Sunday 30 September 2012

Satu post mortem dalam menyambut Iduladha


Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Secara jujurnya, iduladha di negeri pantai Barat Semenanjung tidaklah semeriah negeri pantai Timur khususnya Kelantan.Umumnya sambutan idulfitri di Malaysia sentiasa lebih meriah berbanding iduladha. Walau pun takbir hari raya iduladha yang berkumandang dari corong masjid dan media elektronik lebih lama berbanding idulfitri yang hanya bersahutan dari malam raya hinggalah ke waktu sebelum solat sunat pada keesokkan harinya, namun elemen-elemen kemeriahan idulfitri itu masih tidak terdapat dalam iduladha secara keseluruhannya.


Antara faktor-faktor utama yang menyebabkan aidiladha tidak semeriah aidilfitri

Balik kampung: keghairahan untuk pulang ke kampung agak berkurang berbanding idulfitri. Malah ada sesetengah perantau merasakan bahawa balik kampung sewaktu aidiladha ibarat satu perbuatan “sunat” sahaja berbanding hukum balik kampung sewaktu idulfitri yang “wajib”. Maka tak balik pun tak apa. 

Ziarah: Amalan ziarah-menziarahi  hampir tidak berlaku pada sambutan iduladha. Berbanding idulfitri, sememangnya tak menang tangan menghadiri majlis rumah terbuka. Kadang-kadang sehingga terlajak ke bulan Zulkaedah, masih ada yang menganjurkan rumah terbuka idulfitri.

Maaf: sukar untuk melihat amalan maaf-bermaafan berlaku di iduladha, berbanding aidilfitri yang semestinya menjadi satu acara wajib. Ibarat tak lengkap beraya kalau tak minta maaf, sehingga terkeluar ungkapan, maaf zahir dan batin. iduladha takde kan?

Duit raya: saya sendiri sudah sangat lama tidak memberi dan menerima duit raya sewaktu iduladha, seingat saya dulu ketika zaman kanak-kanak pernah juga terima duit raya iduladha dari pakcik dan makcik yang tidak pulang beraya ketika idulfitri. Sekarang pakcik dan makcik pun sudah veteran. Nenek sudah tiada lagi. Maka tidaklah mereka pulang ke kampung lagi. Berbanding idulfitri, kalau tidak diberi duit raya, dipandang serong oleh kanak-kanaklah jawabnya.

Kuih raya: mana ada manusia yang sanggup bersengkang mata membuat kuih raya untuk iduladha, apatah lagi menjalankan perniagaan kuih raya. Berbanding idulfitri bersepah-sepah orang jual kuih raya. Tak perlu pergi jauh, dalam ofis mesti ada punya.

Lagu raya: Kurang kedengaran stesen radio tempatan memutarkan lagu raya. Yang membezakan iduladha dengan hari-hari biasa adalah ucapan hari raya dari pemanggil setia serta takbir hari raya bermula dari 10 Zulhijjah hinggalah ke hari-hari tasyriq.

Mercun: memang terdapat letupan mercun berkumandang memecah suasana malam iduladha, namun iramamya tidaklah semerdu aidilfitri yang tak ubah macam medan perang. Berita ”saintis muda” yang mendapatkan rawatan di hospital akibat kecederaan jari juga tiada di paparan akhbar. Kadang-kadang saya musykil di mana mereka mendapat bekalan mercun ketika iduladha ini. Stok tak habis idiufitri dahulu barangkali.

Baju raya: walau pun indah lengkap bersamping di pagi iduladha, rata-rata itu adalah baju yang sudah dirasmi sewaktu aidilfitri dahulu. Selepas dibasuh, baju tersebut duduk diam dalam almari sementara menunggu datangnya aidiladha. Sesudah iduladha, barulah dipakai dengan kadar yang lebih kerap, sekurang-kurangnya ketika menghadiri majlis keagamaan anjuran komuniti. Tak pernah pula mendengar ada orang menempah atau membeli baju baru semata-mata untuk menyambut iduladha. Mungkin ada, tapi bilangannya tidaklah sebesar mana. Yang berbaju melayu serta berkain pelekat sahaja pun ramai juga. Tak perlu pakaian formal.

Membeli-belah: tiada jualan runtuh untuk menghasut masyarakat menghabiskan wang ringgit membeli-belah sempena aidiladha. Cuba kalau idulfitri. Tak cukup dengan shopping complex yang sedia ada, siap bukak bazar sementara lagi.

Ops sikap: menjelang idulfitri, anggota polis trafik biasanya merupakan antara golongan yang malang kerana cuti hari raya mereka pasti dibekukan demi menghalang pesalah lalu lintas dari bermaharajalela. Rentetan daripada itu, media cetak dan elektronik saban hari menyiarkan statistik mangsa kemalangan jalan raya yang saban tahun ada sahaja peningkatannya. Menjelang iduladha tidak kelihatan pula polis trafik terpacak di bawah jejantas di lebuh raya. Maka tiada sesiapa yang cutinya terpaksa dibekukan. Media cetak dan elektronik sepi tanpa apa-apa statistik kemalangan jalan raya.

Walau pun begitu, istilah “lebih meriah” yang selalu difikirkan orang di Lembah Klang itu saya kira masih relevan. Mungkin kerana cuti umum untuk perayaan iduladha di sebilangan negeri seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu adalah sama seperti cuti umum idulfitri iaitu dua hari. Maka sewajarnya iduladha di sambut semeriah aidilfitri.

Saya kira tempoh cuti yang lebih panjang ini adalah bersesuaian untuk memberi lebih masa kepada umat Islam menjalankan ibadah korban. Biasanya masjid-masjid besar dengan kedudukan kewangan yang kukuh mengorbankan binatang ternakan dalam satu jumlah yang besar. Dengan jumlah sukarelawan korban yang terhad, jika dibuat dalam masa dua hari sudah tentu tidak penat bukan?

kesilapan yang dilakukan dalam proses menyembelih korban seperti foto diatas ialah tidak membuka ikatan di kaki lembu tersebut.Sepatutnya setelah selesai sembelih ikatan tersebut 'wajib' dibuka agar lembu itu mengelupur dalam keadaan 'bebas merdeka' 


Kemeriahan iduladha itu diteruskan dengan juadah di hari raya ini tetap istimewa setanding dengan idulfitri. Masih ada ketupat rendang, nasi dagang dan nasi himpit, laksa atau lontong.

Masih ada letupan mercun dan percikan bunga api, walau pun nadanya tidaklah semeriah aldilfitri.

Masih ramai yang sudi balik kampung untuk berjumpa sanak saudara.

Maka seharusnya tidak menjadi kepelikkan seandainya iduladha disambung lebih meriah berbanding idulfitri.

Berbeza dengan suasana di Lembah Klang atau negeri-negeri bersekutu yang lain, cuti iduladha hanyalah sehari. Kalau tidak kerana solat sunat iduladha dan ibadah korban, mungkin hari raya iduladha seperti cuti umum biasa sahaja.

Malah dari segi agama, kebesaran iduladha itu sepatutnya LEBIH BESAR DAN UTAMA(MERIAH) MELEBIHI idulfitri.

Malah dari segi ibadah, kelihatan aidiladha lebih mantap berbanding idulfitri.

Fadilat idulfitri itu sebenarnya terkandung di dalam bulan Ramadhan dan bukan pada hari raya itu. Takbir raya dan zakat fitrah juga hanya boleh dilaksanakan sebelum solat sunat idulfitri sahaja. Amalan-amalan lain hanyalah lebih kepada amalan sunat serta adat budaya orang melayu sahaja.

Di dalam iduladha terkandung pelbagai ibadah yang diberi ganjaran besar oleh Allah SWT bagi mereka yang mengamalkannya dengan niat yang tulus ikhlas.

Terkandung padanya ibadah haji yang wajib dilaksanakan bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Di dalam ibadah haji itu pula terkandung pelbagai lagi sub-ibadah yang perlu disempurnakan untuk mendapat haji mabrur.

Terkandung padanya ibadah korban yang boleh disempurnakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Terkandung padanya takbir hari raya juga boleh dilaungkan lebih lama seperti tarikh-tarikh yang disebutkan tadi.

Terkandung padanya ibadah korban bagi mencari keredhaan Allah SWT serta memperingati peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail.
 
Semoga negeri-negeri lain turut menyambut iduladha lebih meriah berbanding idulfitri.

oleh:Azuhuri Mustaqim

Thursday 20 September 2012

ASWJ VS DEOBANDI WAHABI(TABLIGH)

karkun Musafir

Sebenarnya kami kasihan dengan anda kerana anda telah tiada hujjah tapi masih nak menegakkan benang yang basah.
Anda menulis “hujjah itu masih di perdebatkan”.
Kalau maksud anda mimpi maulana ilyas itu masih diperdebatkan bermakna anda jelas buta sejarah atau jahil sebab tidak mengkaji.Dalam manhaj ASWJ berkurun lamanya(maulana ilyas belum hidup lagi) telah menetapkan al quran tidak boleh ditafsir melalui mimpi.Hanya golongan  sufi sesat dan aliran sesat yang lain sepanjang sejarah yang pernah buat hal sebegitu.Maknanya sudah MUKTAMAD!!!

Sebenarnya anda boleh mencari sendiri manhaj ASWJ dengan carian google samada dalam bentuk pdf,ebook dll.Tapi  kerana kasihan , kami bagilah link itu:
http://www.scribd.com/doc/35354137/Mengenal-Ahli-Sunnah-Wal-Jamaah-JAKIM






kalau dalam versi buku muka surat 16




anda menulis:
”Sedangkan alim ulama' salafus soleh kita yang terdahulu, bahkan sampai sekarang ini pun, mengajar kita agar berhati-hati didalam mengeluarkan pendapat dan menghukum satu-satu golongan”

Kami jawab:

Yang menghukum kafir kepada 4 tokoh awal deobandi tu para ulama ASWJ lah.Dah lama kami buktikan perkara itu Cuma anda malas membaca.Soal wahabi hukum sesat kepada Ikhwan dan mereka yang sealiran telah pun dijawab oleh banyak blog antaranya  blog abuzulfikar dan raja ahmad mukhlis.Perkara itu sudah selesai.yang penting hujjah lawan dengan hujjah.

Satu perkara mungkin anda terlupa ialah  kisah bagaimana Hujjatul Islam Imam Al Ghazali yang telah menghukum sesat kepada pengikut aliran falsafah Aristotle iaitu Ibnu Sina dan al farabi.kedua mereka itu adalah tokoh tersohor dalam sejarah dan beragama islam tapi telah dihukum sesat oleh ulama muktabar ASWJ.Kisah itu tercatat dalam kitab al-munqiz min adh-dhalal dan perbahasan yang lebih mendalam dalam kitab Tahafut al-Falasifah.

Jadi mana relevannya anda menyatakan ’jangan tiru wahabi yang suka menyesatkan orang lain’.perbezaan ASWJ dengan puak wahabi ialah hukum sesat dijatuhkan setelah terbukti jelas kesesatannya dan setelah dibentang hujjah-hujjah tetapi masih berdegil.sebaliknya Wahabi menghukum secara melulu tanpa kajian mendalam.

Bukti kesesatan jemaah tabligh telah kami buktikan sebelum ini tapi anda degil tak mahu akui.Kaedah penafsiran al quran pengasas jemaah tabligh itu bukan manhaj  ASWJ.Anda kena akur dengan hakikat itu.Kami bagi satu perumpamaan simple supaya anda mudah faham.

Masjid adalah sebuah institusi yang di bina berasaskan perintah Allah dalam al quran(secara sahih).Selepas terbinanya masjid baru dilantik pegawai dan ajk untuk menguruskan/mentadbir masjid tersebut dikalangan manusia.Fungsi atau misi masjid dibina ialah sebagai syiar islam di samping menyediakan tempat yang selesa untuk orang beribadah kepada Allah,menjadi tempat orang menuntut ilmu agama dengan menyediakan kelas pengajian dan pelbagai lagi maslahat lain yang kita semua sedia maklum.


Tetapi perlu dingatkan!!! Tujuan pertama masjid tersebut dibina terbahagi kepada dua asas:

1. Dibina berasaskan sifat taqwa yang ikhlas kepada Allah dan dengan cara yang benar.



2. Dibina berasaskan hasad dengki serta ingin menunjuk-ninjuk(riak)-tidak benar dan hendak memecah-belahkan kesatuan umat islam.Sejarah telah membuktikan puak munafik membina masjid dhirar.

Secara zahirnya kita nampak usaha membina masjid itu adalah kerja yang mulia tetapi hakikatnya yang membezakan antara benar dan salah ialah perkara asas(batu asas).   
 

Sama jugalah dengan jemaah tabligh adalah satu nama khas kepada institusi yang berpusat di Nizamudin India.di anggotai oleh manusia yang di gelar majlis syura tabligh  dan ada pengikut pelbagai bangsa di dunia yang fungsi atau misinya ialah berdakwah. Mari kita teliti semula kenyataan maulana Ilyas dalam malfuzatnya pada link:

http://www.archive.org/stream/Malfoozat-DiscoursesOfMaulanaIlyasr.a/Malfoozat-DiscoursesOfMaulanaIlyas#page/n6/mode/1up



Ayat ”aku mendirikan jemaah tabligh” bermakna aku mendirikan sebuah institusi...”berdasarkan tafsir  surah ali imran ayat 110 dalam mimpiku”.

Ada satu lagi ucapan maulana Ilyas yang menghukum sesat umat terdahulu(sebelum beliau)pada awal-awal kitab itu seperti ini:

terjemahannya lebih kurang:

Muhammad Mansur an-nu`many berkata :
“Muhammad Ilyas berujar dalam Malfudhatnya bahwa ummat Muhammad SAW pada masa sekarang telah ditimpa sebuah bencana, yaitu semua ibadat mereka hanyalah simbul dan tanda saja, sehingga seluruh pondok madrasah tempat yang diharapkan memperbaiki kebobrokan akhlaq sekarang hanyah tinggal simbol saja” (Malfuzat, hal : 11).


Seorang muballigh dan juga pengikutnya, Muhammad Hasan Khan berkata dalam Muqaddimah Miftahu at-Tabligh, hal : 7 sebagai berikut :
“Pada masa sekarang di mana seluruh ummat telah sangat jauh dari tuntunan agama dan banyak yang mempraktikkan kemusyrikan dan kekafiran, maka Allah SWT mengutuskan Syaikh Muhammad Ilyas dengan penuh mu`jizat dan menyalahi adat untuk memperbaiki ummat dan untuk mengajari agama yang benar kepada ummat ”.
 


Anda menyatakan "ulama Salafus soleh dahulu berhati-hati dalam menghukum sesat golongan lain"

 
Fakta di atas adalah sebaliknya.

Ini fakta!!!....anda nak nafikan apa lagi??
Kandungan kitab telah discan sebagai bukti!!!
Adakah anda cuba nak mengubah sejarah yang telah berlaku??



Kami di fahamkan anda telah 'mengutus surat 'kepada 'tok guru' anda di Deoband India memohon salinan asal fatwa kununnya menjawab balik fatwa sesat dalam kitab Husam Haramaian di link:






Adakah anda sudah mendapat salinan itu??

Kalau belum kami sedia membantu agar anda rasa Gumbira....
ini link dia:

http://archive.org/stream/FaislaKunMunazraByShaykhMuhammadManzoorNomanir.a#page/n170/mode/1up

Ini barulah yang asli/original yang ditulis dengan tulisan tangan,bahasa Urdu lagi maklumlah zaman tu mana ada internet lagi kan masih dalam suasana PERANG DUNIA PERTAMA lagi.

Sidang pembaca yang budiman...

mari kita buat perbandingan antara dua kitab dalam link dibawah:


http://archive.org/stream/FaislaKunMunazraByShaykhMuhammadManzoorNomanir.a#page/n170/mode/1up

Kalau di bawa masuk mahkamah kes ini,agak-agak hakim akan terima yang mana??

Kitab pertama ada pengesahan (cop mohor) dari Ulama yang keluar fatwa manakala kitab kedua tak ada cop mohor.Seumpama karangan surat sahaja.Cuba kira scroll sampai bawah sekali tercatat nama penulis kitab sahaja iaitu Manzur Noomani.

SIAPA YANG MENGESAHKAN ITU SEBAGAI FATWA?? 

Saturday 15 September 2012

hujjah Balas:3

3.  Dalam usaha untuk mengatakan deobandi tidak Wahabi,Karkun Musafir menulis:

"Dan berbeza pendapat didalam amalan seperti bolehnya menyambut Maulud Nabi; itu termasuk didalam perkara khilafiyyah yg alim ulama' berbeza pendapat didalamnya."
" Mengenai pandangan Maulana Rasyid Ahmad Gangohi terhadap Muhammad bin Abdul Wahab, penerangan mengenainya dijawab oleh madrasah cawangan Deoband disini http://www.daruliftaa.com/question?txt_questionid=q-18272411"



JAWAPAN KAMI:

Ayat yang pertama di atas adalah bukti jelas lagi terang bahawa fahaman wahabi di anuti oleh deobandi tabligh khusus karkun Musafir sebabnya ialah bila masa timbul istilah sambutan Maulid itu jadi KHILAF ULAMA??

Ia timbul setelah munculnya fahaman wahabi yang mana sebelum itu kita tidak pernah dengar Maulid Nabi itu khilaf ulama.Buktinya ialah kitab berzanji@marhaban yg telah berkurun lamanya dibaca khususnya mereka yang lepasan pondok.

mengenai link yang menjawab isu Rashed Ahmad Gangohi memuji Wahabi adalah bertarikh 30.6.2004.Alasan yang dikemukakan ialah mungkin maulana tidak mendapat maklumat sebenar dan sebagai orang islam kena sangka baik dan seumpamanyalah.

baik,mungkin dalam isu diatas kita boleh terima jawapan darulifta diatas dan bersangka baik tetapi BOLEHKAH KITA BERSANGKA BAIK DALAM HAL DI BAWAH??

 Crow is not only halal ,but one gets reward for eating crow.
Fatwa Rashidiya,page 597.

Those Mawlid gatherings which do not have any “ ghair shariah’ activity , even in those gathering as a matter of precaution , people should not join in present time . ( Fatwa Rashidiya:vol 1 ,page 48) 

dan ini: 


Sekarang mari kita lihat PENIPUAN DEOBANDI.link yang karkun Musafir bagi adalah pandangan peribadi Mufti Muhammad ibn Adam Darul Iftaa Leicester , UK  pada tahun 2004 berdasarkan soalan yang ditanya dan ia tidak mewakili keseluruhan pegangan deobandi tetapi pada link yang kami  beri adalah fatwa deobandi sendiri yang paling latest iaitu 19 Julai 2008.

Persoalannya siapa yang MENIPU??
Daripada fatwa terbaru itu jelas mereka menyanjung dan memuja tokoh Wahabi itu.Ini bukti kukuh mereka bersetuju dengan fahaman yang disebarkan oleh puak Wahabi.


  

Hujjah Balas:2


  1. Karkun  Musafir  menulis:-
Tuan asyik mengulang-ulangi fatwa 300 ulama' hijaz yang mengatakan kekafiran ke atas Ulama' Deoband. Tidakkah tuan faham apa yang saya tulis sebelumnya, bahawa para Ulama' ASWJ tersebut telah menarik balik fatwa itu dan mengeluarkan fatwa baru mengenai kebenaran Ulama' Deoband setelah mendengar hujah mereka? Adakah tuan tidak faham, atau buat-buat tak faham, atau cuba memutarbelitkan cerita agar mengelirukan masyarakat dalam perkara ini?”

JAWAPAN KAMI:

Hujjah sebegini kalau dibawa di hadapan Saidina Ali bin Abi Talib alamatnya kena bung kes sebab hanya sekadar PENAFIAN KOSONG TANPA BUKTI DAN FAKTA.Sekiranya dakwaan  anda BENAR bahawa para ulama Hijaz telah menarik balik fatwa kafir tersebut SILA KEMUKAKAN BUKTI SEBAGAIMANA IMAM AHMAD REZA KHAN BUKTIKAN FATWA KAFIR TERSEBUT DALAM KITABNYA Husam al-Haramayn.

Dakwaan anda bahawa Manzur Nomani telah menjawab tuduhan fitnah (kununnya)tersebut pada link
http://barelwism.wordpress.com/category/ahmad-raza-khan/

hanya sekadar jawapan karangan maulana tersebut sahaja tanpa  dilampirkan sekali fatwa terbaru ulama hijaz.Kami pun nak tahu juga berapa ramai  pula ulama hijaz yang terlibat dan apakah isi  fatwa tersebut.lagi bagus kalau dapat  nyatakan nama-nama ulama tersebut sebagai bukti anda amanah dengan ilmu.

Kami melihat karkun Musafir sebenarnya membela satu hal yang dia sendiri tidak mengetahui maklumat yang jelas, benar  dan tepat bila di menulis kununnya imam Ahmad Reza Khan memfitnah deobandi dalam bukunya Husam haramayin.Sebenarnya kitab Husam haramayin ditulis setelah selesai bermuzakarah dengan 33 ulama hijjaz tersebut.sebelum itu penyelewengan deobandi di tulis pada kitab Al-Mo’tamad Al-Mustanad.

Link yang diberi oleh karkun Musafir itu hanya sekadar menjawab dakwaan Brelwis, BUKAN MELAMPIRKAN FATWA TERBARU ULAMA HARAMAIN.SEMOGA KITA TIDAK TERTIPU DENGAN PERMAINAN BAHASA ORANG MUNAFIK.
Cuba kita bandingkan pula dengan link dibawah:   

Lihat betapa sempurnanya pendedahan ini siap di tampilkan muka hadapan tajuk kitab beserta ’cop mohor’.sebalik dari pihak deobandi mereka menyorok untuk menampilkan muka hadapan kitab manzur Nu’moni itu.Sepatutnya jika betullah deobandi di pihak yang benar kenapa perlu takut mendedahkan kebenaran??


Friday 14 September 2012

Hujjah Balas:1

Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Setelah kita membaca dan meneliti hujjah daripada tulisan karkun yang memakai nama ‘Musafir’ ini,bolehlah kami ringkaskan hujjah beliau kepada beberapa point utama:
  1. Anda masih mempertahan pendapat bahawa deobandi(ulama2nya)adalah ASWJ  bukan Wahabi seperti dakwaan kami.Bahkan kami pula dituduh ada ciri-ciri wahabi.Anda mengatakan link http://en.wikipedia.org/wiki/Deobandi  ini boleh diubah maklumatnya oleh orang yang pro Brelwis dengan tujuan memfitnah.
JAWAPAN KAMI:

BENAR,maklumat yang ada di wikipedia itu boleh diubah tapi bagaimana anda boleh sahkan bahawa yang mengubah maklumat itu ialah Brelwis?
Apakah bila ada sahaja tuduhan bahawa deobandi berfahaman Wahabi mesti di cop sebagai Brelwi atau pihak lain yang termakan fitnah mereka??
Adakah anda fikir dizaman orang celik teknologi ini ada lagi manusia yang mudah termakan fitnah?
Sekiranya tuduhan Musafir boleh diterima pakai,sudah tentu Selangor pada PRU12 yang lalu tidak jatuh kepada Pakatan Rakyat .Selangor adalah negari paling maju di malaysia dan peratus rakyatnya yang celik IT adalah yang tertinggi sekali.Di kala TUDUHAN LIWAT KEPADA DSAI di jadikan kempen pilihanraya,rakyat Selangor khususnya dengan jelas tidak termakan fitnah yang dimainkan oleh UMNO.
Kalau fitnah LIWAT yang memakan masa 6 ke 7 tahun itu pun umat islam mampu menilai apatah lagi fitnah ke atas deobandi oleh Brelwis itu yang  lebih 100 tahun,umat islam masih termakan juga??
Secara tak langsung orang tabligh sekali lagi telah menghina para ulama yang telah mengeluarkan fatwa sesat Tabligh tahun 1965 dan 2005 itu.Ditambah dengan penghinaan pula kepada  hadith Rasulullah s.a.w  yang maksudnya:”Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.” (HR Bukhari & Muslim)

Kalau kit baca link http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Soalan-soalan_lazim 

jelas dinyatakan maklumat yang dipaparkan Wikipedia boleh di ubah/edit jika ada maklumat yang salah atau berat sebelah oleh sesiapa sahaja.Maklumat rujukan akan direkod dalam HISTORY berserta tarikhnya sekali.

Kalau kita semak balik link Wikipedia deobandi di atas, nombor 18 adalah indentiti pengubah bertarikh 3 september 2012  jam 12.10.
Bahkan ada lagi maklumat lain yang senada iaitu pada link
oleh sebuah badan penganalisis bebas di India iaitu Asia Selatan Analisis Group (SAAG) adalah bukan berdasarkan keuntungan. pemikir yang berpusat di India yang menjalankan kepentingan awam dan kerja-kerja advokasi.  kumpulan ini terdiri daripada ahli akademik India dan bekas pegawai kerajaan.  Objektif dinyatakan sendiri kumpulan termasuk memajukan analisis strategik, menggalakkan persefahaman awam, dan menyumbang kepada pengembangan pengetahuan keselamatan di peringkat antarabangsa dan dengan mengambil kira ke India. Kumpulan lagi mengatakan ia "bertujuan untuk menangani pembuat keputusan, perancang strategik, ahli akademik dan media di Asia Selatan dan dunia pada umumnya."

kalau maklumat di atas tidak cukup,bagaimana pula dengan ini :
Maulana Ilyas pernah berkata:

Menghadiri “Khatam Al-Qur'an” dan wirid-wirid memang bagus dan benar dari Ulama-ulama, tetapi jika dalam hal tersebut terdapat tanda-tanda persamaan dengan perbuatan BID’AH, maka seyogyanya dihindari. Mengenai pemakain lafadh “khitab” (kata ganti orang kedua tunggal) yaitu hurufك pada kalimat الصلاة والسلام عليـك ini juga sangat berbahaya. Jika seseorang menganggap Nabi hadir (seolah-olah ada di depannya) dan seolah-olah Nabi bisa dilihatnya atau membayangkan Nabi dalam sebuah bentuk tertentu maka ini sangat dilarang keras. Adapun jika dikarenakan rasa rindu yang amat sangat maka tidak mengapa, tetapi ini memberi peluang bagi syaitan untuk merusak `Aqidah dalam hatinya, karena itu hindarilah karena ini juga sangat berbahaya (Malfuzat, hal. :90)

Muhammad Ilyas juga menuangkan pendapatnya tentang zikir, thariqat dan amaliyah dalam Malfuzatnya sebagai berikut :

Faedah thariqat hanyalah untuk menggemarkan kepada hukum-hukum Allah SWT, dan benci terhadab larangan-larangan-Nya saja. Inilah saja faedah thariqat. Adapun zikir dan amaliyah khusus ataupun lainya adalah penyebab untuk menghasilkan kegemaran pada hukum dan kebencian terhadap larangan, tapi sayang kebanyakan orang menganggap sebab-sebab inilah yang menjadi tujuan hidup. Padahal sebagian dari sebab ini terdapat BID’AH yang menyesatkan (MalfuZat, hal. : 14). 

Kita lihat satu ucapan yang sangat mirip cara dakwah puak Wahabi.Sekarang sidang pembaca boleh nilai sendiri bukti yang kami bentangkan ini.Bukti inilah yang menyebabkan link2 diatas dan banyak link yang (non Brelwis) mengecop deobandi tabligh wahabi di belahan dunia lain yang lebih banyak mendapat maklumat berbanding kita di Asia.


Tuesday 11 September 2012

Mereka Yang Berhujjahkan Ulama





Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Seharusnya hendaklah difahami bahawa kaedah sebenar  dalam mengetahui kebenaran adalah apa yang berlandaskan dalil al-Kitab, as-Sunnah dan Ijma'. "Kebenaran itu berdasarkan dalil dan bukanlah ketokohan"! Apabila anda menjadikan seseorang ulama itu sebagai hujjah maka anda secara tidak langsung telah merosakkan agama islam yang suci ini. Bagaimanakah itu berlaku? Kerana secara ringkasnya anda seolah-olah memaksakan kemaksuman terhadap ulama tersebut daripada sebarang kesilapan dan dosa. Maka dengan ini secara tidak langsung kita telah menyamakan tarafnya dengan para Anbiya' alihimussalam.

Pada asasnya kata-kata ulama ini hanyalah menyokong dan menjelaskan maksud daripada nas-nas yang memerlukan kepada penjelasan samada dari sudut istinbat, bahasa, nasah wal mansuh, sebab-sebab turun ayat, sebab keluarnya hadis dan sebagainya. Ini sangat bermanfaat! Akan tetapi yang menjadi masalah ialah jika semua kata-kata ulama dan perbuatan mereka dijadikan hujjah dalam agama! Bukankah mereka (ulama) juga melakukan dosa? Bukankah kadang-kadang ulama ini juga ada yang tidak ulama? Bukankah disana terdapat perbezaan di antara wali Allah dan wali Syaitan? Adakah semua yang berserban dan berwatakkan orang alim secara zahir itu sudah melayakkan mereka untuk digelar ulama? Sedangkan terdapat segelintir mereka yang bertopengkan ulama ini memakan harta anak-anak yatim, pecah amanah, memakan harta dengan cara yang bathil dan sebagainya?

Saya amat hairan apabila kita membacakan hadis-hadis Nabi dalam permasalahan tertentu, tiba-tiba ada yang menyanggah hadis Nabi ini dengan kata-kata ulama walaupun kata-kata itu jelas salah dan bertentangan! "Eh, guru saya cakap lain? Dia pakar dalam bidang Nahu! Dia ulama terkenal!.....". Imam Malik ketika mengajar di masjid Nabawi berkata; "Setiap kata-kata manusia boleh diambil mahupun ditolak kecuali kata-kata penghuni kubur ini (Nabi Muhammad saw).

Mari kita lihat apakah kesannya jika semua kata-kata ulama dijadikan sebagai hujjah;
1) Masing-masing puak akan mendakwa bahawa ulama mereka adalah yang paling benar sekalipun amat jauh pegangannya terhadap ajaran dan al-Quran dan Sunnah. Maka dengan ini akan berterusanlah menjadikan umat islam sentiasa berpecah demi mempertahankan ulama tersebut yang seolah-olah celaan kepada agama jika ulama itu ditegur ataupun diprotes.

2) Menjadikan ulama tersebut takabbur dan angkuh kerana mempunyai pengikut yang sangat jinak dan sentiasa patuh dengan apa yang disebutkannya. Sekalipun jika apa yang disuruh oleh gurunya itu adalah suatu yang amat menggelikan hati guru tersebut. Sebagai contoh; "Kau ambil air kencing aku ini buat mandi, ianya akan menjadi ubat kepada sakit engkau".

3) Seolah-olah dengan ini menjadikan mereka adalah seorang yang maksum, sedangkan hanya Nabi dan Rasul sahaja yang bersifat maksum. Maka ini secara langsung bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah.

4) Menyuburkan sikap Ghuluw dikalangan para pengikut. (Wala Taghlu fid din)

5) Ini adalah sebahagian faktor yang menyebabkan golongan Yahudi dan Nasrani sesat dari agama asal mereka. Menjadikan kata-kata ulama mereka sebagai asas akidah seperti yang dilakukan oleh kristian dalam Majami' Niqiyyah tahun 325 masihi apabila mengatakan Isa adalah anak tuhan yang secara tidak langsung adalah juga tuhan.

6) Sedia dimaklumi bahawa kedapatan sebahagian ulama yang tidak beramal dengan ilmunya. Sebab itulah datang peringatan yang amat keras kepada mereka dalam hadis Nabi yang soheh.

7) Jika kata-kata ulama menjadi ukuran kepada kebenaran tanpa kita menjadikan dalil-dalil al-Quran dan al-Hadis sebagai keutamaan maka kita telah membelakangi ayat Allah yang menyatakan; (Jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara maka kembalikanlah ianya pada Allah dan Rasul)) Allah tidak menyatakan supaya dikembalikan pada ulama' kerana tidak semua yang bernama ulama itu adalah ulama.

8) Jika kata-kata ulama menjadi ukuran kepada kebenaran tanpa kita menjadikan dalil-dalil al-Quran dan al-Hadis sebagai asas, maka kita akan dapati ulama itu sendiri mempunyai pelbagai aliran dan mazhab dalam akidah. Ulama Muktazilah pasti akan bermati-matian mendokong hujah-hujahnya walaupun jelas salah! Begitu juga dengan yang lain.

9) Jika ulama menjadi hujjah, adakah ini bermakna jika ulama tersebut melakukan zina, meminum arak, maka hukumnya sudah jadi halal? Pasti ini amat mustahil menurut Ahli Sunnah. Tetapi anda jangan pelik jika inilah yang berlaku kepada sebahagian tarikat-tarikat sufi yang sesat.

10) Yang menjadi kewajipan kita ialah mengambil ilmu daripada ulama-ulama yang terkenal pegangannya pada al-Kitab dan as-Sunnah dan pandangan ulama-ulama salafus soleh. Mereka yang sering mendahulukan nas-nas wahyu berbanding akal.

Wallahu a'lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...