Sidang pembaca yang budiman
Secara umumnya, motto ‘Kembali kepada
al-Qur'an dan Sunnah’ ini jelas tidak akan ditentang oleh sesiapapun, bahkan
semua umat wajib mengikutinya agar selamat. Namun mungkin banyak orang
bertanya, mengapa Ibnu Taimiyah & Muhammad bin Abdul Wahab yang menyerukan
hal sebagus dan se-ideal itu dianggap sesat oleh para ulama di zamannya ?Mengapa
pula paham Salafi Wahabi yang merujuk semua ajarannya kepada al- Qur'an dan
Sunnah dianggap menyimpang bahkan di hukum sesat
?
Dan apakah para ulama terdahulu di zamannya
selain kedua ulama ini seolah tidak mengajak kepada hal yang sama ?
Mari kita perhatikan permasalahan ini satu
persatu, agar terlihat jelas‘sumber masalah’ yang ada pada sikap yang terlihat
sangat ideal tersebut. Mari kita cermati dengan hati yang lapang dan objektif
agar kita tidak terjerumus dalam pola pikir satu arah yang hanya mahu melihat
dan mendengar hanya karena kita sudah terlanjur ‘taqlid’ pada satu sumber
informasi saja, hingga akhirnya dengan angkuhnya kita membenarkan tanpa
ada‘perbandingan’ sedikitpun. Karena dengan jalan ini, insyaAllah kita
mendapatkan jawaban kebenaran yang sesungguhnya, bukan ‘pembenaran’ yang
menuruti hawa nafsu semata.
1. Prinsip-prinsip Kembali kepada al-Qur'an
dan Sunnah"adalah benar secara teorinya, dan sangat ideal bagi setiap
orang yang mengaku beragama Islam. Tetapi yang harus diperhatikan adalah, apa yang benar secara teori itu belum tentu
benar secara praktiknya, menimbang kapasiti dan kemampuan tiap orang dalam
memahami al-Qur'an & Sunnah sangat berbeza-beza. Maka perlu dipastikan,
kesimpulan pemahaman terhadap al-Qur'an atau Sunnah yang dihasilkan oleh
seorang'alim yang menguasai Bahasa Arab dan segala ilmu yang menyangkut peringkat
penafsiran atau ijtihad, akan jauh berbeza dengan kesimpulan pemahaman yang
dihasilkan oleh orang awam yang hanya bersandarkan buku-buku ‘terjemah’ al-Qur'an
atau Hadith. Itulah kenapa di zaman ini banyak sekali bermunculan aliran sesat
! Mengapa ?
Tentunya karena masing-masing mereka berusaha
kembali kepada al-Qur'an dan Sunnah, dan mereka berupaya mengkajinya dengan
kemampuan dan kefahaman sendiri masing- masing.
Dan kesesatan mereka itu lahir dari sebab Kembali kepada al-Qur'an dan
Sunnah’, mereka merasa benar dengan caranya sendiri atau mengikuti seseorang
yang memiliki konsep dengan jalan pikirannya sendiri tanpa kesepakatan ulama
terbanyak. Pada kaum Salafi Wahabi, kesalahpahaman terhadap al-Qur'an dan
Sunnah itu pun banyak terjadi, bahkan di
kalangan mereka sendiri secara internal pun
terjadi perbezaan pemahaman terhadap dalil sehingga mereka akhirnya
terpecah-pecah menjadi beberapa kelompok yang saling menyesatkan. Dan yang
terbesar adalah kesalahpahaman mereka terhadap dalil-dalil tentang bid'ah.
2. Al-Qur'an dan Sunnah sudah dibahas dan
dikaji oleh para ulama terdahulu yang memiliki keahlian yang sangat hebat untuk
melakukan hal itu, sebut saja: Ulama mazhab yang empat, para mufassiriin (ulama
tafsir), muhadditsiin (ulama hadis), fuqahaa' (ulama fiqih), ulama aqidah
ahus-sunnah wal-Jama'ah, dan mutashawwifiin (ulama tasawuf/akhlaq). Hasilnya,
telah ditulis beribu-ribu jilid kitab dalam rangka menjelaskan kandungan al-Qur'an
dan Sunnah secara kemas dan terperinci untuk memudahkan terhadap umat yang
hidup dikemudian hari. Karya-karya besar itu merupakan pemahaman para ulama
yang disebut di dalam al-Qur'an sebagai‘ahludz-dzikr’, yang kemudian
disampaikan kepada umat Islam secara turun-temurun dari generasi ke generasi
secara berantai sampai saat ini, Adalah sebuah kesilapan besar jika usaha umat
zaman kini dalam memahami Islam dengan cara kembali kepada al-Qur'an dan as
sunnah tanpa merujuk kepada ratusan jilid kitab yang dibahaskan oleh para ulama
muktabar.
Mari kita buat perbandingan pula kepada jemaah tabligh yang menggunakan 'motto atau slogan' yang nampak murni dan tulus iaitu 'kerja nabi' atau 'usaha dakwah macam nabi' dan seumpamanya.
ReplyDeleteSekali imbas nampak mulia dan terpuji sebagaimana slogan yang dilaung oleh golongan wahabi tersebut tetapi bila kajian di buat,rujukan kitab ditemui dan bedah siasat dilakukan akhirnya terbukti bahawa 'motto atau slogan' itu seumpama kosmetik pada muka wanita.
Bila di cuci kosmetik itu maka nampaklah wajah sebenar wanita tersebut yang penuh dengan jeragat dan bintik-bintik hitam.Begitulah perumpamaan jemaah tabligh.
Kami bukan marah,dengki atau iri hati dengan kerja dakwah tabligh cuma hendak meyatakan kebenaran sebab kami telah mengetahui rahsia ini berbanding dengan ramai lagi umat islam lain yang belum tahu termasuk pimpinan atasan kami.
Satu lagi kami nak betulkan pandangan azhar jaafar yang agak tidak matang itu.istilah 'KAMI' merujuk kepada LAJNAH URUSAN ULAMA HULU LANGAT.
Ia merupakan satu biro dalam PAS peringkat kawasan yang ada jawatan ketua berserta ahli jawatankuasanya.Dan saya memikul tanggungjawab sebagai setiausaha.
diharap azhar jaafar dapat berfikir secara matang ye....