Thursday, 25 October 2012

Selamat meraikan Idul Adha 1433 hijrah

Takbir Hari Raya Idul Adha


Takbir Idul Adha terbahagi kepada dua, iaitu :

1). Takbir mursal - Takbir yang tidak mengiringi sembahyang fardu

Waktu takbir mursal dari terbenam matahari malam dua hari raya (hari raya adha dan hari raya fitri) sehinga takbir imam sambahyang hari raya sekiranya seorang itu sembahyang hari raya berjemaah, sekiranya seorang itu sembahyang seorang diri maka habis waktu takbir mursal baginya ialah dengan dia takbir sembahyang hari raya dirinya, adapun orang yang tidak sembahyang hari raya, habis watu takbir mursal dirinya apabila gelincir matahari hari raya.

Sunat setiap orang bertakbir mursal melainkan selain orang haji kerana mereka disunatkan talbiah selama mereka itu dalam ihram, setelah mereka tahlul maka sunat mereka itu takbir.


2). Takbir muqayad - Takbir yang mengiringi (selepas) sembahyang

Waktu Takbir muqayad bermula dari terbit fajar (subuh) 9 zulhijjah sehinga terbenam matahari pada hari yang ke 13 zulhijjah.

Ramai dikalangan masyarakat yang tidak tahu permulaan takbir muqayad yang kita panggil takbir hari raya iduladha, mereka menyangka takbir ini bermula pada malam hari raya iaitu pada malam sepuluh zulhijah pada hal ia bermula subuh hari arafah iaitu sembilan zulhijah.

Takbir muqayad sunat dibaca selepas tiap tiap sembahyang sama ada sembahyang fardu atau sembahyang sunat begitu juga kemudian daripada sembahyang jenazah, dan sembahyang sunat hari raya sebelum khatib membaca khutbah.

Takbir pada malam hari raya adha, terkadang takbir muqayad dan terkadang takbir mursal sekiranya dilihat bahawa takbir itu diucapkan pada malam hari raya maka dinamakan takbir mursal dan sekiranya takbir itu di ucapkan selepas sembahyang maka dinamakan takbir muqayad.

Takbir muqayad terlebih afdal dari takbir mursal.


Walallahu 'alam




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...