Tuesday 29 November 2011

RESPON 1

MENJAWAB TUDUHAN BAHAWA PAS BUKAN JEMAAH ISLAM YANG MENGIKUT SUNNAH NABI SAW.


Berbagai persepsi khususnya yang melibat pertubuhan agama dalam Negara kita telah melebelkan PAS dengan berbagai tuduhan.Ada 4 persoalan yang popular berkaitan perkara ini iaitu : 
  
-        1-Demokrasi bukan system islam.Pas mengaku memperjuangkan islam tetapi bergelumang dengan sistem yang bercanggah dengan islam.

    2-Tok guru dan ustaz (orang agama) sepatutnya berada di pusat pengajian dan masjid/surau.Mereka tidak sepatutnya terlibat dengan politik dan urusan pemerintahan Negara.
 
   3 - Politik itu kotor.Organisasi islam tidak harus terlibat dengan budaya dan persekitaran yang  kotor itu.
  
   4 - Gelanggang politik demokrasi adalah gelanggang merebut kuasa dan mengejar pangkat.Orang islam dan organisasi islam tidak sepatutnya cintakan kedudukan sehingga berlumba-lumba merebutnya.


Penulis tidaklah berhajat untuk mengupas persoalan di atas satu persatu kerana keterbatasan waktu untuk tugas yang lain.Mungkin akan di ulas pada masa yang sesuai…InsyaALLAH.

Sebenarnya gerakan islam seperti Pas telah wujud di setiap Negara umat islam di dunia ini seperti di Mesir (Ikhwan Muslimin), Palestine (Hamas),Algeria (FIS) dan berbagai nama yang lain di setiap Negara.

Kesemua gerakan islam tersebut mempunyai satu matlamat yang sama iaitu ingin mengambil kuasa pemerintahan Negara bagi melaksanakan system (syariat islam) secara syumul (keseluruhan).Bukan separuh-separuh seperti yang diamalkan sekarang ini.Baik dari segi politik,ekonomi,undang-undang,akhlak,pendidikan,keluarga dan seluruh sistem yang ada dalam kehidupan manusia.

Masalahnya ketika ini kesemua system di atas di kuasai oleh mereka yang tidak mengikut system islam tetapi mengikut system acuan kafir barat yang telah diwarisi sejak zaman penjajahan dahulu lagi.

Sekiranya kesemua gerakan islam yang telah saya sebutkan tadi tidak mahu melibatkan diri dengan politik,tidak mahu menyertai pilihanraya,mengambil pendekatan seperti jemaah tabligh,tidak mahu mengambil tahu hal-hal pemerintahan Negara maka sampai bila system islam tidak akan dapat dilaksanakan dalam masyarakat.Keunggulan dan keindahan system islam tidak dapat dipamirkan ke dalam masyarakat yang pelbagai bangsa dan agama agar dengan itu menarik mereka memeluk islam.

Jika kita menyorot kembali sirah Nabawi, perbezaan orang memeluk agama islam sebelum dan selepas peristiwa Hijrah, maka sudah tentu kita akan melihat perbezaan yang ketara.Maknanya dengan kata lain bila islam itu tidak memerintah (ketika di Mekah),hanya sedikit yang memeluk agama islam berbanding apabila islam memerintah (Madinah),kita melihat dalam peristiwa pembukaan kota Mekah yang berlaku dalam bulan Ramadhan,berapa puluh ribu umat islam menyertai Nabi saw??

Oleh kerana Pas dan gerakan islam yang sealiran dengannya di seluruh dunia menyedari dan memahami dengan sesungguhnya petunjuk daripada sirah Nabawi tersebut maka mereka mengambil pendekatan menceburi politik pilihanraya kerana melihat tidak adanya kaedah lain yang lebih praktikal ketika ini kerana system ini telah mengusai dunia kita hari ini.Menyertai pilihanraya demokrasi bukan bermakna PAS beriman dengan demokrasi atau menganut faham yahudi.Sebaliknya demokrasi hanyalah sebagai wasilah(alat) untuk sampai matlamat sebenar sebagaimana Nabi saw memeterai Perjanjian Hudaibiyah yang pada zahirnya nampak seperti mengikut telunjuk kafir Quraish tetapi hikmahnya ia memenangkan islam di kemudian hari.

Bagi menjawab tuduhan liar yang di lemparkan oleh mereka yang masih jahil dengan melontarkan tohmahan Pas dan semua gerakan islam di seluruh dunia khususnya ikhwanulmuslimin di Mesir, Saya ingin kongsikan kepada anda semua dua kisah benar seperti yang di ceritakan oleh Dr Jamnul Azhar Mulkan yang telah menyertai misi bantuan kemanusiaan pada awal tahun 2010 yang lalu di Negara Palestine supaya terlerai kekeliruan dalam hal berbai’ah (menyertai) gerakan islam seperti Pas.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...