سسوڠڬوهڽ اڤابيلا اكو مناصيحتي كامو، بوكنله برارتي اكوله يڠ ترباءيق دالم كالڠن كامو، بوكن جوڬ يڠ ڤاليڠ صالح دالم كالڠن كامو، كران اكو جوڬ ڤرنه ملمڤاوءي باتس اونتوق ديري سنديري. سأندايڽ سساورڠ ايت هاڽ داڤت منيمڤأيكن دعوة اڤابيلا دي سمڤورنا، نسچاي تيدق اكن اد ڤندعوه، مك اكن جادي سديكيتله اورڠ يڠ ممبري ڤريڠاتن
Tuesday, 23 October 2012
Punca kemunduran umat islam akhir zaman
AKAR PERMASALAHAN UMAT ISLAM DAN SOLUSINYA
Sahib as-Samahah Sheikh menyatakan bahawa antara permasalahan umat Islam kontemporari yang dihadapi adalah:
1. Nassun Sahih wa Fahmun Khati’ Linassin Sahih (Tidak Tepatnya Pemahaman terhadap Teks/Nas)
Al-Quran dan as-Sunnah merupakan sumber utama dalam Islam dan sebagai panduan umatnya. Pemahaman teks yang kurang tepat dalam menyingkap hakikat makna. Iaitu memahami teks dengan benar dan tepat, kemudian mengaplikasikan agama sesuai dengan zamannya, bukan terikat dengan nostalgia lama. Agar teks/nas selalu hidup dan dinamis, maka harus difahami tepat dan sesuai dengan zamannya. Ketahuilah jua karya turath sesetengahnya sudah tamat tempoh(expired) untuk dipraktikkan namun boleh dijadikan sebagai maklumat dan thaqafah) bukan untuk diamalkan dalam konteks dan waqi’ zaman ini.
2. Ihtikam Ligair Arbab al-Huda (Memohon Petunjuk Kepada Bukan Ahlinya)
Untuk memahami nas (al-Quran dan sunnah) secara tepat, maka harus merujuk kepada ahlinya (pakar). Kerana teks yang hanya didekati melalui teks itu sendiri, baik secara tafsir linguistik, dirayah ataupun riwayat masih tidak mampu memahami secara tepat. Ramai muslim memahami nas dengan meraba-meraba melalui hipotisis sebenarnya dan terikat dengan karya-karya lama atau kononnya sudah berilmu lalu faham dengan akal terbatas.
Umat Islam alpa saranan al-Quran dan sunnah supaya merujuk kepada pewaris para Nabi yakni ulama hakiki. Lantaran ramai beranggapan sudah belajar dan mendapat pendidikan tinggi pengajian Islam atau mengingati nama kitab-kitab secara ilmiah atau penulisan ilmiah sudah boleh dianggap ulama.
3.Ta’mim al-Khas (Mengumum yang bersifat khusus)
Sesuatu yang bersifat khusus atau spesifik, tidak boleh dijadikan umum. Kekeliruan Bila semua manusia merasa punya hak sebagai Polisi dan serba tahu dalam pelbagai bidang, maka dunia keberagamaan kita pun akan kacau bercelaru. Maknanya sesuatu bidang ada ahlinya.
Muslim yang ideal, maka memiliki kemahiran dan pengkhususan bidang tertentu adalah suatu yang tepat, untuk menjawab permasalahan kontemporari yang kompleks. Pendekatan mencari dan mengislah punca amat perlu dan sebagai keutamaan.
4.Giyab Madlulat al-Alfaz (Hilangnya Makna Setiap lafaz)
Mengkaji teks suci al-Qur’an dan as-Sunnah, maka penguasaan terhadap bahasa Arab, baik dari segi sejarah, budaya, kaedah tatabahasa dan sebagainya, mutlak diperlukan. Walaupun bahasa Arab kedudukannya di bawah bahasa al-Qur’an, umpamanya mengetahui perbezaan kata sanam (arca), timsal (patung), dan wasan (berhala), adalah tugas seorang pakar bahasa yang tidak terbatas dengan bahasa Arab saja, tetapi juga bahasa kalbu. Sebab, al-Qur’an adalah cahaya, tidak satu pun yang mampu mengungkap, kecuali yang dianugerahi kelebihan bahasa kalbu dan yang mempunyai nur bercahaya.
Membaca teks kitab suci, tidak ubahnya membaca huruf-huruf ilahi yang hanya dapat didekati dengan cahaya. Hermeneutik, Semiotik, Balagah, Badi', Bayan, dan sebagainya hanyalah saranan untuk memahami teks tertulis atau secara tekstual. Bukan teks yang dinamik. Bahasa yang tersimbolkan dalam titik-titik dan huruf-huruf kitab suci, baik al-Qur'an atau al-Hadis adalah bahasa keimanan.
Ahl al- Qur'an wa Khassatuhu (Para kekasih Allah Swt. yang dianugerahi keajaiban-keajaiban memahami kitab suci). Bila dengan menguasai sedikit disiplin ilmu sudah dapat mentafsirkan teks al-Quran sudah pasti mencelarukan walaupun dirujuk kitab-kitab itu ini, lantas dimanakah letaknya I'jaz al-Qur'an?.
5.Giyab at-Ta’rif (Tidak Adanya Definisi)
Sebab tidak ada definisi yang jami’ mani’ tentang kata-kata tersebut umpamanya Bid’ah,syirik, kufur .Sedangkan dalam bidang lain umpamanya para ahli muzik memiliki bahasa sendiri, para doktor seluruh dunia memiliki kod etika sendiri. Sewajarnya bagi membincangkan sesuatu perkara atau istilah perlu difahami makna sebenar terlebih dahulu bagi perbincangan lanjut supaya titik faham dapat dicapai. Maksud ta’rif atau takrif al-ta’rif: iaitu mendatangkan makna yang betul menurut ahli (pakar) sesuatu bidang tersebut.
Standard istilah adalah sebuah keniscayaan untuk menerjemahkan nilai-nilai dan makna yang terkandung. Para ilmuwan agama mempunyai pelbagai pentafsiran dan definisi. Perselisihan tersebut lahir, karena tidak adanya standard istilah yang jelas, serta belum ditemukannya seorang ahli pakar yang sebetulnya. Lantaran mengabaikan atau tak jumpa saranan al-Quran dan hadis supaya merujuk ahl zikr, khabir, wali mursyid, ulama warasah. Sekiranya perkara tersebut dapat diketemukan sudah pasti mudah bagi menyatukan umat Islam.
Kuncinya ialah:
‘Tanyalah Ahl Zikr Sekiranya Kamu Tidak Mengetahui’.
dan 'sesiapa diberi Allah petunjuk........seorang wali mursyid..'
Sumber: Kalam Dars Maulana Sheikh / Dipetik dari ‘Tasawuf Revolusioner’ oleh Husni Hidayat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dokrin yang telah ditanam dan dipasak dalam jiwa dan pemikiran pengikut tabligh selama mereka 'keluar khuruj' 40 hari/4 bulan telah berjaya melahirkan manusia pasif,konservetif dan jumud dalam memahami agama.
ReplyDeleteantara buktinya ialah:
1. mereka tidak boleh terima kritikan dari pihak lain yang menegur kesalahan mereka walaupun di hujjah dengan al quran dan hadith.Contohnya isu kitab munthakab hadis.APALAH SALAHNYA KALAU MEREKA BERKATA "TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN PIHAK TUAN MEMANTAU KESALAHAN KITAB TERSEBUT.KAMI AKAN USULKAN KEPADA MAJLIS SYURA KAMI AGAR MEREKA DAPAT MENGUMPULKAN SEMUA KITAB YANG SALAH CETAKAN ITU DI SELURUH NEGARA UNTUK DILUPUSKAN(dibakar) SECARA BESAR-BESARAN".
Contoh ayat....
2. Mereka banyak berhujjah dengan dalil-dalil bersifat umum tetapi gagal mendatangkan dalil yang lebih khusus merujuk keberadaan mengujudkan kelompok dakwah.Mereka hanya bersandarkan kitab2 yang ditulis ulama mereka sahaja sedangkan ia bukan kitab rujukan muktabar umat islam.Masih banyak lagi kitab2 lain yang lebih berautoriti sebagai sandaran beragama.
Contohnya mereka nak klimkan jemaah tabligh sama macam para sahabat yang berdakwah TETAPI mereka LUPA bahawa dakwah para sahabat berjaya meruntuhkan/menukar sebuah kerajaan yang taghut kepada kerajaan islam sebalik dakwah jemaah tabligh bersekongkol dengan kerajaan yang sekular,kafir,zalim dll.
TANG MANA YANG MEREKA KATAKAN CONTOHI DAKWAH NABI DAN PARA SAHABAT??????????????
3. MEREKA TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN ANTARA IMAN DAN AQIDAH.Kebanyakkan dari Mereka jahil dalam bab ini.Itu sebab ayat2 atau slogan yang mereka tulis atau lafazkan kadang2 bunyi muktazilah,bunyi khawarij pun ada,bunyi jabariyah pun ada dll.
Assalamualaikum wrt. Tuan yang mulia
ReplyDeleteApa kabar, Semoga tuan sihat. nampaknya tuan begitu bersungguh dalam membuktikan sesuatu tentang jemaah tabligh.masyaallah, maha hebat Allah swt.
Jemaah tabligh yang tuan cuba nak huraikan disini sebenarnya merujuk pada siapa ye.. setahu saya jemaah tabligh tiada kat dunia, yang ada hanyalah orang awam dan ustaz-ustaz yang melaksanakan amalan tabligh, ada di kalangan mereka berpolitik yang menyokong PAS atau Umno dan ada juga dikalangan mereka yang tidak suka berpolitik atas alasan masing-masing.
wa'alaikum salam
DeleteAlhamdulillah,syukran
kami nak perbetulkan kesilapan kefahaman tuan bahwa jemaah tabligh merujuk kepada mereka yang menjadikan ulama di Deoband dan Nizamuddin India sebagai panutan mereka itulah yang di maksudkan dengan jemaah tabligh.Yang mengimamikan 6 usul prinsip yang di buat oleh seorang ulama Nizamuddin India maka itulah yang di maksudkan dengan jemaah tabligh.
Yang menetapkan kaedah khuruj 3,40 hari dan 4 bulan itulah yang dimaksudkan dengan jemaah tabligh.Yang menjadikan Maulana Ilyas sebagai idola itulah yang di maksudkan dengan jemaah tabligh.
Masalah ada ahli tabligh yang menyokong PAS,Umno dan sebagainya,ia lebih kepada kemahuan individu bukan perintah dari Syura tabligh.Kalau ia perintah sudah tentu tak ada yang jadi ahli Umno,aatas pagar dan lain-lain.
Itulah masalahnya....
Assalamualaikum wrt.
ReplyDeleteSemoga Allah swt mengurniakan tuan kesihatan kerana dialah pemilik kesihatan.
Disini lah salah sangkaan tuan.Maaf.
Ulamak di Nizammuddin bukan lah anutan sebagaimana sangkaan tuan, mereka ialah ulamak yang bermazhab hanafi yang merasa bertanggungjawab untuk menggerakan kembali amalan tabligh di kalangan org islam khususnya dikalangan ustaz-ustaz dan amnya dikalangan orang awam di seluruh dunia. Orang yang berpengalaman pernah melakukan khuruj tak kira dari negara mana, mereka ini bukan lah Ahli jemaah Tabligh tetapi mereka ini orang islam sama seperti orang lain. Berpegang kepada mazhab masing-masing.
Syura yang dilantik hanya lah sebagai wakil bagi memantau amalan tabligh dapat dilaksanakan.Syura bukanlah ketua kapada jemaah tabligh sebab dalam tabligh tidak ada ahli.Syura hanya bertanggungjawab dalam hal-hal amalan tabligh. Jadi dalam hal-hal peribadi Syura hanya sekadar memberi nasihat bagi yang meminta nasihat tetapi keputusan tuan punya diri yang memilih.
kami rasa sdr lah yang tak faham dan keliru.Bagaimana seluruh ahli tabligh boleh mematuhi satu arahan dari ulama nizamuddin (baca syura),membaca satu buku (fadhail amal) dalam programnya,melantik satu ketua (maulana ilyas sbg hadraji pertama),mmatuhi satu usul (6 usul tabligh) lalu anda mendakwa itu bukan ORGANISASI??
DeleteKalau dia bukan organisasi sudah tentu dia tidak menetapkan semua perkara diatas untuk dipatuhi oleh semua karkun.Sudah tentu dia memberi kebebasan kepada semua karkun untuk membaca apa saja kitab ulama yang sesuai dan mudah di dapati untuk berdakwah.
kami bagi analogilah supaya anda mudah faham.SEORANG ITU BOLEH DIKATAKAN SEORANG ISLAM BILA IA MEYAKINI RUKUN IMAN DAN RUKUN ISLAM,MENGERJAKAN SOLAT,MEGELUARKAN ZAKAT,MENJADIKAN AL QURAN DAN SUNNAH SEBAGAI PANDUAN HIDUP DLL.
Bolehkah kami bertabligh( berdakwah) TANPA keluar 3,40 hari atau 4 bulan?
Bolehkah kami bertabligh (berdakwah ) tanpa membaca kitab fadhail amal dan muntakab hadis?
Bolehkah kami bertabligh (berdakwah ) tanpa pergi ke india,pakistan dan bagladesh?
Kalau anda jawab BOLEH maka jemaah tabligh bukan organisasi.TETAPI jika anda jawab TIDAK maka jelaslah jemaah tabligh adalah organisasi seperti yang tercatat dalam website resmi Deobandi...
Assalamualaikum wrt.
ReplyDeleteApa kabar tuan semoga ALLAH swt. sihatkan tuan.
Perkara di atas bukan satu penetapan tapi satu penekanan , penekanan tersebut adalah bedasarkan keperluan ummat pada masa kini iaitu untuk hubungkan kembali hati umat islam yang telah dibalut dengan kegelapan yang telah terkurung dalam sangkar cinta dunia dengan kembali cintakan amal dan cinta akhirat samaada dikalangan orang berilmu dan juga dikalangan org awam. penekanan tersebut di buat dengan targhib tanpa ada paksaan sesiapa yang merasakan ia membina untuk dirinya dan keluarganya dan ummat sejagat maka dia bole hubungkan dirinya dengan amalan tersebut .
Bg membukti kan ketulenan keislaman seseorang itu disisi ALLAh swt. Maka rukun islam adalah syaratnya
Sedangkan perkara-perkara diatas bukan lah rukun dalam tabligh tetapi amalan dalam islam yang sepatutnya diusahakan dalam diri orang islam contoh 6 perkara tujuannya supaya menjadi kayu pengukur bg ummat islam dan matlamat untuk diusahakan dalam kehidupan semasa hidup di dunia dan dipersembahkan dan di hadapan ALLAH di akhirat kelak
Tuan bole bertabligh tanpa keluar 3h,40 atau 4 bln tapi tuan tidak akan dapat menjiwai perjuangan tuan apatah lagi perjuangan nabi-nabi álaihissalam dan para sahabat r.anhum
Tuan bole berdakwah tanpa membaca kitab tersebut tapi ditakuti tuan tidak hikmah dalam dakwah tuan.
Tuan bole bertabligh tanpa pergi kesana tetapi.. nak tau tanya lah org dan berpengalaman lama dalam amalan tabligh.
Anda tulis:
Delete[Tuan bole bertabligh tanpa keluar 3h,40 atau 4 bln tapi tuan tidak akan dapat menjiwai perjuangan tuan apatah lagi perjuangan nabi-nabi álaihissalam dan para sahabat r.anhum
Tuan bole berdakwah tanpa membaca kitab tersebut tapi ditakuti tuan tidak hikmah dalam dakwah tuan.
Tuan bole bertabligh tanpa pergi kesana tetapi.. nak tau tanya lah org dan berpengalaman lama dalam amalan tabligh.]
Dari tulisan anda di atas bermakna anda tetap berkeyakinan hanya Jemaah tabligh shj yang berdakwah@bertabligh yang ikut cara para Nabi dan para sahabt?
Ini bermakna jemaah lain tidak berdakwah ikut sunnah....betul kan??
jemaah lain tidak ada hikmah sebab tak baca kitab fadhail amal?
Hanya orang tabligh India sahaja yang berpengalaman dlm berdakwah?
Sungguh lucu keyakinan anda itu......