Monday 18 June 2012

Surah Al-anfal ayat 60

 Pembaca yang budiman!

Firman Allah:

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآَخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ (60)

dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya: sedang Allah mengetahuinya, apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)”.


Semua kita khususnya yang kaki majlis ilmu biasa dengan ayat di atas serta mengetahui tafsiran dan perbahasannya oleh para ustaz,ustazah dan alim ulama di masjid dan surau baik dalam kuliah maghrib mahupun ceramah umum lainnya.Jadi tak perlulah kami mendatangkan perbahasan ayat tersebut pada entri kali ini berdasarkan kitab –kitab muktabar atau terjemahan sebiji-sebiji.

Cuma apa yang kami nak kongsikan kepada para pembaca ialah untuk kita melihat ayat tersebut dalam kontek semasa yakni reality zaman kini.Seperti yang kita sedia maklum,ayat tersebut diturunkan pada zaman kuda-kuda di gunakan sebagai kenderaan perang dan suasana perang ketika itu pula adalah dengan kekuatan ketenteraan menggunakan kuda,pedang,panah dan lain-lain lagi.

Dalam kontek zaman moden kini suasana perang berbeza pula baik dari segi peralatan senjata dan kenderaan yang di gunakan mahupun suasana perang itu sendiri.mungkin ada yang masih rigid dengan penafsiran para ulama silam khususnya di Malaysia lalu mereka menunggu-nunggu suasana perang seumpama itu sedangkan mereka sebenarnya tidak sedar bahawa perang versi zaman moden telah bermula sebaik sahaja Tentera Salib kristian menjalankan apa yang di panggil ‘Serangan pemikiran’.

Jika kita lihat pula penafsiran oleh para ulama kontemperari seperti Dr Yusof Qardhawi,Dr Wahbah Zuhaili dan ramai lagi maka kita akan mengetahui kalimah ‘kuda’ di tafsirkan sebagai kereta kebal,jet pejuang dan seumpamanya.Penafsiran tersebut mungkin 
bersesuaian dengan scenario yang berlaku 
diPalestin,Afganistan,Iraq,Checnya,
Patanni dan wilayah islam yang di perangi 
oleh musuh islam yang menggunakan senjata api.
Tetapi bagaimana pula di Malaysia yang mana scenario ‘peperangan’ tidak menggunakan senjata api??
Adakah perlu menggunakan penafsiran yang sama??

Di sinilah letaknya kepentingan memahami fiqh  al-waqi’ atau fiqh reality.Kejahilan memahaminya menyebabkan umat islam masih di buai mimpi indah kehidupan dunia yang sementara ini dengan hanya sibuk bekerja mencari nafkah hidup sambil menunaikan kewajipan agama yang bersifat individu seperti solat,berpuasa,zakat,haji dll tetapi dalam masa yang sama tidak peduli dengan persiapan menghadapi ‘serangan pemikiran’ yang telah lama melanda umat islam sejak jatuhnya khilafah islam Uthmaniyah.

Perbezaan bentuk peperangan bermakna perbezaan persiapan kekuatan yang di perlukan.

Persiapan kekuatan yang kami maksudkan ialah kekuatan dari segi ilmu rohani dan jasmani.Ilmu rohani ialah ilmu memahami syariat islam dalam kontek semasa yang contohnya boleh kita temukan dalam kitab-kitab yang di tulis oleh para ulama bertaraf MUJJADID sepanjang zaman yang di mulai oleh Khalifah Umar Abdul Aziz sehingga kurun ke 20 iaitu Imam as syahid Hassan al Banna.

Kekuatan jasmani pula ialah kesihatan lahiriah tubuh badan dengan amalan sunnah Rasul saw baik dari segi pemakanan hingga kepada pengurusan masa yang memerlukan kerehatan badan agar kesihatannya tidak terganggu.Itu sebabnya kita melihat ‘serangan’ puak salib (musuh islam) bukan sahaja berkisar kepada keseronokan dunia yang melalaikan sahaja tetapi juga dengan memperkenalkan makanan-makanan yang merbahaya (tidak berkhasiat untuk badan) seperti Mc Donald,KFC,King Burger dll.

Sedangkan kalau kita semak amalan pemakanan Nabi salallahu alaihi wasallam melarang kita makan daging bersama telur tetapi burger special yang dijual baik oleh syarikat besar mahupun di kaki lima telah lama menjadi amalan umat islam sejak zaman kanak-kanak lagi.Ini di sebabkan kejahilan sebahagian besar umat islam akan perancangan halus musuh islam merosakan mereka dari berbagai sudut.

Kesemua peperangan yang berlaku dalam sejarah islam khususnya perang saudara (sesama muslim) adalah berorantasikan kepada kekuasaan memerintah (politik).Begitu juga peperangan dengan musuh islam bukan untuk memaksa orang kafir memeluk islam tetapi untuk membebaskan manusia daripada kekuasaan politik yang zalim (manusia menyembah manusia)  

Kesimpulan

Marilah kita memperdalamkan lagi ilmu berkaitan syariat islam khususnya berkaitan Fiqh al waqi’ (fiqh reality) dan banyak lagi ilmu fiqh yang berkaitan  agar kita dapat mengenal kebenaran itu sebagai kebenaran dan kita menyokongnya serta kebathilan itu sebagai kebathilan dan kita memeranginya.Dengan itu kita mengetahui bahawa peperangan dalam Negara kita Malaysia ialah Pilihanraya itu sendiri.

Wallahu’alam





2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Ada yang bertanya "kenapa tidak di sebut kekuatan iman","kenapa asyik-asyik ilmu..ilmu...ilmu?

    Baik,pernahkah kita mendengar perkataan "pengajian iman" atau "majlis iman" atau kuliah iman" dah seumpamanya??

    TIDAK PERNAH!!

    Yang biasa kita dengar ialah pengajian ilmu,majlis ilmu atau kuliah ilmu dll.Walaupun didalamnya yang dibicarakan ialah ilmu tauhid(iman),usulludin dan seumpamanya.Ia tetap di nisbahkan sebagai majlis ilmu.

    Ilmu ialah sesuatu yang boleh kita lihat sedang iman ialah benda ghaib (tidak nampak).Secara logiknya manusia akan mendahulu sesuatu perkara yang ia nampak berbanding perkara yang ia tidak nampak.

    Dan islam juga mengajar kita menghukum perkara yang zahir(nampak)dan berhusnul zon perkara yang tidak nampak.

    Oleh sebab itulah dalam perkara Hablumminannas (sesama makhluk)kita mendahulukan perkara yang zahir daripada perkara yang bathin.

    Wallahu'alam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...