Sidang pembaca yang dirahmati Allah
Kebanjiran pelbagai jemaah atas nama islam selepas runtuhnya Daulah Uthmaniyah Turkey dengan matlamat atau objektif yang berbagai dari satu sudut nampak baik dan murni tetapi tetapi jika di buat kajian yang lebih mendalam,ia merupakan satu kerugian untuk jangka panjang.Gambaran perpecahan ini telapun digambarkan oleh Rasul saw lebih 1400 dahulu iaitu:
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah salallahu alaihi wasallam. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid 'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid 'ah itu adalah sesat."
H.R. Abu Daud dan Tirmizi
H.R. Abu Daud dan Tirmizi
Yang di maksudkan "persilisihan yang banyak" bukan merujuk kepada munculnya berbagai mazhab dalam ibadah (imam mazhab) tetapi adalah perselisihan dalam penafsiran syariat islam khususnya dalam bab pengertian aqidah sehingga munculnya berbagai fahaman seperti khawarij,muktazilah,qadariah,jabariah,murjiah dll sehingga kehari ini seperti wahabi,qadiani,hizbur tahrir,jemaah tabligh dan lain-lain.
Pokok perselisihan itu jika di amati ,kita melihat pengertian mereka tentang makna jihad juga melahirkan pandangan berbeza dengan hadith-hadith sahih.Mereka tidak melihat perjuangan islam yang paling utama (afdhal) zaman kini ialah "berkata yang hak (benar) di hadapan pemerintah yang zalim (BN)".
Sebaliknya mereka mencari-cari helah dengan mentakwilkan makna jihad dengan pengertian yang tidak mendatang risiko atau dengan kata lain tiada penentangan dengan pihak berkuasa yang zalim khusus oleh jemaah Tabligh.
Pendekatan inilah sebenarnya merugikan pejuang-pejuang islam dari jemaah lain yang sanggup mengambil risiko jiwa dan raga contohnya HAMAS di Palestin dan di negara-negara yang lain.
Dalam kontek di Malaysia penglibatan yang sangat minimum golongan tabligh yang mungkin sekitar 20% sahaja yang mengundi dalam pilihanraya juga meyebabkan kerugian kepada perjuangan PAS untuk mendaulatkan syariat islam dalam negara seperti yang Allah perintahkan. Ini semua berpunca daripada pemahaman dangkal mereka tentang perjuangan islam dan jihad
Hubungan Perjuangan Islam Dengan Jihad
Di dalam bahasa Arab, perkataan yang paling sesuai dan sinonim dengan perjuangan adalah jihad, kifah dan nidhal. Perbahasan tentang perjuangan Islam tidak dapat dipisahkan dengan persoalan jihad kerana penggunaan perkataan jihad lebih kerap di dalam tulisan dan kitab yang menyentuh tentang perjuangan Islam. Jihad adalah kata terbitan (mashdar) yang berasal dari perkataan jahada bererti bersungguh-sungguh dan berpenatan mengerjakan sesuatu. Jaahada (dengan mad) pula bererti memerah tenaga. Jahada al-’aduw bererti memerangi musuh. Dari segi bahasa, jihad membawa pengertian berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan sesuatu matlamat. Al-Jihad menurut kebanyakan kamus bererti perang mempertahankan agama. Dalam konteks Islam, pekerjaan yang paling bersungguh adalah yang paling banyak risiko iaitu peperangan atau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimana dinyatakan dalam hadith Rasulullah saw yang bermaksud: “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim”.
Sebab itulah kebanyakan penta’rifan jihad pada zaman silam lebih merujuk kepada aspek peperangan. Contohnya ulama Mazhab Syafie memberi definisi jihad sebagai: perang ke atas orang kafir untuk memenangkan Islam. Manakala ulama Mazhab Hanafi pula mendefinisikannya sebagai: menyeru kepada agama yang sebenar dan memerangi orang yang tidak menerimanya, dengan harta dan nyawa.
Imam Hassan al-Banna pula menyatakan: Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia, dan bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan, tetapi jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan risalah agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap seorang dari kaum Muslimin, menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.
Namun dalam konteks zaman mutakhir ini perjuangan Islam khususnya dengan pengertian jihad lebih merangkumi aspek yang luas dengan tidak tertumpu kepada aspek peperangan bersenjata sahaja. Bahkan ia lebih banyak cenderung kepada persoalan memperbaiki umat dan mempertahankan hak-hak umat Islam. Oleh itu, ia meliputi segala usaha umat Islam dahulu menyebarkan Islam dan mempertahankan negara Islam dengan kekuatan fizikal dan senjata, juga usaha bersungguh-sungguh umat Islam mutakhir ini mengembalikan kedaulatan Islam dan membaiki kesedaran umat sama ada melalui gerakan bersenjata, penentangan terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan Islam, dengan saluran pilihanraya, penulisan dan sebagainya. Pokoknya adalah di dalam usaha tersebut di sepanjang zaman mereka akan menghadapi cabaran, tentangan dan ujian dari Allah swt. Dan di dalam semua pekerjaan inilah, kita akan dapati wujudnya suasana maju mundur, menang kalah dan pasang surut gerakan Islam seperti yang pernah diakui oleh Abu Sufyan al-Harb (sebelum keIslamannya) ketika ditanya oleh Kaisar Heraclius tentang peperangan di antara kaum Quraisy dengan Rasulullah saw. Ketika utusan Rasulullah saw yang bernama Dahyah menyampaikan surat dari baginda kepada Kaisar, kaisar telah terlebih dahulu mencari orang yang hampir dengan Rasulullah saw untuk menyoal selidik tentang latar belakang dakwah baginda. Lalu Abu Sufyan menyatakan: “perang di antara kami dengan dia (Muhammad) silih berganti, kadang-kadang ia yang menang dan kadang-kadang kami yang menang.”
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMohon laluan dari empunya blog untuk memberi komen ..komen peribadi yang tidak terlepas dari salah silap :-)
Setakat yang saya tahu dan dengar, Ulama' Tabligh memberi garis panduan - jangan sentuh politik. Panduan ini diberikan semasa hendak khuruj di jalan Allah.
Tetapi setelah kembali dari khuruj, ulama' tabligh tidak pula menyuruh atau melarang dari melibatkan diri dari politik. Maka ia terpulang kepada individu masing-masing, sesuai dengan tempat tinggalnya dan persekitarannya. Tiada juga tegahan untuk mengundi. Namun secara kolektif dan umum, seharusnya para pengusaha tabligh bersifat neutral dan tidak condong kepada mana-mana pihak. Diumpamakan seperti angkatan tentera, pihak bomba, pihak hospital, mereka menjalankan tugas masing-masing dan menampakkan imej neutral walaupun individu mempunyai fahaman politik tersendiri.
Seterusnya, haruslah difahami bahawa orang tabligh juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Mereka juga boleh terasa hati, sedih, kecewa, dan marah. Apabila orang memarahi mereka, mengatakan mereka sesat, kafir, tak guna, tak beri rezki kpd anak bini, pemalas tak mahu belajar agama, dan macam-macam lagi kata-kata 'pujian' yang lainnya. Sebab mereka pun orang macam tuan, bukannya malaikat yang takda nafsu.
Tuan adalah orang yang ambik sistem demokrasi sebagai alat untuk tegakkan Islam, tentu faham perkara ini. Untuk menang dalam sistem demokrasi, perlukan undi majoriti. Waima satu-satu puak itu salah atau betul, undi mereka menentukan kemenangan tuan. Kalau undi puak fasik dan kafir pun tuan perlukan, apatah lagi undi puak yang usaha atas iman.
Jika tuan dan orang-orang macam tuan berterusan menghentam dan mencaci maki dan mencari-cari kesalahan tabligh dan orang tabligh, bagaimana mungkin tuan boleh mendapat sokongan, bantuan, undi dan doa orang tabligh? Mungkin usaha tuan betul dan usaha tabligh salah (hanya Allah yang lebih Tahu), tapi dari strategi politik, tindakan tuan menghina tabligh tentunya tidak tepat.
Ingat, tak semua orang tabligh tak mengundi. Dan orang tabligh pun ada pengaruh dan boleh pengaruhi orang yang sukakan tabligh. Sebagai orang politik, belum terlambat untuk tuan tukar approach.
Fikir-fikirkanlah.