Wednesday 27 June 2012

Kepentingan Kuasa dalam Islam

Halaman rasmi Dr.Muhammad Mursi, Presiden Republik Arab Mesir: 

Presiden Syria, Basyar Al-Asad mengutuskan ucapan tahniah kepada Dr.Muhammad Mursi atas pelantikan beliau sebagai Presiden Mesir. 

Dr.Mursi kemudiannya membalas dengan menulis: 

Daripada Muhammad Mursi, 
Presiden Republik Arab Mesir 

Merujuk kepada perutusan dari anda yang mengucapkan tahniah, maka dengan ini kami menolaknya dan kami sama sekali tidak mengiktiraf anda. Hanya yang mewakili rakyat Syria ketika ini ialah Tentera Kebebasan Syria dan Majlis Pimpinan Revolusi. 

Hidup Syria! 

( tanda tangan) 
Muhammad Mursi
 

ALLAHUAKBAR...!!! 



Biodata & Latar Belakang

Nama penuh beliau ialah Muhammad Morsi Isa' al-Ayyat. Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran...SUBHANALLAH!!

Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California.

Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.



" DAN SAYA JUGA TIDAK AKAN BERTEMU WAKIL (DUTA) KERAJAAN IRAN SEHINGGALAH MEREKA MENGUBAH PENDIRIAN MEREKA TERHADAP HAK RAKYAT SYRIA ...KERANA KAMI BERSAMA2 MENYOKONG PERJUANGAN RAKYAT SYRIA.." 

- DR MORSI

PRESIDEN MESIR

ULASAN KAMI :

APA YANG BERLAKU DI MESIR DI SAAT INI MEMBUKTIKAN PENDIRIAN KAMI BAHAWA GERAKAN ISLAM (PARTI ISLAM) MASIH YAKIN BAHAWA SISTEM DEMOKRASI PIIHANRAYA YANG DIKRITIK OLEH SESETENGAH PIHAK KHUSUSNYA JEMAAH TABLIGH BOLEH MENJADI WASILAH YANG RELEVAN UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN YANG AKAN MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM DAN SETERUSNYA BOLEH MEMBELA UMAT ISLAM YANG DITINDAS DAN DIZALIMI OLEH KUASA KUFFAR DAN MUNAFIQUN.

INI JUGA MENJADI BUKTI BETAPA PENTINGNYA KUASA PEMERINTAHAN DALAM ISLAM AGAR MUSUH-MUSUH ISLAM MERASA GERUN ATAU BERFIKIR 2 KALI UNTUK MEMBULI UMAT ISLAM.CUMA YANG PERLU DIBEZAKAN IALAH KEMENANGAN PARTI ISLAM YANG BERPAKSIKAN TAKWA KEPADA ALLAH DENGAN PARTI MUNAFIK YANG BERPAKSI ASSOBIYAH(BANGSA).

TUGAS GERAKAN ISLAM IALAH MENYEDIAKAN TAPAK PEMERINTAHAN ATAU MERINTIS KEKUASAAN UNTUK AL MAHDI DI AKHIR ZAMAN NANTI............INSYAALAH

1 comment:

  1. Bukan bermakna yakin sistem Demokrasi bermakna tak yakin kuasa Allah.Part ini yang selalu orang tabligh keliru@confius.

    Setiap perkara yang berlaku dalam dunia ini bersifat SUNNATULLAH atau di jadikan dengan berSEBAB.Perkara ini telah di jelaskan banyak tempat dalam al quran.

    Contoh yang paling mudah ialah bab anak.Sunnatullah dalam mendapatkan zuriat ialah dengan berjimak(samada yang halal atau yang haram)antara lelaki dan perempuan.

    Bolehkah ALLAH mengurniakan anak tanpa berjimak??

    jawapannya...boleh!!! tetapi ia bersifat khususiah seperti Sydtina Mariam ibu kepada nabi Isa a.s.

    Adakah perkara itu berlaku kepada semua orang??
    Sudah tentu tidak!!!

    Begitulah juga keyakinan gerakan islam kepada sistem Demokrasi adalah SEBAB untuk memperolehi kuasa untuk memerintah dan melaksanakan hukum islam yang di wajibkan itu.

    Sebenarnya banyak contoh lain lagi kalau nak lebih jelas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...