Tuesday 29 November 2011

RESPON 1

MENJAWAB TUDUHAN BAHAWA PAS BUKAN JEMAAH ISLAM YANG MENGIKUT SUNNAH NABI SAW.


Berbagai persepsi khususnya yang melibat pertubuhan agama dalam Negara kita telah melebelkan PAS dengan berbagai tuduhan.Ada 4 persoalan yang popular berkaitan perkara ini iaitu : 
  
-        1-Demokrasi bukan system islam.Pas mengaku memperjuangkan islam tetapi bergelumang dengan sistem yang bercanggah dengan islam.

    2-Tok guru dan ustaz (orang agama) sepatutnya berada di pusat pengajian dan masjid/surau.Mereka tidak sepatutnya terlibat dengan politik dan urusan pemerintahan Negara.
 
   3 - Politik itu kotor.Organisasi islam tidak harus terlibat dengan budaya dan persekitaran yang  kotor itu.
  
   4 - Gelanggang politik demokrasi adalah gelanggang merebut kuasa dan mengejar pangkat.Orang islam dan organisasi islam tidak sepatutnya cintakan kedudukan sehingga berlumba-lumba merebutnya.


Penulis tidaklah berhajat untuk mengupas persoalan di atas satu persatu kerana keterbatasan waktu untuk tugas yang lain.Mungkin akan di ulas pada masa yang sesuai…InsyaALLAH.

Sebenarnya gerakan islam seperti Pas telah wujud di setiap Negara umat islam di dunia ini seperti di Mesir (Ikhwan Muslimin), Palestine (Hamas),Algeria (FIS) dan berbagai nama yang lain di setiap Negara.

Kesemua gerakan islam tersebut mempunyai satu matlamat yang sama iaitu ingin mengambil kuasa pemerintahan Negara bagi melaksanakan system (syariat islam) secara syumul (keseluruhan).Bukan separuh-separuh seperti yang diamalkan sekarang ini.Baik dari segi politik,ekonomi,undang-undang,akhlak,pendidikan,keluarga dan seluruh sistem yang ada dalam kehidupan manusia.

Masalahnya ketika ini kesemua system di atas di kuasai oleh mereka yang tidak mengikut system islam tetapi mengikut system acuan kafir barat yang telah diwarisi sejak zaman penjajahan dahulu lagi.

Sekiranya kesemua gerakan islam yang telah saya sebutkan tadi tidak mahu melibatkan diri dengan politik,tidak mahu menyertai pilihanraya,mengambil pendekatan seperti jemaah tabligh,tidak mahu mengambil tahu hal-hal pemerintahan Negara maka sampai bila system islam tidak akan dapat dilaksanakan dalam masyarakat.Keunggulan dan keindahan system islam tidak dapat dipamirkan ke dalam masyarakat yang pelbagai bangsa dan agama agar dengan itu menarik mereka memeluk islam.

Jika kita menyorot kembali sirah Nabawi, perbezaan orang memeluk agama islam sebelum dan selepas peristiwa Hijrah, maka sudah tentu kita akan melihat perbezaan yang ketara.Maknanya dengan kata lain bila islam itu tidak memerintah (ketika di Mekah),hanya sedikit yang memeluk agama islam berbanding apabila islam memerintah (Madinah),kita melihat dalam peristiwa pembukaan kota Mekah yang berlaku dalam bulan Ramadhan,berapa puluh ribu umat islam menyertai Nabi saw??

Oleh kerana Pas dan gerakan islam yang sealiran dengannya di seluruh dunia menyedari dan memahami dengan sesungguhnya petunjuk daripada sirah Nabawi tersebut maka mereka mengambil pendekatan menceburi politik pilihanraya kerana melihat tidak adanya kaedah lain yang lebih praktikal ketika ini kerana system ini telah mengusai dunia kita hari ini.Menyertai pilihanraya demokrasi bukan bermakna PAS beriman dengan demokrasi atau menganut faham yahudi.Sebaliknya demokrasi hanyalah sebagai wasilah(alat) untuk sampai matlamat sebenar sebagaimana Nabi saw memeterai Perjanjian Hudaibiyah yang pada zahirnya nampak seperti mengikut telunjuk kafir Quraish tetapi hikmahnya ia memenangkan islam di kemudian hari.

Bagi menjawab tuduhan liar yang di lemparkan oleh mereka yang masih jahil dengan melontarkan tohmahan Pas dan semua gerakan islam di seluruh dunia khususnya ikhwanulmuslimin di Mesir, Saya ingin kongsikan kepada anda semua dua kisah benar seperti yang di ceritakan oleh Dr Jamnul Azhar Mulkan yang telah menyertai misi bantuan kemanusiaan pada awal tahun 2010 yang lalu di Negara Palestine supaya terlerai kekeliruan dalam hal berbai’ah (menyertai) gerakan islam seperti Pas.

Bersambung....

Sunday 27 November 2011

PERUTUSAN AWAL MUHARRAM



السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah tuhan seru sekelian alam
Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw serta ahli keluarga dan para sahabat baginda radiallahuanhum ajmain.

Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi melawat blog saya khususnya yang mendaftar menjadi ahli.

Bersempena kita menyambut tanggal 1 Muharram 1433 hijrah, saya ingin berkongsi dengan anda semua untuk kita flashback semula peristiwa besar dalam islam iaitulah perjalanan Hijratul Rasul saw daripada Kota Mekah al Mukarramah ke Kota Madinah al Munawwarah yang berlaku pada 12 Rabiulawal tahun ke 13 kerasulan Nabi saw bersamaan 2 Julai 622 Masehi.

Untuk perbincangan kali ini saya suka membawa anda melihat peristiwa tersebut dalam kontek berbeza.Mungkin topik ini telah pun dibincangkan dalam blog-blog yang lain.

Jadi anggaplah ini sebagai ’refresh’ sahaja pengetahuan kita bersama.

Ada dua persoalan yang perlu saya kemuka berkaitan peristiwa tersebut:

1)     Apakah hikmah terbesar yang didapati daripada Hijrah tersebut ?

2)     Apakah rahsia kenapa Allah perintahkan Nabi saw dan para sahabat berhijrah?

Sekiranya islam itu hanya sekadar ibadah ritual sahaja seperti solat,puasa,zakat,haji dan lain-lain, tak perlulah ada perintah hijrah.Cukuplah Nabi dan para sahabat di Mekah sahaja sebab di sana ada Kaabah.Lagi besar pahala ibadahnya daripada di Madinah.Juga kalau nak fikir ujian yang di lalui oleh oleh Nabi saw dan para sahabat lebih hebat di Mekah maka lagi banyak pahala di perolehi.

Sebenarnya tujuan Hijrah tersebut adalah untuk supaya islam itu menjadi satu kuasa yang memerintah agar kesyumulan islam itu dapat diterjemahkan dalam masyarakat.Sekiranya islam itu tidak memerintah,bagaimana syiar islam dapat dilaksanakan?

Pentingnya kuasa dalam islam itu boleh kita lihat ketika sebelum peristiwa hijrah, ada 360 patung berhala di sekeliling Kaabah.Oleh kerana bukan islam yang memerintah ketika itu maka Nabi saw tidak boleh meruntuhkan patung berhala tersebut sesuka hati.Hanya benci dalam hati sahajalah yang mampu.Walaupun ketika itu iman telah kuat ditanam dan dipasak dalam hati dan jiwa para sahabat.

Sebaliknya selepas kerajaan islam tertegak di kota Madinah dan Nabi saw menjadi ” presidennya” dan dalam peristiwa pembukaan kota Mekah yang telah di rakamkan oleh Allah dalam surah Al Fath, baru Nabi saw berjaya meruntuhkan kesemua patung berhala tersebut sebebersih-bersihnya.

Mungkin ada yang terkeliru antara orang islam yang memerintah dengan islam itu memerintah adalah dua perkara yang berbeza.Apabila orang islam memerintah belum tentu syariat islam itu dilaksanakannya.Seperti ungkapan yang biasa kita dengar ” ORANG ISLAM BELUM TENTU BERIMAN TAPI ORANG BERIMAN PASTI DIA ISLAM

Umar dan Uthman r.a kedua-duanya diriwayatkan berkata dengan lafaz yang hampir sama :-

إن الله ليزع بالسلطان ما لا يزع بالقرآن

Ertinya : Sesungguhnya Allah swt akan melarang melalui kuasa sesuatu yang tidak dapat dilarang dan ditegah melalui Al-Quran (peringatan dan nasihat) ( Tarikh baghdad, 4/107 untuk hadis Umar, dan At-Tamhid, Ibn Ab Barr, 1/118 untuk hadis Uthman)

Inilah yang diterangkan oleh Imam Ibn Kathir ketika membawakan athar ini di dalam tafsir beliau dengan katanya :-
 أي ليمنع بالسلطان عن ارتكاب الفواحش والآثام، ما لا يمتنع [عنه] كثير من الناس بالقرآن، وما فيه من الوعيد الأكيد والتهديد الشديد وهذا هو الواقع
Ertinya : Maskudnya (athar diatas) si pelaku kemungkaran akan ditegah dengan kuasa daripada terus melakukan kemaksiatan fawahish dan dosa, iaitu apabila mereka gagal ditegah kebanyakan manusia setelah diberi nasihat, ancaman azab, dan inilah hakikat yang berlaku. ( Tafsir Ibn Kathir, 5/111)
Itulah hakikatnya kata Ibn Kathir dan ia juga diperkukuhkan oleh Ibn Taymiah apabila menjelaskan keperluan kepada hukum hudud dan takzir ke atas kesalahan yang pasti akan terus wujud seperti zina, rogol, rompak, curi, bunuh dan lain-lain walaupun nasihat dan peringatan telah diberi di sana sini. Tatkala itu, kuasa dan hukuman undang-undang adalah kaedahnya.



Kita ambik contoh, banyak negara islam di dunia ini kecuali Arab Saudi yang di perintah oleh orang islam tapi undang-undang islam tidak terlaksana sepenuhnya seperti zaman Nabi saw dan khulafa ar Rasyidin.

Saya sangat tidak setuju bila ada sesetengah golongan atau kumpulan agama yang tak perlu saya sebutkan namanya mungkin anda sudah tahu siapa yang saya maksudkan , berfahaman kerja agama ini berdasarkan konsep IMAN DAN AMAL.Saya tidak pertikaikan kerja dakwah mereka secara keseluruhan cuma dalam isu ini pandangan mereka sangat janggal untuk diterima.

Bila kita  ajak berbincang bab politik dan ajak mereka mengundi dalam pilihan raya ,mereka mengatakan demokrasi adalah ciptaan yahudi ( tak ikut sunah Nabi saw ).

Baiklah , saya nak tanya tuan-tuan..adakah penggunaan wang kertas yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita ini mengikut sunnah Nabi saw??

Jawapannya TIDAK!!!.mata wang di zaman Nabi saw dan Khulafa ar Rasyidin sehingga tahun 1924 adalah menggunakan wang emas dan perak.Tapi selepas runtuhnya Daulah Uthmaniyah di Turki maka matawang kertas pun diperkenalkan oleh penjajah kafir barat ( baca Yahudi dan Kristian ).

Mengapa mereka menukar sistem matawang tersebut?
Antara sebabnya ialah supaya mereka dapat merompak emas dan perak daripada negara islam yang mereka jajah itu untuk dibawa pulang ke negara mereka.

Untuk menggantikan emas dan perak yang telah mereka rompak itu lalu di perkenalkanlah wang kertas tersebut bagi menutup kejahatan dan kecurangan mereka.Lalu di ciptalah berbagai alasan yang konkrit dan munasabah akan rasional penggunaan wang kertas tersebut.

Ungkapan ’mudah di bawa’ ,’tidak membebankan’ dan 1001 alasan lain di rekacipta agar umat islam terus di tipu dengan anggapan ”ini adalah yang terbaik”.

Para ulama timur dan barat telah mengeluarkan satu ketetapan bahawa penggunaan wang kertas ketika ini adalah bersifat DARURAT yakni Harus.Untuk menukar semula kepada sunnah Nabi saw ( emas dan perak ) maka perlu kepada kuasa kerajaan.Untuk menjadi kerajaan perlu masuk pilihanraya.Nak masuk pilihanraya perlu ada parti.nak tubuh parti perlu ada orang untuk jadi ahli parti.

Analogi yang sama boleh kita buat adalah seperti solat itu merupakan satu kewajipan.Nak solat perlu berwuduk dengan air.Maknanya mencari,menyediakan,bayar bil air itu wajib sebab kalau tak ada air macamana nak berwuduk.Sedangkan tak sah solat kalau tak ada wuduk.

Begitulah juga melaksana hukum islam ( hudud,qisas dan takzir ) itu wajib.Hendak melaksanakanya perlu ada kerajaan islam.Nak dapatkan Kerajaan buat masa sekarang mesti melalui pilhanraya.Nak masuk pilihanraya mesti tubuh parti politik.

Kaedah Fiqh menegaskan


لا ينكر تغير الأحكام بتغير الزمان


Ertinya : Tidak dinafikan, kebolehan berubahnya hukum apabila berubahnya zaman (disebabkan uruf, adat dan kajian) (Majallah al-Ahkam Al-Adliyah, No 39 : Syarah Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Az-Zarqa, hlm 227)


Maka hukum untuk menyediakan  kesemua prasarana itu adalah wajib sebagaimana wajibnya menyediakan air untuk berwuduk bagi melaksanakan perkara wajib iaitu solat.

Kita sebagai orang islam yang beriman adalah menjadi kewajipan menyertai parti politik yang ingin melaksanakan kesemua tuntutan yang telah saya sebutkan di atas.Sekiranya kita mengambil sikap berkecuali maka hukumnya adalah berdosa.Dan dosa itu pula bukan sekali bahkan kita akan berdosa seumur hidup kita selagi kita tidak menyertai atau menyokong parti tersebut.

Adakah tuan-tuan sanggup memikul dosa yang akan tuan-tuan terima sebaik sahaja bangun daripada tidur? Baru bangun tidur belum buat apa-apa dah dapat dosa..macamna tu?

Kita biasa dengan istilah WAKAF.Tuan-tuan pasti tahu Terusan Wan Mat Saman di negeri Kedah.Tahukah tuan-tuan bahawa beliau telah pun lama meninggal dunia tapi pahala yang beliau dapat hasil daripada terusan yang beliau bina yang masih di gunakan hingga hari ini hatta sehingga hari kiamat tak pernah putus selagi ia memberi manfaat bukan sahaja kepada manusia bahkan kepada binatang.

Begitulah jika sekiranya kita menyertai parti politik yang ingin menegakkan syariat islam yang akan melaksanakan hukum hudud,mengembalikan matawang emas dan perak , memerintah dengan adil dan seumpamanya jika kita adalah salah seorang penyebab kepada tertubuhnya sebuah negara islam yang akan memerintah sebagaimana kerajaan islam terdahulu dengan mengundi dalam pilihanraya nanti maka pahala yang akan kita perolehi tidak terkira banyaknya sebab segala dasar penambahbaikan negara dalam menyelamatkan Umat manusia sudah tentu di beri pahala oleh Allah.

Kita sebagai salah seorang yang menjadi penyebab kepada tertubuhnya negara islam tersebut tentu akan mendapat saham pahala tersebut selama mana kerajaan itu tertegak diatas muka bumi ini.

Bersempena peristiwa Hijratul Rasul 1433 hijrah ini marilah kepada mereka yang masih bersikap berkecuali dalam masalah ini berhijrah kepada sikap memihak dan yang telah pun membuat pilihan yang betul agar sentiasa beristiqamah dalam perjuangan yang suci ini.

Dalam hal ini kita hanya ada 2 pilihan sahaja sama benar atau salah @ dosa atau pahala @ syuga atau neraka.Tidak ada istilah berkecuali atau atas pagar.Wallahua’alam.


Friday 25 November 2011

muhasabah 2

    KITA PERLU PERJUANGKAN ISLAM

 

(Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya terkorban di Memali, sekarang dia sedang menikmati nikmat syurga)

MENGAPA KENA PERJUANGKAN ISLAM???


KERANA ALLAH BERFIRMAN, yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, Barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha mengetahui." 
(Q.S. Al Maidah :54)

ALLAH BERFIRMAN:
"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir Sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan sama seperti kamu ini." (Q.S.Muhammad :38)

(Asy-Syahid Abdel Aziz Rantisi)


Pelawat Blogku Sekelian,

Islam tidak memerlukan kita untuk memperjuangkanya, kerana ALLAH MAHA KAYA. ALLAH mampu memenangkan AgamaNYA sekelip mata kerana DIA MAHA GAGAH DAN BERKUASA. Namun, ALLAH ingin menilai siapakah dikalangan kita yang rela berjuang atau terkorban demi menegakkan AgamaNYA. Jika kita berjuang, kita mendapat syurga.

(Asy-Syahid Umar Mukhtar, Seorang ulama sufi yang mengetuai lingkungan 6000 mujahidin Libya mempertahankan Islam di Libya daripada serangan tentera Italy. Dia digelar oleh orang barat : "The Lion Of The Dessert" disebabkan kebijaksanaan strategi perangnya. Peperangan berlaku selama 20 tahun, hampir setiap pertempuran yg berlaku dimenangi olehnya)

Siapa yang penakut dan kedekut daripada memperjuangkan Islam, maka dialah yang rugi, ALLAH tidak akan rugi, ALLAH akan gantikan mereka dengan orang lain yang lebih baik dari mereka, mereka itu ALLAH cinta pada mereka, mereka cinta pada ALLAH, mereka bersikap lembut dgn org beriman dan bersikap tegas dgn orang kafir, mereka berjihad di jalan ALLAH, mereka juga tidak takut pada celaan orang2 yg mencela.

(Asy-Syahid Yahya Ayyasy, seorang engineer yang pakar dalam membuat bom, menyertai Hamas)

Oleh itu, kitalah yg memerlukan Islam untuk memperjuangkannya.

(Asy-Syahid Khattab, beliau meninggalkan negara asalnya iaitu arab saudi dan menyertai perjuangan jihad. Beliau diberi jawatan general mujahidin (Amirul Mujahidin). Beliau hebat dan matang dalam peperangan kerana telah menyertai jihad di Afghanistan, Tajikistan, Dahistan dan Checnya)

Thursday 24 November 2011

maklumat yang tidak di siarkan media

6 Ribu rakyat Palestin masih dalam tahanan israeil


6 Ribu tahanan rakyat Palestin dalam gengaman israeil, ribuan daripada mereka adalah wanita dan kanak-kanak. Lebih dari seribu lima ratus orang tahanan memerlukan rawatan segera.
Ribuan daripada mereka hidup dalam dalam terlalu susah yang tidak dapat digambarkan. Mereka tidak mendapat pembelaan daripada badan-badan hak asasi sewajarnya malah mereka dilayan dengan penuh kekasaran.
Penderitaan mereka tidak  mendapat liputan yang sewajarnya daripada pihak media.
Nota:
Dosa dan Penderitaan mereka adalah Tanggungjawab yang mesti kita akan ditanya oleh Allah SWT di Akhirat kelak, kerana mereka adalah saudara seAgama dengan agama kita, Tuhan yang sama dengan Tuhan kita ( Allah SWT ), Rasul yang sama dengan Rasul kita ( Nabi MUhammad SAW ) dan Kitab yang sama dengan kitab kita ( Al-Quran Al-Karim ).

Ya Allah, apakah Kau terima amal ibadat kami, tangisan taubat kami, haji kami, solat kami, puasa kami, zakat kami dan Qiamul Lail kami di rumah yang mewah, di negara yang aman seperti Malaysia, sedangkan jutaan umat Islam atau saudara kami mati atau dipenjarakan ?

Apakah kami akan masuk Syurga dengan amalan kami tanpa ada kaitan kami dengan apa yang berlaku di dunia Islam yang sentiasa ditindas oleh amerika dan sekutu-sekutunya ?
Semoga Engkau memberi kepada kami Jalan atau Cara yang terbaik untuk kami keluar daripada permasalahan atau ujian ini, agar kami berjaya menyertai mereka yang berbaris menuju Syurga Mu, Amin Ya Rabbal Alamin.


أكثر من ستة آلاف أسير فلسطيني وعربي يقبعون في سجون الاحتلال الإسرائيلي ،بينهم عشرات النساء ومئات الأطفال ، بالإضافة
إلى أكثر من ألف وخمسمائة أسير مريض يحتاج لعلاج فوري ومتواصل ، ولا تقف الحكاية هنا فقط فهؤلاء الأسرى هم جزء من آلاف العائلات التي باتت تعاني الوضع النفسي بالإضافة إلى الحال الاقتصادي الصعب بسبب غياب المعيل للأسرة خلف قضبان الاحتلال .
للأسف هنالك من يقزم ملف الأسرى إلى ملف إنساني فقط وبأنه ملف خاص بالفلسطينيين فقط  ، لا ننكر الجانب الإنساني في موضوع الأسرى ومقدار ما يعانيه الأسير من حرمان وظلم وقسوة من سجانه بالإضافة لمعاناة الأهل ، لكن ذلك لا يعني إغفال باقي الجوانب المهمة في موضوع الأسرى فالجانب القانوني له دور ومهم وحساس ويمكن من خلاله الدخول بقوة إلى موضوع الأسرى والعمل الجاد على حمايتهم وحفظ حقوقهم من خلال تفعيل الجوانب القانونية والعمل على تعريف الأسرى حسب القانون الدولي على أنهم أسرى حرب ومن حقهم أن يتم معاملتهم بناءً على هذا القانون ، والسعي عبر المنابر الدولية من أجل فضح الممارسات الإسرائيلية بحق الأسرى واستغلال المؤسسات الدولية ومؤسسات حقوق الإنسان من أجل تفعيل الجانب القانوني والإنساني بحق الأسرى.
بالإضافة إلى عدم إهمال الجانب الإعلامي ودوره في إبراز معاناة الأسرى ومقدار الظلم الواقع عليهم وحجم التهميش الدولي الذي يعانيه أسرانا ، فبالمقارنة مع الأسير الإسرائيلي شاليط المأسور في غزة منذ سنوات لا تكاد دولة غربية إلا وتكلمت بشأنه وطالبت به بالإضافة إلى الزيارات الدورية لعائلة شاليط إلى دول العالم من أجل شرح قضيته للرأي العام الدولي ، بالمقابل نجد تجاهلاً للأسير الفلسطيني والعربي وقد يكون جزء من هذه المسؤولية يقع على عاتق وسائل الإعلام العربية والفلسطينية ، التي يجب أن تتبنى موضوع الأسرى بشكل مناسب وأن تطرح قضيتهم بكل لغات العالم كي يسمعها العالم أجمع.
أما عن ترك قضية الأسرى للشعب الفلسطيني وحده أو لقيادته ، فهذا إضعاف واضح لهذه القضية العربية الإسلامية وجهل بواقع الدين الإسلامي الذي حث على تحرير الأسرى المسلمين من أسرهم بكل الطرق المتاحة ، فحديث الرسول عليه الصلاة والسلام واضح ))فكوا العاني)) والعاني هنا هو الأسير ، وبهذا لا يكون الأسرى مسؤولية الفلسطينيين فقط إنما مسؤولية المسلمين في كل مكان كما هي قضية فلسطين.
الأسرى في سجون الاحتلال لهم حق علينا جميعاً أن ننصرهم بكل ما هو متاح لنا ، بالكلمة بالإعلام ، بالدعاء ، بالتواصل مع أهلهم ، بالعمل الجاد على تحريرهم ، وبكفالة أسرهم .

muhasabah 1

Rohani Kuat Tapi Tidak Berstrategi….. …..Lingkup
(Sultan Solahuddin terkenal dengan kehebatannya mengalahkan tentera Rome, mengapa?)
Firman Allah “Mereka merancang. Allah (juga) merancang. Allah adalah sebaik-baik perancang” (Al-Anfaal)

Sesetengah orang beranggapan bahawa jika rohani dan amal ibadah kita kuat, maka kita akan menang dalam usaha2 menegakkan Islam kerana Allah akan bantu kita. Masalahnya, cuba kita fikir mengapa ALLAH Yang Maha Gagah Lagi Kuat itu masih tidak menghancur-hancurkan negara musuh Islam yang superpower iaitu Amerika, sedangkan para ulama yang hebat sudah tidak henti-henti berdoa agar ALLAH menghancurkannya. Mengapa ALLAH masih tidak menghancurkan Amerika???

Jawapannya adalah kerana ALLAH ingin menguji (menzahirkan) hamba2NYA, ALLAH juga ingin menguji (menzahirkan) sejauh mana USAHA kita bagi menghancurkan Amerika, ALLAH ingin menguji adakah kita benar-benar berusaha bagi menghancurkannya ataupun hanya sekadar berdoa. ALLAH mampu menghancurkan Amerika dalam sekelip mata tetapi DIA mahu hambaNYA yang melakukan kerana ingin melihat (memberi balasan) setakat mana usaha mereka..
(Mujahidin Checnya Merancang Strategi)
Oleh itu, adalah salah jika kita hanya bermunajat dan berdoa semata-mata kemudian melakukan kerja tanpa merancang stratergi dan mengumpul kekuatan untuk melaksanakan apa jua kerja2 bagi menegakkan Islam. Hal ini kerana orang2 yang ingin menghalang usaha perjuangan Islam itu cukup ramai, kerana ramai dikalangan mereka yang jahil.. Manakala orang yang benar2 setia dalam memperjuangkan Islam sehingga ke titisan darah nya yang terakhir amat payah untuk dicari..

Jika kita merujuk kepada kisah Sultan Solahuddin Al-Ayubi, beliau dan tenteranya bukan hanya bermunajat di malam hari semata-mata, bahkan mereka amat cekap dan sungguh berpengalaman dalam berperang sehinggakan siapa saja tentera yang berlawan dengan mereka semuanya kalah. Sultan juga amat terkenal dengan kepintarannya
MERANCANG STRATEGI perang. Bukan beliau seorang sahaja, malah semua panglima2 Islam di zaman dahulu semuanya terkenal dengan kepintaran strategi mereka, contohnya seperti Tariq B Ziyad (Berjaya mengalahkan 100 000 tentera Sepanyol dengan 12 000 org mujahid), Khalid B Walid, dan Umar Mukhtar (Beliau digelar The Lion Of The Dessert kerana kepintarannya merancang stratergi perang sehingga setiap kali tentera Itali yang berperang dengan tenteranya di padang pasir akan kalah, sedangkan tentera Itali itu lengkap dengan kereta perisai dan meriam)
(Mujahidin bermesyuarat untuk merancang strategi)
Benarlah kata2 ini "Puak yang benar tetapi tidak merancang, akan dikalahkan oleh puak kebatilan yang merancang"
Ketahuilah seandainya puak kebenaran itu merancang, perancangan mereka itu lebih hebat daripada rancangan orang2 yang ingin menghalang perjuangan Islam kerana ALLAH bersama mereka.

Sekarang, kita melihat orang2 yang benar sering dikalahkan oleh orang2 yang jahat dan pandai berpura-pura. Kasihan, hanya dengan BENAR yang kita bawa, itu belum menjamin kemenangan. BENAR perlu digandingkan dengan STRATEGI barulah ia akan menghasilkan KEMENANGAN. Jika kita membawa KEBENARAN bersama-sama dengan STRATEGI.. Hasilnya, puak2 yang menentang perjuangan Islam akan tunduk jua kerana kalah. Tetapi jika kita tetap tidak merancang bererti kita membiarkan mereka menang, jika mereka menang mereka akan jadi bertambah jahat dan lebih kuat dalam usaha jahat mereka. Kita pula kian lemah. Bila kita lemah, KEBENARAN tidak dapat ditegakkan..


Secara ringkasnya Tegakkanlah KEBENARAN dengan PERANCANGAN YANG RAPI. KEBENARAN tanpa PERANCANGAN jawapannya ialah KEKALAHAN. KEMENANGAN hanya mahu kepada PERANCANGAN. KEMENANGAN tidak menilai samada BENAR atau BATIL.
MERANCANGLAH!! Disamping itu, jangan lupa melakukan AMALAN DI MALAM HARI, kerana itu merupakan punca KEKUATAN JIWA.

Monday 21 November 2011

Tidak Boikot Produk Israel dan AS Dosa Besar ?





Tidak banyak yang ingin saya tuliskan pada posting kali ini, cukuplah hanya dengan petikan-petikan yang saya lampirkan di bawah. Terpulanglah pada kita semua untuk menilai sejauh mana kebenaran yang ingin saya sampaikan disini. Ramai yang beranggapan perbuatan memboikot produk-produk mereka ini tidak mendatangkan sebarang faedah malah boleh menyebabkan ekonomi kita jatuh merundum. Tapi ramai yang lupa bahawa pada masa ini sudah terlalu banyak produk-produk alternative yang dikeluarkan oleh umat-umat Islam yang lain, namun ia kurang mendapat sambutan daripada pengguna dan pembeli.

Bagi mereka, barangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat Islam ini tidak bermutu jika dibandingkan produk-produk keluaran Israel dan juga Amerika yang telah lama berada dipasaran dan telah lama menjadi santapan mulut serta perhiasan tubuh umat Islam. Saya yang jahil lagi hina ini, sekadar memberi peringatan serta sedih dengan kejadian yang menimpa umat Islam pada masa ini. Adakah kita masih boleh ketawa sedangkan umat Islam pada masa ini sudah teruk dirogol dan disepak terajang maruahnya? Dihalau dari tanah mereka sendiri dan dibiarkan merempat dinegara sendiri dan di campak ke Negara-negara jiran.

Adakah kita masih boleh ketawa dan bersenang lenang sedangakan ramai di kalangan saudara-saudara kita yang menunggu pertolongan kita dengan penuh sabar setiap hari? Ayuhlah kita bersama-sama melakukan apa yang termampu untuk Saudara-saudara kita di bumi yang diberkati iaitu Palestine. Ayuhlah! Kita boikot barangan mereka kerana itulah dia jihad yang paling mudah untuk kita lakukan. Berhentilah daripada ketawa dan bergembira setiap masa sedangkan Saudara-saudara kita di Palestine sedang diulit derita berpanjangan. Sedarlah bahawa Allahb s.w.t. tidak menjanjikan kedamaian dan kesenangan pada kita selama-lamanya. Tiada jaminan apa-apa pun daripada Allah s.w.t untuk kita,jadi kenapa kita masih boleh ketawa dan bersenang-lenang pada masa Umat Islam sedang teruk dijajah dan dibuli? 



Segala jawapannya ada pada anda semua, saya yang hina serta tidak punya ilmu ini hanya mampu menjadi penyampai serta pemberi peringatan. Segalanya ditangan anda, kerana anda semua adalah pencetus kebangkitan Islam pada akhir zaman ini…. THINK….


Perutusan CEO Starbuck, Howard Schultz pada 11 Julai 2006 (terjemahan) 

Kehadapan Pelanggan Starbuck, 

Pertama dan seterusnya saya ingin berterima kasih anda semua telah menjadikan Starbucks menjadi perusahaan besar dengan lebih dari 90000 pekerja, 9700 restoran, dan 33 juta pelanggan seminggu. Tiap latte dan mocchiato yang anda minum di Starbucks memberikan sebuah sumbangan untuk mendekatkan persahabatan antara Amerika dan Israel... 

Tanpa anda, para pelanggan yang tercinta, kami tidak akan mampu mencapai ratusan juta dollar per tahun untuk melindungi warga negara Israel dari serangan pengganas dan mengingatkan setiap orang Yahudi di Amerika untuk mempertahankan Israel. Jadi di lain waktu jika kamu ingin minum kopi di Restoran Starbucks, tolong diingat bahwa dengan setiap cawan yang kamu minum di Starbucks, sesungguhnya kamu sedang membantu sebuah misi yang berharga. 

Howard Schultz 
Chairman & Chief Global Strategist 
Starbucks Coffee Stores



Tidak Boikot Produk Israel dan AS Dosa Besar 


Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Ketua Persatuan Ulama Internasional menunjukkan pembelaannya yang tegas terhadap penderitaan rakyat Gaza, kali ini beliau memfatwakan keharaman jual-beli produk-produk Israel dan Amerika. Ia mengatakan dalam salah satu khutbah tentang kempen boikot ekonomi terhadap pihak-pihak yang memusuhi umat Islam yang ditulis di laman rasmi beliau. 

Al-Qaradhawi menegaskan: “Ada jihad ekonomi, iaitu kita membuat fatwa, fatwa yang saya keluarkan bersama sejumlah ulama tentang keharaman jual-beli produk-produk Israel dan Amerika. Boikot, boikot semua produk-produk Israel dan Amerika adalah merupakan kewajiban setiap umat. Semua yang berbau produk Amerika.” 


Beliau mengisyarakatkan bahwa kata “coca cola” bererti Amerika, Burger, Mc Donald, Pizza Hut, semua itu produk-produk Amerika. 

“Setiap riyal, dirham, Ringgit, Dollar, pound, yang digunakan untuk membeli produk yahudi dan Nasrani akan menjadi peluru yang akan ditembakkan pada saudara seIslam di palestine dan seluruh dunia. Untuk sebab ini satu kewajipan kita tidak menolong Yahudi dan nasrani (dan musuh Islam yang lain)dengan membeli produk dan perkhidmatan mereka. Membeli produk mereka akan membantu dan menyokong kemusnahan, keganasan dan peperangamn dan pembunuhan”


“Setiap kali saya melihat produk-produk ini, dada saya bergemuruh, jiwa saya meronta, kami ingin umat memboikot produk-produk ini. Kami menyeru agar pemerintah dan rakyat segera memboikot produk-produk ini, dan agar dibentuk seperti badan badan atau panitia khusus untuk mengevaluasi sejauh mana keberkesanan gerakan boikot dan penentuan skala keutamaan boikot. Setiap produk yang ada gantinya, wajib diboikot. Apa yang menjadikan kita memiliki kereta produk Amerika, padahal kita mampu membeli mobil dari Jepun dan Jerman?? Kita tidak akan rugi sama sekali. Boikot ini hukumnya wajib bagi semua, baik sekala besar maupun kecil.” 

Lebih lanjut beliau menegaskan: “ Kami menghendaki umat Islam, laki-laki dan perempuan, ibu-ibu rumah tangga agar tidak membeli produk-produk Amerika. Boleh jadi ada produk-produk Israel dengan label lain, kerananya siapa yang mengetahui itu, wajib baginya untuk memboikot, hukumnya haram. Bahkan merupakan sebahagian dari dosa besar membeli produk-produk itu di masa sekarang ini. Ini sebahagian dari jihad yang ada dalam Islam, harus kita lakukan dan beritahu pada orang lain.” 

Saturday 19 November 2011


YAHUDI MENIPU KITA









Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...



Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: 

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil" 

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita. 






1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. 




2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.






3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. 






4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. 





5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.





6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...