Wednesday, 27 June 2012

Politik :Respon kepada karkun tabligh

quran bismillah



 
Saya ingin memberi respon kepada satu artikel dalam link :
http://wirapendang.blogspot.com/2011/12/komentar-kepada-politik.html

penulis dengan sesedap rasa menulis mengikut fikrah yang di anutinya(tabligh sufi) berkaitan isu politik.Oleh itu kami berkewajipan membetulkan persepsi salah beliau tentang politik supaya ia tidak mempengaruhi orang lain.

beliau menulis:

[Sekiranya kita melihat apa yang banyak berlaku di sekitar kita hari ini,perebutan jawatan kepimpinan sesama umat Islam bukanlah suatu yang asing.Apabila ini berlaku, maka banyaklah perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah pun berlaku.Hubungan persahabatan dan persaudaraan sesama Islam banyak yang menjadi renggang dan tegang].

 ULASAN SAYA:

SENARIO PERTEMBUNGAN POLITIK SEMASA KETIKA INI IALAH PERTEMBUNGAN ANTARA YANG HAK VS YANG BATHIL,ANTARA IMAN VS KUFUR DAN ANTARA HUKUM JAHILIYAH VS HUKUM ISLAM.CONTOH DI ZAMAN AWAL ISLAM, AJARAN ISLAM YANG DI BAWA OLEH RASUL BERTEMBUNG DENGAN AJARAN JAHILIYAH OLEH BAPAK SAUDARA DAN KAUM KERABAT BAGINDA SENDIRI HINGGA SALING BERPERANG DAN BERBUNUHAN.

OLEH ITU PERTEMBUNGAN INI TIDAK DAPAT DIELAKKAN ATAU DENGAN KATA LAIN KENA MENGHADAPINYA BUKAN MELARIKAN DIRI ATAU MENGELAK…………

[Hal inilah antara senario semasa yang agak menyedihkan.Hanya kerana jawatan kepimpinan tertentu, kita sesama umat Islam malah satu bangsa bertelagah tidak henti-henti. Pelbagai adegan yang begitu buruk dan mencemarkan imej umat Islam sentiasa mengiringi perbalahan rebut jawatan.Perbuatan melondeh aib sudah menjadi perkara biasa.Kata-kata cacian, kesat dan keji dihambur sesama sendiri.Apa yang tidak ada dan tidak pasti, sengaja ditimbulkan dan diada-adakan. Sehingga hal-hal dalam kain dan selimut pun habis diselongkar dan dicanang. Harta dan wang jadi pertaruhan.Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengeluarkan larangan dengan firman-Nya,]

وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Janganlah mencari-cari keburukan orang dan jangan pula saling memburuk-burukkan (memfitnah) di antara satu sama lain. Adakah sesiapa di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujuraat, 49: 12)

Rasulullah Saw juga telah memberi amaran,

سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ

Mencaci orang muslim adalah perbuatan fasiq dan membunuhnya (tanpa haq) adalah perbuatan kufur.” (Muttafaq ‘alaih)

[Jika kita perhatikan dengan baik, sekiranya bukan kerana urusan merebut jawatan dan kerusi politik,nescaya mereka tidak akan bertindak sebegitu rupa dengan saling mencaci sesama sendiri.]


ULASAN SAYA :

PENULIS MENUKILKAN HADIS TIDAK KENA PADA TEMPATNYA.SEBALIKNYA MENCACI ATAU MEMBUNUHNYA “DENGAN HAK” MERUPAKAN KEWAJIPAN YANG MENDAPAT PAHALA YANG BESAR.CONTOH PERBUATAN KHALIFAH ABU BAKAR R.A. YANG MEMERANGI ORANG ISLAM YANG ENGGAN MEMBAYAR ZAKAT ADALAH BUKTI MELAKUKAN “DENGAN HAK”

[Sebenarnya secara syar’i, meminta-minta jawatan kepimpinan itu sendiri sahaja sudah ditegah. Inikan pula mahu berebut-rebutan sehingga bergasak sesama sendiri. Sungguh buruk rupa keadaannya. Dalam beberapa hadis, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menasihatkan dan mengingatkan supaya tidak memberikan sebarang jawatan kepimpinan kepada sesiapa sahaja yang memintanya].


ULASAN SAYA :

BERTANDING DALAM PILIHANRAYA BUKAN BERTUJUAN MEMINTA JAWATAN SEBALIKNYA ADALAH PEPERANGAN JIHAD VERSI BARU (MODEN) UNTUK MENUKAR KERAJAAN YANG TAGHUT (JAHILIYAH) KEPADA KERAJAAN YANG MAHU MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM.SEBAGAIMANA RASUL DAN PARA SAHABAT BERPERANG DAN MEMBUKA NEGARA BARU (ROME,FARSI DLL)

[Dalam sebuah riwayat yang sahih, Abu Musa al-Asy’ari r.hu bersama-sama dua orang sepupunya datang berjumpa Rasulullah. Kemudian, salah seorang dari sepupu Abu Musa pun berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, jadikanlah kami pemimpin kepada salah satu daerah (wilayah) yang Allah Ta’ala telah berikan kepadamu.” Seorang lagi dari sepupu Abu Musa pun menyatakan hasrat yang sama. Maka Rasulullah Saw bersabda,]

إِنَّا وَاللَّهِ لَا نُوَلِّي عَلَى هَذَا الْعَمَلِ أَحَدًا سَأَلَهُ وَلَا أَحَدًا حَرَصَ عَلَيْهِ

Demi Allah, kami tidak akan memberikan kerusi kepimpinan ini kepada sesiapa pun yang meminta dan berusaha ingin mendapatkannya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/344, no. 3402)

[Imam an-Nawawi rah (Wafat: 676H) meletakkan hadis ini dalam kitabnya, Riyadhus Shalihin dan Syarah Shahih Muslim pada bab, “Larangan Meminta Kerusi Kepimpinan dan Berusaha Mendapatkannya.”]

Dalam hadis yang lain, beliau Saw juga bersabda,

إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الْإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Kamu selalu berusaha (atau berhasrat) untuk menjadi pemimpin, padahal ia akan menjadikan kamu menyesal pada hari Kiamat kelak.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/59, no. 6615)

[Kalau kita lihat dari sejarah para nabi sendiri, nabi manakah yang bertindak mencari-cari atau meminta-minta jawatan kepimpinan bagi tujuan dakwah dan alasan tertentu? Sudah tentu tiada. Sekiranya ada pun, mereka akan memintanya kepada Allah dan bukan kepada manusia sehingga saling berebut sesama sendiri. Sekiranya untuk tujuan dakwah pun tiada contohnya dari para Nabi supaya meminta-minta jawatan, bagaimana pula untuk selainnya yang tidaklah lebih penting dari urusan menegakkan agama Allah?]


ULASAN SAYA :

PENULIS TIDAK CONFIDENT (WAS-WAS) DENGAN KENYATAAN SENDIRI BILA PADA MULA MENULISSudah tentu tiada’,SELEPAS ITU MENUKAR AYAT ‘Sekiranya ada pun’.INI ADALAH CARA PEMIKIRAN ORANG SUFI BILA PENULIS MENYATAKAN mereka akan memintanya kepada Allah’.

KALAULAH AYAT BERBOLD OREN ITU BERMAKSUD HANYA BERDOA DI ATAS TIKAR SEJADAH DALAM MASJID SAHAJA LALU KELUAR SAHAJA DARI MASJID TERUS TELAH TERSEDIA KERAJAAN MAKA TAK PERLULAH PARA SAHABAT BERSIDANG SELAMA LEBIH 48 JAM UNTUK MEMILIH KHALIFAH PENGGANTI RASUL.TAK PERLULAH KHALIFAH ISLAM HANTAR TENTERA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN KAFIR DENGAN TUJUAN MEMERINTAH NEGARA TERSEBUT SECARA ISLAM…..  

[Jika kita melihat dari apa yang berlaku hari ini, kebanyakan individu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang berusaha untuk mendapatkan kerusi-kerusi kepimpinan, kebanyakan dan kebiasaan dari mereka akan berusaha gigih meraihnya dengan apa cara sekalipun walau sehingga melanggar batas-batas agama, saling menindas, memutuskan tali persaudaraan, dan akhirnya sehingga mengundang perpecahan yang melemahkan umat.[

[Dalam hadis yang lain Nabi Saw telah mengingatkan ketika berkata kepada ‘Abdurrahman B. Samurah rah,

لَا تَسْأَلْ الْإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُوتِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوتِيتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا

Janganlah kamu meminta jawatan kepimpinan.Apabila jawatan tersebut diberikan kepada kamu disebabkan kamu memintanya, maka jawatan tersebut akan menjadi bebanan bagi kamu. Tetapi sekiranya jawatan tersebut diberikan bukan kerana permintaan kamu, maka kamu akan dibantu dalam menguruskannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 20/302, no. 6132)

والحكمة في أنه لا يولى من سأل الولاية أنه يوكل إليها ولا تكون معه إعانة كما صرح به في حديث عبد الرحمن بن سمرة السابق وإذا لم تكن معه إعانة لم يكن كفئا ولا يولى غير الكفء ولأن فيه تهمة للطالب والحريص

Imam an-Nawawi menyatakan, “Di antara hikmah supaya tidak dilantik para pemimpin itu dari mereka yang memintanya adalah kerana dia akan menanggung beban dan tidak ada yang membantunya sebagaimana dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan ‘Abdurrahman B. Samurah tadi. Apabila tiada orang yang membantu bersamanya, bermakna jawatan tersebut akan menjadi beban. Juga tidak boleh melantik orang yang tidak layak kerana akan menimbulkan dakwaan (kebencian) bagi yang memintanya dan orang-orang yang berusaha mendapatkannya.” (Syarah Shahih Muslim, 12/207)

[Perkara ini adalah sebagaimana yang dapat kita lihat berlaku di sekitar kita hari ini di mana ketika masing-masing berebut jawatan kepimpinan (sebagaimana dalam pilihan raya), pelbagai janji dan rancangan kebaikan ditabur sehingga mereka sendiri tidak sedar bahawa janji-janji manis tersebut bakal menjadi beban kepada mereka di masa hadapan. Setelah janji ditabur, banyak pula tidak mampu ditunaikan. Pelbagai alasan pun mula direka. Akhirnya jadilah mereka sebagai orang-orang yang cakap tidak serupa bikin, mula berbohong, bersumpah palsu dan akhirnya menjadi pendusta. Bentuk-bentuk sikap seperti ini adalah di antara sikap yang sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah berfirman,[

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ. كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ

[“Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan perkara-perkara yang tidak kamu laksanakan.” (Surah ash-Shaff, 61: 2-3)]


[Sebagai menutup tulisan ini, penulis akhiri dengan mutiara nasihat daripada Sufyan ats-Tsauri rah.

Beliau berkata:

قال الأحنف قال لنا عمر بن الخطاب تفقهوا قبل أن تسودوا قال سفيان لأن الرجل إذا أفقه لم يطلب السؤدد

al-Ahnaf pernah berkata, “‘Umar B. al-Khaththab mengatakan kepada kami:

“Fahamilah agama sebelum memegang kekuasaan.”

[Sufyan menjelaskan perkataan ‘Umar tersebut, “Kerana jika seseorang telah memahami agama, dia tidak akan berhasrat terhadap kekuasaan.” (Ibnul Jauzi, Shifah ash-Shafwah, 2/236)]


ULASAN SAYA:

SEKALI LAGI PENULIS MENUKILKAN PERKATAAN PARA SAHABAT DAN ULAMA TIDAK KENA PADA TEMPATNYA  ATAU MENAFSIRKAN SECARA SALAH.SEDANGKAN AL IMAM SYAFIE RAH JUGA ADA BERKATA:

”fahamilah ilmu-ilmu agama sebelum kamu menjadi ketua, kerana jika kamu sudah dilantik menjadi ketua, maka terlalu susah untuk kamu menyibukkan diri dalam menuntut ilmu-ilmu agama.”

PERKATAAN INI DIUCAPKAN MERUJUKKAN KEPADA KEPERLUAN MENUNTUT ILMU SEBELUM TERLIBAT MENJADI PENGUASA BUKAN LARANGAN MEMEGANG KEKUASAAN!!!!!

SECARA LOGIKNYA MUSTAHIL PERKATAAN ULAMA MUKTABAR BERCANGGAH DENGAN PERKATAAN PARA SAHABAT??

KESIMPULANNYA HUJJAH SI PENULIS ARTIKEL INI ADALAH TERSASAR DAN MENYELEWENG DARIPADA AL QURAN DAN AS SUNNAH ATAU KERANA KETAKSUBAN YANG MELAMPAU HINGGA SANGGUP MENGUBAH MAKNA KALIMAT KEPADA MAKNA YANG MENYIMPANG.

WALLAHU’ALAM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...