Saturday, 12 May 2012

petikan ucapan bayan daripada 'pemimpin besar' Tabligh:satu penilaian



Sidang pembaca yang di rahmati Allah

Di bawah adalah 2 petikan ceramah bayan yang di sampaikan oleh dua orang pembesar tabligh daripada India dan Pakistan bersumber dari blog: http://ghostridermujahid.blogspot.com/2009_07_01_archive.html

Kami nukilkan di sini tanpa sebarang edit dan penambahan.Tujuan kami ialah hendak membuktikan bahawa kerosakan ajaran tabligh bukan semata-mata daripada ahli bawah bahkan hingga ke peringkat atasan mereka.Mudah bahasanya "bila hati  rosak maka semua anggota badan akan rosak"(mafhum hadith).

Atau bahasa pasarnya 'bila kepala rosak maka tak hairan ekor akan rosak sekali'.Oleh itu mari kita baca dan teliti bersama tulisan yang bold merah dan kita timbangnya dengan ilmu syari'at yang sahih maka kita akan dapat kesan ADA MASALAH pada ayat tersebut.

Semoga kita di beri faham.di hujung nanti ,kami akan komen....

Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,

Dalam setiap keadaan bagaimana kafiat Nabi S.A.W iaitu pemikiran,kerisauan dan kebimbangan yang ada pada Nabi S.A.W ada pada kita.Kita perlu berdoa kepada Allah S.W.T supaya bagaimana kafiat Nabi S.A.W zahir dan batin ada pada diri kita.Begitu juga kafiat yang ada pada diri Nabi yang tidak menyukai sesuatu amalan juga perlu ada pada diri kita.

Seterusnya kita meminta ampun kepada Allah S.W.T atas kelalaian kita kerana kerisauan,kebimbangan yang ada pada diri Nabi tidak ada pada diri kita.Kita perlu memohon ampun bagi seluruh umat ini kerana kerisauan dan kebimbangan Nabi tidak ada pada mereka.

Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,

Seterusnya kita perlu berdoa,”ya Allah,Sepatutnya kami sentiasa tawajjuh(berharap)
kepada-Mu yang perkara itu belum ada pada diri kami Engkau ampunkan kami ya Allah,perkara ini tidak akan kami dapat hasilkan tanapa anugerah daripada-Mu,ya Allah,
amal-amal yang Engkau cintai dimana dengan amal itu kami semakin dekat denganMu.
Amal-amal itu sedikit pun kami tidak dapat melaksanakan.”


Sebanyak mana kita mengamalkan perintah Allah S.W.T dengan cara Nabi S.A.W,
maka semakin dekatlah kita kepada Allah S.W.T.Apabila kita melaksanakan perintah di dalam keseluruhan agama dengan cara Muhammad S.A.W,maka kita akan kekal dalam hidayat dan Allah S.W.T akan menyebarkan hidayat itu am kepada seluruh alam.

Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,

Maulana Muhammad Ilyas Rah. Pernah memberitahu kepada saya(Haji Abdul Wahab),
sebelum kamu solat,hendaklah kamu berselawat kepada Nabi S.A.W,seterusnya kita berdoa,”ya Allah,Atas maksud apa Nabi S.A.W dihantar ke dunia,maka maksud itu juga berilah kepada kami,ya Allah,berilah makam kenabian Nabi kepada diri saya.Ya Allah,perasaan apa yang ada pada diri Nabi berilah kepada kami.Ya Allah,jadikan kami perantaraan Engkau hidupkan agama sebagaimana Engkau hidupkan agama pada zaman Nabi dan Sahabat.”

Kita perlu mengajak seluruh umat ini atas satu kerja yang mulia iaitu,kerja suci murni Nabi S.A.W.Kita perlu berusaha lagi dan lagi di mana sahaja kita berada kita perlu membuat usaha kenabian Nabi.

Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,

Wanita-wanita pada zaman Nabi S.A.W begitu tinggi semangatnya seperti sahabat R.Anhum.Kita juga perlu mengetahui pada setiap saat apa kehendak Allah S.W.T dalam menjalani kehidupan ini bukam mengikut kehendak nafsu kita tetapi bagaimana setiap masa dan keadaan kita sentiasa mentaati perintah Allah S.W.T.Untuk itu kita pelru berkorban seperti sahabt R.Anhum atau kita sentiasa bersedia unutk mengorbankan diri,masa dan harta emngajak umat membuat pengorbanan diri dan harta keluar di jalan
Allah S.W.T.Sahabat R.Anhum telah membuat pengorbanan yang begitu tinggi sehingga pengorbanan mereka disukai Allah S.W.T dan Allah S.W.T jadikan sebagai asbab hidayat kepada seluruh alam sehingga agama sampai dalam diri kita pada hari ini.

Kita perlu memohon selalu kepada Allah S.W.T dan jangan sekali-sekala berdoa sahaja tetapi perlu berterusan berdoa kepadaNya.Hari ini saya (Haji Abdul Wahab) mendapati kita hanya berdoa sekali-sekala sahaaja sedangkan perkara yang kita doakan adalah perkara yang sangat besar iaitu hidayah.Kita perlu berdoa lagi dan lagi serta membuat usaha lagi dan lagi sehingga Allah S.W.T mengasihani kita,menerima kita dan
Membuka jalan kepada kita.Dengan ini,Allah S.W.T akan memberi nur kepada kita dimana nur itu tidak akan padam lagi.

Akal dan nafsu kita perlu tundukkan mengikut cara Nabi S.A.W.Seterusnya kita perlu sentiasa tawajjuh kepada Allah S.W.T dengan membayangkan Allah S.W.T melihat,
Mendengar kata-kata,dan sentiasa memerhatikan kita.Seorang murid apabila duduk di hadapan ustaznya akan duduk dengan tertib dan tawadhuk.Oleh itu,setiap masa kita perlu bayangkan kita berada dihadapan Allah S.W.T.


-petikan ucapan dari kata-kata Bhai Haji Abdul Wahab,orang lama di dalam usaha Da`wah,yang mula memberi masa untuk agama sejak dari tahun 1940-an hingga kini.berumur hampir 96 tahun.tinggal di raiwind,Lahore,Pakistan.


petikan ringkasan bayan subuh

oleh Meiji Azimat (orang lama dalam usaha dakwah/ penduduk awal mewat,tempat permulaan usaha di tempat Maulana Ilyas Khandahlawi Rah. tinngal,mewat,new delhi,india)

Bertarikh 22 januari 2010.


Nah maduhu Wanusolli mu ala Rasulihil Kariim...
Mere Bhaiiyo Doshtrou Gozuggrou..

Allah S.W.T ciptakan semua mahluk dengan kudratNya. Dari Arasy hingga kebumi,tiada siapa yang boleh melakukan kecuali Allah .S.W.T.apa yang tleha berlaku,yang akan berlaku,yang akan berlaku dan sedang berlaku adalah dengan kehendak Allah S.W.T.Allah hendakkan daripada kita daripada berusaha atas ghairullah kepada berusaha atas Allah.untuk dapatkan Allah,Allah beri kita kalimah Lailahaillallah..Alah yang jadikan semua mahluk dari arasy hingga kepada malaikat jibril,Allah yang membuat segala-galanya.Allah S.W.T pelihara kita,selamatkan kita daripada usaha atas mahluk dengan memberi perintah-perintah dengan cara Nabi S.A.W supaya kita dapat faedah dari kudrat Allah S.W.untuk dapat faedah dari Allah,hendaklah ikut perintah Allah dengan cara Nabi S.A.W. semuanya ditangan Allah.yang mencipta seua mahluk adalah Allah.Tiada sesiapa yang dapat menunaikan hajat mahluk selain Allah. Oleh kerana itu perkara asas yang perlu masuk dalam hait kita bahawa hajat kita tidak ada hbununga dengan bumi,dengan langit,jin,malaikat,hajat kita hanya ada hubungan dengan Allah S.W.T.bila kita faham bahawa segala hajat kita hanya bergantung kepada Allah S.W.T,kita akan faham segala perintah Allah S.W.T dan cara Nabi .S.A.W,jadi manusia perlu bebaskan dirinya daripada menjadi hamba kepada ciptaan Allah tetapi menjadi hamba Allah S.W.T.jika perkara ini kita amalkan Allah akan tunaikan segala hajat kita.

Mere Bhaiiyo Doshtrou Gozuggrou..

Terdapat 2 jalan unutk selesaikan masalah.satu bergantung kepada Allah dan satu lagi bergantung kepada asbab.bila manusia yakin dengan kudrat Allah,dengan perintah Allah dengan cara Nabi S.A.W,maka mereka akan beroleh kejayaan dan segala hajat Allah akan tunaikan.tetapi bila manusia yakin pada asbab untuk selesaiakn masalah mereka,mereka akan jauh dari 3 perkara,jauh dari kudrat Allah,perintah Allah,dan cara Nabi S.A.W.bila manusia bergantung kepada asbab dia rasa jalan itu mudah untuk capaikan hajat mereka dan merasa jalan mengikut perintah Allah dan cara Nabi S.A.W adalah susah.mereka yang bergantung kepada asbab telah mensyirikkan Allah.bila manusia yakin dengan perintah Allah dan cara Nabi S.A.W,dalam usaha untuk mendapatkan hajatnya mereka akan dapat munafaat dari Allah S.W.T.

Sebenarnya untuk mendapat munafaat dari Allah,adalah mudah iaitu dengan yakin kepada kudrat Allah,yakin dengan perintah-perintah Allah, dan yakin kepada cara Nabi S.A.W.oleh kerama manusia terlalu yakin dengan mahluk maka mereka rasa jalan inilah yang mudah untuk menyelesaikan masalah mereka.hati mereka telah menjadi gelap,telah buta dan tidak Nampak kebesaran Allah,dan tidak Nampak kejayaan adalah dengan tunaikan perintah Allah, dengan jalan yang mudah,iaitu dengan cara Rasulullah S.A.W.kejayaan manusia adalah dengan :

i. Yakin pada kudrat Allah,kekuasaan Allah

ii. Badan kitaikut perintah-perintah Allah

iii. Amalan kita tunaikan dengan cara Rasulullah S.A.W

Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi Rah pernah berkata,asbab untuk kejayaan ada dalam manusia dan asbab kegagalan manusia juga ada di dalam diri manusia itu sendiri.asbab kejayaan mereka tidak ada di luar diri mereka,tidak ada di langit,bulan,lautan tetapi kejayaan manusia ada pada diri manusia diri sendiri.kalau hati mereka betul dan jalan amalkan yang betul,Allah S.W.T akan beri mereka kejayaan tanpa bantuan apa-apa.tanpa harta,Allah beri kejayaan,tetapi kalau yakin mereka pada mahluk dan jalan diamalkan salah,maka mereka akan rugi/gagal.apa amalan yang oleh manusia di dunia samada baik tau buruk,amalan itulah yang akan naik ke langit.

Jika amalan yang naik itu diuskai Allah,Allah akan membuat keputusan yang kita suka,tetapi amalan yang naik itu menyebabkan Allah murka,maka Allah akan buat keputusan yang kita tidak suka.oleh itu kejayaan atau kegagalan kita terletak pada diri kita sendiri.betulkan yakin kita,dalam hati kita hanya Alla yang membuat segala-galanya dan tunaikan degna cara Nabi S.A.W,dengan cara inilah kita mendapat kejayaan,jika yakin kita kepada mahluk dan amalan kita tidak ikut cara Rasulullah S.A.W maka kita akan dapat kegagalan.

Nabi Musa A.S. adalah hamba Allah dan firaun pun hamaba Allah,tetapi yang membezakan mereka ialah amal.firaun amalannya bertentangan dengan kehendak Allah,maka Allah telah tenggelamkan mereka dalam laut tetapi Nabi Musa dan Bani Israel amalannnya mengikut kehendak Allah,keputusannya mereka diselamatkan,Allah buka lorong-lorong dalam laut sebanyak 12 untuk mereka menyeberang.siapa yang mengikut perintah Allah,Allah akan beri kejayaan dan saiapa yang melanggar perintah Allah,Allah beri mereka kegagalan.kaedah atau peraturan ini tidak akan berubah sehingga hari kiamat.Qarun telah simpan semua hartanya dalam bumi.Allah telah perintahkan bumi menelan Qarun,bumi pun tidak ada kuasa untuk menyelamatkan Qarun.Qarun tertimbus dalam bumi bukan disebabkan bumi menelan dia tetapi sebab dia ingkar perintah Allah.begitu juga firaun bukan air yang menenggelamkan firaun tetapi ia ingkar perintah Allah.perintah Allah lebih bahaya daripada pecahnya 7 petala langit dan 7 petala bumi.pada langit atau bumi tidak ada kekuatan,kekuatan adalah perintah Allah,misalnya kapal yang dinaiki Nabi Nuh A.S dan pengikutnya selamat dari banjir besar kerana mereka ikut perintah Allah,sedangkan pengikut Nabi Nuh yang ingkar Allah tenggelamkan dalam air.oleh itu kebinasaan manusia ialah kerana melanggar perintah Allah.

Mere Bhaiiyo Doshtrou Gozuggrou fikir karnaa..

Mahluk ada kekuatan atau perintah Allah ada ekuatan.air tiada kekuatan untuk menenggelamkan firaun ,bumi tiada kekuatan untuk menimbus pengikut Nabi Nuh yang ingkar.semua ini berlaku dengan kudrat dan perintah Allah S.W.T.apa yang berlaku sekarang ini adalah sama.Kalau Allah perintah bumi menelan semua manusia,bumi akan terbelah dan menelan semua manusia,kalau Allah perintahkan laut tenggelamkn semua manusia di muka bumi ini,air laut akan naik dan tenggelamkan semua manusia.semua ini berlaku dengan perintah Allah.mahluk tidak kekuatan atau kuasa apa-apa.bila kita patuh perintah Allah,Allah akan bersama kita tetapi jika ingkar perintah Allah kita akan sentiasa bertentangan dengan Allah dan seluruh manusia tidak dapat selamatkan kita.oleh itu kita perlu faham,bahawa Allah hantar kita ke dunia hanya untuk tunaikan perintah Allah,Allah jadikan kita sebagai mahluk sahaja yang tidak ada ekekuatan.Jika Allah bersama kita,tidak ada satu kuasa/kekuatan yang dapat binasakan kitakecuali dengan izin Allah/bila berlaku gerhana matahari,matahari tidak ada kekuatan untuk elakkan berlaku gerhana ini,kerana semuanya berlaku dengan kehendak Allah.sebab itu bila berlaku gerhana,Allah perintah suapaya solat dan doa selesaikan masalah matahari.bila hujan tidak turun dan kalau hujan turun berlebihan,Allah perintahkan manusia solat dan doa mohon Allah berhentikan hujan.dengan amal manusia dapat membantu mahluk.

Oleh itu kekuatan yang paling besar ialah dalam perintah Allah S.W.T dengan cara Rasulullah S.A.W.jika kita tidak usaha atas kudrat Allah,maka kita tidak akan faham apa kekuatan dalam kudrat Allah,Allah hantar Nabi S.A.W,ketua segala Nabi untuk ajar semua manusia kenal Allah,tahu kekuatan yang ada dalam perintah Allah buka kekuatan yang ada pada bumi,langit ,pada malaikat.Allah jadikan kita untuk faham apa itu kudrat Allah,bagaimana untuk dapat munafaat dari kudrat Allah,iaitu dengan tunaikan perintah Allah dengan cara Rasulullah S.A.Wuntuk inilah Allah jadikan kita.tetapi sekarang ini semua telah hilang.Allah S.W.T telah jadikan bumi,langit dan semua yang ada di langit dan bumi untuk manusia,bukan jadikan manusia untuk langit dan bumi.tetapi sekarang manusia telah tertakluk dengan perkara-perkara ini,bukan tertakluk dengan perintah-perintah Allah.sebab itulah nusrah Allah,bantuan Allah bergantung kepada keadaaan mahluk yang menentukannya.

Manusia dijadikan untuk Allah,dan Allah jadikan mahluk-mahluk lain untuk manusia
mendapat hajatnya. .manusia kena tertumpu pada Allah untuk mendapat apa yang dihajatkan ,bila manusia sibuk berusaha atas mahluk yang diciptakan Allah,maka nusrah dan bantuan Allah tidak datang. Semua mahluk dari semut hinga ke malaikat Jibril di langit Allah jadikan Dengan kudratNya.Tetapi Allah S.W.T menafikan Lilallaha`,semua tidak boleh berbuat apa-apa kecuali dengan kehendak Allah S.W.T. Mula-mula Allah beri kita faham iaitu kudratNya,kemudian Allah beri kita perintah dan cara menunaikan.

Allah menjadikan langit,bumi dan mahluk-mahluk lain untuk dapat faedah dari kudrat Allah,kemudia Allah beri kita perintah-perintahNyamdan Allah hantar Nabi S.A.W untuk tunjukkan cara menunaikan perintah.

Masalah kita yang sebenar ialah selepas mati.Masalah dunia semua orang dapat,orang yang tidak taat perintah Allah pun Allah bagi. Kalau kita yakin dengan kudrat Allah,tunaikan segala perintah Allah ikut cara Nabi S.A.W maka kita mati dalam iman,dimana Allah akan selamatkan kita daripada azab kubur,titian sirat,mahsyar,neraka dan masukkan ke dalam syurga untuk selama-lamanya. Ganjaran dari apa yang kita amalkan akan dapat selepas mati. Janji-janji Allah bukan ada pada mahluk tetapi janji-janji Allah bersama dengan perintah-perintah Allah. Allah berjanji,”bila kamu tunaikan perintah Ku dengan cara Nabi S.A.Wkamu pasti ber ganjaran melalui Rasulullah S.A.W iaitu membuat kerja Nabi. Allah bantu Nabi-Nabi kerana kerja mereka,Allah bantu Sahabat kerana mereka membuat kerja Nabi. Kita kena faham dengan kerja inilah Allah akan bantu kita. Oleh itu,kita kena buat kerja Nabi, barulah kita mendapat bantuan Allah.

Orang yang membuat usaha agama Allah akan beri kefahamanNabi-Nabi buat usaha agama dan mereka mendapat bantuan Allah. Nabi Ibrahim A.S, Allah selamatkan daripada api dengan kudrat Allah. Bila nabi Ibrahim korbankan Nabi Ismail,Allah gantikan dengan kipas,bila Nabi Ibrahim tinggalkan isterinya,Siti Hajar, dan anaknya di padang pasir,Allah keluarkan air dari bumi. Jadi apabila kita tinggalkan buat usaha atas agama,Allah akan tutup pintu bantuan.Sahabat buat usaha agama,Allah telan bumi dan keluarkan air. Allah beri kejayaan kepada Shaabat kerana mereka buat usaha agama. Allah campakkan dari laut kerana mereka membuatu usaha agama.bantuan Allah terltak pada usaha agama, Usaha ini atau kerja ini Allah begitu suka.sebab itu bila kita buat usaha seperti Nabi buat usaha,Allah akan bantu kita seperti Allah bantu Nabi-Nabi. Oleh kerana kita telah tinggalkan usaha agama,bantuan Allah tidak turun.kita tidak Nampak pentingnnya usaha ini.kita kena fikir bagaimana setiap orang dapat menjadikan kerja Nabi sebagai kerja mereka.Setiap kena risau bagaimana hendak bawa semua orang yang datang perhimpunan ini balik membuat keputusan untuk membuat usaha ini. Allah akan buat keputusan bukan keran bayan tetapi kerana risau dan bimbang kita. Selepas bayan,semua orang kena tasykil antara satu sama lain.


Kekuatan amal akan zahir dengan kudrat Allah.orang-orang kafir tleha berkata kepada Nabi,”kalau Tuhan kamu boleh belah bulan,kami akan terima Allah sebagai Rabb dan kamu sebagai Nabi.” Dengan perintah Allah, dan dengan satu jari ditunjukkan oleh Nabi ke arah bulan,bulan telah terbelah kepada dua.kalau dengan seluruh amalan badan Nabi,berapa banyak Allah beri kekuatan.dengan satu jari yng zahirkan amalan kekuatan amalan Nai S.A.W hanya tunjuk jari tetapi Allah yang membelah bulan. Seperti Umar R.Anhu menulis surat kepada sungai nil,Allah yang alirkan sungai. Allah perintahkan manusia buat amal, pentadbirannya Allah yang mengendalikan. Allah gunakan kudrat bersama hambaNya apabila Nabi Ibrahm A.S dicampak ke dalam api. Allah perintahkan api menjafi sejuk dan sejahtera. Nabi Ibrahim hanya berdoa dan yakin dengan kekuasaan Allah. Allah yang memberi kita kemampuan untuk tunaikan perintah Allah. Allah yang zahirkan kudratNya,manusia perlu berusaha untuk dapat yakin dengan kudrat Allah,faham apa kekuatan dalam perintah Allah S.W.T. Allah gunakan kudratNya untuk manusia, Allah tidak gunakan kudratNya untuk malaikat,atau binatang. Allah zahirkan kudratNya kerana manusia. Jadi,seluruh kekuatan ada pada manusia bila di dalam hati manusia mempunyai yakin yang betul,tunaikan perintah Allah dengan cara Nabi. Dengan cara ini,seluruh kekuatan Allah bersama manusia.Allah akan jadikan semua mahluk bantu manusia,seperti Allah jadikan Musa A.S, Allah telah belah bumi untuk beri air pada Nabi Ismail A.S,apa yang Allah jadikan pun tidak boleh buat apa-apa melainkan dengan izin Allah,inikan pula manusia yang hasilkan.

Bantuan Allah hanya akan turun dengan berkat usaha Nabi S.A.W. Para Sahabat R.Anhum apabila mereka keluar di jalan Allah, Allah bantu mereka dengan mereka jalan atas air seperti mereka jalan atas tanah. Sahabat dapat bantuan kerana mereka buat usaha Nabi S.A.W,mereka tunaikan perintah Allah mengikut cara Nabi S.A.W. utnuk dapatkan bantuan seperti para Nabi dapat, Sahabat-sahabat dapat,kita kena buat kerja Nabi. Bantuan Allah tidak akan datang dengan usaha atas asbab tetapi bantuan Allah datang dengan usaha Nabi. Bila kita buat usaha,barulah kita akan faham agama,dan faham usaha atas agama.bila kita faham kita akan jadikan kerjaNabi ini sebagai kerja kita. Bantuan Allah akan bersama kita.tidak ada satu mahluk boleh memudaratkan kita kecuali dengan izin Allah.kita kena faham kerja ini dan tunaikan kerja ini,usaha bawa orang lain buat kerja ini,bantuan Alllah akan bersama kita.bila kita tinggalkan asbab dan buat usaha ini,kita akan faham bagaimana hendak mendapatkan munafaat dari kudrat Allah.cara untuk mendapatkan kudrat adalah mudah iaitu mengikut perintah Allah dan cara Nabi,untuk mendapat faedah dari asbab adalah susah.

Untuk ini,tuan-tuan kena niat untuk membuat usaha Nabi.kerja kita bukan sebagai petani,peniaga,pemerintah, tetapi kerja kita adalah kerja Nabi,jalan kita ialah jalan Rasulullah S.A.W,bila kita datang kepada kerja Nabi,semua kita akan faham.InsyaAllah kita semua usahakan. Kita mewarisi harta pusaka Nabi .S.A.W.


11 comments:

  1. Antara rumusan yang boleh kami buat drp text ucapan bayan di atas adalah seperti berikut:

    1. Secara sepintas lalu ,kepada pendengar dikalangan mereka yang jahil atau bukan daripada aliran agama secara formal,akan memuji ucapan ini sebagai ‘berisi’ dan bernas.Tetapi sebaliknya bagi pendengar yang telah di tarbiah dengan tasawwur islam yang sahih dan ilmu aqidah yang mantap akan dapat mengesan KEKELIRUAN yang TERSEMBUNYI di sebalik ucapan tersebut.

    2. Kefahaman dari beberapa potong ayat contohnya ‘ikut cara nabi’ dalam teks tersebut mirip kepada fahaman Wahabi yang terkenal dengan slogannya “ ittibba al quran dan sunnah”.

    3. Sekiranya kita perinci satu persatu point-point yang di bold merah itu,sebenarnya adalah pegangan dan iktikad yang mewakili seluruh ahli tabligh sedunia.

    4. Antara yang boleh kita persoalkan ialah:

    I . APAKAH YANG DIMAKSUDKAN ‘IKUT CARA NABI ITU??
    II. Begitu juga maksud ayat ”Berilah makam kenabian Nabi kepada diri saya”(kami tak pernah jumpa ayat ini pernah diucapkan baik di kalangan para sahabat besar mahupun di kalangan ulama muktabar(ASWJ) termasuk imam mazhab 4 dalam kitab-kitab mereka).
    III.Dan banyak lagi ayat-ayat yang ‘bermasalah’ terkandung dalam ucapan tersebut yang perlu di teliti samaada ia mengadungi KALIMAH KUFUR ATAU YANG MEROSAKKAN@MEMBATALKAN AQIDAH SI PENGUCAP.

    ReplyDelete
  2. enta kena ikut jemaah tabligh baru enta dapat kefahaman...baru enta dapat hurai mana- mana perkataan dari sudut balaghah dan mantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami ikut JT sejak tahun 90an lagi...
      apa yang kami faham sifat dakwah nabi ikut kefahaman audien yang mendengar bukan menggunakan double meaning seperti mantik dan balaghah.Kalau benda basic pun fail nak cerita benda berat ??

      Delete
  3. ikut cara nabi ialah kaifaiat perlaksanaan amalan yang bertepatan dengan petunjuk2x NabiSAW jika permasalahan iktikad kita samada mengikut aliran hassan as-'ashariah atau al-maturidiah manakalan dalam bidang fekah salah satu dari 4 mazhab utama (Syafie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) Itikad (masalah usul iman) dan furuq (mazahib fiqhiah) inilah yang dinamakan mazhab ahlu sunnah wa jamaah, itulah yang menjadi panduan jemaah tabligh penulis jangan memandai buat fitnah dengan bertujuan mengelirukan umat ISlam. Saya adalah bekas pelajar Jamiatul Al-ISlamiah Gurumandar Karachi atau lebih dikenali sebagai Jami'ah Al-Binori cawangan Darul Ulom Doeband di Pakistan dan bekas penuntut Ma'ahad Fatah Al-Islami Damascus, Syria. Telah berkecimpung dalam Jemaah Tabligh sejak 25 tahun yang lalu. Jangan anggap kami dalam Jemaah Tablig bodoh dan tak berilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan tuan tidak sama dengan realiti yang berlaku di hadapan mata.Bagaimana tuan kata "perlaksanaan amalan yang bertepatan dengan petunjuk2x NabiSAW" sedangkan dalam kitab fadhail amal dan muntakhab lebih banyak hadith dhaif dari hadith sahih??
      apakah tuan meletakkan hadith dhaif lebih utama dari hadith sahih??

      Pepatah yang berbunyi "cakap tak serupa bikin".Dalam surah as saff...mafhumNYA : amat besar kemurkaan@kebencian Allah kepada mereka yang bersifat begitu.Kitab himpunan hadith sahih imam Bukhari di akui oleh para ulama sebagai sumber ketiga selepas al quran(dari segi kesahihan).kitab fadhail amal dan muntakhab hadis jatuh nombor berapa ye...??

      di zaman awal dahulu memang betul benua India banyak melahirkan ulama muhadithin dan mujahid ASWJ tetapi selepas era shah waliyullah,pengaruh wahabi telah masuk melalui Ismail shaheed@ismail dahlewi hasil dari kitab Taqwiyatul iman yang berdasarkan kitab asal oleh muhammad abdul wahab(pengasas wahabi).Buktinya di sini:https://en.wikipedia.org/wiki/Deobandi

      Pada posting yang lalu telah kami lampirkan link kitab-kitab ulama deobandi antaranya fatawa rashidiya yang terkandung didalamnya fahaman ajaran wahabi.Silalah tuan buat semakan.

      Fitnah ialah tuduhan tanpa bukti.TAPI yang ini kami sertakan bukti dalam bentuk video,scan muka kitab dll.

      Kami tak nafikan dalam tabligh ada orang alim@ulama dan ustaz tetapi malangnya mereka bertakliq pada jemaah yang salah sebagaimana ulama @ustaz yang menyokong UMNO.Belajar tinggi,ilmu hebat tapi sokong puak yang batil@zalim.

      Delete
  4. Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a katanya :

    "Manusia sering bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia menimpa diriku, lalu aku bertanya :"Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah s.a.w menjawab :"Ya.Kami bertanya lagi:Adakah akan berlaku kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah s.a.w menjawab: "Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti ajaran selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah s.a.w menjawab:"Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, siapa ya Rasulullah?sifatkan mereka kepada kami.Rasulullah s.a.w menjawab:"Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi:Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyaijemaah( kesatuan),juga tidak ada pemimpin? Rasulullah s.a.w menjawab lagi :"Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.


    Semua kita tahu dan maklum dengan maksud dan khulasah hadis di atas yang menceritakan senario manusia akhir zaman.Bahkan ada yang telah arif dengan syarah hadis tersebut tetapi sangat sedikit mereka yang memahami hadith di atas dari sudut@kontek seumpama pakar Forensik.

    Apa yang kami maksudkan ialah perbandingan manusia seperti Huzaifah dengan manusia yang lain.Contoh: dalam 1000 orang yang sedang solat hanya seoarang sahaja yang kusyuk 90% sedang yang lain hanya 10% kebawah.Ini kerana hanya seorang itu sahaja yang risau dan bimbang serta ambil berat dengan solatnya.Makanya ia berusaha untuk kusyuk semaksimum mungkin.

    Begitulah sikap Huzaifah yang hanya beliau seorang sahaja yang bimbangkan kejahatan sedangkan manusia lain lebih melihat kebaikan semata.Sikap Huzaifah ini sebenarnya akan sentiasa ada sehingga akhir zaman oleh berbagai manusia muslim TETAPI jumlahnya sedikit(minoriti)sebagaimana hadith Huzaifah di atas.

    Maka tidak hairanlah kepada kita bila blog-blog yang menceritakan kebaikan,ramai pengujungnya atau pengikutnya(followers) sebaliknya blog-blog yang mengkritik/menyinggung pihak-pihak tertentu atau berkata benar sangat sedikit pengikutnya(contoh blog kami).

    Cuba kita perhati blog-blog yang menceritakan tips-tips,perkongsian ilmu,menyampai maklumat yang bersifat nuetral dan sehala,tidak menghentam dan seumpamanya maka blog tersebut akan ramai pengikutnya.Ini kerana tidak ramai manusia ingin/mahu menjadi seperti sahabat nabi yang bernama Huzaifah kerana takut akan dicela,diherdik dll.

    itulah penilaian kami....

    ReplyDelete
  5. assalamua'alaikum..
    saya suka blog ni!!!
    terBAIK!!!!

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah bagi saya dan admin faham. Tapi kalaulah JT di anggap sesat oleh penulis jemaah mana lagi yang saya dan semua orang di dunia ini harus ikut.mohon pencerahan

    ReplyDelete
  7. Kami dah jelaskan banyak kali sebelum ni bahawa bukan Kami yang hukum sesat Jt tapi para ulama muktabar dulu Dan kini.anda boleh Baca fatwa tu dalam blog ni

    ReplyDelete
  8. Pandangan sekumpulan ulama lebih utama dari pandangan individu ulama.jemaah yang memperjuangan Islam secara syumul(akidah,muamalat,munakahat,jenayat,tasawuf) adalah wajib bergabung dgnnya.dalilnya nas alquran Dan hadith cukup banyak.

    Kalau Di palestin hamas,Malaysia Pas,turki refah DLL.persamaan jemaah ni bukan pada namanya tapi pada fikrah dan ideologi.

    ReplyDelete
  9. Pukimak kau tuan pnya blog.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...