Inilah sebahagian foto yang sempat di bawa keluar dari Mynmar yang menyaksikan penghapusan besar-besaran umat islam Rohingya oleh kerajaan Junta tentera dan penganut Buddha di sana.Yang paling menyedihkan ialah bilamana pelarian Rohingya ini lari menaiki tongkang bila sampai sahaja di Bangladesh,kerajaan tidak membenarkan tongkang itu berlabuh bahkan dihalau balik dan bila sampai di Mynmar,tentera telah menunggu dengan tembakan senjata api sehingga matilah pelarian yang ada dalam tongkang itu.
Maklumat terbaru yang kami terima setakat 6 minggu ini, seramai 52 ribu umat islam telah dibunuh samada ditembak,disembelih,dibakar dan sebagainya bahkan sebanyak 26 buah masjid telah dimusnahkan dan dibakar beserta dengan umat islam di dalamnya.
Pepatah melayu menyebut "KUMAN SEBERANG LAUT NAMPAK TAPI GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK" adalah amat sesuai dengan senario ini bila kerajaan Malaysia membisu seribu bahasa tanpa ada respon untuk membela umat islam yang paling hampir kalau nak di bandingkan dengan yang jauh seperti Palestine.
PAS pada sidang parlimen yang lalu telah membawa usul Rohingya untuk mendesakkan kerajaan BN mengambil tanggungjawab membela saudara kita di sana tetapi malangnya usul itu di tolak mentah-mentah.INI BUKTI BETAPA PENTINGNYA MELIBATKAN DIRI DENGAN POLITIK AGAR BOLEH MEMBENTUK KERAJAAN ISLAM YANG SEBENAR SUPAYA DAPAT MEMBELA UMAT ISLAM YANG DIZALIMI TANPA MENGIRA BANGSA.
Sekarang ini adalah keperluan yang SANGAT MENDESAK untuk wujudnya sebuah kerajaan islam yang sebenar sebagai paksi kekuatan agar umat islam tidak dihina sebegitu rupa.Ketidakpedulian sebahagian umat islam terhadap politik ini akan menjadi hujjah dihadapan Allah Rabbuljalil di akhirat nanti akan dosa mereka kerana tidak peduli masalah umat islam yang lain.
Rasulullah salallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud,
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI(Nabi tak mengaku umat)” dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:"
No comments:
Post a Comment