Rohani Kuat Tapi Tidak Berstrategi….. …..Lingkup
(Sultan Solahuddin terkenal dengan kehebatannya mengalahkan tentera Rome, mengapa?)
Firman Allah “Mereka merancang. Allah (juga) merancang. Allah adalah sebaik-baik perancang” (Al-Anfaal)
Sesetengah orang beranggapan bahawa jika rohani dan amal ibadah kita kuat, maka kita akan menang dalam usaha2 menegakkan Islam kerana Allah akan bantu kita. Masalahnya, cuba kita fikir mengapa ALLAH Yang Maha Gagah Lagi Kuat itu masih tidak menghancur-hancurkan negara musuh Islam yang superpower iaitu Amerika, sedangkan para ulama yang hebat sudah tidak henti-henti berdoa agar ALLAH menghancurkannya. Mengapa ALLAH masih tidak menghancurkan Amerika???
Jawapannya adalah kerana ALLAH ingin
(Mujahidin Checnya Merancang Strategi)
Oleh itu, adalah salah jika kita hanya bermunajat dan berdoa semata-mata kemudian melakukan kerja tanpa merancang stratergi dan mengumpul kekuatan untuk melaksanakan apa jua kerja2 bagi menegakkan Islam. Hal ini kerana orang2 yang ingin menghalang usaha perjuangan Islam itu cukup ramai, kerana ramai dikalangan mereka yang jahil.. Manakala orang yang benar2 setia dalam memperjuangkan Islam sehingga ke titisan darah nya yang terakhir amat payah untuk dicari..
Jika kita merujuk kepada kisah Sultan Solahuddin Al-Ayubi, beliau dan tenteranya bukan hanya bermunajat di malam hari semata-mata, bahkan mereka amat cekap dan sungguh berpengalaman dalam berperang sehinggakan siapa saja tentera yang berlawan dengan mereka semuanya kalah. Sultan juga amat terkenal dengan kepintarannya MERANCANG STRATEGI perang. Bukan beliau seorang sahaja, malah semua panglima2 Islam di zaman dahulu semuanya terkenal dengan kepintaran strategi mereka, contohnya seperti Tariq B Ziyad (Berjaya mengalahkan 100 000 tentera Sepanyol dengan 12 000 org mujahid), Khalid B Walid, dan Umar Mukhtar (Beliau digelar The Lion Of The Dessert kerana kepintarannya merancang stratergi perang sehingga setiap kali tentera Itali yang berperang dengan tenteranya di padang pasir akan kalah, sedangkan tentera Itali itu lengkap dengan kereta perisai dan meriam)

(Mujahidin bermesyuarat untuk merancang strategi)
Benarlah kata2 ini "Puak yang benar tetapi tidak merancang, akan dikalahkan oleh puak kebatilan yang merancang"
Ketahuilah seandainya puak kebenaran itu merancang, perancangan mereka itu lebih hebat daripada rancangan orang2 yang ingin menghalang perjuangan Islam kerana ALLAH bersama mereka.
Sekarang, kita melihat orang2 yang benar sering dikalahkan oleh orang2 yang jahat dan pandai berpura-pura. Kasihan, hanya dengan BENAR yang kita bawa, itu belum menjamin kemenangan. BENAR perlu digandingkan dengan STRATEGI barulah ia akan menghasilkan KEMENANGAN. Jika kita membawa KEBENARAN bersama-sama dengan STRATEGI.. Hasilnya, puak2 yang menentang perjuangan Islam akan tunduk jua kerana kalah. Tetapi jika kita tetap tidak merancang bererti kita membiarkan mereka menang, jika mereka menang mereka akan jadi bertambah jahat dan lebih kuat dalam usaha jahat mereka. Kita pula kian lemah. Bila kita lemah, KEBENARAN tidak dapat ditegakkan..
Secara ringkasnya Tegakkanlah KEBENARAN dengan PERANCANGAN YANG RAPI. KEBENARAN tanpa PERANCANGAN jawapannya ialah KEKALAHAN. KEMENANGAN hanya mahu kepada PERANCANGAN. KEMENANGAN tidak menilai samada BENAR atau BATIL.
MERANCANGLAH!! Disamping itu, jangan lupa melakukan AMALAN DI MALAM HARI, kerana itu merupakan punca KEKUATAN JIWA.
No comments:
Post a Comment