Tuesday, 10 July 2012

Golongan manakah yang mengikuti Firqah Ini.......??


ISLAM ADALAH AGAMA YANG MEMERINTAH

Seorang ulama yang bernama Ali Abdul Raziq pernah menulis sebuah buku yang bertajuk “ Al-Islam wa usul Al-Hukm”; yang mana dalam tulisan tersebut menyatakan bahawa pemerintahan itu tidak wujud didalam agama Islam. Berbagai-bagai ulasan dan putar belit sirah Rasulullah SAW yang dilakukan oleh beliau dalam buku tersebut.
Beliau juga menyatakan didalam tulisannya bahawa Islam adalah agama dakwah sahaja, tidak termasuk didalam Islam berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran berdasarkan agama, dan Rasulullah  merupakan Rasul yang ditugaskan untuk berdakwah kepada urusan agama yang tidak dicampuri dengan pemerintahan dan pertadbiran[1]. Seterusnya dia mendakwa lagi bahawa agama Islam ini bebas dari pemerintahan dan pemerintahan tidak berkaitan langsung dengan urusan agama ini[2].
Tindakan tersebut telah mendapat tentangan hebat dari sebilangan besar dari ulama-ulama azhar ketika itu, sehinggakan pihak Universiti Azhar sendiri telah mengambil tindakan terhadap beliau dengan memecat beliau dari Al-Azhar dan mengharamkan memegang sebarang jawatan di azhar dan mengajar di semua peringkat pengajian[3].
*Akhirnya, pada tahun 1925, akhbar leverpool Post telah menunjukkan bahawa kewujudan fikrah dari Ali Abdul Raziq tersebut merupakan satu perancangan yang dilakukan oleh pihak British untuk merosakan dan mengelirukan pemahaman umat Islam kepada pemerintahan islam[4].*
Pun begitu, ramai ulama-ulama yang terkenal telah mengarang kitab sebagai menjawab tulisan Ali Abdul Raziq tersebut, antaranya adalah Al-Marhum Syaikh Al-Azhar Muhammad Al-Hidzer Hussin, begitu juga As-Syaikh Muhammad Al-Ghazali yang telah menolak tulisan Khalid Muhammad Khalid yang menyokong tulisan Ali Abdul Raziq[5].
Tindakan yang dilakukan Ali Abdul Raziq tersebut; dengan menafikan kewujudan pemerintahan islam tersebut adalah bercanggah dengan firman Allah;
إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا
Maksudnya;
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa Yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang Yang khianat
(Surah An-Nisa’ : 105)
Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa, perlaksanaan hukum Allah merupakan tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh seluruh manusia. Perlaksanaan tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan menggunakan “teori akademi” dan “teori fatwa” semata-mata, tanpa disertai dengan usaha untuk mendapat kuasa pemerintahan.
Antara tugas pemerintahan islam adalah untuk melaksanakan al-amru bi al-ma’ruf dan an-nahyu ‘an al-mungkar, seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
Maksudnya;
Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan”
(Surah At-Taubah : 71)
Imam Ibnu Taimiyyah pernah menyatakan;
لأن الله أوجب الأمر بالمعروف و النهى عن المنكر , ولا يتم ذلك إلا بقوة و إمارة
Maksudnya;
“kerana Sesungguhnya Allah mewajibkan Amar Makruf dan Nahi Mungkar, dan semua itu tidak akan sempurna melainkan dengan kekuatan dan pemerintahan
[6]
[1] Al-Imamah Al-Uzma : m/s 70.
[2] Al-Imamah Al-Uzma : m/s 71.
[3] Sistem Pemerintahan Negara Islam : m/s 20.
[4] Sistem Pemerintahan Negara Islam : m/s 22.
[5] Sistem Pemerintahan Negara Islam : m/s 22 dan Al-Imamah Al-‘Uzma : m/s 72.
[6] Al-Imamah Al-‘Uzma : m/s 59.

1 comment:

  1. firqah Ali Abdul Raziq itu muncul pada tahun 1925 dan jemaah tabligh yg didirikan oleh Maulana Ilyas di India itu pula muncul setahun kemudian iaitu 1926.

    seperti di ketahui umum Tabligh menolak politik demokrasi dgn alasan ia tidak syari'e sebab yahudi cipta sedangkan jumhur ulama yg besar-besar telah mengeluarkan fatwa keharusan melibatkan diri dgn politik demokrasi bahkan menjadi WAJIB mutakhir ini.

    kalau org yg berfikiran WARAS DAN SIUMAN IA AKAN MEMILIH FATWA ULAMA DRP 'FATWA' FUAD AKMAL DAN MEREKA YG SEFIRQAH DGNNYA.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...