Thursday 20 September 2012

ASWJ VS DEOBANDI WAHABI(TABLIGH)

karkun Musafir

Sebenarnya kami kasihan dengan anda kerana anda telah tiada hujjah tapi masih nak menegakkan benang yang basah.
Anda menulis “hujjah itu masih di perdebatkan”.
Kalau maksud anda mimpi maulana ilyas itu masih diperdebatkan bermakna anda jelas buta sejarah atau jahil sebab tidak mengkaji.Dalam manhaj ASWJ berkurun lamanya(maulana ilyas belum hidup lagi) telah menetapkan al quran tidak boleh ditafsir melalui mimpi.Hanya golongan  sufi sesat dan aliran sesat yang lain sepanjang sejarah yang pernah buat hal sebegitu.Maknanya sudah MUKTAMAD!!!

Sebenarnya anda boleh mencari sendiri manhaj ASWJ dengan carian google samada dalam bentuk pdf,ebook dll.Tapi  kerana kasihan , kami bagilah link itu:
http://www.scribd.com/doc/35354137/Mengenal-Ahli-Sunnah-Wal-Jamaah-JAKIM






kalau dalam versi buku muka surat 16




anda menulis:
”Sedangkan alim ulama' salafus soleh kita yang terdahulu, bahkan sampai sekarang ini pun, mengajar kita agar berhati-hati didalam mengeluarkan pendapat dan menghukum satu-satu golongan”

Kami jawab:

Yang menghukum kafir kepada 4 tokoh awal deobandi tu para ulama ASWJ lah.Dah lama kami buktikan perkara itu Cuma anda malas membaca.Soal wahabi hukum sesat kepada Ikhwan dan mereka yang sealiran telah pun dijawab oleh banyak blog antaranya  blog abuzulfikar dan raja ahmad mukhlis.Perkara itu sudah selesai.yang penting hujjah lawan dengan hujjah.

Satu perkara mungkin anda terlupa ialah  kisah bagaimana Hujjatul Islam Imam Al Ghazali yang telah menghukum sesat kepada pengikut aliran falsafah Aristotle iaitu Ibnu Sina dan al farabi.kedua mereka itu adalah tokoh tersohor dalam sejarah dan beragama islam tapi telah dihukum sesat oleh ulama muktabar ASWJ.Kisah itu tercatat dalam kitab al-munqiz min adh-dhalal dan perbahasan yang lebih mendalam dalam kitab Tahafut al-Falasifah.

Jadi mana relevannya anda menyatakan ’jangan tiru wahabi yang suka menyesatkan orang lain’.perbezaan ASWJ dengan puak wahabi ialah hukum sesat dijatuhkan setelah terbukti jelas kesesatannya dan setelah dibentang hujjah-hujjah tetapi masih berdegil.sebaliknya Wahabi menghukum secara melulu tanpa kajian mendalam.

Bukti kesesatan jemaah tabligh telah kami buktikan sebelum ini tapi anda degil tak mahu akui.Kaedah penafsiran al quran pengasas jemaah tabligh itu bukan manhaj  ASWJ.Anda kena akur dengan hakikat itu.Kami bagi satu perumpamaan simple supaya anda mudah faham.

Masjid adalah sebuah institusi yang di bina berasaskan perintah Allah dalam al quran(secara sahih).Selepas terbinanya masjid baru dilantik pegawai dan ajk untuk menguruskan/mentadbir masjid tersebut dikalangan manusia.Fungsi atau misi masjid dibina ialah sebagai syiar islam di samping menyediakan tempat yang selesa untuk orang beribadah kepada Allah,menjadi tempat orang menuntut ilmu agama dengan menyediakan kelas pengajian dan pelbagai lagi maslahat lain yang kita semua sedia maklum.


Tetapi perlu dingatkan!!! Tujuan pertama masjid tersebut dibina terbahagi kepada dua asas:

1. Dibina berasaskan sifat taqwa yang ikhlas kepada Allah dan dengan cara yang benar.



2. Dibina berasaskan hasad dengki serta ingin menunjuk-ninjuk(riak)-tidak benar dan hendak memecah-belahkan kesatuan umat islam.Sejarah telah membuktikan puak munafik membina masjid dhirar.

Secara zahirnya kita nampak usaha membina masjid itu adalah kerja yang mulia tetapi hakikatnya yang membezakan antara benar dan salah ialah perkara asas(batu asas).   
 

Sama jugalah dengan jemaah tabligh adalah satu nama khas kepada institusi yang berpusat di Nizamudin India.di anggotai oleh manusia yang di gelar majlis syura tabligh  dan ada pengikut pelbagai bangsa di dunia yang fungsi atau misinya ialah berdakwah. Mari kita teliti semula kenyataan maulana Ilyas dalam malfuzatnya pada link:

http://www.archive.org/stream/Malfoozat-DiscoursesOfMaulanaIlyasr.a/Malfoozat-DiscoursesOfMaulanaIlyas#page/n6/mode/1up



Ayat ”aku mendirikan jemaah tabligh” bermakna aku mendirikan sebuah institusi...”berdasarkan tafsir  surah ali imran ayat 110 dalam mimpiku”.

Ada satu lagi ucapan maulana Ilyas yang menghukum sesat umat terdahulu(sebelum beliau)pada awal-awal kitab itu seperti ini:

terjemahannya lebih kurang:

Muhammad Mansur an-nu`many berkata :
“Muhammad Ilyas berujar dalam Malfudhatnya bahwa ummat Muhammad SAW pada masa sekarang telah ditimpa sebuah bencana, yaitu semua ibadat mereka hanyalah simbul dan tanda saja, sehingga seluruh pondok madrasah tempat yang diharapkan memperbaiki kebobrokan akhlaq sekarang hanyah tinggal simbol saja” (Malfuzat, hal : 11).


Seorang muballigh dan juga pengikutnya, Muhammad Hasan Khan berkata dalam Muqaddimah Miftahu at-Tabligh, hal : 7 sebagai berikut :
“Pada masa sekarang di mana seluruh ummat telah sangat jauh dari tuntunan agama dan banyak yang mempraktikkan kemusyrikan dan kekafiran, maka Allah SWT mengutuskan Syaikh Muhammad Ilyas dengan penuh mu`jizat dan menyalahi adat untuk memperbaiki ummat dan untuk mengajari agama yang benar kepada ummat ”.
 


Anda menyatakan "ulama Salafus soleh dahulu berhati-hati dalam menghukum sesat golongan lain"

 
Fakta di atas adalah sebaliknya.

Ini fakta!!!....anda nak nafikan apa lagi??
Kandungan kitab telah discan sebagai bukti!!!
Adakah anda cuba nak mengubah sejarah yang telah berlaku??



Kami di fahamkan anda telah 'mengutus surat 'kepada 'tok guru' anda di Deoband India memohon salinan asal fatwa kununnya menjawab balik fatwa sesat dalam kitab Husam Haramaian di link:






Adakah anda sudah mendapat salinan itu??

Kalau belum kami sedia membantu agar anda rasa Gumbira....
ini link dia:

http://archive.org/stream/FaislaKunMunazraByShaykhMuhammadManzoorNomanir.a#page/n170/mode/1up

Ini barulah yang asli/original yang ditulis dengan tulisan tangan,bahasa Urdu lagi maklumlah zaman tu mana ada internet lagi kan masih dalam suasana PERANG DUNIA PERTAMA lagi.

Sidang pembaca yang budiman...

mari kita buat perbandingan antara dua kitab dalam link dibawah:


http://archive.org/stream/FaislaKunMunazraByShaykhMuhammadManzoorNomanir.a#page/n170/mode/1up

Kalau di bawa masuk mahkamah kes ini,agak-agak hakim akan terima yang mana??

Kitab pertama ada pengesahan (cop mohor) dari Ulama yang keluar fatwa manakala kitab kedua tak ada cop mohor.Seumpama karangan surat sahaja.Cuba kira scroll sampai bawah sekali tercatat nama penulis kitab sahaja iaitu Manzur Noomani.

SIAPA YANG MENGESAHKAN ITU SEBAGAI FATWA?? 

18 comments:

  1. terlupa satu perkara..

    anda nak link kitab Syyid An nadwi kan?
    ni link dia:
    http://rashidislamiccenter.com/?tag=maulana-ilyas-kandhelvi-aur-unki-deeni-dawat-by-syed-abul-hasan-ali-nadvi-r-a

    Lagi panjang perdebatan/muzakarah ini,makin banyak kesesatan jemaah tabligh deobandi akan kami dedahkan kepada umum.itu belum masuk topic lain lagi.

    Kami sebenarnya tak mahu dedahkan lagi dan nak tulis artikel baru tapi oleh kerana anda yang mengusulkan perbincangan ini maka kami tak dapat menolaknya.

    ReplyDelete
  2. Tuan,
    Tujuan saya berbincang disini adalah untuk berkongsi apa yang saya tahu tentang usaha dakwah & tabligh dengan tuan. Dan saya tak berniat untuk berdebat dan menang berdebat. Dan saya nak bagitau tuan bahawa perbuatan dan tulisan tuan mengkafirkan dan menyesatkan satu golongan muslim yang jumlahnya entah berapa ratus juta kerana beberapa hal kecil amatlah bahaya dan menyedihkan. Ingatlah bagaimana sejarah mencatit pihak wahabi telah membid’ah dan menyesatkan kaum muslimin di Hijaz, sehingga sampai satu peringkat ketaksuban, darah golongan muslimin menjadi halal dan harta benda mereka telah dirampas oleh golongan wahabi. Berapa ramai para ulama’ dan golongan awam dibunuh. Adakah tuan mahu perkara seperti ini berlaku di nusantara disebabkan sikap tuan yang suka mengkafirkan orang ini?

    Tuan mengambil sikap keras dalam mengeluarkan pendapat. Di satu peringkat, saya boleh terima kerana ada ulama’ yang bersikap sebegini didalam menyatakan kebenaran. Namun sampai satu tahap, sikap keras dan kasar tuan boleh dikatakan telah melampau batas. Kata-kata kecaman, hinaan, cacian dan makian menjadi kebiasaan dalam bahasa tulisan tuan. Sikap buruk ini bukan amalan kebiasaan alim ulama’ dan ia langsung tidak beradab. Ini teguran ikhlas dari saya. Terpulanglah kalau tuan mahu menerima atau tidak.

    Dan dari segi tuan berhujah, nampaknya tuan memang telah membuat keputusan, berkerat rotan berpatah arang, didalam memburuk, menyalah, menyesat dan mengkafirkan orang-orang yang terlibat dengan usaha dakwah dan tabligh dan juga aliran Deobandi. Maknanya termasuklah alim ulama’ dalam PAS sendiri yang begitu ramai yang pernah belajar di Darul Ulum Deoband dan cawangan-cawangannya di India dan Pakistan. Kebaikan dan kebenaran yang ada dalam usaha dakwah ini dan kekuatan aliran Deoband tuan langsung tak hargai, sedangkan sebagai orang yang berilmu, sepatutnya tuan memberi pandangan berimbang dalam menilai sesuatu.

    Banyak lagi perkara yang rasanya saya hendak berkongsi dengan tuan, bermuzakarah dengan cara yang baik dan bertukar-tukar pendapat, tapi cara dan pendekatan yang tuan ambil dalam bermuzakarah, amat menyedihkan. Dan begitu jelas sekali yang tuan bukannya hendak mencari kebenaran, tapi semata-mata hendak menang dalam berhujah atau berdebat.

    Saya sangat suka dengan dialong antara Ustaz Abu Syafiq dengan salafi wahabi seperti Hafiz Firdaus dan Dr. Fadlan. Approach yang mesra, perbincangan yang baik dan sederhana. Namun isi perbincangan dapat disampaikan oleh kedua-dua pihak. Tidak ada kata-kata seperti engkau jahil, malas nak membaca, sesat, kafir, atau kata-kata seumpamanya yang membangkitkan emosi dan perasaan marah dan benci.

    http://www.youtube.com/watch?v=kSfgku5kjCI

    Orang boleh menilai hujah-hujah kita, seperti yang tuan kata sebelum ini didalam mempertahankan kebenaran wikipedia, sebab zaman ini masyarakat bijak pandai belaka. Maka tak perlulah menggunakan kata-kata nista dan celaan seperti yang tuan praktiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda menulis:

      “Dan saya nak bagitau tuan bahawa perbuatan dan tulisan tuan mengkafirkan dan menyesatkan satu golongan muslim yang jumlahnya entah berapa ratus juta kerana beberapa hal kecil amatlah bahaya dan menyedihkan.”

      Kami jawab:

      Sudah banyak kali kami tulis pada komen yang lalu bahawa kami HANYA quote perkataan Ulama ASWJ(fatwa).Siapalah kami nak hukum sesuatu golongan itu sesat melainkan para ulamalah yang layak berbuat demikian.Contohnya bila saya kata pada anda :”En…en…en !!!jangan makan gula-gula tu,TAK HALAL LAH!! ADA GELETIN BABI..” lalu anda menjawab: “awak ni memandai je,mana awak tahu?.Saya pun jawab:”BUKAN SAYA KATA TAPI JAKIM YANG KATA,TAK CAYA CHECK KAT WEBSITE JAKIM”.ADAKAH ANDA MASIH TAK FAHAM LAGI??

      ANDA MENULIS:

      Namun sampai satu tahap, sikap keras dan kasar tuan boleh dikatakan telah melampau batas. Kata-kata kecaman, hinaan, cacian dan makian menjadi kebiasaan dalam bahasa tulisan tuan. Sikap buruk ini bukan amalan kebiasaan alim ulama’ dan ia langsung tidak beradab. Ini teguran ikhlas dari saya.

      KAMI JAWAB:

      Sebelum anda nasihat saya,sila nasihat dulu ‘geng’ anda yang taksub & angkuh seperti di bawah:
      Kita Umat Nabi s.a.w15 February 2012 19:15
      Kalau betul lah salah, kenapa JAKIM tak ambil tindakan?
      Kenapa Ulama' Habib tak ambil tindakan?
      Kenapa Al-Azhar tak ambil tindakan?
      Kenapa dalam program Tabligh Ulama' Habib dan Ulama' Darul Ifta ikut serta sama?
      Jangan lah jadi bodoh..
      Dalam ASWJ, sepanjang aku ddk madrasah, ohho.. haram mengkafirkan/mensesatkan mereka yang tidak sehaluan dengan kita, selagi mereka ASWJ.
      BODOH TAKDA OTAK PUNYA BLOGGER

      Fuad Akmal5 May 2012 20:26
      tg...betapa jumudnya pemikiran saudara...dhoif dlm memahami survival akan konsep kenegaraan..apabila saya membaca komentar saudara,menampakkan pemikiran saudra yg jumud yg perlu kpd pembaharuan..

      Ibnu Hatari6 July 2012 23:45
      PAS
      penyakit angkuh sombong

      Fuad Akmal10 July 2012 11:27
      jangan layan sangat...
      biar si dia pening dgn tulisan...
      nampak sangat berfikiran jumud...
      ulama2 yg di tuduh menghina nabi saw ialah ulama pembela sunnah kabir di benua hindustan...
      SEKADAR BEBERAPA CONTOH…..

      ANDA MENULIS:

      Maknanya termasuklah alim ulama’ dalam PAS sendiri yang begitu ramai yang pernah belajar di Darul Ulum Deoband dan cawangan-cawangannya di India dan Pakistan. Kebaikan dan kebenaran yang ada dalam usaha dakwah ini dan kekuatan aliran Deoband tuan langsung tak hargai,

      KAMI JAWAB:

      Soalan ini telah kami JAWAB pada posting yang terdahulu.jadi untuk ringkasan kami katakan “belajar hadith di deoband tidak salah SEBAB YANG DI PELAJARI IALAH KITAB-KITAB HADITH MUKTABAR(BUKHARI,MUSLIM DLL) BUKAN BELAJAR 6 PRINSIP TABLIGH DAN SEUMPAMANYA.”Sebagai contoh orang yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan TAK SEMESTINYA DIA WAJIB SOKONG KERAJAAN!!majoriti daripada mereka mengundi pembangkang.

      Anda kena beza belajar ilmu islam satu hal dan menganut fahaman satu hal yang lain.Macam syiah,mereka juga membaca al quran yang sama dengan ASWJ tetapi adakah aqidah(kepercayaan) mereka sama??

      Kami bukan tidak hargai tapi prinsip islam YANG HAQ KENA KATA ITU HAQ DAN YANG BATHIL KENA SEBUTKAN KEBATILAN ITU.

      ANDA MENULIS:

      “Banyak lagi perkara yang rasanya saya hendak berkongsi dengan tuan, bermuzakarah dengan cara yang baik dan bertukar-tukar pendapat, tapi cara dan pendekatan yang tuan ambil dalam bermuzakarah, amat menyedihkan. Dan begitu jelas sekali yang tuan bukannya hendak mencari kebenaran, tapi semata-mata hendak menang dalam berhujah atau berdebat.”

      KAMI JAWAB:

      Adakala kebenaran itu kena disampaikan dalam bentuk yang agak keras seperti yang dicontohkan oleh Saidina Umar al khattab ra yang memancung kepala seorang lelaki yang merpertikaikan hukum yang telah ditetapkan oleh Rasulullah tetapi Baginda hanya diam(setuju) dengan tindakan Saidina Umar itu.


      Delete
  3. Saya sudah katakan yang saya ada lagi poin-poin yang hendak dikongsi berkenaan mimpi Maulana Ilyas ini. Tapi rasanya jika diteruskan juga perbincangan ini, ia tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada saya dan tuan sendiri kerana pendekatan tuan didalam mengemukakan hujah yang begitu mengecewakan.

    Kalaupun misalnya, tuan berada diatas landasan haq dan saya ini didalam kebatilan, kaedah mencaci maki yang tuan ambil tetap tidak boleh diterima. Sedangkan terhadap Firaun yang dilaknat pun, Allah memerintahkan Musa supaya berkata-kata dan mendakwah Firaun dengan baik dan lemah lembut supaya dia ingat. Takda sapa yang suka diberi hadiah walau emas sekalipun, jika cara memberi hadiah itu ialah dengan mencampakkan ke mukanya.

    Pihak Deoband seperti madrasah Darul Ulum Deoband dan beberapa madrasah cawangan Deoband lain tidak menerima golongan Barelwi sebagai ASWJ. Kalau saya mengambil pendekatan Deoband ini, segala hujah Barelwi ekstrim yang tuan kemukakan pun boleh saya bakulsampahkan sebagaimana tuan menghina dan mencampak hujah dan dalil dari pihak Deoband. Tapi saya lebih suka mengambil pendekatan yang lebih sederhana seperti pendekatan Habib Umar, Syakih Nuh Ha Mim Keller dan beberapa Ulama’ Deoband seperti Maulana Rafi Uthmani dan Maulana Hasan Ali.

    http://www.youtube.com/watch?v=kSfgku5kjCI

    Sebab pandangan ini lebih hampir ke arah menyatupadu dan menguatkan orang-orang Islam dan menghindar permusuhan dan perpecahan. Dan inilah niat saya didalam bermuzakarah dengan tuan disini.

    Sebab itu saya bertanya kepada ulama’ Deoband seperti yang tuan sendiri telah baca mengenai endorsement Ulama’ Hijaz terhadap Muhannad ala Mufannad. Saya boleh saja menghantar e-mail secara diam-diam kepada mereka dan tak perlu hantar soalan secara terbuka seperti itu, tapi niat saya ialah untuk mengetahui kebenaran secara lebih kuat lagi, dan agar respon boleh diberi oleh sesiapa berkenaan perkara ini. Kebenaran dan mencari kebenaran tak perlu disorok-sorok. Selain itu, saya nak menguji sama ada tuan sudah membaca blog tersebut atau tidak. Maka benarlah sangkaan saya, yang tuan telah pun mengetahui tentangnya, tapi tuan telah tolak mentah-mentah list para ulama’ Hijaz yang disenaraikan. Itu terpulanglah kepada tuan. Bagi saya sendiri, list yang dinyatakan itu sudah memadai kerana saya meletakkan kepercayaan kepada ulama’ Deoband. Dan jika ada naskhah asalnya, itu adalah untuk tuan menilainya. Dan pada pendapat saya, kalau tuan seorang yang adil dan juga pencari kebenaran, tuan akan lakukan perkara yang sama seperti yang saya buat.

    Terima kasih kerana tuan menunjukkan salinan asal tulisan Maulana Manzur Nukmani Rahimahullah. Namun bukan itu yang saya minta dari pihak Deoband. Saya minta salinan asal tulisan Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri beserta endorsement Ulama’ Hijaz.

    Yang saya maksudkan’hujah masih diperdebatkan’ ialah muzakarah yang sedang kita buat ini berkenaan mimpi Maulana Ilyas. Aqidah ASWJ yang tuan nukilkan, saya pun tahu dan saya pun beriktikad dengannya. Cuma tuan yang terlalu ‘obses’ dengan sangkaan tuan sehingga mendakwa usaha dakwah ini menafsirkan Qur’an dengan mimpi, padahal hakikatnya bukan begitu. Dan tak pernah wujudpun dalam mana-mana kitab tafsir Deoband yang menjadikan mimpi Maulana Ilyas sebagai sumber untuk menafsirkan ayat Qur’an.

    Yang saya maksudkan dengan fatwa Wahabi itu, bukannya isi kandungan fatwanya, tapi sikapnya yang suka melabelkan orang sebagai sesat dan masuk 72 golongan yang masuk neraka itu. Sikap wahabi yang menghukum secara melulu tanpa kajian mendalam itulah, seperti yang tuan sendiri nyatakan, pada pendapat saya ada ciri-cirinya pada tuan. Ini sikap yang sangat berbahaya.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda menulis:
      Saya sudah katakan yang saya ada lagi poin-poin yang hendak dikongsi berkenaan mimpi Maulana Ilyas ini. Tapi rasanya jika diteruskan juga perbincangan ini, ia tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada saya dan tuan sendiri kerana pendekatan tuan didalam mengemukakan hujah yang begitu mengecewakan.

      Kami jawab:
      Dalam kamus hidup orang mukmin tidak ada istilah’putus asa’.Berkenaan mimpi tersebut,kitab Malfoozat pun telah terpampang , boleh dibaca oleh sesiapa sahaja dan mereka boleh nilai sendiri.Jadi tak perlu lah hendak memberI penerangan kerana ia akan bersifat BIAS(MEMIHAK).

      ANDA MENULIS:
      Kalaupun misalnya, tuan berada diatas landasan haq dan saya ini didalam kebatilan, kaedah mencaci maki yang tuan ambil tetap tidak boleh diterima. Sedangkan terhadap Firaun yang dilaknat pun, Allah memerintahkan Musa supaya berkata-kata dan mendakwah Firaun dengan baik dan lemah lembut supaya dia ingat. Takda sapa yang suka diberi hadiah walau emas sekalipun, jika cara memberi hadiah itu ialah dengan mencampakkan ke mukanya.

      Kami jawab:
      BAGAIMANA PULA KALAU KAMI MENCONTOHI SIKAP RASUL DAN PARA SAHABAT YANG MERUNTUH DAN MENGHANCURKAN MASJID DHIRAR .Runtuh masjid tu….bukan main-main punya hal.Cuba zaman sekarang ada orang runtuh masjid,dia akan dicop sebagai kafir harbi,murtad dll.

      Anda menulis:
      Pihak Deoband seperti madrasah Darul Ulum Deoband dan beberapa madrasah cawangan Deoband lain tidak menerima golongan Barelwi sebagai ASWJ. Kalau saya mengambil pendekatan Deoband ini, segala hujah Barelwi ekstrim yang tuan kemukakan pun boleh saya bakulsampahkan sebagaimana tuan menghina dan mencampak hujah dan dalil dari pihak Deoband

      Kami jawab:
      Hanya golongan deobandi sahaja yang memusuhi barelwi sedangkan pihak lain mengiktiraf imam ahmad Raza khan sebagai ulama ASWJ.buktinya link ini: http://en.wikipedia.org/wiki/Ahmed_Raza_Khan_Barelvi
      Walaupun anda tidak percaya fakta dari link ini namun ia tidak boleh mengubah kebenaran itu sebab sekiranya anda mendakwa pencari kebenaran sila edit maklumat yang salah dalam link tersebut….

      Anda menulis:
      Sebab pandangan ini lebih hampir ke arah menyatupadu dan menguatkan orang-orang Islam dan menghindar permusuhan dan perpecahan. Dan inilah niat saya didalam bermuzakarah dengan tuan disini.

      Kami jawab:
      Yang dimaksud ‘bersatu’ ialah bersatu dari sudut aqidah(kesatuan aqidah)bukan bersatu atas nama islam semata-mata.kalau tidak sudah tentu tak ada hadis “umatku akan bepecah kepada 73 puak……”
      Nabi dah confirmkan ummat islam akan berpecah!!! Siapa anda nak ajak bersatu??atas dasar islam ??jangan bermimpi disiang hari…bersatu hanya atas dasar aqidah aswj sahaja.jemaah tabligh tidak berfahaman ASWJ berdasarkan bukti-bukti yang telah kami bentang sebelum ini.

      Anda menulis:
      Maka benarlah sangkaan saya, yang tuan telah pun mengetahui tentangnya, tapi tuan telah tolak mentah-mentah list para ulama’ Hijaz yang disenaraikan. Itu terpulanglah kepada tuan.

      Kami jawab:
      Bukti sebelum ini penuh dengan keraguan.Kami tunggu bukti yang sahih dan konkrit sebab ini ISU BESAR bukan isu kecik anak.Semua orang menunggu bukti tersebut….itu pun kalau ada..

      Delete
    2. Anda menulis:

      Yang saya maksudkan’hujah masih diperdebatkan’ ialah muzakarah yang sedang kita buat ini berkenaan mimpi Maulana Ilyas. Aqidah ASWJ yang tuan nukilkan, saya pun tahu dan saya pun beriktikad dengannya. Cuma tuan yang terlalu ‘obses’ dengan sangkaan tuan sehingga mendakwa usaha dakwah ini menafsirkan Qur’an dengan mimpi, padahal hakikatnya bukan begitu. Dan tak pernah wujudpun dalam mana-mana kitab tafsir Deoband yang menjadikan mimpi Maulana Ilyas sebagai sumber untuk menafsirkan ayat Qur’an.

      Kami jawab:

      Kami bukan merujuk kepada anda tetapi kepada maulana ilyas sebab dia yang cakap macam tu dalam kitab tersebut.Beliau adalah batu asas kepada Jemaah tabligh.Anda kena beza antara kata nama dan kata kerja.Jemaah tabligh merujuk pengasasnya maulana ilyas manakala kerja dakwah merujuk pengasasnya Rasulullah.Jangan tak reti beza….

      Contoh seperti seorang Ali yang bekerja sebagai seorang guru.walaupun Ali mati tetapi profesion guru tidak akan mati sampai hari qiamat. Tugas itu akan diganti oleh orang.Begitu juga jemaah tabligh dengan kerja dakwah.Kerja dakwah akan berlangsung sehingga hari qiamat walaupun tanpa jemaah tabligh IPB.Kami harap anda faham.

      Maknanya mathode bathil(mimpi tafsir al quran) yang menjadi asas jemaah tabligh tidak layak melakukan kerja Nabi(dakwah) sebab manhajnya salah.Jemaah tabligh hanya mengikut kerja nabi tak mengikut manhaj /mathode nabi.



      Delete
  4. Didalam ayat yang tuan quotekan dari buku Maulana Abul Hasan Ali Nadwi itu, ia berbunyi ‘The method of tabligh was opened to me….’ (Method tabligh telah dibukakan kepadaku..) terjemahan tuan ‘aku mendirikan jemaah tabligh…’ adalah salah dan jauh berbeza maksudnya dan membawa kesimpulan yang jauh menyimpang dari maksud asal kata-kata itu. Kata-kata tuan ‘Maulana Ilyas menyesatkan umat terdahulu’ pun tersasar jauh dari makna yang Maulana maksudkan. Tak perlulah saya huraikan perkara ini disini. Begitu juga terjemahan tuan lain yang tuan ambil, saya ragu-ragu akan kesahihan dan cara terjemahan tersebut dibuat. Lebih-lebih lagi terjemahan atau tulisan yang diambil dari sumber Barelwi ekstrim.

    Kesimpulannya, perbincangan secara terperinci dengan tuan mengenai perkara penting ini hanya akan membuang masa dan tenaga sebab tuan telah pan bertekad untuk menyesat dan mengkafirkan usaha dan pengusaha dakwah tabligh dan aliran Deoband, dan hujah-hujah tuan pun datangnya dari Barelwi yang saya meragui kebenarannya. Terjemahan tuan terhadap kata-kata ulama’ dakwah tabligh banyak diselewengkan dari maksud asalnya, dan tuan menyampaikan hujah tuan dengan begitu angkuh dan kasar sekali, beserta kata-kata makian dan cercaan. Hujah dan poin-poin saya pun rasanya tuan tak baca dan pandang sepi. Sebab nampak yang kebenaran bukanlah matlamat tuan didalam membina blog ini. Alangkah sedih dan ruginya pihak PAS mempunyai pengikut seperti tuan.

    Dan bagi diri saya sendiri, sekurang-kurangnya saya dah mencuba bermuzakarah dengan tuan. Namun nampaknya takkan ada kesudahan. Tak apalah. Di akhirat nanti, Allah yang akan mengadili saya dan tuan seadil-adilnya. Bagi diri tuan, atas sebab dakwaan kafir yang tuan buat, maka tuan akan berhadapan dengan seluruh alim ulama dan pengikut aliran Deoband dan disanalah ‘kebenaran’ dan dakwaan hujah tuan akan di adili.

    Dan akhir sekali, sekadar pengetahuan tuan, dan setakat pengetahuan saya, usaha dakwah dan tabligh ini tidak pernah memburuk atau merendahkan usaha agama yang lain, misalnya seperti usaha yang PAS buat.
    Sila rujuk
    http://dakwah-ilallah.blogspot.co.uk/2012/09/politik-islam.html
    http://hambalialorstari.blogspot.co.uk/2009/03/politik-vs-syura.html

    Sikap sesetengah pengusaha agama yang mengkritik PAS, yang mungkin menyebabkan tuan marah sangat kepada tabligh, maka itu hanyalah pandangan peribadi mereka.

    Saya berhenti setakat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anda menulis:

      "Didalam ayat yang tuan quotekan dari buku Maulana Abul Hasan Ali Nadwi itu, ia berbunyi ‘The method of tabligh was opened to me….’ (Method tabligh telah dibukakan kepadaku..) terjemahan tuan ‘aku mendirikan jemaah tabligh…’ adalah salah dan jauh berbeza maksudnya dan membawa kesimpulan yang jauh menyimpang dari maksud asal kata-kata itu".

      kami jawab:

      he..he..he..adakah terjemahan kami dapat mengubah teks kitab Malfoozat tu?

      text asal:
      the mathod of tabligh was opened to me in a dream. the tafsir of the ayah" you are the best ummah taken out for mankind. you command good and prohibit evil and you believe in allah. was inspired to me in a dream that you the muslim ummat like the prophets have been selected to the benefit of all mankind and the meaning of 'ukhrijat' taken out,is that you are not to concentrate you effort at one place but it will be necessary for you to move from place to place.

      terjemahan:

      mathod tabligh telah dibuka kepada saya dalam mimpi.tafsir satu ayat "anda adalah umat terbaik yang diambil keluar untuk umat manusia. anda menyuruh yang baik dan melarang kejahatan dan anda percaya pada Allah telah diilhamkan kepada saya dalam mimpi bahawa anda ummat Islam seperti para nabi telah dipilih untuk faedah semua manusia dan makna 'ukhrijat' "dibawa keluar", adalah bahawa anda tidak untuk menumpukan perhatian anda usaha di satu tempat tetapi ia akan menjadi perlu bagi anda untuk bergerak dari satu tempat ke tempat,pintu ke pintu.

      POINT UTAMA DISINI IALAH TAFSIR AYAT AL QURAN DAPAT DALAM MIMPI.BELIAU MENDAKWA IA MATHOD UNTUK KERJA TABLIGH.

      MASALAH KAMI TERSILAP MENERANGKAN MAKSUD TIDAK BOLEH DIJADIKAN ALASAN UNTUK MENOLAK BUKTI DAN FAKTA YANG JELAS DEPAN MATA INI.TEXT ASAL KITAB MALFOOZAT ITU BUKAN BERSUMBER DARI BRELWI TAPI DARI DEOBANDI SENDIRI.

      Anda mungkin boleh pusing ayat tulisan kami tapi anda tak mungkin boleh mengubah bukti bertulis itu.sekarang sudah ramai manusia boleh membaca keseluruhan isi kitab tersebut sebelum ini asing bagi mereka.

      Delete
    2. anda menulis:

      "dan hujah-hujah tuan pun datangnya dari Barelwi yang saya meragui kebenarannya."

      kami jawab:

      steament yang amat melucukan...la ni text kitab Malfoozat telah ada depan mata,apa perlu lagi ambil hujjah dari Barelwi tu.Ramai pengunjung blog ini boleh baca dan faham sendiri tanpa merujuk kepada hujjah Barelwi pun.

      anda tulis:

      "Tak apalah. Di akhirat nanti, Allah yang akan mengadili saya dan tuan seadil-adilnya. Bagi diri tuan, atas sebab dakwaan kafir yang tuan buat, maka tuan akan berhadapan dengan seluruh alim ulama dan pengikut aliran Deoband dan disanalah ‘kebenaran’ dan dakwaan hujah tuan akan di adili."

      kami jawab:

      al quran di turunkan untuk membezakan antara benar dan salah,haq dan bathil.Dalam soal ini tak payah tunggu di akhirat,di dunia lagi sudah boleh tahu siapa yang benar dan siapa yang salah.

      semua umat islam yang berilmu tahu kaum khawarij golongan sesat tak payah tunggu akhirat.MACAM MANA BOLEH TAHU??...AL QURAN SEBUT DAN HADITH NYATAKAN CIRI-CIRINYA.

      HANYA ORANG TABLIGH JE YANG TAK FAHAM


      Delete
    3. Kebanyakan modal hujjah karkun tabligh ialah suka mengaitkan dengan pemimpin kami.apa apa sikit TGNA meraikan golongan tabligh la,ramai pemimpin PAS belajar kat deoband la macam2 lagi la.

      sejak awal topik ini dibuka,telah kami tegaskan bahawa kami mengkritik JT atas dasar ISLAM bukan atas sebagai ahli PAS!!!

      Itu sebab dalil yang kami gunakan langsung tidak mengaitkan dengan mana-mana ulama PAs pun sebaliknya semua hujjah kami berlandaskan Al quran,hadith dan kitab ulama muktabar.

      Ini membuktikan kami tidak bermodalkan PAS untuk mengkritik tabligh.

      Delete
  5. Sidang pembaca budiman

    Setelah kita mengikuti siri perbincangan tegang antara Jundullah vs Karkun Musafir di atas tajuk mimpi Maulana Ilyas, berakhir dengan penarikan diri Karkun Musafir dengan alasan sikap kami yang kasar dan angkuh dalam melontarkan hujjah.

    Walaupun perbincangan ini terhenti sekerat jalan sekadar satu bab sahaja ,Sebenarnya ia sudah memadai kerana Point penting yang ingin di heightlightkan telah berjaya disampaikan.

    Antara rumusan penting yang boleh kami simpulkan ialah:

    1. Karkun Musafir gagal menafikan bahwa Deobandi(Tabligh)menganut fahaman wahabi berdasarkan bukti-bukti yang telah dilampirkan termasuk petikan ucapan-ucapan ulama mereka yang berbaur wahabi di dalam kitab-kitab mereka.Ini bermakna deobandi tabligh jelas berfahaman wahabi meskipun tidak semua tetapi ia mewakili majoriti.

    2. Karkun Musafir cuba "bermain kata-kata" dengan mengambil kesempatan atas kesilapan kami menterjemahkan text kitab versi English(Malfoozat-maulana ilyas)yang mengandungi ucapan pengasas tabligh itu yang dengan jelas memperkenalkan satu manhaj baru yang menyalahi manhaj ASWJ iaitu MENAFSIRKAN AL QURAN BERDASARKAN MIMPI.

    3. Kalau kita rajin mengikuti forum-forum yang menghentam tabligh maka kita akan dapati satu trend atau trademark yang hampir sama diantara mereka iaitu suka berdalilkan tokoh2 ulama tertentu sebagai penguat hujjah mereka.Satu lagi mereka hanya berpada dengan pendapat ulama mereka sahaja bagi menyokong hujjah yang diutarakan.Sedangkan itulah sebenarnya kelemahan mereka sebab seorang pendebat yang berjaya ialah yang mampu mengambil dalil dari sumber yang bersifat neutral(tidak memihak).

    4. Kebanyakkan karkun tabligh tidak mampu berlapang dada dengan kritikkan pihak lain terhadap jemaah tabligh.Mereka seolah-olah menganggap semua kritikan sebagai fitnah yang diada-adakan kerana dengki dan seumpamanya walaupun kritikan tersebut disertakan dengan bukti dan fakta.ini terbukti bila beliau tak habis-habis menuduh golongan Barelwi hanya MEMFITNAH DEOBANDI sehingga para ulama ASWJ telah keluar fatwa kafir kepada 4 tokoh ulama tabligh.

    Tapi malangnya bila diminta pembuktian dimana Fatwa yang menjawab balik,mereka gagal menunjukkannya.Sebenarnya kami telah mengetahui terlebih dahulu bahawa para ulama Hijjaz telah menghantar 26 soalan berkaitan aqidah untuk dijawab oleh pihak deobandi.WALAUPUN PIHAK DEOBANDI(KHALID AHMAD SAHARANPURI)TELAH MENJAWAB SEMUA SOALAN TERSEBUT DALAM KITAB MUHANNAD ALA MUFANNAD TETAPI IA TIDAK DILAMPIRKAN DENGAN PETIKAN UCAPAN KUFUR OLEH 4 TOKOH TERSEBUT DALAM KITAB MEREKA ANTARA FATAWA RASHIDIYA.Mereka cuba menipu ulama ASWJ Hijjaz dengan bermain kata-kata dalam kitab tersebut.kami ada link yang membuktikan hal tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5. Sifat seorang da'ie yang melaksanakan amr makruf nahi munkar sepatutnya tidak terkesan dengan kata nista dan umpat keji pihak pengkritik sebab hal itu telah ditunjukkan contohnya oleh para nabi dan rasul sepanjang sejarah.Itu sebabnya walaupun kami digelar bodoh,angkuh dan macam-macam lagi ia tidak melunturkan tugas kami mendedahkan rahsia-rahsia jemaah tabligh yang ramai orang tidak tahu.

      6. Seringkali karkun tabligh mengaitkan kisah Nabi Musa a.s yang berdakwah secara lembut terhadap Firaun sebagai modal hujjah mereka terhadap pengkritik TETAPI MEREKA LUPA MELIHAT DARI SUDUT YANG LEBIH MENYELURUH IAITU SIFAT DAKWAH ISLAM YANG SEBENAR IALAH MENERIMA TENTANGAN DAN HALANGAN DARI PIHAK BERKUASA SEPANJANG ZAMAN.

      PERKARA ITU TIDAK WUJUD DALAM JEMAAH TABLIGH MAKA TAK HAIRANLAH MEREKA DAPAT MENYEBARKAN GERAKAN MEREKA KESELURUH DUNIA TERMASUK NEGARA KOMUNIS DAN YAHUDI TANPA SEBARANG TENTANGAN DARI KERAJAAN MEMERINTAH.SEKIRANYA DAKWAH MEREKA BENAR PERSIS DAKWAH NABI DAN RASUL NESCAYA MEREKA AKAN MENERIMA TENTANGAN DAN HALANGAN BUKAN SAHAJA OLEH NEGARA KAFIR BAHKAN OLEH KERAJAAN ISLAM SEKULAR SEBAGAIMANA YANG DIALAMI OLEH PARA NABI DAN RASUL.

      7. Akhir sekali -kefahaman mendalam tentang prinsip dan manhaj ASWJ dalam beragama sangat penting dipelajari agar umat islam tidak mudah terpedaya dengan kelompok-kelompok yang mengatasnamakan jemaah mereka dengan islam kerana kesesatan di akhir zaman ini adalah sangat berkaitan dengan ajaran yang bertopengkan agama.

      Hanya kepada Allah kita memohon petunjuk jalan yang lurus

      Wallahu'alam

      Delete
  6. Sidang pembaca budiman..

    kita semua sudah sedia maklum bahawa pengikut tabligh sangat sensitif dengan teguran.buktinya kita boleh baca komen2 yang mereka hantar dalam blog ini.terbaru kita boleh tengok link ini: http://www.youtube.com/all_comments?v=LjfF268n1R8

    puncanya ialah sikap ketaksuban/fanatik yang telah diajar dan dibajai ketika mereka keluar khuruj oleh eldest2 mereka menjadi faktor utama rata-rata karkun tabligh sangat emosi dengan kritikan.

    contohnya nickname 'Irfan Aziz' yang mungkin tak pernah baca kitab MALFOOZAT-MAULANA ILYAS ....dengan mudah di tipu hidup2 oleh eldest mereka....kesian

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan-tuan yg Mulia. Kat sini saya pastekan kandungan Malfoozat Maulana Muhammad Ilyas (rah) secara lengkap iaitu pd laman 11 & 12. Buku ini diterbitkan pada tahun 1948.
    Sila tunjukkan kepada saya kat bahagian mana dalam ungkapan ini yg menunjukkan Hadrat Maulana mengkafirkan ummat yg terdahulu?

    Nasihat saya jangan ambil sekerat-sekerat/separuh2. baca semua dan kalau tak faham bahasa inggeris minta org yg mahir bahasa inggeris bacakan atau dapatkan yg terjemahan bahasa Melayu, banyak kat kedai buku Jln TAR, kalau geli nak pi kedai buku kat Masjid Jamek BB Sri Petaling.

    Satu perkara lagi, apakah hubungan Kitab Hussam Al Haramain dgn Malfoozat ini? Maulana Ahmad Reza Khan meninggal 1920, Hussam Al Haramain diterbit masa perang dunia pertama, Maulana Ilyas meninggal 1942 dan malfoozat diterbitkan pada 1948.

    He said: "The conditions of the (previous) Ummats of the Ambiyaa (Alayhimus salaam) were such that as they moved away from the times of the demise of their Ambiyaa (prophets), the affairs of their Deen (worship etc.) were deprived of rooh (spirit) and haqeeqat (reality) and became mere 'rituals' They fulfilled its duty only as outmoded customs. To replace this misguidance and for their reformation, another Nabi would be sent who would destroy this ritualism and acquaint them with the original essence and reality of the spirit of their Shariat (Divine Law or Scripture).

    In the end, when Rasulullah (Sallallahu alayhi wasallam) was sent,those communities who were linked with some heavenly Deen were also in such conditions that even that portion of the Shariat brought by their Ambiyaa which was still with them, was nothing but a mere collection of lifeless rituals. Yet these very rituals were considered as the original Deen. Rasulullah (Sallallahtu alayhi wasallam) destroyed these customs and taught the truth of the original Deen and its laws. Now the Ummat of Muhammad (Sallallahu Alayhi Wasalam) has also become afflicted with this disease. Not only in worship but even the
    system of religious education which should be the means of reformation for all these forms of corruption has also become a mere routine of rituals. Since the chain of Nubuwwah (prophethood) had ended, the responsibility of this effort has therefore been placed on the shoulders of the IJlama (erudite scholars) of this Ummat who are the representatives
    of the Ambiya. It is their co~npulsory duty to give attention to the reformation of this condition of deviation and corruption. The means for this is the correction of intention because ritual creeps into practices when sincerity to do an act solely for Allah and the status of true abdeeyat (servitude) no longer remains. By correction of intentions, actions will be corrected and are then diverted to Allah instead of being customary. Reality, is revived in it and every work will be done with enthusiasm of servitude to Allah and seeking Divine acceptance.

    It is the special and compulsory role of the Ulama of the Ummah and others responsible for the Deen to make efforts to turn people's attention to the correction of intentions by which the seeking of Allah's pleasure and reality will be revived in actions.

    ReplyDelete
  8. Mau tanya? ada yang punya link, ebook kitab MUHANNAD ALA MUFANNAD dalam terjemahan malayu?

    ReplyDelete
  9. Tiap-tiap tahun Habib Umar hantar anak-anak murid beliau keluar 4bulan 40hari. belajar 6 silap.. rilex je.. owner blog ni dah mcm brelwi pulk.. padahal.. bapa Habib Umar antara pendokong jemaah tabligh.. abang habib umar juga pendokong jemaah tabligh di Yaman.. susah kan kalau otak dalam kotak

    ReplyDelete
  10. Kamu lah yang menipu diri kamu sendiri Jundullah wweei....dah hayati Taubah 19-24 ker belum..? Kamu tu yang sibuk tuduh orang sesat macam mana pulak? JAWI, JAKIM, kata kami sesat? Ha..ha...gelak besar aku. Mereka yang beri sokongan sepenuhnya dari belakang. Boleh jalan kau punya hujah. Jemaah semakin ramai ummat masih ramai menderita. Kau tak habis2 buang masa cari salah orang. Sendiri punya bakti habuk pun tarak. Membebel saja siang malam. Kalau macam ni sikap seorang PAS baik gugurkan saja keahlian kamu. Buat malu PAS. Hadi Awang dan Nik Aziz tak ajar pun macam ni. Beliau sendiri pun pernah berguru di INDIA sana. Cakap banyak lah kau ni...

    ReplyDelete
  11. perbezaan pondok
    http://www.youtube.com/watch?v=60PghNAouN4

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...