Thursday 27 June 2013

Islam dan Perubahan Zaman

Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Di alaf moden ini ketika munculnya zaman teknologi internet baik dalam apa juga bidang termasuk bidang agama dan dakwah maka islam telah meletak satu batu asas (hukum) yang konkrit untuk memastikan dakwah islam itu mampu dipraktikkan sesuai mengikut zaman dan suasana.

Bermula di zaman nubuwah dengan al quran sebagai perantara hubungan antara manusia dengan Penciptanya sehinggalah di zaman menjelang kiamat.Al quran itu sendiri sebagai alat dakwah bermula dengan tanpa titik dan baris mengalami perubahan sesuai dengan perubahan zaman bilamana penganut islam semakin ramai dan berbagai bangsa maka titik dan baris mula diperkenalkan oleh ulama qiraat di zaman tersebut.

Begitu juga huruf-huruf al quran itu sendiri ketika dizaman nubuwah hanya di tulis dalam dada(kepala) dan pelepah tamar serta kulit-kulit binatang.Namun  apabila berlaku perubahan zaman maka  ianya di tulis pula oleh para sahabat (ulama) di atas kertas (mushaf) sehinggalah dizaman moden ini kita dapat melihat tulisan al quran di tulis dalam bentuk digital pada komputer,handphone,gadget dan lain-lain.

Dalam bidang sejarah pula kita melihat manuskrip yang berbentuk tulisan (catatan) cuba di tukar bentuknya atau dalam bahasa modennya adaptasi atau copy paste ke dalam bentuk yang lain umpamamya di filemkan atau layar perak.Contohnya seperti di link ini:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Gambaran_Nabi_Muhammad_dalam_filem

Tidak cukup dengan itu sejarah tokoh-tokoh yang berjasa kepada islam juga turut menerima nasib yang sama iaitu di filemkan berdasarkan catatan sejarah umpamanya Salehudin al Ayubi,Sultan Muhammad Al Fateh dan lain-lain.Samada ia dibuat oleh orang islam sendiri mahupun bukan islam,itu bukan persoalannya.Yang penting disini ialah sejarah yang bersifat kaku itu cuba dihidupkan secara realiti (lakonan semula) dengan tujuan memberi pengajaran dan pendedahan kepada manusia seluruhnya khususnya umat islam bagaimana pahit getir perjuangan islam yang mereka tempuh sehingga manfaatnya sampai kepada kita hari ini.

Samada ia berbentuk animasi mahupun manusia sebenar,ia tetap memberi impak kepada mereka yang menontonnya.Di samping itu ia memberikan alternatif kepada filem yang hanya bersifat hiburan (lagha) dan cerita-cerita sains fiksyen yang belum tentu kebenarannya (tidak logik) umpamanya filem Spiderman,Ironman,Transformer dan lain-lain yang  merosakkan minda penonton.

Selain daripada itu penghasilan filem yang berbentuk dokumentari juga tidak kurang pentingnya dalam menyampaikan fakta-fakta sejarah silam tokoh-tokoh umat yang berjasa dalam sejarah islam.Umpama dokumentari seperti di bawah:



Jemaah islam di zaman kini hendaklah bijak dan peka sebagaimana bijak dan pekanya umat islam terdahulu yang sentiasa meng 'upgrade' apa jua kaedah dan sarana dalam berdakwah dan menyampaikan islam ke pelusuk dunia  melalui kaedah-kaedah yang telah kami bentangkan diatas supaya ia sesuai dengan kehidupan manusia yang sentiasa berubah sebagaimana ajaran al quran itu sendiri sesuai di setiap zaman,masa dan tempat.

Sekiranya masih ada jemaah yang bersifat jumud dan beku dengan tidak mahu mengubah pendekatan dan kaedah dakwah sebenarnya mereka tidak mencontohi sunnah Nabi SAW ,para sahabat dan generasi awal islam yang gilang gemilang itu.


Wallahu'alam

ps: kami menunggu filem atau dokumentari sejarah maulana ilyas dari syura tabligh di India supaya umat islam mendapat pendedahan sebenar ulam-ulama tabligh itu dan juga menjawab isu-isu yang berbangkit.

Tuesday 4 June 2013

Menjawab Soalan Karkun Abdul Hadi....

Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Seperti yang telah dijanjikan ,kami buka posting khusus bagi menjawab isu bermuzakarah yang dibangkitkan oleh beliau.Sebenarnya sebelum ini pun ada gesaan dari karkun lain untuk berbuat perkara yang sama dan kami telah pun telah memberikan jawapannya tetapi oleh kerana kita sedia maklum sifat orang melayu yang malas membaca (berdasarkan kajian pakar) maka kali ini kami jawab dalam bentuk foto(gambar) supaya kepada karkun yang malas membaca itu mudah faham dan supaya soalan yang sama tidak akan timbul lagi selepas ini .

Di bawah adalah foto sebuah buku yang mengandungi soalan yang dijawab oleh 2 tokoh ulama tersohor dalam kepimpinan PAS.





Dibawah pula adalah tajuk-tajuk soalan yang di tanya




Untuk anda semua (khususnya para karkun tabligh) yang berminat mengetahui lebih lanjut jawapan dari para ulama PAS itu bolehlah mendapatkan buku di atas di kedai-kedai buku berhampiran tempat anda.Secara ringkasnya boleh kami katakan bahwa ulama dalam PAS sudah ada persepsi atau pandangan mereka sendiri dan ditulis dalam buku dan makalah.Maka dengan itu isu muzakarah tidak relevan lagi.





 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...