Imam Asy-Syafie rhm bermimpi melihat Imam Ahmad bin Hanbal
yang merupakan murid dan juga sahabatnya akan menghadapi ujian yang amat getir
mengenai al quran,samada ianya makhluk atau sebaliknya.Imam ibnu Jauzi rhm
meriwayatkan kisah ini dalam kitab “Manaqib Al Imam Ahmad” dengan sanadnya
kepada Ar-Rabie’ ibnu Sulaiman.
Ar Rabe’ berkata: “Asy Syafie telah berkata kepadaku:”Wahai
Rabie’,ambillah kitab(surat )
aku ini dan engkau pergi bertemu Abi Abdillah Ahmad ibni Hanbal serta serahkan
kepadanya.Dan engkau bawa balik kepadaku jawapan daripadanya”.
Beliau pun berangkat ke kota Baghdad berserta surat tersebut.Beliau
bertemu dengan Imam Ahmad di waktu solat suboh.Setelah selesai solat
bersama,Imam Ahmad bangun menuju ke mihrab.Semasa inilah Rabie’ menemui Imam
Ahmad dan menyerahkan surat itu seraya berkata: ”Ini
adalah surat
dari saudaramu Asy Syafie dari Mesir.”
Imam Ahmad
bertanya: “Adakah egkau sudah melihat isi kandungannya?”
”Tidak,” jawab
Rabie’ ringkas.
Imam Ahmad terus
membuka penutup surat itu lalu membacanya.Tiba-tiba air mata kelihatan
bergenang di kelopak matanya.Melihat keadaan itu Rabie’ bertanya:
”Ada sesuatu pada
isinya wahai Abu Abdillah?”
Imam Ahmad
berkata : ” Isinya menyebut bahawa dia (Imam Syafie) telah melihat Nabi s.a.w
di dalam mimpinya.
Baginda berkata:
{ Tulislah kepada Abi Abdillah Ahmad bin Hanbal dan sampaikan salamku
kepadanya.Dan katakan bahawa : ”Engkau akan diuji dan diseru kepada dakwaan
bahawa al quran adalah makhluk maka jangan engkau menerima seruan mereka itu.Allah
akan mengangkat bendera (kemenangan) untuk engkau sehinggalah ke hari kiamat}.
Rabie’ berkat: Ia
adalah berita baik (mubasyirot)”.
Setelah selesai
membaca surat Imam Syafie itu,Imam Ahmad menanggalkan pakaiannya yang menyentuh
kulitnya (pakaiannya banyak lapis) lalu diberikan kepada Rabie’.apabila
mendapat baju itu Rabie’ pun pulang ke Mesir dan menyerahkannya kepada Imam Asy
Syafie.
Belum sempat
menyerahkan pakaian sebagai jawaapan suratnya maka Imam Syafie berkata: ”Wahai
Rabie’,kami tidak menyakiti engkau dengannya akan tetapi menyembuhkan (pakaian
itu dijadi penawar untuk mengubati penyakit).Ambilkan air supaya engkau juga
mendapatkannya.”
*keterangan*
Baju Imam Ahmad
yang berpeluh itu direndam ke dalam air oleh Imam Asy Shafie untuk dijadikan
sebagai penawar penyakit.
Wallahu’alam
No comments:
Post a Comment