سسوڠڬوهڽ اڤابيلا اكو مناصيحتي كامو، بوكنله برارتي اكوله يڠ ترباءيق دالم كالڠن كامو، بوكن جوڬ يڠ ڤاليڠ صالح دالم كالڠن كامو، كران اكو جوڬ ڤرنه ملمڤاوءي باتس اونتوق ديري سنديري. سأندايڽ سساورڠ ايت هاڽ داڤت منيمڤأيكن دعوة اڤابيلا دي سمڤورنا، نسچاي تيدق اكن اد ڤندعوه، مك اكن جادي سديكيتله اورڠ يڠ ممبري ڤريڠاتن
Thursday, 18 October 2012
Menjawab mimpi Maulana Ilyas:bhg 2
Sidang pembaca yang budiman
Bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah mimpi itu pada dasarnya terdapat 3 jenis sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. : “Mimpi itu tiga jenis, mimpi yang benar berbentuk khabar gembira daripada Allah, mimpi sedih daripada syaitan dan mimpi yang disebabkan mainan jiwa seseorang.” [Hadis riwayat Imam Muslim]
Mimpi daripada syaitan dan mainan jiwa sememangnya tiada memberi sebarang erti, namun bagi mimpi yang berbentuk khabar gembira daripada Allah s.w.t., ia merupakan mimpi yang benar dan perlu diberikan perhatian sewajarnya.
Nabi s.a.w. bersabda: “Tiada lagi kenabian setelah aku kecuali al-Mubasysyiraat (berita-berita yang menggembirakan).” Para sahabat bertanya apakah yang dimaksudkan al-Mubasysyiraat? Sabda Nabi s.a.w.: “Mimpi yang benar yang dimimpikan oleh orang yang soleh.” [Hadis riwayat Imam al-Bukhari] Ada yang menjadikan hadis ini sebagai bukti bahawa mimpi guru-guru atau syaikh-syaikh mereka boleh dijadikan dalil dalam membawa ajaran-ajaran yang baru. Namun sebenarnya al-Mubasysyiraat hanyalah mimpi yang berbentuk khabar-khabar gembira atau berita-berita amaran yang boleh membantu orang Islam memantapkan keimanan mereka. Al-Mubasysyiraat bukan bertujuan untuk menggubal hukum-hukum yang baru kerana segala ajaran tentang Islam ini telah sempurna sebelum Rasulullah s.a.w. wafat.
Allah S.W.T telah memerintahkan Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan apa yang telah diwahyukan kepadanya terhadap seluruh umat manusia. Frman-Nya: “Wahai Rasulullah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), bermakna engkau tidak menyampaikan perutusan-Nya; dan Allah jualah yang akan memeliharamu daripada (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” [al-Maaidah (5) : 67]
Rasulullah s.a.w sebagai seorang yang maksum (terpelihara dari melakukan kesilapan) pasti telah melaksanakan perintah Allah tersebut. Sebelum baginda diwafatkan, Allah S.W.T tentu telah menyempurnakan agama Islam sehingga tidak lagi memerlukan apa-apa bentuk penambahan menerusi mimpi-mimpi. Menurut Abu Dzar al-Ghifari r.a: “Rasulullah s.a.w meninggalkan kami dan tidak ada seekor burung yang mengepakkan kedua sayapnya di udara melainkan baginda menyebutkan kepada kami ilmu tentangnya. Dia berkata: Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak tertinggal sesuatupun yang dapat mendekatkan seorang hamba kepada syurga dan menjauhkannya dari neraka melainkan aku telah jelaskan kepada kamu semua.” [Hadis sahih riwayat al-Tabrani]
Mimpi yang benar ini kebiasaannya terjadi kepada orang soleh yang taat kepada sunnah Nabi namun adakalanya manusia yang biasa juga turut mengalaminya. Mimpi yang benar adalah berupa khabar gembira daripada Allah bagi hamba-hamba-Nya dengan memberi gambaran tentang perkara-perakara baik yang bakal berlaku. Mimpi yang benar ini akan menjadi kenyataan dalam hidup seseorang itu. Mimpi yang benar juga boleh terjadi dalam bentuk peringatan terhadap hamba-hambanya tentang perkara buruk yang bakal berlaku agar dia boleh berusaha untuk mengelaknya dari terjadi ataupun berbentuk amaran supaya jangan melakukan sesuatu maksiat. Inilah lapangan skop mimpi yang benar dan ianya tidak lebih dari itu. Ia bukanlah hujah syarak mahupun dalil-dalil yang boleh dipergunakan untuk membentuk fahaman yang baru sebagaimana yang difahami sesetengah pihak. Kandungan mimpi yang benar tidak akan bertentangan dengan ajaran yang terdapat di dalam al-Qur’an dan Sunnah bahkan ia berfungsi sebagai memperjelaskan atau memperingatkan seseorang tentang ajaran yang terkandung di dalam al-Qur’an mahupun Sunnah.
Mimpi bertemu dengan Nabi s.a.w. juga merupakan sebahagian dari al-Mubasysyiraat (berita-berita yang menggembirakan) yang terjadi kepada sesetengah manusia yang beruntung. Nabi s.a.w. bersabda: “Barangsiapa melihatku dalam mimpi, maka sesungguhnya dia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku. Barangsiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja maka dia telah mengambil tempat duduk dallam neraka.” [Hadis riwayat Imam al-Bukhari]
Menerusi hadis di atas dapat kita fahami seseorang itu hanya dianggap telah benar-benar bertemu Rasulullah s.a.w. di dalam mimpi sekiranya paras rupa Rasulullah yang ditemuinya itu sesuai dengan sebagaimana yang telah digambarkan di dalam hadis-hadis yang sahih. Sekiranya paras rupa Rasulullah yang dilihatnya dalam mimipi tersebut tidak selari dengan hadis-hadis maka berkemungkinan besar orang yang bermimpi itu telah diperdaya oleh syaitan yang menyerupai seseorang yang lain tetapi mengaku sebagai Nabi kerana syaitan hanya tidak boleh menyerupai paras rupa nabi yang sebenar.
Telah menjadi amalan umat Islam terdahulu (generasi salaf) apabila seseorang mengaku bertemu Nabi, dia dikehendaki untuk memberikan gambaran paras rupanya dalam mimpi itu. Ibnu Sirin r.h umpamanya akan bertanya kepada seseorang yang mengaku bertemu Nabi s.a.w. dalam mimpi: “Ceritakan kepadaku apa yang anda lihat.” Sekiranya diceritakan kepada beliau sifat-sifat Rasulullah s.a.w. yang tidak diketahuinya, beliau akan menegaskan: “Anda sebenarnya tidak bermimpi bertemu dengan baginda s.a.w.”
Seterusnya kandungan mimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. itu tetap perlu dipertimbangkan dengan neraca al-Qur’an dan al-Sunnah. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabya Mauqiful Islam Minal Ilham wal Kasyaf wa Ra’yu waminat-Tama’im wal Kahanah war-Ruqaa’: “Seseorang yang bermimpi bertemu dengan Nabi s.a.w. dalam tidurnya, lalu Nabi menyuruh atau melarangnya dari melakukan sesuatu, atau menzahirkan kecintaan kepada sesuatu atau kepada peribadi atau kepada kumpulan tertentu atau menunjukkan kemurkaan dan kebenciannya kepada seseorang atau jemaah atau sesuatu pendirian atau amalan, semuanya ini tidak boleh diambil kira dan tidak mensabitkan sebarang hukum syarak baik hukum wajib, sunat haram, makruh dan juga harus atau memberikan ketuanan, pembebasan mahupun permusuhan. Semuanya perlu dibentangkan terlebih dahulu kepada syari’at yang sabit lagi maksum. Jika bertepatan ia boleh diterima tetapi jika sebaliknya yang menjadi hujah tetap syari’at. Mimpi hanya untuk menggembirakan atau menjinak-jinakkan hati sahaja.”
Tambah Dr Yusuf Qaradhawi lagi : “Perkara yang hanya dipertanggungjawabkan (taklif) oleh Allah supaya kita meyakini dan beramal dengannya ialah sesuatu yang diwahyukan kepada Rasul-Nya semasa hayat Rasul tersebut, bukan berdasarkan kepada apa yang dibawa oleh mimpi di dalam tidur setelah kewafatannya.”
Seringkali kedengaran ada kelompok tertentu yang mendakwa bahawa ajaran yang terdapat di dalam tarekat mereka ini di ambil oleh Syaikh mereka daripada Rasulullah s.a.w. dalam keadaan sedar atau terjaga. Mereka mendakwa bahawa ajaran-ajaran tersebut walaupun berbeza dengan apa yang terkandung di dalam al-Qur’an atau sunnah, bercanggah pula dengan pendapat para ulamak fekah mahupun hadis tetap boleh diamalkan kerana ianya diterima secara terus daripada Rasulullah s.a.w. dalam keadaan sedar. Mereka berhujah dengan sebuah riwayat yang mana Nabi s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang melihatku dalam mimpi, maka dia akan melihatku dalam keadaan terjaga dan syaitan tidak mampu menyerupaiku.” [Hadis riwayat Imam al-Bukhari]
Walaupun hadis ini sahih namun tafsiran mereka terhadapnya tidak benar. Rasulullah s.a.w. telah wafat sebagaimana manusia yang lain. Firman Allah S.W.T.: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula) Kemudian sesungguhnya kamu pada hari kiamat akan berbantah-bantah di hadapan Tuhanmu. [al-Zumar (39) : 30-31] Baginda hanya akan dibangkitkan semula di alam akhirat setelah terjadinya kiamat. Maka tiada nas yang menunjukkan bahawa baginda boleh bangkit di dunia dan boleh bertemu dengan seseorang secara fizikal dan mengajar mereka ajaran-ajaran tentang Islam. Tiada suatu riwayat pun yang menunjukkan para sahabat Nabi pernah berjumpa baginda dalam keadaan sedar setelah baginda wafat sedangkan merekalah yang paling rapat dengan baginda, paling warak dan tawaduk.
Al-Hafiz Ibnu Hajar r.h juga menempelak dakwaan golongan yang mengaku bertemu dengan Rasulullah dalam keadaan sedar menerusi kitabnya Fathul Baari. Menurut beliau: “Hal ini begitu aneh. Jika dimaksudkan (pertemuan tersebut) secara zahir maka mereka (yang mendakwa bertemu Nabi secara sedar) itu boleh dianggap sahabat Nabi, sedangkan tidak mungkin sahabat Nabi itu akan ada terus menerus sehingga hari kiamat.”
Tentang maksud sebenar maka dia akan melihatku dalam keadaan terjaga maka Imam al-Nawawi r.h telah memberikan tiga pendapat:
Pertama, ia berkaitan dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah s.a.w. Oleh tu sesiapa yang bermimpi bertemu dengan Nabi sedangkan dia belum berhijrah maka Allah akan memberi taufik kepadanya untuk berhijrah dan bertemu dengan Nabi secara zahir.
Kedua, dia akan melihat kenyataan mimpinya tersebut dalam keadaan terjaga pada hari kiamat, kerana semua umat baginda akan melihatnya pada hari kiamat.
Ketiga, dia akan melihat Nabi s.a.w. pada hari akhirat secara khusus dalam keadaan dekat dan mendapat syafaat daripadanya atau yang semisalnya.
Sewajarnya kita memahami bahawa Allah S.W.T. tidak membebankan seseorang itu dengan apa yang terjadi ketika mimpi. Nabi s.a.w. bersabda: “Catatan amal diangkat dari tiga orang, anak kecil hingga baligh, orang tidur hingga terbangun dan dari orang gila hingga sedar” [Hadis riwayat Imam Abu Dawud] Dari hadis ini dapat kita fahami bahawa ketika tidur seseorang itu terlepas dari sebarang tanggungjawab, maka bukanlah suatu kemestian bagi seseorang itu untuk melaksanakan apa sahaja yang dilihatnya ketika bermimpi melainkan ianya sesuai dengan tuntunan syarak.
Allah S.W.T telah menyempurnakan syariat agama Islam dengan penurunan wahyu kepada Nabi s.a.w. semasa hayat baginda. Kesempurnaan syariat agama Islam ini diakui sendiri oleh Allah S.W.T. melalui firman-Nya: “Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redha Islam menjadi agama kamu.” [al-Maaidah (5) : 3] Sempurna dalam ayat ini bererti ianya telah lengkap. Sekiranya agama telah sempurna, mengapa kita masih memerlukan mimpi untuk dijadikan perantaraan bagi menerima amalan-amalan baru yang tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah dan para salafussoleh (ulama terdahulu)?
Justeru, mereka yang mendakwa sesuatu ajaran baru itu masih boleh diterima menerusi mimpi hanya mencerminkan gambaran pemikiran mereka yang menganggap Islam ini belum sempurna sehingga memerlukan ritual-ritual baru. Sungguh rosak pemikiran sedemikan rupa.
Wallahu a'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Daripada penjelasan di atas JELASLAH kepada kita semua bahwa mimpi yang dialami oleh pengasas jemaah tabligh iaitu maulana ilyas BUKANLAH khabar gembira seperti yang di dakwa oleh pengikut-pengikut taksub jemaah tabligh zaman sekarang tetapi adalah satu PENYELEWENGAN dalam kaedah menafsir ayat-ayat al quran yang BERCANGGAH DENGAN AQIDAH ASWJ.
ReplyDeleteBeliau(maulana ilyas)sebenarnya menubuhkan jemaah tabligh BUKAN berdasarkan petunjuk al quran atau sunnah nabi seperti yang didakwa sebaliknya berdasarkan impian beliau secara peribadi setelah tertekan dengan realiti orang islam di zaman beliau hidup lalu akibat tekanan perasaan itu hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.
SEKIRANYA JEMAAH TABLIGH DITUBUH BERDASARKAN SUNNAH NABI DAN PARA SAHABAT NESCAYA BELIAU AKAN MENULIS DALAM KITABNYA MALFOOZAT AYAT "MATHOD DAKWAH TABLIGH INI AKU PEROLEHI BERDASARKAN IJTIHAD AKU MELALUI SURAH ALI IMRAN AYAT 110 ATAU HADITH NABI DARI KITAB...bla...bla..."
Sebaliknya bila kita rujuk kepada kitab Malfoozat beliau,TERANG LAGI BERSULUH BAHWA MATHOD KHURUJ JEMAAH TABLIGH ADALAH BERDASARKAN MIMPI.
KESIMPULANNYA BOLEHLAH KITA GELARKAN JEMAAH TABLIGH ADALAH JEMAAH MIMPI YANG SESAT LAGI MENYESATKAN.
Satu perkara lagi slogan yang mereka selalu laung-laungkan ialah 'ALLAH BERKUASA,MANUSIA/MAKHLUK TIADA KUASA@LANGSUNG TIADA KUASA' (boleh rujuk dalam blog2 karkun).
Kalau kita amati ayat itu jelas ia mirip dengan fahaman Jabariyah.Adakah jemaah tabligh ini menyebarkan aqidah sesat Jabariyah??
Assalammualaikum...saya pasti pasti dan pasti kalaulah karkun2 bace kritikan2 or tuduhan2 or dakwaan2 tentang usaha atas iman ini (tabligh) dalam blog ini atau mana2 blog pasti mereka tersenyum yang tak tau nak cakap kenape dan terdetik dalam hati mereka 'entahapehapentah' tapi tak lupe untuk doa hidayat serta bertambah keyakinan pada usaha ini. sebab ape??? sebab keseluruhannnnnn...tuduhan, kritikan, dakwaan yang dilemparkan pada usaha ini(dakwaan sesat) menyimpang terpesong tersasar jauhhhhhhh jauhhh jauhhhh...dari hakikat sebenar usaha ini...yang buat kerje pun tak paham...ape lagi yang tak buat kerje...tapi yang buat kerje paham dan tahu ketermenyimpangan, keterpesongan, ketersasaran dakwaan, tuduhan tersebut tu diorang malas nak layan aku je gatal tangan nak comment
ReplyDeleteKami beranggapan anda belum baca keseluruhan posting tentang tabligh ni.Dalam blog ini ada di lampirkan fatwa sesat para ulama aswj dahulu ke atas jemaah tabligh.
DeleteAda fatwa kafir ke atas 4 tokoh ulama deobandi tahun 1900.ada fatwa sesat tabligh tahun 2005 oleh Nahdatul Ulama Indonesia.
KARKUN TABLIGH YANG SENYUM TU PASAL DIA SENDIRI TAK TAHU ASAL USUL JEMAAH MEREKA SENDIRI.MEREKA HANYA DISOGOKKAN OLEH ELDEST2 MEREKA BAHAWA 'DAKWAH ALA TABLIGH INI ADALAH KERJA NABI"
Sedangkan dalam kitab pengasasnya sendiri sebut jemaah tabligh dicipta oleh beliau sendiri berdasarkan mimpi.Oleh kerana maklumat ini tidak didedahkan maka itu sebab mereka senyum orang jahil.
kalau anda tak percaya boleh baca link ni:
http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/kenali-jemaah-tabligh.html
bekas karkun tabligh yang cerita sendiri kesesatan tabligh.BACA SAMPAI HABIS TAU ADA 12 SIRI SEMUANYA...
kalau lepas baca anda masih kata tabligh BETUL,BENAR SAHLAH ANDA KENA BANYAK BELAJAR LAGI...
MACAM MANA AKU NAK BACA SEMUA, BARU NAK BACA...MACAM YANG AKU KATALAH TERSASAR, MENYIMPANG LANGSUNGGGGG....JAUHHHH JAUHHH...DARI HAKIKAT SEBENAR USAHA NI...LINK YANG KAU BG TU PUN SAMA...OPS YG SORANG NI KAU PANDANG ...YANG BERJUTA-JUTA KAU TAK PANDANG...POSTLAH LAGI LAGI DAN LAGI...HAIRAN BETUL, CUKUP HAIRAN AKU RATA2 YANG AKU BACA BOLEH KATA SEMUALAH...TAK SAMA, BUKAN, TIDAK BEGITU, BUKAN MACAMTU, KONTRA, BERTENTANGAN,TERBALIK, TERSONGSANG DAN PERKATAAN SEUMPAMANYALAH DENGAN APA YANG ADA DALAM USAHA NI, MEMANG LAIN DARI APA YANG KORANG POST POSTKAN TU. MACAM MANELAH KARKUN2 NAK LAYAN BENDE CAMNI, SORANG DUA ADALAH KOT YANG TERJEBAK. APATAH LAGI ULAMAK2 DALAM USAHA NI. KAU SIBUK POST ENTAHAPEHAPENTAH TTG JEMAAH. MASA KAU TAIP TU BERIBU-RIBU TENGAH BUAT GHAST, BERIBU RIBU TENGAH DENGAR TAKLIM, BERIBU RIBU TENGAH BAGI BAYAN DAN DENGAR BAYAN, BERIBU RIBU TENGAH BAGI NAMA UNTUK KELUAR DAN BERIBU RIBU TENGAH KELUAR BERGERAK KE SELURUH DUNIA. MESTI KAU TAKLEH TIDUR KERISAUAN...HERAN , PELIK N KOMPIUS AKU
DeleteTahniah!!1
Deletedi ucapkan kepada tulisan terbaru anda memperlihatkan sikap sebenar pengikut totok tabligh yang 'indah khabar dari rupa'.Benarlah apa yang telah kami dedahkan sebelum ini bahawa orang tabligh ni PANDAI BERPURA-PURA(HIPOKRIT).
Masa dia buat ghast jumpa orang bukan main zuhud,lembah-lembut ajak orang joint group dia.pepatah melayu kata 'lembut gigi dari gusi'tetapi bila kita dedahkan penipuan mereka,melenting macam orang kena sawan(dengan maaf).
Mana pergi slogan-slogan yang puak anda laung-laungkan selama ini ikut sunnah nabi kunun!!!siap bagi dalil nabi tak marah seorang badwi yang kencing dalam masjid.
Kalau anda kata group anda ikut sunnah nabi tak boleh marah...Nabi sampai peringkat orang kencing masjid pun nabi tak marah tiba-tiba anda yang belum pun kena kencing dah naik angin??
relax la brother....jangan dedahkan sifat mazmummah anda tu...malu orang nampak..
ULAMA HUKUM JEMAAH TABLIGH SESAT BUKAN PASAL KERJA DAKWAH SEPERTI YANG ANDA TULIS TU TAPI IA SOAL AQIDAH.ANDA BUATLAH DAKWAH SAMPAI NAK RAK(KATA ORANG PERAK)TAPI AQIDAH ROSAK SIKIT HABUK PUN TAK BERGUNA DI SISI ALLAH.
BILA DALAM KUBUR NANTI ANDA CHECK AKUAN PAHALA KOSONG(ZERO)PASAL AQIDAH TAK BETUL.POINT TU YANG KAMI KRITIK.
Itu sebab kami suruh anda baca keseluruhan baru tahu hujung pangkal bukan terus melenting.Kami nilai tabligh berdasarkan kitab-kitab ulama-ulama tabligh deobandi wahabi dahulu kala bukan yang zaman sekarang ini.
mengetahui asal usul tu penting supaya tidak mudah ditipu orang....
Kasihan kami kepada karkun seri ni..
Deletedia tuduh kami tulis posting 'entah apa-apa'.dia secara tidak sedar telah menghina,memperlekehkan kitab-kitab maulana mereka sendiri.
Kami ada bagi link kitab abul hasan ali nadwi yang menulis biografi maulana ilyas.
kami ada bagi link kitab Malfoozat maulana ilyas siap scan muka kitab lagi DLL.
ADAKAH KANDUNGAN KITAB-KITAB TERSEBUT ANDA TUDUH SEBAGAI 'ENTAH APA-APA'????
ANDA TELAH MENGHINA TOK GURU ANDA SENDIRI...
TAK MARAH EH...KAN KE SENYUM TU...TULAH ORANG SURUH G SRI PETALING MUZAKARAH TAK NAK...KAN KE DAH TERLALU BANYAK SALAH PAHAM...
DeleteBERULANG KENYATAAN KU BERI, MACAM MANA NAK BACA KESELURUHAN KALAU BARU BACA DAH MENYIMPANG DAKWAAN TU, BACA SETERUSNYA MENYIMPANG, BACA LG MENYIMPANG TERUSKAN LAGI BERSIMPANG SIUR,
AKU MEWAKILI AKU SORANG LAH APA KAITAN DENGAN KARKUN LAIN PULAK JAUH SEKALI MEWAKILI USAHA YG KAU KATA TABLIGH NI...KALAU CAMTU KAU MEWAKILI PAS LAH...DARI APA YANG AKU BACA POSTING KAU...ORANG PAS NI MACAM KAULAH...PATUTLAH ALLAH TAK MENANGKAN PAS, KE SALAH AKIDAH AKU BILA AKU KATA YANG TAK BAGI KEMENANGAN PADA PAS TU ALLAH?
SAPA YANG MELENTING SAPA NI (SALAH SATU SALAH FAHAM YANG TERLALU BANYAK TU)...SEKELUMIT PUN TAK MARAH BRO, AKU TAKKAN MARAH AKU TAKKAN MARAH. U NI SELALU SANGKA BURUK TAK BAIK TAU, U NI ADA BAKAT JADI PEGUAM
BERIBU RIBU LG JEMAAH SEDANG DIBENTUK DAN DIHANTAR KE SELURUH PELUSUK DUNIA...TUAN AZAM INSYAALLAH
kami teringat tulisan karkun fuad akmal yang menulis bahwa dalam tabligh ada pengikut kategori AWAMUNNAS.Anda telah membukti apa yang beliau cakap tu betul.kategori ini banyak terdiri dari manusia yang jahil muraqqab(tak tahu apa-apa)CONTOHNYA ANDA...
ReplyDeleteSebelum ini kami dah berdebat dengan ramai karkun lain antara fuad akmal,Musafir,hambali,Abu nafis dan ramai lagi.Kesemua mereka MENGAKUI kitab Munthakab hadis tu ada kesalahan.karkun Musafir akui adanya Fatwa kafir keatas ulama Deobandi Tabligh,tiba-tiba datang karkun jahil(seri) yang baru setahun jagung kata 'tulisan kami entah apa-apa la,menyimpang la...dll.
daripada pergi Sri Petaling lebih baik pergi masjid As salam,Banyak majlis ilmu yang boleh memberi kefahaman agama yang lebih mantap dan menguatkan iman.
Kat sri petaling mana ada majlis pengajian aqidah,tu sebab anda dan karkun tabligh sefirqah cakap merapu macam puak Jabariyah.
Kami nak anda jawab satu soalan yang mana gagal dijawab oleh karkun yang lain.sebutkan nama kitab,penulisnya,penerbit,tahun cetakan dan link kitab tu JIKA ANDA SEORANG YANG BENAR...
sELAGI ANDA GAGAL MENJAWAB SOALAN MUDAH INI KAMI TIDAK AKAN SIAR KOMEN ANDA YANG MERAPU TU SELEPAS INI.
OH YE LUPA SATU...KAMI BERAZAM UNTUK MENDEDAHKAN LEBIH BANAYK LAGI PENIPUAN TABLIGH DALAM BLOG INI..INSYAALLAH...
JANGAN LUPA YE....
Laa...aduh, aduh org suruh pergi Sri Petaling untuk bermuzakarah dengan ulamak yang buat usaha ni (satu lagi antara kesalahfahaman bila guna media ni)bukan suruh belajar akidah. tak payah dengar bayan, kalau diorang tengah bayan tutup teliga, pejamkan mata tarik nafas dalam dalam. jumpa ulamak kat sana muzakarah face to face bukannya susah sangat kot (jika anda seorang yang benar). aku rasa diorang tak makan orang.
DeleteLaaa...blog ni untuk ulamak je ke...letaklah sign bord...itulah salah satu keburukan bila guna media ni...tak pasal pasal orang jahil, takdak ilmu n bodoh macam aku ni comment...tak pasal pasal ulamak kene bertekak dengan orang macam aku...kang gelap pulak hati
memandangkan blog ni untuk ulamak. aku ni org awam yang jahil...aku mengundur dirilah...aku minta maaf kalau menyinggung perasaan. kalau anda maafkan reply tau. kalau tak susah hati aku.
Sebelum tu nak syor sangat sangat pergilah muzakarah betul-betul, takda guna nak berdebat dalam blog ni, takkan menjadi punya, ulamak tentu lebih faham sebab ilmu tinggi, yang selongkar blog2 ni kebanyakkannya orang awam yg jahil macam aku ni. Ulamak dalam usaha ni takkan tengok blog2 ni, diorang takda masa, satu dunia diorang nak fikir bukan sekarang je, tp sampai kiamat.
dedahlah apa2 yang tuan nak dedah. ribu-ribu jemaah tetap akan bergerak ke seluruh dunia.
Saya Mohoh maaf dari tuan yang budiman
salam,maaf atas kekurangan info yg anta dapat mengenai kegiatan pengajian yang berlangsung di masjid Sri Petaling.
DeleteSecara amnya,kegiatan taklim di yang berlangsung di masjid Sp adalah seperti berikut.Secara tidak formal di bilik kariah masjid dan secara formalnya di Madrasah yang bersebelahan dengan masjid.
Ok,ana ceritakan sedikit info pengajian yg berlaku di sana.
1.Di masjid sesi pengajian di wujud kan pada setiap hari ahad,Isnin,Rabu,khamis dan Jumaat.Kitab2 yang diguna pakai dalam pengajian ini adalah seperti berikut.
a).Pengajian Sirah Rasullullah / Kitab Rahiqul Makhtum.
b).Pengajian Tasauf – Kitab Minhajul Abidin
Pengajian Fiqh – Kitab Sabilal Muhtadi.
C).Pengajian al Quran dan Tajwid
Kitab Jamalul Quran.
d).Pengajian Hadis
Kitab Riadhus Solihin.
e).Pengajian Tafsir Al Quran
Kitab Tafsir.
f).Pengajian Aqidah,kitab Hidayatus Salikin.
juga kitab2 yang lain seperti Matla’al Badrain,Kitab Mustika Hadis.(Ini semua tertakluk kepada ustaz yg mengajar).
ok,bahagian di madrasah pula ialah pengajian berteraskan pengajian Islam iaitu Ulum Quran dan Ulum Hadith.Pengajian di jalan secara pengajian Kutub
Sittah.Pengajian yang bermula dari kitab-kitab asas hingga ke Daurah al-Hadith secara riwayah dan dirayah.
sekian w/a
Sekiranya benar info pengajian ilmu diatas ada di sri petaling maka hasil dari itu akan melahirkan karkun yang:
Delete1; memahami syariat islam secara syumul(lengkap)iaitu mereka mereka akan mengajak kepada kebaikan(ajak orang solat,pergi masjid,dengar majlis ilmu dll) dan mencegah kemungkaran (masjid sri petaling wajib tubuhkan squad cegah mungkar seperti buat rondaan di bukit Ampang-cegah maksiat dalam kereta,membuka kaunter untuk orang ramai buat aduan mungkar yang berlaku di kawasan sekitar dll).
2; hasil daripada majlis ilmu itu akan melahirkan ramai mufti,qadhi dan para ustaz yang mengajar di seluruh masjid malaysia dan bukan hanya berceramah dalam majlis bayan untuk orang tabligh sahaja.
3; hasil dari majlis ilmu itu akan menambahkan pengundi yang akan mengundi parti islam (PAS) pada pilihanraya yang akan datang.
4; hasil dari majlis ilmu itu akan menyebabkan semua blog-blog karkun yang merapu dan banyak mengadungi kesalahan itu di tutup.
Ini adalah sebahagian HASIL yang akan WUJUD bila majlis pengajian ilmu seperti yang didakwa ada di sri petaling.
PERSOALANNYA SEJAK JT SAMPAI KE MALAYSIA TAHUN 70AN YANG LALU HINGGA SEKARANG SUDAH BERAPA ORANG MUFTI YANG DILAHIRKAN OLEH TABLIGH DI MALAYSIA???????
SUDAH BERAPA RAMAI ULAMA FUQAHA YANG DILAHIRKAN OLEH TABLIGH MALAYSIA SEPERTI YANG DILAHIRKAN OLEH AL AZHAR DLL?????
SUDAH BERAPA MAKSIAT YANG DICEGAH OLEH TABLIGH PADA MALAM 31 OGOS DAN SAMBUTAN TAHUN BARU SETIAP TAHUN????
tapi sayang realitinya yang wujud,MASIH RAMAI ORANG TABLIGH YANG MEMULAU PILIHANRAYA,YANG TAK MAHU MENGUNDI PARTI ISLAM,YANG LARI DARI MASJLIS ILMU DI MASJID SETEMPAT DAN BERMACAM LAGI TINGKAH LAKU YANG TAK MENCERMINKAN MEREKA ADALAH ORANG YANG BERILMU.
Salam,terima kasih atas respond atas komentar ana,Inshallah,persoalan anta,ana yang faqir ini jawab satu persatu inshallah.
Delete1.Sebelum anta membuat tuduhan melulu,terlebih dahulu ana nk ajak anta memahami waqi atas persoalan yang di lemparkan.Secara umumnya,ana berpandangan bahawa pengkritik Jemaah Tabligh ,mereka mengkritik JT berasaskan sumber yang terbatas,maka pelbagai andaian mereka lontarkan.Pengajian yang ana terangkan di komentar atas benar,(sila rujuk notis kenyataan yang terpampang di board masjid).Penubuhan skuad rondaan pencegahan maksiat sudah lama bermula,keanggotaannya bermula adalah ahli kariah masjid sendiri.Ok,buat pengetahuan anta,masjid SP adalah di bawah selian JAWI,yang mana Imamnya di berikan elaun oleh JAWI,so mana2 aktiviti yang melibatkan program masjid mestilah melibatkan kelulusan dan keizinan dari pihak JAWI.
2.Tuduhan yang kedua,adalah tidak benar sama sekali,kerana kebanyakan asatizah Madrasah milik masjid SP telah mempunyai jadual mengajar di masjid2 sekitar KL dan Selangor.Anta hendakkan bukti ke?Sebenarnya wawasan Madrasah SP adalah untuk melahirkan mereka alim dalam bidang hadith dan pengajian Islam,sebenarnya,untuk maklumat anta,pengajian di Madrasah Sri Petaling di iktiraf oleh JAKIM,JAWi dan mereka yang berlulusan dr Madrasah Sri Petaling layak mendapat tauliah mengajar dr JAKIM,JAWI dan sebagainya.
Di Madrasah SP juga inshallah,akan berlangsung kelas pengajian Takashuss fill hadith dan Takashuss fiqh 4 mazhab (tarjih Fiqh Syafie ) yang akan di jalankan tidak lama lagi.(mohon doa dari enta,semoga Allah mudahkan urusan madrasah ini),satu2nya madrasah di Malaysia yang akan menyediakan program takashuss sedemikian.Sebenarnya,kebanyakan tenga pengajar bagi kelas2 ini sedang menyambung pelajaran mereka,diantaranya ialah di (Yaman,Mesir,Saudi Arabia,Jordan,Pakistan dan South Africa).Inshallah mereka ini di jangka pulang dalam masa yang terdekat bagi memulakan kelas pengajian ini.Maka inshallah ,tidak lama lagi,ramai ulama2 akabir ,mufti2 dan qadhi2 akan di keluarkan.Sistem ini hamper sama dengan hampir sama dengan sistem pengajian hadith dan takashuss di benua India, Pakistan dan Bangladesh.(sekali ,ana mohon doa dari anta atas perkara kebaikan ini).
3.Berkaitan undian ini,tidak ada kalam pun dari masyaikh2 dakwah tentang larangan mengundi bagi karkun.Perkara ini anta kena jelas,kena faham fiqh dakwah sesuatu Jemaah.Setiap Jemaah Islam ada fiqh dakwah masing2,rasanya anta jelas kot.
4.Blog2 karkun itu,kalo benar,mereka bersalah,mereka yang menanggungnya,
5.Persoalan2 lain itu telah pun terjawab rasa ana,nasihat ana,cubalah memahami kaedah dakwah sesuatu Jemaah Islam itu,pas berdakwah dengan undiannya,JT dengan amalan khurujnya,tidak bolehkah kita mencari titik persamaan antara satu sama lain.Masing2 jemaah adalah ijtihad dari ulama2 masing.Ijtihad mereka bukan dengan landasan nafsu,tetapi dengan nas yang sahih dari Al-Quran dan Hadith baginda saw.
Suka ana beritahu pada anta bahawa,tabligh di masa di zaman 70-80 an adalah tidak sama tabligh di zaman sekarang.Kalo dulu,kebanyakan mereka yg mengikuti tabligh adalah orang awam,tetapi Alhamdulillah,berkat kesabaran mereka(awamunnas ini),mereka telah menyediakan zuriat2 mereka sebagai ulama2 dan tidak lama lagi mereka (ulama2,syiekhul hadith dan qadhi2 dan mufti2) sebagai peneraju jemaah dakwah tabligh di Malaysia.Mohon di doakan ye syeikh.
Wallahu musta’an, Innallaha Ghofururrohim.
Boleh nyatakan kuliah ilmu itu berapa kali dalam seminggu dan hari apa?
Deletesalam,kuliah bermula pada setiap minggu,hari ahad,isnin,selasa,khamis dan jumaat,lepas maghrib,bertempat di bilik kariah masjid.
ReplyDeleteKuliah wanita/muslimat di rumah muslimat yang di mesyuaratkan oleh Jawatankuasa masjid.
Buat pengetahuan anta,sebenarnya,ramai para asatizah madrasah ini di jemput dalam pelbagai program,seperti program sama' hadith oleh INHAD kuis..program rehlah Habib Umar dan sebagainya lagi.
kami di fahamkan kuliah yang anda nyatakan itu adalah untuk orang awam atau anak qariah di situ.Hari kuliah tersebut adalah AHAD,ISNIN,RABU,KHAMIS DAN JUMAAT.
DeleteSemua kuliah itu bukan dikhususkan kepada karkun tabligh sebaliknya hanyalah amalan biasa di semua masjid di Malaysia.
Kenapa kuliah tersebut tidak diadakan pada hari Sabtu??
SEBAB HARI ITU ADALAH KHUSUS UNTUK JEMAAH TABLIGH DARI BERBAGAI TEMPAT DATANG UNTUK PROGRAM MINGGUAN.BUKTINYA CATATAN PENGALAMAN TUAN BLOG INI:
http://ujangchengkau.blogspot.com/2012/09/jumaah-tabligh-saya-menyenangi-mereka.html
INI MENJADI BUKTI BAHAWA SEMUA KULIAH ITU BUKAN SATU KEWAJIPAN KARKUN TABLIGH MENGHADIRINYA.PROGRAM YANG MEREKA AGUNGKAN MASIH BERKISAR KEPADA APA YANG TELAH KAMI PAPARKAN SEBELUM INI DI BAWAH TAJUK 'tabligh:satu penilaian semual'.
Kalau begitu,macamana tabligh mampu lahirkan mufti,ulama ,qadhi dll sekiranya kuliah ilmu hanya di buat sambil lewa sahaja?????
anda tulis:
"Kuliah wanita/muslimat di rumah muslimat yang di mesyuaratkan oleh Jawatankuasa masjid."
kami jawab:
anda cuba menipu???
bukan semua kuliah muslimat disampaikan oleh ustazah.3 daripada 5 kuliah itu di sampaikan oleh ustaz.bermakna ayat "dirumah muslimat" itu ada syubahat...
salam,maaf,saya terkeliru antara hari selasa dan hari rabu,sebab salah salah satu daripada malam itu ada malam mesyuarat masjid Sri Petaling,so,jika malam tiada mesyuarat,maka kuliah ada di buat pd malam itu.sekian.
DeleteKuliah itu bukan di khusus kepada sapa2,tetapi ianya bersifat umum,sesiapa sahaja boleh duduk,tabligh x tabligh.
Ye,hari sabtu adalah hari markaz tabligh,jadi proram masjid lebih terfokus kepada program di situ,rasanya ia pemandangan biasa kerana,kebanyakan masjid di malaysia pun kuliah pengajian mereka tidak penuh selama 7 hari berturut2..
Anta jgn menilai mereka yang terlibat dgn tabligh ini jahil,bukan semua org tabligh terdiri kalngan org awam.ni tidak anta main sapu semua tabligh ni jahil...tidak benar tu??
Anta tidak faham ke?? program di madrasah dengan di masjid lain???
program wanita kebanyakan di ajar oleh ustazah,tetapi kalo kitab fiqh darah,ianya di ajar oleh ustaz.
kebnyakan program wanita/muslimat adalah di rumah.
Ramai orang bila dikatakan jahil maka dia di anggap hanya tak tahu bab agama lalu setelah mengaji beberapa tahun,dia merasakan TIDAK JAHIL LAGI atau bahasa lainnya menjadi orang alim yang berilmu.
DeleteSebenarnya ia satu kefahaman yang salah.Kesemua orang boleh di tergolong sebagai orang jahil belaka walaupun dia ada PHD taraf doktor,profesor,cendikiawan dll.
Seorang doktor A pakar dalam bidang pembedahan tetapi dia JAHIL(tidak tahu) dalam bidang guaman.Seorang peguam kanan pakar dalam bab undang-undang tetapi dia JAHIL dalam bidang engineering dll.
kesimpulannya jangan anda merasakan sudah ada pengajian ilmu itu menunjukkan orang tabligh berilmu belaka.TAK SEMESTINYA BEGITU.
Nak ukur seseorang itu berilmu(faham agama) atau tidak bukan kerana banyaknya majlis ilmu di masjid/surau tetapi adakah dia beramal dengan ilmu itu.
Contohnya orang tabligh macam anda yang menghentam sistem demokrasi itu sebagai haram(secara qati'e)adalah bukti anda tak faham islam (jahil) walaupun anda masih duduk dalam majlis ilmu.
Kalau orang berilmu DIA TIDAK AKAN KATA DEMOKRASI ITU HARAM SECARA QATI'E ini kerana tidak ada Nas baik al quran atau hadith yang kata ia HARAM!!!
Nak tahu sesuatu perkara itu qati'e atau tidak lihat kepada pandangan para ulama.KALAU ADA KHILAF MAKA IA BUKAN QATI'E SEBAB TIDAK AKAN BERLAKU KHILAF DALAM PERKARA QATI'E.
Contoh perkara qati'e ialah bilangan rakaat dalam solat,hukum hudud dll.Lawan kepada qati'e ialah zanni.Iaitu hukum yang boleh berubah mengikut zaman ,masa dan tempat.Contohnya hukum berdakwah para ulama khilaf antara fardhu ain dan fardhu kifayah.
Jadi isu jahil merupakan isu yang melibatkan semua orang dan dalam berbagai bidang.Istilah ALIM KHUSUS kepada bab agama sebaliknya istilah berilmu ia merangkumi hal dunia dan akhirat sebagaimana hadith ini:
“Barang siapa yang menginginkan(berjaya) kehidupan dunia, hendaklah dengan ilmu. Siapa yang ingin (berjaya) kehidupan akhirat dengan ilmu. Dan siapa yang menginginkan keduanya (dunia & akhirat) juga dengan ilmu” [HR Bukhari & Muslim]
salam,anta nie lucu,spin sana,spin sini...
Deletex mengapa lah,bila pulok masyaikh tabligh kata demokrasi itu haram.yang kata demokrasi itu haram adalah wahabi.
setahu ana,tiada lagi yg keluar dr masyaikh tabligh yang mengatakan bahawa demokrasi itu haram secara qatie.
Kepandaian bukan di ukur atas sijil dan kelulusan,kepandaian dalam perkaara agama adalah sejauh mana seseorang itu dapat memupuk ketaqwaan kepada Allah swt.
Dalam parti politik tertentu juga,banyak perkara yang tidak jelas,soal aspek tarbiah ahlinya,berapa banyak ahli dalam parti politik tertentu yg jahil dan tidak beramal dengan agama.(ana ada bukti).
So,masing2 ada kelemahan dan kekurangan,tidak boleh kah kita tolong menolong atas perkara kebaikan,atau pun anta hendak teruskan perbalahan ini.
Pada kita berbalah mengenai perkara ini,lebih baik kita berbahas mengenai ancaman wahabi dan syiah kian menular dlm masyarakat kita.Mereka mudah menyerap dalam masyarakat kita hatta dalam parti politik tertentu mereka sudah menyerap masuk.sebenarnya ini yang perlu di fokuskan.
Cuba la anta faham yang mana yg aulawiyyat.
anda yang tulis dalam komen di blog anda:
DeleteFuad AkmalJuly 21, 2012 12:32 AM
Demokrasi hanya pada perkara yang tidak ada nas dalam Quran. Kalau berkaitan hukum syariat HARAM ikut demokrasi dan tinggalkan nas.
http://wirapendang.blogspot.com/2011/01/siapakah-pemerintah-bagi-umat-islam.html
para ulama kata yang paling AULIWIYAT ketika ini ialah menumbangkan kerajaan yang zalim dengan mengundi dalam pilihanraya untuk parti islam yang nak tegak negara islam.
MAKNANYA KERJA YANG PALING UTAMA SEKARANG INI MENYEDARKAN UMAT MANUSIA AKAN DOSA MENYOKONG KERAJAAN ZALIM DAN MEMBERI KEFAHAMAN ISLAM DALAM BAB POLITIK KEPADA UMAT ISLAM.INI BERDASARKAN HADITH:
"Ikatan islam pasti akan terungkai satu demi satu. Setiap kali satu ikatan terungkai, orang ramai akan berpaut pula dengan ikatan berikutnya. Maka ikatan yang mula-mula terungkai adalah pemerintahan dan yang terakhir adalah solat"
NAH !!berdasarkan hadth di atas jemaah mana yang buat kerja paling aulawiyat??
Pas ajak kepada pemerintahan islam sebaliknya tabligh ajak hal yang tak aulawiyat(last sekali)
salam,tidak salah demokrasi,tetapi yg menyebabkan ianya haram adalah menyebabkan syariat terabai,pergaduhan sesama Islam,cacian dan cara yg haram di gunakan untuk memenangi pilihan raya tersebut.Maka apabila berlaku sedemikian,ianya bertukar kepada haram.
Deletedalam artikel yg ana tulis tersebut,ana cuba menerangkan siapakah pemerintah Islam dari kaca ulama2 ASWJ kurun lampau.Tetapi apabila kita bercakap mengenai demokrasi,ana menjadi ulama sekarang sebagai rujukan.
Tabligh dan PAS tiada bezanya,sebenarnya dalam tabligh itu,mendirikan suasana yang kondusif itu di titik beratkan,mengwujudkan masyarakat yg pemaaf,memahami ilmu agama,membasmi kejahilan adalah perkara yang tabligh sedang usahakan.
Tetapi bagi jemaah lain,mereka terlalu cepat sehingga kehendak untuk mendirikan suasana yang kondusif sedikit terabai.
Anta setujukah sekiranya,ana katakan bahawa Pemimpin zalim itu asalnya dari masyarakat yang zalim,dan pemimpin baik itu datangnya dari masyarakat yg baik.
Bersesuainya dengan firman Allah
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (al-A’raaf, 7: 96).
Jadi ulama tabligh berijtihad bahawa,apabila masyarakat Islam mengamal 100% amalan agama dalam sesebuah masyarakat,maka inshallah,akan keluar dari masyarakat ini pemimpin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.
sebab itu walaupun,kita mengguna demokrasi sebagai wasilah,akan tetapi jika para pengundi yang beramal dengan amalan agama 100% ini akan memilih pemimpin dan parti politik yang membolehkan Islam bertapak di bumi Alalh ini.
Tetapi realitinya pada hari ini,kebanyakan pengundi di sogok dengan pelbagai manifesto(ana tiada masalah dalam perkara ini) ,namun jika sesuatu parti itu gagal melaksanakan manifesto tersebut,maka pengundi ini akan lari tidak mengundi lagi parti tersebut.
Perjuangan kita sekarang adalah untuk mengwujudkan pengundi yang beriman dan bertaqwa kepda Allah swt dan tidak berharap kepada sebarang ganjaran duniawi yang bersifat sementara ini.w/a.
Kenapa anda nak putar belit cerita ni....
Deletemula-mula anda kata:"Demokrasi hanya pada perkara yang tidak ada nas dalam Quran"
lepas tu konar 360 darjah dengan ayat "Kalau berkaitan hukum syariat HARAM ikut demokrasi dan tinggalkan nas."
Kami rasa anda sebenarnya masih JAHIL AKAN MAKNA ATAU TAKRIF DEMOKRASI.
Mari kita jelaskan dahulu makna demokrasi mengikut acuan barat adalah berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘Demos’ dan ‘Kratos’. ‘Demos’ bermaksud pemerintahan manakala ‘Kratos’ bermaksud rakyat. Maknanya Pemerintahan Rakyat.
Abaraham Lincoln menjelaskan lagi maksud demokrasi iaitu “Dari manusia, oleh manusia, dan untuk manusia”.
Manakala demokrasi menurut acuan islam ialah seperti yang di nukilkan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi di dalam kitab Ad-Din Wa As-Siyasah :
“Yang kita maksudkan dengan demokrasi (yang diterima dalam Islam) ialah dari sudut politiknya iaitu intipati demokrasi ialah rakyat memilih pemerintah yang akan mentadbir urusan negara. Maka ini sebagaimana yang ditekankan oleh Islam melalui konsep syura dan bai’ah. Hal ini demikian kerana Islam menolak dan mencela sistem pemerintahan firaun dan diktator. Dan sesungguhnya Allah bersama-sama dengan jemaah. Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda kepada Abu Bakar dan Umar : {Sekiranya kamu berdua bersepakat dalam satu pandangan, maka aku tidak akan bertentangan dengan kamu}(Riwayat Imam Ahmad no 17994) Hadis ini menjadi dalil bahawa Nabi SAW memperakui akan suara majoriti.”
Mufti Mesir, Syeikh Ali Jumaah dalam kitab Al-Bayan Lima Yashghulu Al-Azhan menyebutkan bahawa :
“Apabila kita menyebut akan demokrasi yang dikehendaki, bukanlah bermaksud kuasa rakyat menggantikan kuasa Allah. Demokrasi yang diterima di negara-negara Islam ialah dari konteks meletakkan dasar dari sudut politik untuk memilih pemerintah, konsep syura, nasihat, amar makruf nahi mungkar dan menentang kezaliman. Dengan erti kata lain, demokrasi yang diterima ialah ia sebagai wasilah atau cara dalam mencapai satu taraf hidup yang lebih baik dan terjaga kehormatan (dengan cara memilih pemimpin yang adil). Justeru, tidak menjadi masalah menggunakan istilah barat seperti ‘demokrasi’ kerana hukum bukan dilihat pada sesuatu nama akan tetapi dilihat kepada intipati sesuatu tersebut.”
kesimpulannya demokrasi ialah kaedah memilih kerajaan melalui sistem pilihanraya.
anda tulis:
"Perjuangan kita sekarang adalah untuk mengwujudkan pengundi yang beriman dan bertaqwa kepda Allah swt dan tidak berharap kepada sebarang ganjaran duniawi yang bersifat sementara ini."
kami jawab:
ayat "perjuangan kita" hendaklah di tukar kepada "perjuangan jemaah tabligh sahaja" sebabnya di Malaysia ada berbilang bangsa dan agama.PAS TIDAK MELIHAT KEPERLUAN PERLU MENGISLAMKAN SEMUA MANUSIA KAT MALAYSIA BARU BOLEH TEGAK NEGARA ISLAM.
KAT MANA SEDARA BELAJAR KENA UJUDKAN PENGUNDI BERIMAN DULU BARU BOLEH UJUD NEGARA ISLAM?? Lupakah anda kenapa dr nasoha (mantan syura tabligh) di pecat adalah kerana berdakwah kepada orang kafir.kalau niat anda nak ujudkan dahulu pengundi yang beriman dan bertaqwa,kemana anda nak campak pengundi dari agama buddha,hindu,kritian dll.adakah anda nak ikut jejak langkah Dr Nasoha???
ANDA TELAH MENONJOLKAN KEJAHILAN SENDIRI APABILA MENULIS BEGITU.TIDAK TAHUKAH ANDA KETIKA RASUL SAW MENUBUHKAN NEGARA ISLAM DI MADINAH MASIH ADA LAGI ORANG YAHUDI,MUNAFIK DAN MUSYRIKIN(KAFIR)??
salam,ana maksudkan begini " demokrasi sekarang adalah haram dilaksanakan kalo ia merugikan Islam. Ertinya Islam kalo Islam menjadi lemah kerana perkara bathil mendapat ruang yang luas untuk diwujudkan.
DeleteLupakah anda bahawa di zaman Nabi saw dan zaman para sahabat r.hum,bagaimana corak masyarakat mereka,adakah masyarakat mereka sama mcm keadaan masyarakat kita pada hari ini.
Ana tetap bertegas bahawa perlu di wujudkan pengundi yang beriman dan beramal dengan amalan yang sahih kerana,ini ialah soal aqidah.Apabila penduduknya beramal dengan agama,maka penduduk tersebut tidak akan memilih pemimpin yang zalim sebagai pemimpinnya.(anta faham ke nie).
Contoh,jika satu jemaah terdapat pengikut syiah,xkan pengikut syiah ini tidak mengundi pemimpin syiah mereka sebagai sebagai pemimpin mereka,xkan mereka sanggup untuk duduk di bawah pemimpin aswj.
Dr Nasoha masih lagi syura Jemaah Dakwah,dalam usaha dakwah ,tiada istilah pecat memecat,ini sudah jelas dan anta perlu faham situasi ini.
sekarang baru ana benar2 faham,sebab dalam parti2 politik lemah unsur tarbiah rupanya.....
anda tulis:
ReplyDelete" demokrasi sekarang adalah haram dilaksanakan kalo ia merugikan Islam."
kami jawab:
satu pandangan peribadi yang tidak berpijak di bumi.Sejak PAS 'bertahaluf siyasi' dengan DAP dan PKR,telah membuka mata non muslim akan kebaikan dan keadilan islam.Bukti jelas ialah ketika demontrasi isu 'penghinaan ke atas Nabi saw' di kedutaan US yang lalu.Penyertaan Non muslim dalam demo tersebut memeranjatkan banyak pihak yang sebelum ini tidak pernah berlaku sejak 50 tahun yang lalu.
UMNO itu sendiri yang meletakkan islam di tempat yang rendah BUKAN sistem demokrasi.Perkara bathil tak mengenal sistem demokrasi,diktator,monarki dll.Ia akan sentiasa wujud selagi manusia dan syaitan hidup di bumi ini.Contoh pembunuhan(bathil) yang pertama dalam sejarah manusia berlaku ketika sistem demokrasi belum wujud lagi.
Hujjah anda sangatlah dangkal.Demokrasi itu umpama pisau.ia menjadi baik bila di gunakan untuk sembelihan korban,potong sayur dll tetapi akan jadi bathil bila di gunakan untuk membunuh orang lain,mencederakan,merompak dll.
Kami nasihatkan anda belajar dahulu Fiqh al-waqi'sebelum nak keluar pendapat tentang siyasah politik.Tidak timbul isu syiah atau lainnya kerana Nabi pernah bersabda mafhumnya:
“Sesungguhnya tidak akan masuk surga kecuali jiwa yang muslim. Namun boleh jadi Allah akan menolong agama ini melalui orang yang fajir (bermaksiat).” (HR Al Bukhari dan Muslim)
Kesimpulannya Allah MAHA MENGETAHUI BAHAWA DI AKHIR ZAMAN ORANG BAIK DAN SOLEH AKAN SEMAKIN BERKURANG(berdasar hadith akhir zaman)maka Allah takdirkan islam itu akan dibantu oleh orang yang jahat bahkan kafir.BUKTINYA SANGAT JELAS BILA DALAM KES TERBARU DI GHAZA PALESTINE BILA PEMAIN BOLA SEPAK CRISTIAN RONALDO SANGGUP MELELONG KASUT EMASNYA AGAR DAPAT DIDERMAKAN KEPADA UMAT ISLAM DI GAZA.BEGITU JUGA DI NEGARA KITA.SIAPA TAK KENAL FAIZAL TAHIR YANG AKAN MELELONG ANUGERAH YANG PERNAH DI MENANGINYA UNTUK DI DERMAKAN DI TEMPAT YANG SAMA.
Ini adalah antara kejayaan jemaah haraki islamiyah di seluruh dunia yang gigih menzahirkan pejuangan islam di mata dunia sehingga melahir rasa simpati non muslim.
Salam,
ReplyDeletesorry menyampuk.
Tuan Jundullah,selamat jumpa kembali.
Saya nak tanya beberapa soalan kat sini, kalau tuan tak kisah.
Tuan kata Madrasah aliran Deobandi ni sesat dan menyesatkan. Kalau gitu,
1. Macamana status kedudukan TG Maulana Nik Abdul Aziz yg belajar di Deoband India (1957) dan kemudiannya belajar tafsir di Pakistan tahun 1957(yang saya rasa adalah Madrasah cawangan Deoband)? Adakah Tuan Guru pun sesat dan menyesatkan juga?
2. Bagaimana pulak ratusan alim ulama' PAS yang belajar di Madrasah Deoband dan cawangan-cawangannya di India & Pakistan? Adakah mereka semua sesat dan menyesatkan?
3. Mengapa pulak masih ramai orang2 PAS menghantar anak2 belajar di Madrasah aliran Deoband kalau diorang tahu Deoband ni sesat?
4. kalau Deoband ni sesat, mengapa ramai alim ulama' tradisionalis ahlussunnah yang lain mengiktiraf, memuji dan mempertahankan aliran Deoband? seperti Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, Maulana Abul Hasan Ali Nadwi, Habib Umar, Habib Ali Jufri, Syaikh Sayyid Muhammad Ali al-Maliki al-Makki dan ratusan yang lainnya?
Saja nak menyampuk tgh boring2 ni hehe.. jawab jgn tak jawab ye :-)
Sebenarnya soalan ini telahdijawab pada posting yg yg lama.anda boleh mencarinya kalau rajin.buat masa kami agak sibuk sikit tak sempat nak ulas.
Deletesalam,ana cadangkan cuba buka kitab ini "mafahim yajib an tusahhah"....oleh Abuya Alwi al Maliki...
DeleteKitab itu lebih menjawab isu puak wahabi yang mudah hukum kafir kpd perkara furuk spt tahlil,baca yassin mlm jumaat DLL.
DeleteSebaliknya isu ideologi yg dianuti oleh tokoh deobandi dan di sebarkan oleh jemaah tabligh adalah isu pokok,dasar@aqidah.kami dah bagi link kitab2 mereka yg mengandungi penghinaan mereka kpd ALLAH Dan Rasul,Lagi pula yg hukum mereka adalah para ulama ASWJ yg hidup sezaman dgn mereka.
Jadi tak timbul isu 'hukum terburu-buru'.kesimpulannya kitab itu adalah menjawab puak wahabi yg melampau shj.