Saturday 16 June 2012

Mengenali Huzaifah ibnu al Yaman r.a

                                                        

Huzaifah Al-Yamani adalah salah seorang sahabat Rasulullah salallahu alaihi wasallam. Bapa Huzaifah, Al-Yaman adalah seorang penduduk Makkah dari suku Abbas. Kemudian Al-Yaman berpindah ke Madinah dan menjadi sekutu kepada suku kaum Bani Al-Ashal. Ibunya pula berasal dari suku kaum ini.
Digelar sebagai "Penyimpan Rahsia Nabi". Ketika Perang Khandaq, Nabi salallahu alaihi wasallam mengarahkan beliau menjadi perisik untuk mengetahui strategi musuh tentera Islam pada ketika itu iaitu kaum Quraisy. Beliau menjalankan perintah Rasul salallahu alaihi wasallam dengan menyamar sebagai salah seorang tentera musuh. Tindakan ini membantu tentera Islam setelah mendapat maklumat musuh daripada Huzaifah. 

Ketika zaman pemerintahan 
Umar Al-Khattab, beliau dilantik sebagai panglima perang untuk membantu Nu'man ibn Muqarrin dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Nahawand. Berikutan gugurnya Nu'man ibn Muqarrin di dalam peperangan dan dengan kemenangan tentera Islam di Nahawand, beliau dilantik menjadi gabenor Kufah dan Mada'in seterusnya menjadi wakil khalifah di tanah Parsi.

Menurut catatan sejarah, di antara sekalian sahabat Nabi, yang pertama sekali menjadikan ibadah secara satu Tarekat yang khusus, adalah sahabat Nabi salallahu alaihi wasallam yang bernama Huzaifah Bin Al-Yaman, seorang sahabat nabi yang mulia dan terhormat. Beliaulah yang pertama kali menyampaikan ilmu-ilmu yang kemudian hari kita kenal dengan Tasauf dan beliaulah yang membuka jalan serta teori-teori untuk ini.



Ada yang berkata kepada Huzaifah Bin Al-Yaman, : “Kami lihat tuan mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah kami dengar dari salah seorang sahabat Nabi yang lain dari tuan, dari mana tuan peroleh akannya?” Jawabnya : “Rasulullah salallahu alaihi wasallam telah menentukannya kepada saya. Orang banyak menanyai Rasulullah salallahu alaihi wasallam dari hal yang baik-baik, tetapi saya menanyai beliau dari hal yang jahat-jahat, apa yang jahat itu, dengan maksud agar mengetahuinya, supaya dapat menjauhkan diri daripadanya ; Sedang mengenai yang baik saya tidak takut ketinggalan dan sebagainya.” “Siapa yang tidak mengenal kejahatan, ia tidak akan mengenal kebaikan.Demikian kata Huzaifah Al- Yaman.

Dalam keterangannya yang lain tersebut : “Banyak orang yang bertanya kepada Rasulullah salallahu alaihi wasallam : “ Ya Rasulullah, apa pahala mengerjakan ini dan itu ? “ Mereka menanyai Rasulullah salallahu alaihi wasallam darihal fadhilat-fadhilat amalan, tetapi saya selalu berkata kepada Rasulullah salallahu alaihi wasallam :” Apa yang merosakkan amal ini dan amal itu, “ Seraya menanyakan pelbagai perosak-perosak yang akan merosakkan amalan-amalan.”
Kata seorang ulama Tasauf, Abu Talib Al- Makki : “Huzaifah bin Al-Yaman telah di tentukan mempunyai ilmu mengenai orang munafik. Dia sendiri yang khusus mempunyai pengetahuan tentang sifat-sifat munafik, rahsia-rahsia ilmu dan faham-faham yang halus, dan mempunyai ilmu tentang keyakinan yang tersembunyi di antara sahabat-sahabat Nabi salallahu alaihi wasallam. Misalnya Umar Al-Khattab tidak mahu turut menyembahyangkan seorang yang wafat, kalau di lihatnya Huzaifah Bin Al-Yaman tidak turut menyembahyangkannya. Kerana Huzaifah mempunyai pengetahuan tentang ilmu mengenal kemunafikan kerana di ajar oleh Rasul salallahu alaihi wasallam yakni dia tahu siapa yang munafik dan siapa yang tidak”



Demikianlah, pada masa hidupnya, di sekeliling Huzaifah Bin Al-Yaman, telah berdiri suatu madrasah kecil yang terdiri dari sebahagian sahabat-sahabat, misalnya Wasibah, yang terkenal dalam suatu riwayat, yang mengatakan : “Saya telah mendatangi Rasulullah salallahu alaihi wasallam. Saya tidak hendak membiarkan sesuatu kebaikan atau kejahatan melainkan saya akan tanyai Nabi dalam hal tersebut. Saya langkahi orang banyak untuk sampai ke tempat Nabi salallahu alaihi wasallam. Sahabat-sahabat mengatakan, “ Jauhlah engkau, hai Wasibah dari Rasulullah salallahu alaihi wasallam” Tetapi saya katakana pada mereka : “Biarkanlah saya mendekati baginda rasul , kerana beliaulah manusia yang paling saya cintai.” Kemudian Rasulullah salallahu alaihi wasallam berkata kepada Wasibah : “Hai Wasibah, saya datang mengkhabarkan kepada engkau mengenai maksudmu datang ini atau engkau yang akan menanyakannya kepada saya?” Jawab Wasibah: “Tuanlah Rasulullah yang mengkhabarkannya kepada saya .” Kata Nabi salallahu alaihi wasallam. : “ Engkau datang hendak menanyakan apakah kebaikan itu dan apakah dosa itu.” “Benar, ya Rasulullah,” jawab Wasibah. Lalu Nabi mengumpulkan sekalian anak jarinya dan menggaru-garu dada saya dengan anak jari beliau itu, seraya berkata, tanyalah hatimu, hai wasibah,” kerana yang baik itu yang tenang di dalam hati dan yang dosa itu selalu pulang balik di dalam dada manusia, walaupun orang ramai memberi fatwa kepada engkau dan engkau pun memberi fatwa kepada orang ramai.”



Hadis yang di atas tersebut, termasuk salah satu tiang dari Ilmu Tasauf, kerana Tasauf itu sebahagian besar ianya mengenai lapangan-lapangan perasaan hati manusia.

Akan tetapi madrasah Tasauf yang didirikan Huzaifah pada masa itu masih belum terkenal dengan nama Tasauf, masih sangat sederhana sekali. Belum ada tersiar riwayat-riwayat dan berita-berita mengenai madrasah Huzaifah Al-Yaman ini sebagaimana yang akan tersiar dari madrasah-madrasah Tasauf pada abad kedua Hijriah, di mana pelbagai ilmu dan pengetahuan-pengetahuan mengenai Tasauf telah tersiar.



Benar, madrasah kecil dari Huzaifah itu sendiri akan mendatangkan hasilnya pada abad depannya, di mana murid-muridnya terus mengembangkan pengetahuannya sehingga tersebar luas. Walaupun demikian, Imam Sufi yang pertama di dalam sejarah Islam iaitu Al-Hasanul Basri. Seorang ulama besar Tabiin, adalah murid beliau dan keluaran madrasah ini.
-Wallahualam.




SabdaRasulullah salallahu alaihi wasallam: 
حديث حذيفة بن اليمان رضى الله عنه قال : كان الناس يسألون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسأله عن الشر مخافة أن يدركني فقلت يا رسول الله إنا كنا في الجاهلية وشر فجاءنا الله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير شر قال نعم فقلت هل بعد ذلك الشر من خير قال نعم وفيه دخن قلت وما دخنه قال قوم يستنون بغير سنتي ويهدون بغير هدي تعرف منهم وتنكر فقلت هل بعد ذلك الخير من شر قال نعم دعاة على أبواب جهنم من أجابهم إليها قذفوه فيها فقلت يا رسول الله صفهم لنا قال نعم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا قلت يا رسول الله فما ترى إن أدركني ذلك قال تلزم جماعة المسلمين وإمامهم فقلت فإن لم تكن لهم جماعة ولا إمام قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض على أصل شجرة حتى يدركك الموت وأنت علىذلك 
Maknanya: Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah salallahu alaihi wasallam mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? 

Rasulullah menjawab: Ya. 

Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? 

Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. 
Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?
 

Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. 

Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? 

Rasulullah menjawab: Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka itu. 

Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. 

Rasulullah manjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. 

Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? 

Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka. 

Aku bertanya lagi: Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? 

Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian. 


ULASAN SAYA :

Seandainya Sahabat Rasul salallahu alaihi wasallam yang mulia dan agong ini masih hidup di zaman kita , nescaya beliau akan di musuhi oleh sebahagian orang islam yang tidak menggemari pendedahan perkara-perkara yang sesat dan bathil khususnya kepada jemaah yang hanya berbicara bab fadhilat sahaja dan menjauhi perbezaan pandangan apatah lagi  memusuhi orang yang menilai keburukan seseorang dengan tujuan menegur dan menasihati.

Kepada yang berkenaan janganlah terasa tapi anggaplah sebagai teguran membina agar memperbaiki (islah) kepada kefahaman islam yang sebenar.

1 comment:

  1. Kebanyakan karkun tabligh apabila di tanya apa yang kamu dapat dgn keluar 3,7,40 hari dll.Lalu mereka menjawab:

    "untuk mengislah diri kami menjadi lebih baik drp sebelumnya.Dahulu malas solat,lepas keluar khuruj rajin solat.Dahulu suka solat sendirian,lepas khuruj rajin solat berjemaah dan tak suka solat sendirian.Dahulu suka lambatkan solat,lepas khuruj solat awal waktu dan bermacam-macam perubahan dalam bab ibadah khususiah.

    Kalau sekali pandang memang tak dinafikan ia adalah perubahan yang baik TETAPI makna 'islah' bukan semata-mata bersifat luaran tetapi ia mestilah menyeluruh.

    Termasuk yang perlu diISLAHKAN ialah pemikiran dan kefahaman tentang syariat islam secara syumul.Kalau dulu beranggapan sistem demokrasi itu haram tapi selepas khuruj berubah pemikiran dan keyakinan bahawa demokrasi hanyalah alat untuk mengujudkan kerajaan islam.

    Kalau dulu tak mahu mengundi tapi selepas khuruj bersemangat untuk mengundi.kalau dulu menganggap jihad hanya khuruj ala tabligh sahaja tapi selepas keluar 40 hari berubah tanggapan bahawa menegur kerajaan BN itu juga adalah jihad yang lebih besar drp khuruj.

    Kalau dulu mengundi Bn tapi selepas khuruj dapat kesedaran bahawa undi BN itu berdosa.Begitulah antara contoh makna islah yang sepatutnya di fahami oleh org tabligh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...