Monday 25 November 2013

MENJAWAB FITNAH KARKUN FUAD AKMAL

SIDANG PEMBACA YANG DIRAHMATI ALLAH


Pada posting kali ini kami cenderung untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh fuad akmal dalam blog beliau antaranya isu Fatwa kufur ke atas Barelwi.Beliau telah melampirkan dokumen fatwa tersebut dalam bahasa Urdu yang sebenarnya menunjukkan  tidak cerdiknya cara beliau berfikir.Beliau hendak kita percaya kesesatan barelwi hanya fatwa dari deobandi sahaja.Kaedah ini sama sebagaimana UMNO yang hendak mengharamkan PAS dengan menggunakan Majlis Fatwa Kebangsaan agar melarang kalimah islam digunakan  dalam parti politik.Sedangkan majlis Fatwa di peringkat negeri tidak pernah pun sejak dahulu membangkitkan isu tersebut.Ini kerana mereka tidak bermusuh dengan PAS .Sebaliknya Deobandi sangat memusuhi dan berdendam dengan Barelwi disebabkan Fatwa Haramain tersebut.

Bahkan  deobandi sangat  terkejut bila fatwa kafir keatas 4 ulama awal mereka oleh 33 ulama Haramain melalui hasil usaha Imam Ahmad Raza Khan melalui kitab Husam Haramain.Bahkan lebih 200 orang ulama seluruh India menandatangani buku Fatwa tersebut.Sebagai tindakbalas dari itu salah seorang ulama deobandi iaitu maulana Khalil Ahmad Saharanpuri telah menulis satu kitab yang dinama sebagai Al Muhannad ala Mufannad dengan melampirkan 25 soalan yang dijawab oleh beliau sendiri.
Kebanyakan pengikut Tabligh khususnya di Malaysia oleh kerana telah di brainwash oleh eldest-eldest mereka ‘berkat’ keluar 40 hari dan 4 bulan ke India,Pakistan dan Bangladesh menerima bulat-bulat jawapan yang ditulis dalam buku tersebut tanpa menyemak dan membuat kajian mendalam.Mereka tidak tahu bahawa terdapat beberapa penipuan sebagaimana yang telah didedahkan oleh banyak forum di luar Negara yang membangkitkan isu tersebut contoh seperti disini:
 Dalam forum itu dinyatakan bahwa ulama deobandi telah menipu umat islam khususnya di India bahawa mereka adalah ASWJ sedang hakikatnya mereka adalah pengikut Wahabi dan ahlul bid’ah.Salah seorang karkun yang memberi komentor  telah melampirkan satu link : http://www.deoband.org/2010/02/fiqh/miscellaneous/mawlid-deoband-and-hanafi-fiqh/
 yang kununnya cuba membuktikan bahwa ulama deobandi mengiktiraf maulid nabi Tetapi malangnya itu bukan website resmi deobandi sebaliknya dalam FATWA RESMI Deobandi bahawa mereka tidak pernah sekalipun merayakan maulid nabi sejak 150 tahun yang lalu.Ini kerana mereka patuh kepada fatwa di sini: http://darulifta-deoband.org/showuserview.do?function=answerView&all=en&id=4786
Dan satu lagi website resmi deobandi telah menukilkan ucapan@perkataan ulama al kabir mereka seperti Anwar Kashmiri,mufti Ibrahim Desai dan lain-lain yang menghukum syirik dan sesat kepada pelopor maulid nabi .Linknya disini: http://www.central-mosque.com/fiqh/dmawlid1.htm

Telah menjawab isu kitab al Muhannad tersebut.Tetapi seperti biasa pengikut tabligh seperti pesakit yang telah dibius urat sarafnya hanya tunduk dan patuh kepada sumber dari ulama mereka sahaja walaupun kita bentangkan bukti jelas penipuan mereka.

Karkun Fuad akmal dan Abu Zakaria dalam membela penipuan ulama Deobandi telah terlupa beberapa perkara penting antaranya:

1-      Kitab al Muhannad sebenarnya tidak ditulis dan dibentangkan di hadapan ulama Haramain sebaliknya beliau (Maulana Khalil Sarahanpuri) hanya menyenaraikan puluhan nama ulama berkenaan tanpa melampirkan ulasan dan pengesahan (cop resmi) dari ulama tersebut sebagaimana yang terdapat dalam kitab Husam Haramain.Buktinya kita boleh lihat video ini: http://www.youtube.com/watch?v=eSZYcxSqtp4
2-      Oleh kerana kitab al Muhannad gagal meyakinkan umat islam maka pada tahun 1953 Maulana Manzur Noomani menerbitkan pula kitab ‘Faisla Kun Munazara’ bagi menjawab isu yang sama.Walhal sekiranya dakwaan orang tabligh bahawa kitab Al muhannad itu adalah fatwa ulama Haramain yang menarik balik fatwa dalam Husam haramain kenapa perlu di tulis kitab Faisla Kun Munazara lagi??
3-      Kenapa Maulana Manzur Nomani menulis buku tersebut?
Sebabnya ialah pada tahun 1933 telah berlaku satu perdebatan di Lahore membincangkan isu fatwa kafir tersebut maka beliau telah menyediakan jawapannya terlebih awal tetapi oleh kerana perdebatan tersebut terpaksa dibatalkan kerana campurtangan pihak polis ketika itu maka pada tahun 1953 tulisan itu diterbitkan dalam bentuk buku.
4-      Walaupun begitu buku tersebut telah mendapat kritikan yang hebat oleh para ulama India ketika itu antaranya Mufti Ajmal Sambhali Rh (1900M-1963M) dalam bukunya “Rad Shahab e Sāqib bar Wahabi Khāib” telah menyangkal semua hujjah dalam buku tersebut. Kemudian pada tahun 1988 , Mufti Sharif al Haq Amjadi Rh ( 1921-2000 ) menulis buku “Sunni Deobandi Ikhtilaf Ka Munsifāna Jaiza” ( Analisis saksama Pertikaian Sunni - Deobandi ). Buku ini ditulis untuk menyerlahkan pembohongan dan kejahatan Manzur Nomani yang hadir dalam bukunya Faisla Kun Munāzra . Mufti Sharif al Haq menafikan setiap penipuan Manzur Nomani itu . Buku yang mengandungi 151 muka surat dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris . Linknya disini: http://www.falaah.co.uk/books/info-about-books/207-sunni-deobandi-ikhtilaf-ka-munsifana-jaiza
5-      Tindakan Fuad Akmal dan Abu Zakaria yang melampirkan link kitab hanya dalam bahasa arab dan urdu jelas menunjukkan mereka takut kebenaran terserlah.Sedangkan mereka tahu dikalangan orang tabligh sendiri tak faham langsung bahasa urdu tetapi kenapa mereka masih berbuat begitu??


Bersambung……

Tuesday 19 November 2013

IMAN , ILMU dan AMAL ATAU ILMU , IMAN dan AMAL.



Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Fenomena ini banyak mengelirukan segolongan kita yang kadang kala terperangkap dalam himpitan kalam-kalam yang cuba membawa suatu motif tertentu. Iman, Ilmu, Amal. Sebuah trilogi yang tidak dapat di pisahkan. Saling terkait. Iman tanpa ilmu, sesat. Ilmu tanpa Amal, sesat. Amal tanpa ilmu, taklid. 
Secara susunan nya kadang kala ia terlalu dipertikai akan kepentiangan untuk menyusun nya. Ada menyatakan ilmu itu dahulu dari iman , dan ada menyatakan iman dahulu dari amal. Apapun yang pasti ketiga ini berkait antara satu sama lain.

ILMU

Ilmu sesuatu yang sering diutamakan. Tidak dipelihara dengan baik. Kadang ilmu hanya dijadikan sesuatu yang nisbi. Ada tapi tidak ada atau Tidak ada tetapi ada? Tetapi yang pasti adalh ilmu itu satu kewajipan yang tidak bole di pertikai kerana terdapat bukti dan dalil yang pasti semua mengetahuinya.
Akhir-akhir ini satu fenomena yang ditemui, yang membuat kita ketahui bahawa kadang-kadang seseorang tidak faham dengan ilmu yang dipelajarinya. Untuk apa ilmu itu digunakan? Akan bagaimana bila mengamalkan ilmu itu? Fenomena klasik, tapi tetap membuat kita tidak habis ber fikir.
Belajar, mencari ilmu kadang di jadikan formula belaka. Kerana maruah, harga diri, atau bahkan desakan dari pihak orang lain, orang tua, suami, isteri, desakan majikan ,dan lain-lain lagi. Pada akhirnya ilmu tidak meresapi dalam diri. Tidak meninggalkan bekas. Bahkan mungkin, tidak menjadikan diri lebih baik. 

IMAN

Iman pula melahirkan penyaksian mata hati (musyahadah) terhadap ketuhanan Allah s.w.t pada setiap pandangan kepada segala perkara. Allah s.w.t berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya… (Ayat 136 : Surah an-Nisaa’)
Sabda rasulullah :
Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa iman”. [HR. Ath-Thabrani]

Ayat di atas ditujukan kepada orang yang sudah beriman. Mereka sudah pun beriman tetapi masih digesa supaya beriman. Iman pada tahap permulaan berdasarkan dalil-dalil dan pembuktian. Kemudian mereka diajak pula kepada iman dengan penyaksian mata hati, menyaksikan Rububiyah yang tidak pernah berpisah daripada ubudiyah. Tanpa penyaksian terhadap Rububiyah segala amal tidak berguna kerana orang yang beramal menisbahkan amal itu kepada dirinya sendiri, sedangkan tiada yang melakukan sesuatu melainkan dengan izin Allah s.w.t, dengan Kudrat dan Iradat-Nya, dengan Haula dan Kuwwata-Nya. Himpunan amal sebesar gunung tidak dapat menandingi iman yang sebesar zarah. Orang yang beriman dan menyaksikan Rububiyah pada segala perkara dan semua amal itulah orang yang memperolehi nikmat yang sempurna lahir dan batin, kerana hubungannya dengan Allah s.w.t tidak pernah putus. Orang inilah yang berasa puas dengan berbuat taat kepada Allah s.w.t dan berasa cukup dengan-Nya, kerana tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t dan tidak berlaku sesuatu perkara melainkan menurut ketentuan-Nya. Apa lagi yang patut dibuat oleh seorang hamba melainkan taat kepada-Nya dan menerima keputusan-Nya.
Kesimpulannya iman merupakan penentu sah sesuatu amalan seorang hamb a yang mengaku iman kepadaNYA 

AMAL

Amal merupakan satu aplikasi yang hasil dari gabungan ilmu dan iman kerana kebenaran iman dapat di lihat amal soleh seseorng .Allah bersumpah demi sesungguhnya manusia itu rugi andai beriman tanpa amal
Allah SWT berfirman, "Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (Surah Al-Asr : 1-3).
Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa iman”. [HR. Ath-Thabrani]
Berdasarkan bukti dan dalil di atas tidak sempurna iman dan ilmu seseorng itu melainkan dengan disulami dengan amal yang terhasil kefahaman dari ilmu ,dan penyatuan yang hadir hasil penyaksian bahawa ianya benar dan hasilnya , anggota badan itu yang bergerak demi merealisasikan ilmu dan iman dengan amal nya .

HUBUNGAN ILMU ,IMAN dan AMAL .

Tentang hubungan antara iman dan amal, demikian sabdanya,

Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa iman”…. [HR. Ath-Thabrani] kemudian dijelaskannya pula bahwa:
Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim”. [HR. Ibnu Majah dari Anas, HR. Al Baihaqi] 
Selanjutnya, suatu ketika seorang sahabatnya, Imran, berkata bahwasanya ia pernah bertanya, "Wahai Rasulullah, amalan-amalan apakah yang seharusnya dilakukan orang-orang?". Baginda Saw. menjawab: "Masing-masing dimudahkan kepada suatu yang diciptakan untuknya"…. [HR. Bukhari] 
“Barangsiapa mengamalkan apa yang diketahuinya, niscaya Allah mewariskan kepadanya ilmu yang belum diketahuinya.”…. [HR. Abu Na’im] 
Ilmu itu ada dua, yaitu ilmu lisan, itulah hujjah Allah Ta’ala atas makhlukNya, dan ilmu yang di dalam qalb, itulah ilmu yang bermanfaat.” …. [HR. At Tirmidzi] 
Seseorang itu tidak menjadi ‘alim (ber-ilmu) sehingga ia mengamalkan ilmunya.” . [HR. Ibnu Hibban]

Sekali peristiwa datanglah seorang sahabat kepada Nabi Saw. dengan mengajukan pertanyaan:
Wahai Rasulullah, apakah amalan yang lebih utama ?” Jawab Rasulullah Saw.: “Ilmu Pengetahuan tentang Allah ! ” Sahabat itu bertanya pula “Ilmu apa yang Nabi maksudkan ?”. Jawab Nabi Saw.: ”Ilmu Pengetahuan tentang Allah Subhanaahu wa Ta’ala ! ” Sahabat itu rupanya menyangka Rasulullah Saw salah tangkap, ditegaskan lagi “Wahai Rasulullah, kami bertanya tentang amalan, sedang Engkau menjawab tentang Ilmu !” Jawab Nabi Saw. pula “Sesungguhnya sedikit amalan akan berfaedah bila disertai dengan ilmu tentang Allah, dan banyak amalan tidak akan bermanfaat bila disertai kejahilan tentang Allah”[HR. Ibnu Abdil Birr dari Anas]

Kejahilan adalah kebodohan yang terjadi karena ketiadaan ilmu pengetahuan. Dengan demikian, kualiti amal setiap orang menjadi sangat berkaitan dengan keimanan dan ilmu pengetahuan karena Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, mereka diberi petunjuk oleh Rabb mereka kerana keimanannya … QS.[10]:9. Ilmu pengetahuan tentang Allah Subhanaahu wa Ta’ala adalah penyambung antara keimanannya dengan amalan-amalan manusia di muka bumi ini. Sebagaimana kaedah pengaliran iman yang diajarkan oleh Rasulullah Saw. bahwasanya iman adalah sebuah tashdiq bi-l-qalbi yang di ikrarkan bi-l-lisan dan di amalkan bil arkan …Dengan itu di simpulkan bahawa kita jangan memisah ketiga komponen yang telah kita perhatikan tadi , kerana pemisahan setiap komponen menjadikan islam itu janggal dan susah dan sukar.



Oleh : AMINUDDIN BIN ALIAS

Monday 18 November 2013

Kisah mimpi bertemu Rasulullah s.a.w: Siri 3

SEBAB IMAM ASY-SYAFIE TIDAK DIHISAB

Imam Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam kitabnya 'Al-Manaqib' melalui sanad Muhammad ibnu Hamdan at-Tara Ifi daripada Abu Abdillah Ad Dainuri yang berkata:"Aku mendengar Abul Hassan ASy-Syafie menyebutkan:

"Aku melihat Rasulullah S.A.W di dalam mimpi lalu aku berkata kepada Baginda:
"Ya Rasulullah,dengan sebab apakah Asy Syafie ( pengasas mazhab syafie) tidak dihisab pada hari kiamat?"

Baginda menjawab: { Asy Syafie menyebut di dalam kitab "Ar Risalah":


Thursday 14 November 2013

Kisah mimpi bertemu Rasulullah s.a.w: Siri 2

Kemuliaan Imam Asy-Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal

Abu Bakar Ahmad ibnu Muhammad Ar Rahli, Qadhi di kota Damsyik berkata: “Aku memasuki kota Iraq lalu aku menulis kitab-kitab yang dikarang oleh penduduk-penduduk Hijaz.Oleh kerana terdapat banyak perselisihan pendapat maka aku tidak dapat menentukan yang manakah akan aku ambil untuk ditulis.

Menjelang tengah malam aku bangun mengambil wuduk dan bersolat dua rakaat serta berdoa:

“Ya Allah,tunjukkan kepadaku dengan apa yang Engkau suka.”

Setelah selesai berdoa,aku tidur di perbaringanku.Ketika tidur aku melihat Nabi s.a.w masuk melalui pintu Bani Syaibah (Masjidil Haram) dan menyandarkan belakang Baginda pada Kaabah.Aku juga melihat Asy Syafie dan Ahmad bin Hanbal berada di kanan Rasulullah s.a.w dan Baginda Melampar senyuman kepada mereka berdua manakala Bishrul Murisi(nama orang) berada di sudut yang lain.”
Aku berkata: “Ya Rasulullah,perselisihan yang banyak antara mereka (imam Syafie/imam Ahmad dengan Bishrul Murisi) menyebabkan aku tidak tahu untuk mengambil yang mana satu!”

Lalu Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada Imam Asy Syafie dan Ahmad dengan berkata:

وَٱلنُّبُوَّةَوَٱلْحُكْمَٱلْكِتَٰبَ ءَاتَيْنَٰهُمُٱلَّذِينَ أُو۟لَٰٓئِكَ
Mereka itulah orang-orang yang telah Kami berikan kepadanya Kitab Suci, dan Hikmah (ilmu pengetahuan), serta pangkat kenabian. 
(Surah al an-a’nm-89)

Kemudian Baginda s.a.w mengisyaratkan pula kepada Bishrul Murisi dan berkata:


maksudnya:
Oleh itu, jika orang-orang (kafir) itu mengingkarinya, maka sesungguhnya Kami akan menyerahkannya kepada kaum (lain) yang tidak akan mengingkarinya. 
[90]
Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah,


Thursday 7 November 2013

Kisah mimpi bertemu Rasulullah s.a.w: Siri 1

Imam Asy-Syafie rhm bermimpi melihat Imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan murid dan juga sahabatnya akan menghadapi ujian yang amat getir mengenai al quran,samada ianya makhluk atau sebaliknya.Imam ibnu Jauzi rhm meriwayatkan kisah ini dalam kitab “Manaqib Al Imam Ahmad” dengan sanadnya kepada Ar-Rabie’ ibnu Sulaiman.

Ar Rabe’ berkata: “Asy Syafie telah berkata kepadaku:”Wahai Rabie’,ambillah kitab(surat) aku ini dan engkau pergi bertemu Abi Abdillah Ahmad ibni Hanbal serta serahkan kepadanya.Dan engkau bawa balik kepadaku jawapan daripadanya”.

Beliau pun berangkat ke kota Baghdad berserta surat tersebut.Beliau bertemu dengan Imam Ahmad di waktu solat suboh.Setelah selesai solat bersama,Imam Ahmad bangun menuju ke mihrab.Semasa inilah Rabie’ menemui Imam Ahmad dan menyerahkan surat itu seraya berkata: ”Ini adalah surat dari saudaramu Asy Syafie dari Mesir.”

Imam Ahmad bertanya: “Adakah egkau sudah melihat isi kandungannya?”

”Tidak,” jawab Rabie’ ringkas.
Imam Ahmad terus membuka penutup surat itu lalu membacanya.Tiba-tiba air mata kelihatan bergenang di kelopak matanya.Melihat keadaan itu Rabie’ bertanya:
”Ada sesuatu pada isinya wahai Abu Abdillah?”
Imam Ahmad berkata : ” Isinya menyebut bahawa dia (Imam Syafie) telah melihat Nabi s.a.w di dalam mimpinya.

Baginda berkata: { Tulislah kepada Abi Abdillah Ahmad bin Hanbal dan sampaikan salamku kepadanya.Dan katakan bahawa : ”Engkau akan diuji dan diseru kepada dakwaan bahawa al quran adalah makhluk maka jangan engkau menerima seruan mereka itu.Allah akan mengangkat bendera (kemenangan) untuk engkau sehinggalah ke hari kiamat}.

Rabie’ berkat: Ia adalah berita baik (mubasyirot)”.

Setelah selesai membaca surat Imam Syafie itu,Imam Ahmad menanggalkan pakaiannya yang menyentuh kulitnya (pakaiannya banyak lapis) lalu diberikan kepada Rabie’.apabila mendapat baju itu Rabie’ pun pulang ke Mesir dan menyerahkannya kepada Imam Asy Syafie.

Belum sempat menyerahkan pakaian sebagai jawaapan suratnya maka Imam Syafie berkata: ”Wahai Rabie’,kami tidak menyakiti engkau dengannya akan tetapi menyembuhkan (pakaian itu dijadi penawar untuk mengubati penyakit).Ambilkan air supaya engkau juga mendapatkannya.”

*keterangan*
Baju Imam Ahmad yang berpeluh itu direndam ke dalam air oleh Imam Asy Shafie untuk dijadikan sebagai penawar penyakit.


Wallahu’alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...