba ada awan dan turun hujan sampai airnya menembus sela-sela atap masjid yang terbuat dari pelepah kurma, maka akummelihat Nabi saw sujud di atas tanah yang basah, sampai kulihat bekas tanah
yang basah itu di dahi beliau saw." (HR Bukhari)

12. Pagi hari setelah Lailatul Qadr cahaya matahari putih tapi tidak silau :

Berkata Ubay bin Ka'ab ra : "Demi Allah yang Tiada Ilah kecuali Dia, sungguh malam tersebut ada di bulan Ramadhan, aku berani bersumpah tentang itu dan demi Allah, aku tahu bila malam itu, iaitu malam yg kita diperintah Nabi saw untuk menghidupkannya iaitu malam 27 dan tanda-tandanya adalah Matahari bersinar di pagi harinya dengan cahaya putih tapi tidak menyilaukan." (HR Muslim)

13. Lailatul Qadr hanya bermanfaat bagi orang yang beriman & mengharap ridha Allah swt :

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw bersabda : "Barangsiapa yg bangun saat Lailatul Qadr lalu layak melihatnya, lalu sabda Nabi SAW : Dan orang tersebut beriman dan mengharap ridha Allah swt maka diampuni dosanya yg telah lalu.(HRMuslim)

14. Ketika berlakunya Lailatul Qadr, Malaikat yang turun ke bumi lebih banyak dari batu kerikil :

Bersabda Nabi saw : "Lailatul Qadr itu pada malam 27 atau 29, sungguh Malaikat yang turun pada saat itu ke bumi lebih banyak dari jumlah batu kerikil." (HR Thayalisi dalam Musnad-nya; juga Ahmad; dan Ibnu Khuzaimah dalam shahih-nya)

15. Apakah doa yang paling baik dibaca saat Lailatul Qadr?

Dari Aisyah ra : “Wahai Rasulullah, menurut pendapatmu jika aku tahu bahawa malam terjadinya Lailatul Qadr, maka doa apa yg paling baik kuucapkan? Sabda Nabi saw : "Ucapkanlah olehmu, Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemaaf, mencintai kemaafan, maka maafkanlah aku." (HR Ahmad, Ibnu Majah & Tirmidzi)

Ya Allah, sampaikanlah kepada kami Lailatul Qadar dan terimalah amal-amal kami di bulan Ramadhan dan di malam Al Qadr serta ampunilah segala dosa-dosa kami keseluruhannya samada besar atau kecil, yang awal atau yang akhir, yang terang atau yang tersembunyi.

Ameen Ya Rabbal Alameen


ULASAN SAYA :

Seringkali kita melihat para ustaz/ustazah dalam menerangkan malam Al Qadar dalam ceramah dan tazkirah mereka di masjid/surau dan medium lainnya mengambil pendekatan meraikan masyarakat awam pelbagai peringkat dengan menyatakan lebih kurang "tuan-tuan kalau beramal ibadah secara istiqomah seperti solat berjemaah(maghrib,isyak,terawih,iktiqaf,baca al quran dll)secara konsisten dan ikhlas nescaya tuan-tuan akan dapat malam al-qadar walaupun tidak semestinya berjumpa hal-hal yang pelik pada salah satu dari 10 malam terakhir..insyaAllah".

Begitulah lebih kurang bunyi ayat tersebut.Sebenarnya memang begitulah pendekatan yang diajar oleh islam sebagai satu motivasi kepada orang awam agar bersemangat melaksanakan ibadah khususnya 10 malam terakhir.

Walaupun hakikat sebenarnya hal-hal yang pelik memang wujud@berlaku pada malam tersebut tetapi ia bersifat 'khusussiyah' sebagaimana iman itu ada berbagai peringkat (ilmul yakin,ainul yakin dan haqqul yakin) dan kategori orang berpuasa itu pun ada 3 peringkat (pembahagian oleh Imam Al Ghazali) dan juga perkara yang luar biasa dari Allah kepada para nabi & rasul,auliya dan orang soleh (mukjizat,karomah & maunah) maka begitulah juga pembahagian manusia di malam Al-Qadar ini.

Cumanya hal-hal pelik tersebut hanya disampai dari mulut ke mulut dan kurang dicatatkan dalam kitab-kitab para ulama.sebagai contoh dalam hal karomah seorang waliyullah-Tok Kenali yang pernah di lihat orang berjalan di atas air sungai dan berada di dua tempat dalam satu masa.

Kesimpulannya beruntunglah mereka yang dipilih oleh Allah untuk bertemu malam al-qadar secara khusus ini.Saya berani mengatakan demikian kerana pernah mengalami sendiri kejadian pelik itu empat tahun yang lalu tapi bukan air jadi beku atau pokok sujud tetapi peristiwa pelik lain yang biarlah menjadi rahsia saya dengan Allah.Ia berlaku ketika waktu SAHUR.

Wallahu'alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...