Sunday, 15 July 2012

Sorotan sejarah sistem pemerintahan dalam islam

Sidang pembaca yang dirahmati Allah


Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad salallahu alaihi wassallam. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah salallahu alaihi wassallam  . kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.


Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki ,kerajaan Uthmaniyyah Turki, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.


Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.


Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.


Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad salallahu alaihi wassallam   telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahanKhulafa al-Rasyidin.



Kronologi sejarah kerajaan islam


 -632M- Kewafatan Nabi Muhammad salallahu alaihi wassallam   Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
 -633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
 -634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
 -635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
 -636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
 -637M- Mesir ditawan.
 -638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
 -640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
 -644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
 -645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
 -646M- Kempen menentang Byzantine.
 -647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanidditumpaskan.
 -648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
 -656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
 -657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
 -659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
 -661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Rasulullah ) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
 -661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam.

Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjutan kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll.

ULASAN SAYA:

Melihat kepada kronologi di atas ,penggantian sistem politik islam telah bertukar bermula di zaman awal Daulah Umayyah iaitu ketika Saidina Muawiyah ra menjadi Khalifah.
Selepas itu pergiliran jawatan khalifah tidak lagi berdasarkan SYURA seperti yang di amalkan oleh Khulafa Ar rasyidin.

Sebaliknya sistem politik baru telah bermula saat itu sehingga jatuh Daulah Islam terakhir iaitu Uthmaniyah Turki.
Apa yang hendak saya fokuskan disini ialah tiada seorang ulamak pun di kalangan ASWJ sejak zaman itu hingga sekarang menghukum Saidina Muawiyah dan khalifah –khalifah selepas itu sebagai tidak sah dan salah kerana tidak ikut sunnah nabi dan khulafa ar rasyidin dalam menubuhkan kerajaan.

Kesemua para ulamak dalam kitab-kitab muktabar mengiktiraf keberadaan dan keabsahan kerajaan monarki(perlantikan turun-temurun) tersebut.Mereka (para ulamak) tidak pun menghukum sesat kepada sistem kerajaan tersebut walaupun tidak mengikut sunnah kerana ia berdasarkan ijtihad Saidina Muawiyah ra.

Maka begitulah juga ijtihad para ulamak kotemperari zaman kini yang mengharuskan penglibatan orang islam dalam politik demokrasi pilihanraya untuk menubuhkan kerajaan islam.
Adalah satu pendapat atau pandangan yang syaz(ganjil) bila ada orang  (kelompok) islam yang masih jumud dan tidak memahami kronologi sejarah ini sehingga memandang sinis penglibatan umat islam dalam politik demokrasi dan menuduh sebagai tidak ikut sunnah nabi MAKA tak dapat NUSRAH ALLAH kata mereka.Malah ada di kalangan mereka ingin menulis satu rencana yang bertajuk ”SYUBHAT DEMOKRASI” bertujuan menunjukkan seolah –olah mereka lebih alim dan pakar dalam hal halal dan haram melebihi para ulama sepanjang zaman.

Sedangkan mereka lupa bahawa sepanjang sejarah islam yang panjang kita melihat perjuangan umat islam dalam medan jihad membuka negara –negara baru dan berperang dengan golongan kuffar,berbagai karomah dan bantuan ALLAH telah tercatat dalam kitab-kitab sirah contohnya dalam perang salib pimpinan Salahuddin al Ayubi,Nurudin al Zinki,Sultan Arselan,Sultan Muhammad al Fateh dan ramai lagi tokoh-tokoh pejuang islam yang mendapat NUSRAH ALLAH dalam jihad mereka.

Apakah mereka (golongan Tabligh)hendak menafikan fakta sejarah itu??

Orang Tabligh mencanangkan dalam blog-blog mereka hanya cara mereka sahaja yang ikut sunnah nabi dan akan mendapat NUSRAH ALLAH.Oleh itu menjadi kewajipan kami membetulkan PERSEPSI YANG SALAH ITU.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...