Sidang pembaca yang di rahmati Allah
Satu lagi tajuk kontroversi yang mungkin akan mendatangkan kemarahan sahabat kita dari tabligh.Isu ini terpaksa kami bangkitkan demi menyedarkan lamunan sebagian besar karkun tabligh yang di jangkiti virus taksub buta dan syok sendiri.Dengan berpegang kepada prinsip 'BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT' untuk diterima khususnya oleh pengikut Jemaah tabligh.
Posting kali ini adalah sambungan daripada posting sebelum ini yang bertajuk "PERSAMAAN TABLIGH DENGAN KHAWARIJ".Walaupun ada karkun tabligh yang cuba menafikan persamaan tersebut tetapi hujjahnya tidak cukup kuat menafikan ciri-ciri persamaan itu berdasarkan tulisan dan melihat sendiri sikap pengikut mereka dalam beberapa isu yang dibangkitkan sebelum ini
Sebagai muqadimah mari kita teliti beberapa hadith Nabawi yang mengambarkan ciri-ciri khawarij.Lepas itu kita compare dengan ciri-ciri orang tabligh:
hadith 1:
يخرج قوم فيكم
يحقرون صلاتكم مع صلاتهم, وصيامكم مع صيامهم وأعمالكم مع أعمالهم يقرؤون القرآن لا
يجاوزون حناجرهم يمرقون من الدين مروق السهم من الرمية ( أخرجاه في الصحيحين )
“Akan
keluar pada kalian, suatu kaum yang shalat mereka mengalahkan shalat kalian,
shiyam mereka mengalahkan shiyam kalian dan amal-amal mereka mengalahkan
amal-amal kalian. Mereka membaca Al-Qur`an tapi tidak sampai melewati
tenggorokannya, mereka keluar dari Ad-Dien seperti keluarnya anak panah dari
busurnya.”
[HR
. Bukhari dan Muslim].Hadith di atas menceritakan kehebatan mereka dalam melakukan ibadah yang sangat hebat khususnya ibadat solat dan qiam.Kerana banyaknya perlakuan solat yang mereka lakukan telah menyebabkan timbul tanda hitam di dahi mereka.Mereka juga membaca al quran tetapi tidak sampai melewati tenggoroknya.berkenaan hal ini ,mari kita tinjau pendapat para ulama:
1. Mereka berkata dengan
menggunakan ta`wil dan hanya melihat dhahir nashnya saja.
Ahmad Amin dan Abu Zahrah
berkata: “Orang-orang Khawarij adalah orang-orang yang hanya melihat dhahir
nashnya saja tanpa membahas makna yang
terkandung di dalamnya.
Ibnu Abbas, Ibu Taimiyah,
dan Ibnu Qayyim berpendapat : “Mereka
adalah orang-orang yang suka menta`wilkan ayat sesuai hawa nafsu mereka, mereka
telah sesat ketika menganggap bahwa ta`wilan mereka yang dimaksud oleh nash.
Al-Asy’ari di dalam maqalahnya
berkata : “Mereka adalah orang-orang yang tidak mempunyai pendirian yang tetap
dalam urusan ini, ada yang melihat nash secara zahir dan ada juga yang
menta`wilkan nash menurut hawa nafsunya.
Ulasan kami:
Buktinya kita boleh temui sendiri dalam blog-blog karkun tabligh yang mereka lampirkan disini.Cuba kita lihat isu berkaitan MIMPI MAULANA ILYAS yang di tulis oleh seorang karkun dari Indonesia.Bagaimana beliau memutar belitkan maksud hadith nabi dan hujjah mereka langsung tidak dilampirkan dengan perkataan para ulama muktabar(menghurai ikut logik akal dan nafsu taksub).
Ulasan kami:
Buktinya kita boleh temui sendiri dalam blog-blog karkun tabligh yang mereka lampirkan disini.Cuba kita lihat isu berkaitan MIMPI MAULANA ILYAS yang di tulis oleh seorang karkun dari Indonesia.Bagaimana beliau memutar belitkan maksud hadith nabi dan hujjah mereka langsung tidak dilampirkan dengan perkataan para ulama muktabar(menghurai ikut logik akal dan nafsu taksub).
hadith 2:
سَيَخْرُجُ قَوْمٌ فِي آخِرِ الزَّمَانِ أَحْدَاثُ الأَسْنَانِ
سُفَهَاءِ الأَحْلاَمِ يَقُوْلُوْنَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِيَّةِ لاَ
يُجَاوِزُ إِيْمَانُهُمْ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُوْنَ مِنَ الدِّيْنِ
كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ فَأَيْنَمَا لَقِيْتُمُوْهُمْ فَاقْتُلُوْهُمْ فَإِنَّ فِي قَتْلِهِمْ أَجْرًا لِمَنْ قَتَلَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ فَأَيْنَمَا لَقِيْتُمُوْهُمْ فَاقْتُلُوْهُمْ فَإِنَّ فِي قَتْلِهِمْ أَجْرًا لِمَنْ قَتَلَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Di akhir zaman nanti akan keluar segolongan kaum yang muda usianya,
bodoh cara berpikirnya, mereka berbicara dengan sabda Rasulullah(sebaik-baik perkataan), namun
iman mereka tidak sampai melewati kerongkongan. Mereka keluar dari agama
Islam seperti anak panah tembus keluar dari (badan) binatang buruannya.
Apabila kamu bertemu dengan mereka maka bunuhlah mereka, karena
membunuh mereka mendapat pahala di sisi Allah pada hari kiamat” (HR
Al-Bukhari, Abu Dawud, Tirmidzi, Ahmad, Nasa’i dan lainnya)
Rata-rata pengikut jemaah tabligh majoritinya adalah golongan muda belia.Kefahaman tentang syriat islam dikalangan mereka sangat minima dek kerana mereka menjauhi majlis-majlis ilmu di surau dan masjid .Kalau ada pun yang duduk mendengar tetapi tidak mencatat ilmu yang disampaikan samada pada buku catitan atau merakam kuliah ilmu.Untuk membawa atau memiliki kitab yang diajar adalah mustahil kecuali dua kitab maulana mereka sahaja yang diklimkan sebagai kitab ilmu.
Dengan kefahaman ilmu feqah yang sangat minima itu,mereka mengajak manusia lain untuk mengamalkan islam yang sempurna seperti rasul dan para sahabat.Persoalannya BAGAIMANA MEREKA MENDAKWA SEBEGITU SEDANG KEFAHAMAN ISLAM MEREKA SENDIRI TIDAK SEMPURNA DISEBABKAN MEREKA MEMULAUKAN MAJLIS ILMU??
BAGAIMANA MEREKA DAPAT KEFAHAMAN ISLAM (YANG ADA DALAM AL QURAN ,HADITH DAN KITAB PARA ULAMA) JIKA SEKIRANYA MAJLIS PENGAJIAN ILMU ITU MEREKA LARI DARIPADANYA?????
Slogan jemaah mereka yang mengajak ke pada IMAN sangat-sangat di ragui kerana pengertian iman yang mereka sebarkan sangat jauh berbeza dengan kefahaman para ulama muktabar dan majoriti umat islam selain mereka.
Mereka juga sangat suka memalsukan fakta sejarah,menipu umat islam dengan tafsiran yang bathil dan berani menafsirkan al quran dan hadith dengan meninggalkan tafsiran para ulama muktabar.Buktinya kita boleh semak blog yang ditulis oleh 'pak syeikh tabligh' di Indonesia.
http://buyaathaillah.wordpress.com/usaha-nubuwah/
Kami temui sangat banyak penyelewengan fakta sejarah dan penipuan mereka dalam blog berkenaan.Oleh itu kami merasakan satu tanggungjawab besar untuk mendedahkan satu persatu penyelewengan penulis blog itu pada siri akan datang.
Mereka juga sangat suka memalsukan fakta sejarah,menipu umat islam dengan tafsiran yang bathil dan berani menafsirkan al quran dan hadith dengan meninggalkan tafsiran para ulama muktabar.Buktinya kita boleh semak blog yang ditulis oleh 'pak syeikh tabligh' di Indonesia.
http://buyaathaillah.wordpress.com/usaha-nubuwah/
Kami temui sangat banyak penyelewengan fakta sejarah dan penipuan mereka dalam blog berkenaan.Oleh itu kami merasakan satu tanggungjawab besar untuk mendedahkan satu persatu penyelewengan penulis blog itu pada siri akan datang.
baik..
ReplyDeletePenyelewengan atau penipuan 1:
Di bawah tajuk 'Mudzakaroh Cara Abu Bakar RA menyelesaikan Masalah Ummat' karkon itu menulis:
“Saya tidak rela agama berkurang di jaman kekhalifahan saya ini walaupun itu hanya seutas tali yang mengikat di leher hewan qurban.”
MERUJUK KEPADA UCAPAN SYDINA ABU BAKAR TERHADAP PERSOALAN SAHABAT LAIN AKAN KEWAJARAN MEMERANGI GOLONGAN YANG ENGGAN BAYAR ZAKAT.
Sedangkan ucapan sebenar Sydina Abu Bakar ialah sebagaimana yang diriwayat oleh imam Muslim dalam kitab hadithnya:
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w wafat, Sayidina Abu Bakar r.a terus memegang teraju pemerintahan sebagaimana yang diamanahkan oleh baginda s.a.w. Keadaan ini menyebabkan beberapa kelompok masyarakat Arab bertukar kembali menjadi kafir. Sayidina Umar r.a bertanya Sayidina Abu Bakar: Bagaimana kamu akan memerangi manusia sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku diarahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Dua Kalimah Syahadat. Sesiapa yang mengucapkannya bererti dia dan hartanya bebas daripada aku kecuali apa yang dibenarkan oleh syariat dan segala-galanya terserahlah kepada Allah s.w.t untuk menentukannya. Abu Bakar menjawab: Demi Allah aku akan memerangi mereka yang membezakan antara sembahyang dan zakat kerana zakat merupakan tuntutan terhadap harta. Demi Allah, andai-kata mereka enggan membayar zakat tersebut sedangkan mereka pernah membayarnya kepada Rasulullah s.a.w, aku tetap akan memerangi mereka.
Sahih Muslim : 29
dan
Umar dan lainnya R.Anhum berkata kepada Abu Bakar RA, “ Jika orang-orang Arab menolak membayar zakat pada Anda, maka bersabarlah atas mereka.”. Maka Abu Bakar RA menjawab, “ Demi Allah, seandainya mereka menolak menunaikan seutas tali yang dahulu mereka tunaikan kepada Rasul Allah SAW, nescaya aku akan memerangi mereka. Demi Allah aku akan memerangi orang yang memisahkan antara Zakat dan Solat
Muhibbudin al-Khatib
Penyelewengan atau penipuan 2:
karkun itu tulis:
Abu Bakar RA lebih rela melihat keluarga Nabi dalam bahaya, dibanding harus melihat agama dalam bahaya. Jadi bagi Abu Bakar RA, derajat Agama ini lebih utama dibanding keluarga Nabi SAW dan ummat islam itu sendiri. Agama lebih penting untuk diselamatkan dibandingkan ummat itu sendiri. Abu Bakar RA, mengirimkan semua laki-laki keluar dijalan Allah dan berserah diri kepada Allah atas keadaan di Madinah inilah Tawakkalnya Abu Bakar RA. Prinsip ini yang digunakan untuk menghadapi orang murtad, nabi palsu, dan musuh islam yang mau menyerang madinah dari luar.
ASTAGFIRULLAH AL AZIM!!!!!!!!!!!!!!!!
MEREKA DENGAN BERANINYA TELAH MEMFITNAH PARA SAHABAT DENGAN SATU FITNAH YANG SANGAT TAK MASUK AKAL(DASYAT).HANYA ORANG YANG JAHIL MURAQQAB SAHAJA TIDAK MENYEDARI AKAN FITNAH INI.
ikuti pembongkaran seterus.....bersambung..
Penyelewengan atau penipuan 3:
Deletekarkun itu tulis:
Syeikh Meiji Mehrab Rah.A dari India berkata :
“Iman akan naik jika ada usaha atas Iman, Iman akan turun jika usaha atas Iman menurun, Iman akan istiqomah jika usaha atas Iman juga Istiqomah.”
ulasan kami:
Sedangkan ucapan yang lebih sahih ialah:
“Apakah faktor bertambah dan berkurangnnya iman?,”
tanya orang ramai kepada ‘Umair bin Habib bin Hamasyah rahimahullah setelah mana beliau mengatakan bahawa iman itu menerima penambahan dan pengurangan.
Jawabnya: “Bilamana kita mengingati Tuhan kita dan rasa takut kepadaNya, maka bertambahlah iman dan apabila kita bersikap lalai, melupakan Tuhan dan mensia-siakan perintah dan laranganNya, maka berkuranganlah iman.” (Al-Iman oleh Ibn Abi Syaibah)
KALAU KAMI DIBERI PILIHAN DIANTARA DUA AYAT DIATAS MAKA KAMI PILIH AYAT YANG KE DUA KERANA IA LEBIH SAHIH SPESIFIK.
Penyelewengan atau penipuan 4:
DeleteKarkun itu tulis:
"Mujahaddah itu adalah segala bentuk kesusahan, kesulitan, pengorbanan, yang dilewati demi agama bukan melalui bacaan"
ulasan kami:
Satu Takrif yang terlalu umum dan ada SIKAP PRIJUDIS bila di hujung ada ayat 'bukan melalui bacaan'.Persolan yang timbul ialah:
kepada siapa ayat itu ditujukan??
adakah kepada pusat-pusat pengajian,madrasah,pondok dll yang belajar menggunakan kitab ulama??
Kalau di cermati ayat itu,ia seolah-olah menghina kitab-kitab para ulama.Inilah sikap kemunafikan mereka yang ramai umat islam tidak sedar disebarkan oleh orang tabligh.
Apakah takrif/maksud/pengertian mujahadah?
Ta’rif (definisi) mujahadah menurut arti bahasa, syar’i, dan istilah ahli hakikat sebagaimana dimuat dalam kitab Jami’ul Ushul Fil-Auliya(1), hal 221 :
أَمَّاالْمُجَاهَدَةُ فَهيَ فِي اللُّغَةِ الْمُحَارَبَةُ وَفِي الشَّرْعِ مُحَارَبَةُ أَعْدَآءِ اللهِ , وَفِي اصْطـِلاَحِ أَهْلِ الْحَـقِـيْقَة ِ مُحَــارَبَةُ النَّفـْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَتَحْمِيْلُهَا مَا شَقَّ عَلَيْـهَا ِممَّا هُوَ مَطْلـُوْبٌ شَرْعًا . وَقَالَ بَعْضُـهُمْ : الْمُـجَاهَدَةُ مُخَالَـفَةُ النَّفْسِ , وَقَالَ بَعْضُهُمْ : المـُجَاهَدَةُ مَنْعُ النَّفْس ِ عَنِ الْمَـأْلُوْ فَاتِ
“Arti mujahadah menurut bahasa adalah perang, menurut aturan syara’ adalah perang melawan musuh-musuh Alloh, dan menurut istilah ahli hakikat adalah memerangi nafsu amarah bis-suu’ (2) dan memberi beban kepadanya untuk melakukan sesuatu yang berat baginya yang sesuai dengan aturan syara’ (agama). Sebagian Ulama mengatakan : "Mujahadah adalah tidak menuruti kehendak nafsu”, dan ada lagi yang mengatakan: “Mujahadah adalah menahan nafsu dari kesenangannya”.
Perkataan “mujahadah” berasal daripada perkataan“jihad”, yang bererti usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredai Allah.
Ia juga membawa pengertian penentangan (perlawanan) terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan negara dan lain-lain seperti hawa nafsu, diktator, kezaliman dan sebagainya.
Dalam ilmu tasawwuf, mujahadah lebih menitikberatkan kepada usaha melawan hawa nafsu secara bersungguh-sungguh untuk mencapai reda Allah. Orang yang bermujahadah dipanggil mujahid (bukan mu jahat).
Hujjatul-Islam Imam Ghozali dalam Ihya’nya menyebutkan :
الْمُجَاهَدَةُ مِفْتَاحُ الْهِدَايَةِ لاَمِفْتَاحَ لَهَا سِوَاهَا . (احياء علوم الدين , الجزء الأول : 39)
Mujahadah adalah kunci (pintu) hidayah, tidak ada kunci hidayah selain mujahadah.
Al marhum Said Hawwa dalam kitabnya تربتنا الروحية menyebut rukun mujahadah ada empat iaitu pertama memencilkan diri, kedua diam, ketiga berlapar dan keeempat berjaga malam.
Sebenarnya banyak lagi isu-isu peyelewengan yang perlu didedahkan dari blog tersebut tetapi oleh kerana kami tidak mahu buang masa untuk ulas satu demi satu maka kami hanya akan membuat satu rumusan atau penggulungan.Semoga dengan itu akan memberi satu kefahaman secara mendasar atau sebagai 'stand' untuk kita menilai keseluruhan intipati ajaran jemaah tabligh.
DeleteUntuk tujuan itu kami nukilkan satu hadith yang mengadungi perintah qot'ie :
Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.
(Imam Malik).
Tuntutan yang wajib dilakukan oleh umat islam berdasarkan hadith di atas ialah:
1. Belajar membaca,belajar memahami,belajar menghayati,mengamalkan dan mezahirkan segala perintah yang terkandung di dalamnya.
2. Oleh kerana dua sumber maksum itu adalah dalam bahasa arab yang amat tinggi tatabahasanya maka keperluan mempelajari ilmu-ilmu yang boleh memahamkan isi kandungannya adalah wajib.
3. Oleh sebab itu kita jumpai banyak hadith yang memerintah kita menuntut ilmu,antaranya:
"Menuntut ilmu itu diwajibkan bagi setiap orang Islam" (Riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ibnu Abdil Barr, dan Ibnu Adi, dari Anas bin Malik)
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).
Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima,(yang benci majlis ilmu) yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
SEBALIKNYA PERINTAH UNTUK BERDAKWAH SEPERTI YANG DISERU OLEH JEMAAH TABLIGH HUKUMNYA TIDAK 'SEQOT'IE' DALAM BAB ILMU.
ITU SEBAB DALAM BAB BERDAKWAH PARA ULAMA KHILAF (BERBEZA PANDANGAN) ANTARA FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH.SEBALIKNYA DALAM BAB ILMU IA ADALAH IJMAK SELURUH ULAMA(TIADA KHILAF)
ORANG YANG BIJAK,FAHAM AGAMA DAN BERILMU MAKA SUDAH TENTU DAPAT MEMBUAT PILIHAN ATAU MENGUTAMAKAN YANG LEBIH AULAWIYAT DIANTARA DUA PERKARA DIATAS.
RINGKASNYA BILA KITA IKUT@PATUH PERINTAH NABI SAW ITU(BELAJAR ILMU DENGAN KITAB PARA ULAMA) MAKNANYA KITA IKUT SUNNAH NABI DAN MENCONTOHI PERJALANAN PARA SAHABAT RADHIALLAHU'ANHUM AJMAIN.
WALLAHU'ALAM
Salam Tn;
ReplyDeleteTuan quotes Hadis Nabi SAW;
Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima,(yang benci majlis ilmu) yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
Sebenarnya 4 golongan bukan 3 golongan seperti yang tuan tulis...
Wallahu a'lam.
Jazaka Allah khu khoir..
Salam Ma'al Hijrah