Sunday 27 November 2011

PERUTUSAN AWAL MUHARRAM



السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah tuhan seru sekelian alam
Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw serta ahli keluarga dan para sahabat baginda radiallahuanhum ajmain.

Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi melawat blog saya khususnya yang mendaftar menjadi ahli.

Bersempena kita menyambut tanggal 1 Muharram 1433 hijrah, saya ingin berkongsi dengan anda semua untuk kita flashback semula peristiwa besar dalam islam iaitulah perjalanan Hijratul Rasul saw daripada Kota Mekah al Mukarramah ke Kota Madinah al Munawwarah yang berlaku pada 12 Rabiulawal tahun ke 13 kerasulan Nabi saw bersamaan 2 Julai 622 Masehi.

Untuk perbincangan kali ini saya suka membawa anda melihat peristiwa tersebut dalam kontek berbeza.Mungkin topik ini telah pun dibincangkan dalam blog-blog yang lain.

Jadi anggaplah ini sebagai ’refresh’ sahaja pengetahuan kita bersama.

Ada dua persoalan yang perlu saya kemuka berkaitan peristiwa tersebut:

1)     Apakah hikmah terbesar yang didapati daripada Hijrah tersebut ?

2)     Apakah rahsia kenapa Allah perintahkan Nabi saw dan para sahabat berhijrah?

Sekiranya islam itu hanya sekadar ibadah ritual sahaja seperti solat,puasa,zakat,haji dan lain-lain, tak perlulah ada perintah hijrah.Cukuplah Nabi dan para sahabat di Mekah sahaja sebab di sana ada Kaabah.Lagi besar pahala ibadahnya daripada di Madinah.Juga kalau nak fikir ujian yang di lalui oleh oleh Nabi saw dan para sahabat lebih hebat di Mekah maka lagi banyak pahala di perolehi.

Sebenarnya tujuan Hijrah tersebut adalah untuk supaya islam itu menjadi satu kuasa yang memerintah agar kesyumulan islam itu dapat diterjemahkan dalam masyarakat.Sekiranya islam itu tidak memerintah,bagaimana syiar islam dapat dilaksanakan?

Pentingnya kuasa dalam islam itu boleh kita lihat ketika sebelum peristiwa hijrah, ada 360 patung berhala di sekeliling Kaabah.Oleh kerana bukan islam yang memerintah ketika itu maka Nabi saw tidak boleh meruntuhkan patung berhala tersebut sesuka hati.Hanya benci dalam hati sahajalah yang mampu.Walaupun ketika itu iman telah kuat ditanam dan dipasak dalam hati dan jiwa para sahabat.

Sebaliknya selepas kerajaan islam tertegak di kota Madinah dan Nabi saw menjadi ” presidennya” dan dalam peristiwa pembukaan kota Mekah yang telah di rakamkan oleh Allah dalam surah Al Fath, baru Nabi saw berjaya meruntuhkan kesemua patung berhala tersebut sebebersih-bersihnya.

Mungkin ada yang terkeliru antara orang islam yang memerintah dengan islam itu memerintah adalah dua perkara yang berbeza.Apabila orang islam memerintah belum tentu syariat islam itu dilaksanakannya.Seperti ungkapan yang biasa kita dengar ” ORANG ISLAM BELUM TENTU BERIMAN TAPI ORANG BERIMAN PASTI DIA ISLAM

Umar dan Uthman r.a kedua-duanya diriwayatkan berkata dengan lafaz yang hampir sama :-

إن الله ليزع بالسلطان ما لا يزع بالقرآن

Ertinya : Sesungguhnya Allah swt akan melarang melalui kuasa sesuatu yang tidak dapat dilarang dan ditegah melalui Al-Quran (peringatan dan nasihat) ( Tarikh baghdad, 4/107 untuk hadis Umar, dan At-Tamhid, Ibn Ab Barr, 1/118 untuk hadis Uthman)

Inilah yang diterangkan oleh Imam Ibn Kathir ketika membawakan athar ini di dalam tafsir beliau dengan katanya :-
 أي ليمنع بالسلطان عن ارتكاب الفواحش والآثام، ما لا يمتنع [عنه] كثير من الناس بالقرآن، وما فيه من الوعيد الأكيد والتهديد الشديد وهذا هو الواقع
Ertinya : Maskudnya (athar diatas) si pelaku kemungkaran akan ditegah dengan kuasa daripada terus melakukan kemaksiatan fawahish dan dosa, iaitu apabila mereka gagal ditegah kebanyakan manusia setelah diberi nasihat, ancaman azab, dan inilah hakikat yang berlaku. ( Tafsir Ibn Kathir, 5/111)
Itulah hakikatnya kata Ibn Kathir dan ia juga diperkukuhkan oleh Ibn Taymiah apabila menjelaskan keperluan kepada hukum hudud dan takzir ke atas kesalahan yang pasti akan terus wujud seperti zina, rogol, rompak, curi, bunuh dan lain-lain walaupun nasihat dan peringatan telah diberi di sana sini. Tatkala itu, kuasa dan hukuman undang-undang adalah kaedahnya.



Kita ambik contoh, banyak negara islam di dunia ini kecuali Arab Saudi yang di perintah oleh orang islam tapi undang-undang islam tidak terlaksana sepenuhnya seperti zaman Nabi saw dan khulafa ar Rasyidin.

Saya sangat tidak setuju bila ada sesetengah golongan atau kumpulan agama yang tak perlu saya sebutkan namanya mungkin anda sudah tahu siapa yang saya maksudkan , berfahaman kerja agama ini berdasarkan konsep IMAN DAN AMAL.Saya tidak pertikaikan kerja dakwah mereka secara keseluruhan cuma dalam isu ini pandangan mereka sangat janggal untuk diterima.

Bila kita  ajak berbincang bab politik dan ajak mereka mengundi dalam pilihan raya ,mereka mengatakan demokrasi adalah ciptaan yahudi ( tak ikut sunah Nabi saw ).

Baiklah , saya nak tanya tuan-tuan..adakah penggunaan wang kertas yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita ini mengikut sunnah Nabi saw??

Jawapannya TIDAK!!!.mata wang di zaman Nabi saw dan Khulafa ar Rasyidin sehingga tahun 1924 adalah menggunakan wang emas dan perak.Tapi selepas runtuhnya Daulah Uthmaniyah di Turki maka matawang kertas pun diperkenalkan oleh penjajah kafir barat ( baca Yahudi dan Kristian ).

Mengapa mereka menukar sistem matawang tersebut?
Antara sebabnya ialah supaya mereka dapat merompak emas dan perak daripada negara islam yang mereka jajah itu untuk dibawa pulang ke negara mereka.

Untuk menggantikan emas dan perak yang telah mereka rompak itu lalu di perkenalkanlah wang kertas tersebut bagi menutup kejahatan dan kecurangan mereka.Lalu di ciptalah berbagai alasan yang konkrit dan munasabah akan rasional penggunaan wang kertas tersebut.

Ungkapan ’mudah di bawa’ ,’tidak membebankan’ dan 1001 alasan lain di rekacipta agar umat islam terus di tipu dengan anggapan ”ini adalah yang terbaik”.

Para ulama timur dan barat telah mengeluarkan satu ketetapan bahawa penggunaan wang kertas ketika ini adalah bersifat DARURAT yakni Harus.Untuk menukar semula kepada sunnah Nabi saw ( emas dan perak ) maka perlu kepada kuasa kerajaan.Untuk menjadi kerajaan perlu masuk pilihanraya.Nak masuk pilihanraya perlu ada parti.nak tubuh parti perlu ada orang untuk jadi ahli parti.

Analogi yang sama boleh kita buat adalah seperti solat itu merupakan satu kewajipan.Nak solat perlu berwuduk dengan air.Maknanya mencari,menyediakan,bayar bil air itu wajib sebab kalau tak ada air macamana nak berwuduk.Sedangkan tak sah solat kalau tak ada wuduk.

Begitulah juga melaksana hukum islam ( hudud,qisas dan takzir ) itu wajib.Hendak melaksanakanya perlu ada kerajaan islam.Nak dapatkan Kerajaan buat masa sekarang mesti melalui pilhanraya.Nak masuk pilihanraya mesti tubuh parti politik.

Kaedah Fiqh menegaskan


لا ينكر تغير الأحكام بتغير الزمان


Ertinya : Tidak dinafikan, kebolehan berubahnya hukum apabila berubahnya zaman (disebabkan uruf, adat dan kajian) (Majallah al-Ahkam Al-Adliyah, No 39 : Syarah Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Az-Zarqa, hlm 227)


Maka hukum untuk menyediakan  kesemua prasarana itu adalah wajib sebagaimana wajibnya menyediakan air untuk berwuduk bagi melaksanakan perkara wajib iaitu solat.

Kita sebagai orang islam yang beriman adalah menjadi kewajipan menyertai parti politik yang ingin melaksanakan kesemua tuntutan yang telah saya sebutkan di atas.Sekiranya kita mengambil sikap berkecuali maka hukumnya adalah berdosa.Dan dosa itu pula bukan sekali bahkan kita akan berdosa seumur hidup kita selagi kita tidak menyertai atau menyokong parti tersebut.

Adakah tuan-tuan sanggup memikul dosa yang akan tuan-tuan terima sebaik sahaja bangun daripada tidur? Baru bangun tidur belum buat apa-apa dah dapat dosa..macamna tu?

Kita biasa dengan istilah WAKAF.Tuan-tuan pasti tahu Terusan Wan Mat Saman di negeri Kedah.Tahukah tuan-tuan bahawa beliau telah pun lama meninggal dunia tapi pahala yang beliau dapat hasil daripada terusan yang beliau bina yang masih di gunakan hingga hari ini hatta sehingga hari kiamat tak pernah putus selagi ia memberi manfaat bukan sahaja kepada manusia bahkan kepada binatang.

Begitulah jika sekiranya kita menyertai parti politik yang ingin menegakkan syariat islam yang akan melaksanakan hukum hudud,mengembalikan matawang emas dan perak , memerintah dengan adil dan seumpamanya jika kita adalah salah seorang penyebab kepada tertubuhnya sebuah negara islam yang akan memerintah sebagaimana kerajaan islam terdahulu dengan mengundi dalam pilihanraya nanti maka pahala yang akan kita perolehi tidak terkira banyaknya sebab segala dasar penambahbaikan negara dalam menyelamatkan Umat manusia sudah tentu di beri pahala oleh Allah.

Kita sebagai salah seorang yang menjadi penyebab kepada tertubuhnya negara islam tersebut tentu akan mendapat saham pahala tersebut selama mana kerajaan itu tertegak diatas muka bumi ini.

Bersempena peristiwa Hijratul Rasul 1433 hijrah ini marilah kepada mereka yang masih bersikap berkecuali dalam masalah ini berhijrah kepada sikap memihak dan yang telah pun membuat pilihan yang betul agar sentiasa beristiqamah dalam perjuangan yang suci ini.

Dalam hal ini kita hanya ada 2 pilihan sahaja sama benar atau salah @ dosa atau pahala @ syuga atau neraka.Tidak ada istilah berkecuali atau atas pagar.Wallahua’alam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...