Peristiwa Hijratul Rasul SAW lebih 1400 tahun yang lampau terkandung di dalamnya petunjuk yang sangat berharga kepada kita umat di akhir zaman ini.Jangan kita lihat peristiwa tersebut secara zahir semata-mata atau kita sempitkan hanya hijrah untuk berdakwah sahaja TETAPI ia lebih luas.
Hasil daripada hijrah tersebut islam berjaya menjadi satu kuasa besar dunia dan di geruni oleh pihak musuh.Hijrah tersebut bukan sekadar menambahkan bilangan umat islam atau menambah bilangan masjid tetapi lebih PENTING dari itu ialah melahirkan satu umat yang punya kekuatan jiwa yang mantap dan jitu berdasarkan petunjuk dari Wahyu (al quran dan hadith).
Oleh itu tidak hairan bila hampir semua peperangan yang berlaku dizaman Nabi SAW,bilangan tentera umat islam sentiasa kurang daripada tentera musuh.Ini menjadi DALIL bahawa bukan bilangan(quantiti) yang diambil kira tetapi adalah qualiti.
Kesimpulannya pengajaran dari peritiwa hijrah yang agung itu ialah FOKUS MELAHIRKAN UMAT ISLAM YANG BERQUALITI IAITU DENGAN ILMU KEFAHAMAN ISLAM YANG BENAR.Maknanya dalam jemaah islam di akhir zaman ini,program tarbiyah dan usrah bagi melahirkan umat islam berqualiti para sahabat dengan kefahaman ilmu yang mantap dan amalan yang bersih dari khurafat dan bid'ah adalah menjadi agenda utama.
Umpama gerakan islam PAS.ramai yang masih keliru antara ahli PAS dengan petugas PAS.AHLI PAS BELUM TENTU PETUGAS PAS TETAPI PETUGAS PAS CONFIRM AHLI PAS.Sebagaimana orang islam belum tentu beriman tetapi orang beriman confirm dia islam.Jadi jangan keliru.
Yang hadir program usrah dan tarbiyah hanyalah petugas PAS.Di pundak merekalah dipikul tanggungjawab untuk melahirkan generasi berqualiti para sahabat.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment