Thursday, 31 May 2012

MENGENALI GERAKAN ISLAM SEDUNIA



Perjuangan harakah Islamiah (gerakan Islam) adalah mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w. Sejak kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w, perjuangan Islam diwarisi oleh pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin, kemudian diteruskan oleh pemerintahan khilafah-khilafah lainnya.

Selepas kejatuhan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah tanggal 03 Mac 1924 hasil pengkhianatan Musatafa Kamal Attaturk dengan bantuan dari pelbagai negara-negara Barat , maka muncullah satu demi satu gerakan Islam di beberapa buah negara khasnya negara-negara yang pernah menjadi wilayah pemerintahan Uthmaniyyah. Dengan berbekalkan satu matlamat yang sangat besar iaitu untuk mengembalikan semula sistem khilafah ini yang telah mengangkat darjat serta kemuliaan ummah , maka beberapa individu dikalangan ulama’-ulama’ yang sedar memulakan langkah kearah pembentukan semula rasa cinta terhadap agama di kalangan ummat Islam yang telah diserang badai jahiliyah Sekular yang sangat dahsyat.

Berikut adalah beberapa Harakah Islamiah yang ditubuhkan selepas kejatuhan Khilafah :

1924 –
Nama : Jama’ah An-Nur
Pengasas : Sheikh Bediuzzaman Said An-Nursi.
Tahun / Tarikh : 1924 ( selepas kejatuhan Khilafah )
Negara : Turki.·
Bertahan selama 9 bulan sahaja dan diharamkan.

1928 –
Nama : Ikhwanul Muslimin
Pengasas : As-Syahid Imam Hasan Al-Banna.
Tahun / Tarikh : 1928
Tempat : Ismailiyah.
Negara : Mesir.
Rangkaian : Jordan, Syria, Lubnan, Sudan, Afrika Utara, Iraq dan lain-lain.

1941 -
Nama : Jama’ah Islami
Pengasas : Sayyid Abul A’la Al-Maududi
Tahun / Tarikh : 26 Ogos 1941
Tempat : Lahore
Negara : Pakistan
Rangkaian : Benua India – Sri Lanka, Bangladesh, Afganistan, India
( 1947 – Syah Waliyullah Ad-Dahlawi ).

1944 -
Nama : Parti Al-Ummah
Pengasas : Sadiq Al-Mahdi
Tahun / Tarikh : 1944
Tempat : Khartoum
Negara : Sudan·
Sekarang Ikhwanul Muslimin – Dr.Hasan Turabi.

1945 -
Nama : Majlis Syura Muslimin ( Masyumi )
Pengasas : Haji Mohammad Natsir ( Pak Natsir )
Tahun / Tarikh : 08 November 1945
Tempat : Yogjakarta
Negara : Indonesia
Diharamkan : 17 Ogos 1960

1947 -
Nama : Al-Jamahir Syabiyah
Pengasas : Ust Muhammad Mahmud As-Sawaf
Tahun / Tarikh : 1947
Tempat : Baghdad
Negara : Iraq
Diharamkan : 1952·
Sekarang Ikhwanul Muslimin

1948 -
Nama : Hizbul Muslimin
Pengasas : Ust Hj Abu Bakar Al-Baqir
Tahun / Tarikh : 14 Mac 1948
Tempat : Gunung Semanggol, Perak Darul Ridzuan
Negara : Malaysia
Diharamkan : Jun 1948

1951 -
Nama : Parti Islam Se-Malaysia ( PAS )
Pengasas / Pimpinan : Haji Ahmad Fuad
Tahun / Tarikh : 24 November 1951
Tempat : Bagan Tuan Kecil, Pulau Pinang
Negara : Malaysia
Mempunyai kuasa memerintah secara majoriti di 2 negeri
iaitu Kelantan (sejak 1990) dan Kedah (sejak Mac 2008)

1987 -
Nama : Harakatul Muqawwamatil Islamiah ( HAMAS )
Pengasas : As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin
Tahun / Tarikh : 08 Disember 1987
Tempat : Ghazzah ( Gaza )
Negara : Palestin·
Lanjutan dari Ikhwanul Muslimin Palestin – 1948

1989 -
Nama : Front Islamic Salvation ( FIS )
Pengasas / Pimpinan : Prof Abbas Madani dan Sheikh Ali Benhaj
Tahun / Tarikh : 18 Februari 1949
Negara : Algeria
Diharamkan : 09 Februari 1992

1998 -
Nama : Partai Keadilan Sejahtera ( PKS )
Pengasas / Pimpinan : Dr.Ir Nurmahmudi Ismail dan Dr.Hidayat Nurwahid
Tahun / Tarikh : 20 Julai 1998
Tempat : Jakarta
Negara : Indonesia

2001 -
Nama : Parti Keadilan & Pembangunan Turki ( AK Party )
Pengasas / Pimpinan : Recep Tayyip Erdogan
Tahun / Tarikh : 14 Ogos 2001
Negara : Turki·
Lanjutan dari Parti Refah – Prof Nejmuddin Erbakan·
Lanjutan dari Parti Milli Salamat.

Masyarakat Islam di Malaysia sewajarnya bersyukur kerana negara kita dikurniakan satu wadah perjuangan Islam yang jelas. Keberadaan Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi dan seluruh ulama di seluruh pelusuk negara ini mudah-mudahan  menjadi penyelamat umat menerusi dakwah dan perjuangan mereka..

Mudah-mudahan negara kita diberi kemenangan dan ditadbir oleh Gerakan Islam ! ALLAHU AKBAR..!!!
Artikel ini penulis perolehi dari blog seorang sahabat :

PERSOALAN HADIS GHUROBA....bhg akhir


Sidang pembaca yang di rahmati Allah

Saya suka untuk menyambung perbahasan dengan mengajak sidang pembaca memahami hadith tersebut dalam kontek semasa dan berpijak kepada realiti.Apa yang perlu kita tahu ialah untuk memahami hadith tersebut secara benar adalah harus kita kumpul atau gandingkan dengan hadith-hadith lain yang seerti  atau yang duduk dalam bab yang sama kerana para ulama silam dalam mengeluarkan sesuatu hukum@fatwa ,mereka tidak semata-mata berpada dengan satu/dua hadith sahaja tetapi mereka akan mengumpul kesemua hadith yang berkaitan lalu di kaji dan di istinbatkan hukum setelah meneliti dari segenap sudut dan kaedah lainnya.

Kita ambil contoh dalam isu bid’ah yang di ‘panaskan’ oleh golongan Wahabi satu ketika dahulu  yang memahami hadith tersebut dengan kaedah yang salah.Dan isu tersebut akhirnya reda setelah bangkit para ulama ASWJ menulis buku dan menyampai ceramah-ceramah samada di mimbar-mimbar masjid,internet dan medium lainnya.Ulama kontemperari yang tersohor dalam isu ini ialah Dr Said  Ramadhan al Buthi.

Antara hadith yang perlu kita fahami bersama dengan hadith Ghuroba  itu ialah:
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

وتفترق أمتي على ثلاث وسبعين ملة كلهم في النار إلا ملة واحدة قالوا ومن هي يا رسول الله قال ما أنا عليه وأصحابي

Dan akan terpecah umatku menjadi 73 aliran (puak), semua mereka masuk neraka kecuali satu aliran. Para sahabat bertanya: Siapakah aliran itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan para sahabatku. (Hadis Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad dan lain-lain.

Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata : "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umur nya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnah ku dan sunnah para Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-Khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat".
H.R. ABU DAUD DAN TIRMIZI

Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw), beliau berkata :" (pada suatu hari) Rasulullah saw masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung ibu jari dan hujung jari sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya :"Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi saw bersabda :"Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak". H.R. BUKHARI MUSLIM

Daripada Abdullah bin Amr bin ash' ra berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :" Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai peminpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." H.R. MUSLIM

Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :" Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya, " "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, " Siapa lagi kalau bukan mereka".H.R. MUSLIM

Dan puluhan hadith lain yang seumpama dengannya.Setelah kita mengetahui matan hadith dan tafsiran serta perbahasan para ulama akan hadith tersebut,barulah boleh dibuat kesimpulan dalam kontek semasa zaman kini.

Kita tidak boleh hanya merujuk kepada teks-teks lama para ulama silam semata kerana istilah-istilah baru yang di guna pakai zaman kini tidak wujud pada masa lalu khusus dalam bab kewangan(muamalat).Oleh itu dalam memahami semua hadith di atas terlebih dahulu kita kena mahir dengan penggunaan istilah zaman kini dan masalah teknikal yang lain.

Para ulama telah pun menggariskan panduan asas untuk memahami kepelbagaian istilah tersebut dengan memperkenalkan ILMU KAEDAH USUL FIQH DAN MAQASID SYARI’AH.

Oleh itu sebagai kesimpulan untuk memahami hadith ghuroba maka perlu kita pelajari dan fahami 2 ilmu tersebut agar kefahaman generasi  ghuroba  itu dapat  dapat di kesan di zaman akhir ini.

Wallahu’alam

Wednesday, 30 May 2012

PERSOALAN HADIS GHUROBA....bhg 1



Siapakah golongan ghuroba…?

Sesungguhnya Islam dimulai dengan keterasingan dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka beruntunglah orang-orang yang asing (al-ghuroba)” (HR. Muslim).


Dalam riwayat lain disebutkan, al-ghuroba adalah orang-orang yang berbuat kebajikan ketika manusia rusak. Rasulullah bersabda: Beruntunglah orang-orang yang asing. Ditanya Rasulullah, siapakah Al-Ghuroba itu ? Beliau menjawab: Orang-orang shalih di antara banyaknya orang-orang yang buruk, orang yang menyelisihi mereka lebih banyak daripada mentaatinya (Hadits Shahih).


Mutakhir ini ramai golongan yang mengklimkan diri sebagai jemaah islam dan dalam masa yang sama mengwar-warkan sebagai ghuroba dengan hujjah-hujjah yang agak longgar dan rapuh.Hanya kerana jemaah mereka melakukan amalan yang tidak di lakukan oleh jemaah yang lain lalu dengan perasaan bangga menyangka merekalah golongan ghuroba itu.


Saya secara peribadi mengajak kita semua untuk memahami hakikat sebenarnya pengertian ghuroba itu supaya kekeliruan dapat hapuskan dalam benak fikiran sebahagian umat islam.
Secara umumnya Ghuroba adalah mereka yang tidak ikut arus kesesatan. Mereka tetap amanah ketika sekelilingnya khianat. Mereka jujur dan tidak korup ketika di sekelilingnya pendusta dan korup. Mereka tetap idealis berdasarkan Syariat ketika yang lain terseret pragmatisme dan hedonisme duniawi.


Di tengah masyarakat yang kurang mengenal dan memahami Islam, terlebih sama sekali tidak mengenal dan mengamalkan Islam, maka orang yang mengamalkan Islam pastinya dianggap asing atau aneh. Namun, bukan semata dari segi penampilan, tapi lebih kepada cara berfikir dan bersikap.


Sebagai contoh dalam kontek negara kita kerajaan UMNO telah memperkenalkan berbagai amanah saham (ASN,ASB,ASW,ASD) dan 1001 macam lagi.Begitu juga menyimpan,membuat loan rumah,kenderaan,peribadi dll memilih bank konvensional dengan alasan ”bank islam sama je amalkan riba juga tapi ditutup dengan istilah arab”,”bank islam mahal sangat” dan 1001 macam lagi alasan.


Dalam bidang insuran pun begitu juga,lebih rela memilih yang tidak islamic(non Takaful) dengan alasan murah dan senang dapat claim.
Sedangkan hukum asal kepada semua amanah saham yang diperkenalkan itu telah di fatwakan HARAM oleh jabatan mufti Selangor (al Marhum Datuk Ishak Baharom) beberapa tahun selepas ia di perkenalkan pada 22 Mei 1979(boleh rujuk website zaharudin.net) bahkan beliau juga meragui fatwa terbaru yang mengharuskan itu.


Begitu juga dalam kontek pemakanan makanan JUNK FOOD(baca MC D,KFC,Burger King dll)yang telah di ketahui umum adalah produk musuh islam(yahudi & kristian) untuk merosakkan umat manusia khususnya orang islam dengan kandungan bahan kimia yang tinggi.


Berbalik kepada persoalan Ghuroba...apa kena mengena dengan contoh-contoh yang saya tulis di atas??


Kepada yang tidak mengerti (kefahaman islam yang cetek)tidak akan nampak kaitan hal tersebut.Sebaliknya bagi mereka yang di beri taufik oleh ALLAH mengakui hakikat tersebut mempunyai pertalian dengan erti ghuroba.


Untuk memudahkan faham bolehlah dikatakan orang yang tidak melabur dalam semua amanah saham tersebut adalah GHUROBA.
Orang islam yang tidak mahu@enggan membuat pelbagai loan dengan bank konvensional adalah GHUROBA dan mematuhi fatwa ijtimak ulama fiqh sedunia bahawa perbankan islam adalah halal walaupun nampak mahal.


Orang islam yang enggan makan pelbagai JUNK FOOD (MC DONALD ,KFC dll) adalah GHUROBA kerana tidak mahu menyokong Yahudi yang membunuh umat islam di Palestin dengan membeli barangan mereka yang di import ke negara umat islam secara sistem francias itu.


Orang islam yang istiqamah dengan insuran TAKAFUL adalah GHUROBA walaupun mahal sedikit daripada yang konvensional.
Begitu juga dalam soal politik islam telah di jelaskan dalam hadith yang mafhumnya:
"Akan ada segolongan umatku yang tetap atas Kebenaran sampai Hari Kiamat dan mereka tetap atas Kebenaran itu."

(Hadis Sahih riwayat Bukhari, lihat Fathul Bari juzuk17, muka surat 56)


Dari Mua'wiyah Radhiyallahu ‘anhu berkata,aku pernah mendengar Rasul saw bersabda mafhum:



Dikalangan umatku akan tetap ada segolongan kecil nan terus berpegang pada ajaran Allah ; mereka tak akan dapat dicelakakan oleh orang nan berusaha menyakiti mereka & berusaha menyelisihi mereka, sehingga datang keputusan Allah sementara mereka masih tetap bertahan pada kebenaran itu di hadapan manusia”

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari & Muslim. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dlm kitab Al-Manaqib


Dan banyak lagi hadith-hadith yang senada dengannya yang mengupas persolan perjuangan dalam bidang politik.Golongan yang memperjuangkan islam dalam arena politik adalah termasuk dalam maksud GHUROBA tersebut.

Dan yang paling penting adalah dalam soal iktiqad dan pegangan dalam beragama menurut ijmak ulama muktabar dan salafus solleh dalam beribadah dan bermuamalat berdasarkan al quran dan as sunnah.

bersambung..........




Tuesday, 29 May 2012

PERISTIWA BESAR YANG DI LUPAKAN.....


 27 dan 29 Rejab merupakan tarikh di mana para ulama berkhilaf tentang tarikh peristiwa Isra` wal Mi'raj. Namun begitu, jumhur ulama bersepakat menyatakan 27 Rejab merupakan tarikh peristiwa tersebut. Namun begitu, sejauh manakah pengetahuan umat Islam tentang tarikh 28 Rejab? Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang peristiwa 28 Rejab kerana ia adalah suatu peristiwa yang disorokkan oleh kaum kafir sama ada disorokkan dari media mahupun silibus pelajaran di sekolah.

Pada 28 Rejab 1342H bersamaan dengan 3 Mac 1924M, Daulah Khilafah di Turki secara rasminya telah ditumbangkan oleh seorang ejen British, Mustafa Kemal Laknatullah. Dengan bermodalkan penghancuran ini, Mustafa Kemal dianugerahkan sebagai pemimpin negara Turki berhaluan sekular, lantas melenyapkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber hukum bagi manusia untuk menjalani kehidupan.

Setelah jatuhnya Khilafah pada saat itu, Sultan Abdul Majid II terus dihalau dari istana. Kemudian, Mustafa Kemal Laknatullah diangkat sebagai 'hero' ekoran kejayaan dakyah-dakyah Barat yang menerobos ke dalam hati masyarakat ketika itu, dan para Khalifah pula dianggap sebagai 'orang jahat'. 'Sifat wirawan' Mustafa Kemal Laknatullah terselah kerana semenjak Daulah Khilafah tumbang, bermacam-macam peristiwa hitam berlaku kepada umat Islam. Palestin dijajah oleh Israel, pembunuhan umat Islam beramai-ramai, dan umat Islam dipecah-belahkan kepada negara-negara kecil yang lemah.

Peristiwa penting ini terus disorok bagi kepentingan puak penjajah kufur. Ejen-ejen mereka terus mengikut telunjuk mereka dengan menerapkan sistem sekular yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam. Sejarah agung Khilafah tidak boleh dicapai melalui bahan utama di sekolah, tetapi hanya boleh dicapai melalui bahan-bahan alternatif. Perkara ini menyebabkan umat Islam buta sejarah dan menyebabkan umat Islam hanya menganggap Khilafah hanyalah tinggalan sejarah yang tidak dapat dikembalikan.

Lebih menyedihkan lagi, rata-rata umat Islam hari ini tidak mahu mengembalikan kegemilangan politik Islam. Dakyah Barat begitu berjaya menusuk hati umat apabila ada dalam kalangan umat Islam hari ini menyatakan politik itu adalah suatu permainan kotor. Lantas, mereka hanya berdakwah supaya umat Islam bersolat, berdoa, berzikir, beriktikaf di masjid, dan hanya melakukan ibadah-ibadah khusus sahaja. Beginilah caranya umat Islam dilalaikan oleh kaum kafir penjajah, di mana umat Islam dilalaikan untuk melaksanakan kewajipan yang wajib dilaksanakan segera. Perkara ini merupakan malapetaka bagi umat Islam kerana pemikiran umat telah dimandul dan dimundurkan oleh dakyah-dakyah Barat.

Walhal, politik Islam bukanlah suatu permainan kotor, tetapi politik Islam adalah suatu ibadah yang suci dan suatu kaedah yang digunakan untuk menerapkan hukum-hakam Islam secara 100% dan digunakan untuk memayungi 3/4 dunia pada suatu ketika dahulu. Tanpa sistem politik Islam, dengan cara apakah hukum-hakam Allah itu dapat diterapkan 100%?

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama mengembalikan kegemilangan Empayar Islam yang pernah menjadi kuasa besar pada suatu ketika dahulu. Kegemilangan Khilafah bukanlah sekadar sejarah lampau, tetapi ia bakal ditegakkan semula. Khilafah bakal ditegakkan semula, dan apabila Khilafah ditegakkan semula, negara-negara Barat yang kufur itu tidak lain dan tidak bukan akan mengalami mimpi ngeri dan sifat zalim dan pembuli mereka bakal ditamatkan.

 http://www.soutulmujahid.com/2010/07/28-rejab-1342h-lenyaplah-empayar-yang.html


ULASAN SAYA:

Perbandingan runtuhnya Khilafah islam Uthmaniah itu seperti wafatnya Baginda Rasul saw.Atau dengan bahasa lainnya kekosongan kerajaan islam kerana wafatnya Rasul saw telah menyebabkan para sahabat bersepakat melantik khalifah yang baru seberapa segera sehingga meninggalkan seketika jenazah rasul saw selama hampir dua hari semata-mata sibuk 'berpolitik' untuk melantik pemerintah baru kerana mereka adalah manusia yang paling alim dan paling memahami sunnah selepas Nabi saw .

Situasi ini jugalah yang menimpa umat islam sekarang apabila runtuhnya Daulah Islamiyah Turkey itu,mengambil pendekatan sebagaimana yang di lakukan oleh para sahabat iaitu menceburi bidang politik untuk memperolehi kuasa bagi menegakkan semula khilafah islam untuk menjadi rahmat kepada sekelian alam.

Barangsiapa yang tercicir dan tidak mahu menceburi bidang politik dengan alasan dangkal yang pelbagai maka sudah terang mereka itu tidak mencontohi sunnah para sahabat ra,hum ajmain

Wallahua'alam

Monday, 28 May 2012

PEDOMAN DALAM MEMILIH FATWA



Oleh: Ustaz Emran Ahmad

Pada hari ini umat Islam berdepan dengan kekeliruan dan kebuntuan di dalam memilih pendapat agama dan fatwa di dalam kehidupan mereka. Masalah ini tidaklah semudah sentuhan mata kerana ianya melibatkan banyak perkara termasuk berhubung kait dengan faktor individu, lokasi tempat tinggal dan pendedahan kepada perkembangan ilmu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (An-Nahl : 43)


Ayat di atas menjadi dalil dan pertunjuk kepada orang ramai untuk meminta fatwa atau bertanya masalah agama kepada orang alim dan mereka yang mempunyai pengetahuan agama.

Walaubagaimanapun orang ramai pada hari ini mempunyai pelbagai macam ragam dan perangai, apabila bertanya soal jawab agama pun ada di kalangan kita yang hanya mahu mengambil pendapat yang mudah dan membawa kepentingan kepada dirinya sendiri.

Misalnya suatu ketika dahulu ada seseorang bertanya kepada saya apakah hukumnya bersentuhan tangan antara lelaki dan perempuan ? apabila diberitahu kepadanya bahawa hukumnya ialah haram maka dia pun berhujah kembali akan pendapat itu dan ini untuk cuba mempertahankan pendapat keharusan bagi lelaki dan wanita untuk bersalaman atau bersentuhan tangan selama tidak syahwat.


Sebenarnya orang seperti ini sudah pun bertanya ke sana sini dan mempunyai pendapatnya sendiri tetapi mereka mahukan persetujuan daripada para ustaz atau ahli agama supaya mereka boleh mengamalkan pendapat pilihan mereka dengan senang hati. Jika kelak pendapat mereka itu dipertikaikan maka mereka pun berkata dengan angkuh : “Pendapat ini sudah pun saya tanyakan dan dipersetujui oleh ustaz sekian dan sekian.”


Masalah sikap umat Islam yang suka menjual nama ustaz, mufti dan para ulama ini sudah berlaku sejak zaman awal Islam lagi apabila wujud sebahagian umat Islam yang suka mengikut hawa nafsu mereka sanggup membuat dakwaan bahawa sesuatu pendapat itu merupakan pendapat ulama sekian dan sekian sedangkan hakikatnya ia adalah bukan dan dilakukan oleh mereka yang tidak takutkan Allah dan hari akhirat.


Pernah juga berlaku sebuah kisah benar dalam masyarakat, sepasang kekasih yang telah bercinta sekian lama namun akhirnya mendapati mereka sebenarnya mempunyai talian persaudaraan dan hubungan darah. Jika mengikut hukum Islam mereka sepatutnya harus berpisah dan haram bernikah. Namun demi menghalalkan perhubungan cinta mereka, pasangan kekasih ini kemudian memilih untuk mengikut mazhab syiah yang mengharuskan perkahwinan sedemikian.


Oleh itu jika anda bertanyakan kepada saya mengenai isu perselisihan umat Islam dan masalah memilih pendapat agama maka saya ingin sekali memulakan bicara dengan berkata sebenarnya masalah umat Islam bukanlah kerana para ustaz dan alim ulama yang berselisih di dalam isu-isu agama tetapi sikap umat islam itu sendiri yang suka mengikut hawa nafsu dan hanya mahukan “agama yang menyenangkan kehidupan duniawi dan kepentingan peribadi mereka.”


Ulama yang jahat, ustaz yang sesat dan ahli agama yang mengikut hawa nafsu sememangnya ada di dalam sejarah umat Islam sejak zaman awal Islam lagi tetapi ianya bukanlah alasan untuk anda berkata itulah punca kekeliruan umat. Ini kerana Allah SWT sentiasa mengirimkan bantuan dan hidayah-Nya berupa petunjuk yang jelas dan mampu menerangi kebathilan dan kesesatan.


Al-Quran yang kekal sepanjang zaman dan As-Sunnah dari hadis-hadis Rasulullah saw yang terpelihara serta kewujudan para ulama Islam yang gigih dan ikhlas mempertahankan agama ini daripada kesesatan boleh dikatakan sentiasa berada di dalam masyarakat kita tanpa pernah sirna walau pun sehari melainkan diberi ganti oleh Allah SWT.


Apabila matinya para ulama’ yang gigih mempertahankan kebenaran pastinya akan ada penganti dan mereka-mereka yang menyambung tali-tali perjuangan sehingga ke hari akhirat. Justeru tiada alasan oleh orang awam untuk mengatakan bahawa banyaknya kesesatan dan kebathilan berlaku adalah disebabkan tiada ulama dan ahli agama yang mempertahankan kebenaran.


Mereka sentiasa ada di sisi anda dan berada di dalam masyarakat sebagai pejuang-pejuang kebenaran. Malangnya kewujudan mereka itu tidak dihargai oleh anda dan oleh masyarakat sekeliling dan nasihat serta pendapat-pendapat agama mereka jarang mahu didengari oleh orang ramai lantaran kerana ianya tidak memberikan kesenangan dan tidak menyokong tindakan dan perbuatan popular orang ramai.


Itulah puncanya iaitu hilangnya taqwa dan keikhlasan manusia sehingga walau kebenaran di depan mata namun ianya tidak dipedulikan. Itulah jawapan pertama saya buat mereka yang ingin mencari kebenaran dan pendapat agama yang mampu membawa kebaikan buat kehidupan di dunia dan di hari akhirat.


Taqwa dan Ikhlas


Berapa ramaikah di kalangan kita yang mahu bertaqwa kepada Allah ? Siapakah yang ikhlas hidup dan beramal di dalam kehidupan hanya kerana Allah SWT ? Ini ialah sebuah persoalan asasi buat diri saya dan anda di dalam mencari kebenaran.


Taqwa bermaksud takut dan berhati-hati di dalam kehidupan agar tetap teguh di atas agama Allah SWT. Pengertian taqwa ini pernah diungkapkan oleh seorang sahabat nabi yang terkenal bernama Ubay bin Kaab ra yang pernah ditanya oleh Khalifah Umar bin Khattab ra berkenaan maksud taqwa lalu dijawab oleh Ubay dengan berkata : “
Tidakkah kamu pernah melalui jalan yang berduri?” Lalu dijawab oleh Umar dengan berkata sudah tentu. Maka Ubay pun menambah : “Apakah yang kamu lakukan ?” Maka Umar pun menjawab : “Saya melangkah dengan berhati-hati agar tidak terpijak duri.” Demikianlah kata Ubay bahawa perbuatan yang sedemikian itulah taqwa. (Lihat dalam Tafsir Ibn Katsir)

Di dalam kehidupan kita seharian, kita selalu membuat alasan demi alasan dan hari ini dengan perkembangan ilmu kita membuat alasan memilih pendapat-pendapat agama yang memudahkan dan menyenangkan kehidupan bathil, duniawi yang jauh daripada agama itu dengan alasan ianya menepati kehendak islam yang mahukan kemudahan kepada umatnya.


Ya benar, hukum Islam itu sememangnya mudah dan tidak menyusahkan tetapi bukanlah untuk disalah guna bagi melancarkan perjalanan hidup syirik, duniawi, lagho(sia-sia) yang dijalani oleh kita. Jamak di antara dua waktu solat seperti Zohor dan Asar atau Maghrib dan Insyak sememangnya merupakan rukhsoh dan keringanan buat umat Islam. Namun apakah alasannya rukhsoh itu dipergunakan di atas jalan maksiat seperti dibuat oleh mereka yang malas ke masjid atau sibuk dan leka bermain game atau berdating bersama kekasih ?


Bagaimanakah pula anda mahu menjawab tentang khusyuk di dalam solat ? kemampuan solat yang didirikan itu apakah ia dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar ? Solat itu dibuat kerana adat dan terpaksa atau kerana demi mengharapkan keredhaan dan untuk meminta pertolongan Allah SWT ?


Realitinya kita tidak ikhlas hatta dengan diri kita sendiri.


Setiap pendapat, pegangan agama yang diucapkan oleh lidah dan lisan kita, dipromosikan oleh website dan usaha kita sebenarnya dibuat kerana ianya menguntungkan kita dan membawa kebaikan dan kesenangan kepada duniawi kita.


Jika ianya susah maka siapa yang mahu menerimanya ?


Saya selalu takjub apabila mengajar dan memberikan ceramah di mana-mana apabila ada orang berkata kepada saya bahawa dia sangat suka dengan isi ceramah yang saya sampaikan. Katanya “Saya suka dengan ceramah ustaz, saya memang mencari ceramah yang sama pendapat dengan saya.” Risaunya rasa hati ini mendengar ungkapan sebegitu.

Sikap sebegini akan membunuh kebenaran dan menutup ruang hidayah dan pertunjuk daripada Allah SWT. Kita sudah memilih dan mempunyai pendapat kita sendiri sebelum kita benar-benar memahami ilmu dan kebenaran. Ianya bukan sahaja bias bahkan boleh mempengaruhi kita untuk menolak ruang menerima ilmu baru dan menutup peluang dan potensi mendapat kebenaran daripada orang lain yang tidak kita sukai.

Jangan begitu…..!! sebaliknya ikhlaslah dalam mencari ilmu.

Alalh SWT menyebutkan : “
Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu semua kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: "Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?" Dia (iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil." Tuhan berfirman: "Pergilah, barangsiapa di antara mereka yang mengikuti kamu, maka sesungguhnya neraka Jahannam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup. Dan tariklah sesiapa yang kamu sanggup di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan berilah janji kepada mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka. Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhan-mu sebagai Penjaga." 

(Al: Isra : 62-65)

IBLIS TERNYATA AKAN MENYESATKAN MANUSIA KECUALI MEREKA YANG DIPELIHARA OLEH ALLAH SWT DAN SIAPAKAH MEREKA ITU ?

Mari kita lihat jawapannya di dalam ayat Allah swt itu sendiri.


Firman Allah yang bermaksud :
“Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka." (Al-Hijr : 39-40)

Firman Allah yang bermaksud : “
Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.” (Shaad : 82-83)

Hanya mereka yang ikhlas terselamat daripada rencana syaitan.


Ini dibuktikan lagi di dalam Kisah Nabi Allah Yusof as


Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusufpun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu dan andaikata dia(Yusof) tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian. SESUNGGUHNYA YUSUF ITU TERMASUK HAMBA-HAMBA KAMI YANG IKHLAS.” (Yusof : 24)

Ternyata hanya mereka yang ikhlas sahaja akan terselamat daripada bencana dan perancangan Iblis yang begitu tersusun dan rapi. Lihat sahaja di dalam surah Al-Isra bagaimana Allah sifatkan bahawa Iblis itu akan menggunakan kekuatan askarnya, pasukan berkudanya yang dimaksudkan ialah kekuatan teknologi dan keilmuan serta perancangan rapi demi menyesatkan manusia. Ditaburi janji dan tipu helah dan diperdayakan dengan dunia serta isinya untuk anak-anak Adam menjadi syirik seperti Iblis dan akhirnya mengikutinya ke dalam neraka.


Keikhlasan orang awam mendapatkan fatwa dan pendapat agama pasti akan dibantu oleh Allah SWT di dalam menemukan mereka kepada kebenaran. Ingatlah walaupun sebuah fatwa namun ianya boleh membawa anda ke syurga atau ke neraka.


Pernah berlaku di dalam sejarah apabila seorang wanita Quraisy yang terhormat daripada bani Mahkzum mencuri. Maka pihak keluarga wanita tersebut berusaha mencari jalan dan usaha agar dirinya tidak dihukum potong tangan. Terdesaknya keadaan mereka sehingga sanggup mengadu dan meminta tolong kepada sahabat nabi yang bernama Usamah bin Zaid ra guna memujuk Rasul saw dan merayu agar dikurangkan hukuman ke atas perempuan tersebut maka bersabdalah Nabi saw dengan nada yang marah lalu berkata
: Apakah kamu ingin meminta syafaat dalam hukum yang telah ditetapkan oleh Allah ? Kemudian baginda rasulullah pun berkhutbah dan berkata : “Sesungguhnya telah hancur umat sebelum kamu apabila ada orang yang mulia mencuri di kalangan mereka lalu dibiarkan dan apabila ada orang yang lemah mencuri di kalangan mereka barulah ditegakkan hukuman. Demi Allah sekiranya Fatimah binti Muhammad itu mencuri nescaya aku akan memotong tangannya.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka saya menyeru orang awam yang membaca tulisan ini agar mula menyedari kesilapan kita yang selalu melihat rumah sebelah yang kotor dan buruk. Ini kerana boleh jadi apa yang kita lihat itu sebenarnya bukanlah kerana kotornya rumah sebelah tetapi tingkap dan kaca kita sendiri yang tidak pernah dibersihkan sehingga membuatkan kita menyangka kekotoran itu milik orang lain sedangkan ianya adalah daripada sikap dan perbuatan kita sendiri.


Islam ialah agama yang membawa pencegahan dan bukannya diturunkan untuk merawat semua penyakit yang ditimbulkan oleh kegilaan kita. Kalau sudah terbuat salah, terimalah akibatnya bukan berkeluh kesah mencari alasan dan hujah demi menghalalkan tindakan kita. Moga-moga daripada keinsafan dan keberanian bertanggungjawab atas dosa dan kesalahan itu dia diberikan keredhaan dan keampunan sehingga mendapat kebaikan.


Di dalam sebuah hadis :"Ada mengisahkan perihal seorang perempuan yang hendak direjam di atas kesalahan zina, Lalu datang Khalid bin Al-Walid membawa sebuah batu, dan melempar perempuan itu tepat pada kepalanya. Darah dari kepala perempuan itu memancut sehingga mengenai muka Khalid, sehingga Khalid mencela perempuan itu. Maka Rasulullah pun berkata: "
Tenanglah wahai Khalid. Demi yang jiwaku berada di dalam genggaman-Nya, sesungguhnya perempuan ini telah bertaubat dengan taubat yang jika dilakukan oleh seorang yang zalim pun nescaya akan diampunkan lalu baginda memerintahkan supaya mayat perempuan itu diuruskan dan baginda bersolat ke atas jenazahnya dan mengebumikannya."(Hadis sahih riwayat Muslim)


Ada orang berbuat zina tetapi dia bertanya tentang hukum menggugurkan kandungannya dari hasil zina bukannya bagaimana cara bertaubat dan panduan untuk memperbaiki hidupnya. Dia tidak mengaku salah itu ialah salahnya tetapi kerana digoda, kerana terpengaruh, kerana dipujuk dan kerana itu ini. Katakanlah kepadanya bahawa syarat taubat itu ialah pengakuan dan keinsafan bukannya alasan.


Itulah yang saya katakan berkenaan taqwa dan keikhlasan sebagai penyelamat keadaan umat.


Memilih nasihat dan pendapat agama

Baiklah saya kira sudah jelas akan sebab dan musabab mengapa masalah masih berleluasa dalam masyarakat. Ianya seperti yang disebutkan kerana kurangnya taqwa dan keikhlasan di dalam kehidupan kita semua. Terdahulu saya sudah jelaskan bahawa isu kekeliruan dan kebuntuan memilih pendapat agama ini berhubung kait dengan dua buah pihak, satunya sudah saya sebutkan di atas berkenaan sikap orang awam di dalam mencari pertunjuk agama.


Keduanya ialah perihal keadaan mufti, ustaz dan ahli agama yang berfatwa dan memberikan hukum-hakam agama kepada anda. Sesungguhnya perintah menjauhi
taqlid buta amat jelas disebut oleh Allah swt di dalam Al-Quran yang bermaksud : "Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).

Pengertian taklid daripada sudut bahasa arab bermaksud menggantung sesuatu di leher. Ini bermakna orang yang bertaklid itu tidak ubah seperti haiwan yang diikat lehernya dan mengikuti ke mana sahaja dirinya dibawa oleh tuannya. (Lihat : Lisanul Arab Jilid 1 ms. 469 cetakan Darul Hadith, Kaherah dan rujuk juga Al-Misbahul Munir Jilid 2, ms. 704)


Dari sudut takrifan fuqaha, Taqlid bermaksud : “
Menerima perkataan atau pendapat seseorang tanpa berdasarkan hujah.” 

(Sila lihat takrifan yang diberikan oleh Imam As-Syi'razi dalam Syarah Al-Luma' Jilid 2, ms. 1005 dan At-Tahmid, Jilid 4, ms.395)

Adapun tindakan para ulama dan orang ramai yang beragama dengan bersumber dan berhujah kepada dalil daripada Al-quran dan Hadith atau sekurang-kurangnya mengikuti pendapat ulama’ dengan mengetahui sumber dan dalil yang digunakan di dalam fatwa ulama tersebut maka hal ini tidaklah dinamakan sebagai taqlid buta yang dicela atau disebut taqlid tanpa hujah kerana Al-Quran dan Sunnah itu sendiri ialah hujah.


Begitu juga jika orang awam mengikuti pendapat imam, ulama' yang bersumberkan kepada Al-quran dan as-sunnah serta mengetahui hujah yang digunakan oleh para ulama’ itu maka tindakan ini juga ialah hujah.


Berkata Al-Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah di dalam kitabnya I’lamul Muwa’qi’ien bahawa adalah soal jawab agama itu terdiri daripada empat perkara iaitu yang pertama orang bertanya tentang hukum hakam sesuatu masalah agama lalu dijawab bahawa hukumnya harus, halal, haram dan seumpamanya dan yang keduanya ialah orang bertanya berkenaan dalil-dalil hukum kemudian yang ketiga pertanyaan berkenaan wajhul dalalah (bentuk-bentuk hukum yang terbina daripada dalil) dan kaedah yang digunakan dalam menghasilkan hukum. Manakala pertanyaan yang seterusnya iaitu yang ke-empat ialah berkait jawapan balas kepada hujah-hujah yang menyelisihinya. (Lihat : Ilamul Muwa’qi’ien Jil. 4, ms. 413)


Nasihat yang paling penting buat orang awam di dalam mengambil nasihat dan pendapat agama daripada para ulama’, ustaz dan alim agama ialah orang ramai harus bersedia menerima dan menghormati konsep ilmu dengan bersikap berlapang dada terhadap perselisihan dan perbezaan pendapat di dalam masalah agama.


Para ulama salaf dan golongan umat Islam yang bertaqwa dan soleh di zaman dahulu pun tidak dapat mengelakkan diri daripada berselisih pendapat. Para sahabat sendiri berbeza pendapat mengenai siapakah calon khalifah yang lebih sesuai selepas Utsman ra dan para imam mujtahid yang agung seperti Imam Malik dan As-syafi’ie serta Ahmad bin Hambal sahaja pun berbeza pendapat dan mazhab sekalipun mereka mempunyai hubungan guru dan murid antara satu sama lain. Oleh itu kita harus menyedari bahawa khilaf dan perbezaan pendapat ialah sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh kerana perbezaan waktu, situasi, tempat tinggal, zaman dan kehidupan tanpa dimasukkan persoalan taraf kefahaman, ilmu dan kebijaksanaan manusia yang berbeza-beza antara satu sama lain.


1. Memilih pendapat yang berdalilkan Al-Quran dan As-sunnah

Kata Al-Imam Ibn Qayyim Al-jauziyah, setiap mufti yang ditanyakan masalah agama harus menyediakan dalil dan hujah di atas fatwa mereka. Maksudnya masalah-masalah agama itu wajib dijawab dengan berdalilkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasul saw supaya ianya dapat difahami oleh orang awam yang bertanya akan sebab hukumnya itu menjadi haram, harus, makruh atau wajib.


Inilah sifat Al-Quran dan as-sunnah di dalam member fatwa kepada manusia. Misalnya apabila Allah SWt befirman dalam Al-Quran : “
Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah Suci, Maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Al-Baqarah : 222)

Allah SWT menyatakan hukum dan di dalam masa yang sama menjelaskan sebab-sebab pengharaman dan punca hukum itu dijatuhkan. Hal ini mengajarkan kepada kita bahawa orang awam yang bertanya masalah agama perlu tahu sebab-sebab hukum dan dalilnya.


Al-Imam Ibn’ Hazm Al-Andalusi di dalam kitabnya Al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam yang menyebut : “
Kami tidaklah mengingkari fatwa yang diberikan oleh para ulama’ kepada orang-orang awam yang jahil dan mahu meminta fatwa akan tetapi yang kami mengingkari ialah penetapan fatwa atau pendapat agama tanpa bukti hujah yang mendukunginya, tanpa rujukan kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah kerana yang sedemikian itu boleh menimbulkan kemungkinan kepada berlakunya pendapat yang silap”. Bayangkanlah jika di zaman Rasulullah salallahualaihiwasalam sahaja sudah wujud orang yang memberi fatwa yang salah maka sudah pasti pada zaman selepas kewafatan baginda akan boleh berlaku lebih banyak kesilapan dalam perkara yang lebih meluas. Oleh yang demikian maka kita perlulah menghindari fatwa yang dikeluarkan oleh mufti (pemberi fatwa) yang tidak menyandarkannya kepada dalil Al-Qur’an, As-Sunnah serta Ijmak ulama’.” (Sila lihat di dalam Kitab Al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam, jld. 6, ms. 1076)

2. Bertanya masalah agama kepada ramai alim atau ustaz

Mempelbagaikan sumber rujukan atau guru merupakan amalan yang terpuji ini disebabkan dalam pelbagai cerita mengenai kisah ketelitian para ulama salaf terdahulu terhadap ilmu dan tidak menerima ilmu dari sebarangan orang dengan mudah seperti apa yang diriwayatkan oleh Imam Abi Hatim ra mengenai kisah Imam Yahya ibn Main yang datang kepada Musa ibn Ismail untuk mendengar sebuah hadis maka berkatalah Musa “
apakah engkau belum mendengar hadis ini daripada sesiapa ?” Lalu dijawab oleh Yahya ibn Main bahawa:” aku telah mendengar hadis ini daripada tujuh belas orang dan engkaulah yang ke lapan belas.” Lalu ditanya:” untuk apakah engkau menyusahkan diri berbuat sedemikian dengan mendengar hadis yang sama dari guru yang berbeza ?” Lalu berkatalah Yahya ibn Main, "Sesungguhnya jika Hammad ibn Sulaiman itu tersilap dalam hadisnya maka aku dapat membezakan kesilapannya itu dengan mendengar hadisnya dari pelbagai jalan dan guru (perawi), kerana jika silapnya itu pada Hammad maka akan didapati dengan semua guru (perawi) menyebut kesilapannya dan jika silap itu bukan dari Hammad maka pasti akan kelihatan dengan guru yang silap akan dapat didedahkan oleh kesepakatan guru yang ramai." (Lihat Al-Majruhin oleh Ibn Hibban Jilid 1,ms. 32)

Hendaklah orang awam membiasakan sikap suka merujuk ramai ustaz dan ahli agama dalam masalah-masalah atau persoalan hukum hakam agama moga-moga ianya dapat lebih membantu kita di dalam mendapatkan kebenaran dan kebaikan.


Bagaimana jika ustaz-ustaz memberikan hukum dan jawapan yang berbeza ? Apakah yang harus dibuat ? Jawapannya tidak susah, pertamanya kita harus sentiasa ingat bahawa perbezaan pendapat dan khilaf ialah lumrah di dalam agama Islam dan kehidupan manusia.


Maka apabila berdepan dengan keadaan sedemikian hendaklah kita memilih pendapat agama yang paling banyak dalil-dalil dan mempunyai sandaran ayat-ayat Al-Quran dan as-sunnah dan mampu menjelaskan kepada kita sebab-sebab dan kenapa hukum tersebut dijatuhkan.


Mufti, ustaz dan ahli agama yang memberikan jawapan harus dapat menjelaskan kepada kita kenapakah hukum itu sedemikian, nasihat dan jawapan yang diberikan itu ialah seperti itu dan ini dengan menyertakan dalil, alasan dan sebab-sebab yang mampu difahami oleh manusia.


Harus diingat, Islam ialah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kita iaitu manusia dan sudah semestinya syariah ini dapat difahami dan mampu diterima oleh akal dan fikiran lurus manusia.


Allah SWT befirman : “
Dan mereka berkata: "Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama- sama dengan dia?,” (Al-Furqan : 7)

Allah menjelaskan bahawa rasul itu diturunkan kepada manusia daripada kalangan manusia itu sendiri supaya dia dapat menyampaikan Islam dan membimbing manusia dengan kemampuan dan tahap manusia itu sendiri. Itulah maksudnya rasul-rasul itu ialah manusia biasa yang memakan makanan dan berjalan di pasar seperti orang ramai yang lain hanya sahaja mereka mendapat wahyu dan pertunjuk dari langit.


Oleh itu kata para ulama’ Syariat Islam tidak ada sesuatu pun yang menyalahi fitrah manusia dan menyalahi kewarasan akal dan bertentangan dengan kebijaksanaan. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir.” (Al-baqarah : 219)

3. Ambil pendapat yang paling diyakini dapat membawa kepada keredhaan Allah

Kaedah lain di dalam memilih pendapat agama apabila berdepan dengan banyak khilaf dan perselisihan pendapat ialah memilih pendapat dan hukum yang membuatykan kita yakin dan tenang dengannya. Ini disebabkan Allah SWT memberikan ketenangan hanya kepada mereka-mereka yang benar di atas jalannya dan ketenangan itu merupakan isyarat jelas bahawa tepat atau tidaknya sesuatu hukum atau pendapat agama tersebut. Nabi salallahualaihiwassalam pun diriwayatkan pernah bersabda :
“Ketenangan itu daripada Allah.” (riwayat Tirmidzi)

Pilihlah pendapat yang membawa ketenangan dan melapangkan dada serta bukannya pendapat yang menyebabkan huru hara dan gundah gulana atau meresahkan fikiran dan hati. Ini boleh dilihat dengan keadaan seorang yang bertanya kepada saya tentang apakah hukumnya mengambil wudhuk dengan hanya sekali basuh atau sapuan ?


Saya mengatakan sah,’ ini kerana di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibn Abbas ra menyebutkan bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam pernah berwudhuk hanya dengan sekali basuhan.” (hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi) Tetapi dalam hadis yang lain nabi diriwayatkan pernah berwudhuk dengan membasuh anggota wudhuknya sebanyak 2 kali dan ada yang menyebut 3 kali.


Maksudnya nabi sendiri membasuh anggota wudhuk tidak seragam, ada kalanya sekali basuhan, ada kalanya dua kali dan ada tiga kali. Oleh itu basuhlah anggota wudhuk anda mengikut keperluan sehingga mendatangkan yakin dan ketenangan bahawa ianya sudah suci dan bersih.


Jangan menjadi seperti orang yang pernah bertanya kepada saya apakah sah hukumnya berwudhuk dengan sekali basuh dan kemudian apabila dijawab sah maka dia pun melakukannya kemudian tidak berapa lama setelah itu dia pun bertanya saya kembali apakah sah hukumnya solat dalam keadaan meragui kesempurnaan wudhuk ? Saya bertanya kenapa ? Lalu dia pun menjawab bahawa dirasakan bahagian sikunya semacam tidak terkena air sewaktu berwudhuk kerana dia hanya memilih sekali basuhan.


Pilihlah pendapat dan hukum yang membawa ketenangan kepada diri anda kini dan masa depan.


Daripada An-Nawwas ibn Sam’aan ra daripada nabi Salallahualaihiwassalam yang diriwayatkan pernah bersabda: “
Kebajikan itu ialah kebaikan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang meresahkan dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya”. (Hadis riwayat Muslim)

Jangan memilih hukum dan pendapat agama semata-mata kerana ianya mudah tetapi kemudian menyusahkan anda di masa depan atau kerana ianya senang dilakukan tetapi kemudian membawa keresahan jiwa dan perasaan ragu-ragu. Dalamilah ilmu dan binalah keyakinan dan keteguhan hati daripada godaan syaitan yang suka menanam keraguan kepada kita.


Hendaklah kita mengelakkan diri daripada mengikuti hawa nafsu, memilih pendapat yang menjerumuskan kita ke lembah syubhat atau membawa kepada ragu-ragu dan keresahan jiwa. Ini boleh dilihat berlaku kepada orang ramai yang suka mengambil apa yang mudah tetapi kemudian berasa susah dan resah apabila masalah yang diharapkan hilang masih tidak berhenti datang.


Wabisoh ibn Ma’bad ra meriwayatkan bahawa “Aku telah menemui Rasulullahsalallahualaihiwassalam lalu baginda bersabda: “
Engkau datang mahu bertanya tentang kebaikan? Aku pun menjawab: “Ya.” Baginda saw pun bersabda lagi : "Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang menyebabkan diri dan hati kamu merasa tenang tenteram terhadapnya dan dosa itu ialah suatu perkara yang membawa resah dan gelisah dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ad-Darimi)

Hukum hakam agama ada kalanya berubah-ubah mengikut keadaan, perihal individu dan berbeza di antara satu sama lain mengikut keperluan. Oleh itu janganlah bersikap suka memaksa dan mengharapkan orang lain turut sama berpendapat atau mengamalkan hukum yang kita pilih. Jangan bergaduh dan memberi ruang kepada syaitan untuk menyesatkan anak adam dan memecah belah kesatuan umat islam.


4. Jangan membangkang orang lain yang tidak sependapat

Jauhilah Ta’asub dan keras kepala dengan pendapat sendiri dan hanya menyangka kita yang benar dan betul. Terbukalah kepada teguran dan kritikan dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Ingatlah hukum yang pernah kita amalkan atau terima daripada mufti pada hari ini boleh jadi akan berubah pada masa akan datang dan tidak sesuai lagi diamalkan pada masa depan. Terbukalah untuk pembaikan dan bersedia menerima ilmu baru.


Allah SWT befirman : “
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (An-Nahl : 125)

Setiap orang tidak sama keperluan, situasi dan menghadapi masalah yang berbeza oleh itu jangan difikir semua orang harus sama dan mesti mengikuti kita. Boleh jadi kita di pihak yang benar tetapi kesabaran dan waktu yang lama diperlukan untuk menyampaikan kebenaran kerana itulah dakwah nabi salallahualaihiwasallam tidak berjalan dalam satu malam.


Para ulama terdahulu seperti Al-Imam Ibn Abdil Bar ra di dalam kitabnya menyebutkan bahawa tidaklah akan pernah bahagia orang yang berdebat kecuali jika diikuti oleh orang ramai dan kamu tidak akan mendapati orang yang suka berdebat ini melainkan di dalam hatinya terdapat penyakit.” (Lihat: Jami Bayan Al-Ilm)


Bahkan Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran : “
Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan katakanlah: "Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami hanya kepada-Nya berserah diri." (Al-Ankabut : 46)

Bagaimanakah sikapnya berdebat sesama Islam dan saling menyalahkan antara satu sama lain itu boleh dianggap sebagai perbuatan sunnah ? Sedangkan jika berselisih dan berdebat dengan ahli kitab itu pun disuruh dilakukan dengan penuh kebaikan dan hikmah maka sekiranya sesama Islam maka kita sepatutnya harus lebih baik dan lebih bersopan.


Nabi salallahualaihiwassalam bersabda: “
Aku menjamin untuk kalian sebuah istana yang terdapat ditepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia benar, aku menjamin untuk kalian dengan sebuah istana yang terdapat ditengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dia hanya bergurau, dan aku menjamin untuk kalian dengan sebuah istana di syurga yang tertinggi bagi orang yang memperbaiki akhlaknya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Allah SWT befirman yang bermaksud : “
Orang yang diredhai oleh Allah dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya.” (Al-Anbiya: 28)

Allah befirman lagi :
“Sesungguhnya orang-orang (yang beriman itu ialah) yang berhati-hati kerana takut akan (azab) Tuhan mereka.” (Al-Mukminun : 58)

Kesimpulannya,
sebagai seorang awam hendaklah anda melazimi menuntut ilmu pengetahuan dan berusaha menambahkan pengetahuan Islam agar tidak selama-lamanya anda bertaraf sebagai orang awam yang hanya mengikut fatwa ulama tanpa dapat memahami dalil-dalilnya dan tidak tahu mencarinya di dalam kitab Allah dan sunnah Rasul saw. Berusahalah seumur hidup untuk mengikut Islam, mentaati Allah dan rasul serta berusaha mempelajari kitab Allah dan Sunnah Rasulullah dengan sabar dan taqwa serta beramal soleh dengan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki. Beramal terlebih dahulu dengan ilmu yang ada sebelum ajal menjemput pergi.

Segala puji hanyalah bagi Allah SWT.


Rujukan :


I’lamul Muwaqi’ien oleh Al-Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah

Irsyad al-Fuhul ila Tahqiq al-Haq min 'Ilm al-Usul oleh Imam Asy-syaukani
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...