Wednesday 29 February 2012

Kelahiran Jemaah Islam

 



Pada ambang kejatuhan khilafah Othmaniyyah dan penjajah Barat menguasai tanahair umat Islam. Pada waktu itu, lahirnya mujadid-mujadid setempat untuk mengembalikan kekuatan dan kemuliaan Islam seperti Sheikh Jamaluddin Al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh dan sebagainya.
Tetapi selepas perang dunia ke dua, umat Islam kehilangan salasilah khilafah yang dibina oleh datuk nenek mereka dengan air mata dan darah. Tanahair umat Islam difaraidkan. Undang-undang dan ideologi-ideologi sesat dipusakai kepada umat Islam oleh penjajah Solibiyyin.

Di awal abad ini, Allah melahirkan Mujadid di setiap tanahair umat Islam. Mujadid-Mujadid Islam menubuhkan Jamaah Islam di setiap tanahair masing-masing. Al-Imam Hasan Al-Banna menubuhkan Ikhwan Muslimin di Mesir, Abu ‘ala Al-Maududi menubuhkan Jamaah Islami di Pakistan, ditubuhkan PAS di Malaysia dan lain-lain.

Tetapi di pertengahan kedua abad ini, umat Islam dibentangkan dengan fenomena percambahan Jamaah Islam . Percambahan jamaah-jamaah ini mencorakkan fenomena perpecahan dan kebingungan umat Islam. 


Kelahiran taadud jamaah berasaskan beberapa punca:-

i. Ada jamaah yang ditubuhkan dengan sebab kesedaran untuk mengembalikan umat kepada kesyumulan Islam dan melaksanakan kefardhuan zaman.
ii. Ada jamaah atau pertubuhan yang diasaskan untuk memberi kekuatan kepada jamaah Islam yang telah ada dan sebagai platform untuk memperluaskan dakwah Islam dan amal Islami (iaitu) yang bertepatan dengan manhaj dan prinsip jamaah ‘Islam yang Induk’.
iii. Ada jamaah yang ditubuhkan di atas alasan tidak puas hati. Tidak puas hati terhadap beberapa aspek pada jamaah yang telah ada.(4) Di antaranya :-

a) Melihat dan mengira jamaah yang telah ada tidak menekankan pada beberapa aspek seperti tarbiyyah, ekonomi, tasawuf dan sebagainya. Dan beranggapan jamaah yang telah ada hanya menekankan satu juzu’ sahaja daripada Islam.
b)Menuduh jamaah yang telah ada tidak syarie’ pada pengamalannya.

iv. Ada jamaah yang diilhamkan oleh musuh-musuh Islam atau diperalatkan oleh pertubuhan bukan Islam untuk menyanggah dan berhadapan dengan Jamaah Islam yang telah ada. Firman Allah ;

والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وارصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحلفن ان اردنا الا الحسنى والله يشهد انهم لكاذبون لا تقم فيه ابدا
 
Maksudnya :Dan orang-orang yang membina masjid dengan tujan membahayakan (keselamatan orang Islam) , dan menguatkan keingkaran mereka sendiri, serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman dan juga untuk dijadikan tempatan intipan bagi orang yang menentang Allah dan Rasulnya sebelum itu, (dan) mereka bersumpah dengan berkata “tidakkah yang kami kehendaki dengan membina masjid ini melainkan untuk kebaikan semata-mata!”. Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka berdusta!”
(surah at-Taubah : 107 – 108)

Berkata Ali bin Abi Talib daripada Ibnu Abbas di dalam menafsirkan ayat ini .Mereka dari kalangan Ansar yang telah membina masjid . Pendeta Abi Amir berkata kepada mereka, “Dirilah masjid dan bersedialah dengan apa yang kamu mampu dengan senjata dan kekuatan, saya akan pergi ke mahligai kaisar Rom, saya akan datang bersama tentera Rom dan mengeluarkan Muhammad dan sahabat-sahabatnya.” Tatkala mereka selesai mendirikan masjid, mereka pun datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata, “Kami telah selesai membina masjid kami. Kami sangat menyukai agar engkau bersembahyang dan berdoa keberkatan untuk kami.” Maka Allah pun menurunkan ayat: (5)

لا تقم فيه ابدا

Al-Ustaz Said Hawwa menyatakan bahawa daripada kisah masjid Dirar ini, kita memahami bahawa tidak sepatutnya kita taradud (ragu) untuk mencabut (memerangi) segala yang mengancam keamanan dan kesatuan Muslimin. WAJIB ke atas kita, bersegera untuk menghancurkan segala perancangan ahli kufur dan nifaq.(6)


Sebahagian petikan daripada kertas kerja FENOMENA TAADUD JAMAAH : SATU PENILAIAN
Ustaz Mohd Nor bin Hamzah, (1990an)

ULASAN SAYA:

Berdasarkan kajian di atas,boleh di ambil kesimpulan bahawa selepas jatuhnya Nadi kekuatan umat islam (DAULAH ISLAM) hasil serangan yang penuh dengan tipudaya yahudi dan kristian maka penubuhan JEMAAH ISLAM ATAS NAMA APA SEKALIPUN MESTILAH (WAJIB) BERORENTASI (BERMATLAMAT) UNTUK MENDIRIKAN SEMULA SISTEM KEKILAFAHAN YANG TELAH RUNTUH ITU.

Jemaah islam yang ditubuhkan walaupun nampak zahirnya mengamalkan islam tetapi tidak ada matlamat untuk mendirikan NEGARA ISLAM malah melarang ahlinya daripada melibatkan diri dengan politik pemerintahan atau bercakap politik siyasah dalam program-program mereka atau tidak menyebut langsung bab siyasah (politik) sebagai dasar jemaah mereka maka ia bukan jemaah islam yang menepati sunnah Rasul saw.

Kemungkinan jemaah demikian adalah alat propaganda musuh islam bagi memecahkan kesatuan umat islam tidak boleh dinafikan.Adalah sesuatu yang tidak munasabah bila seseorang ingin mencapai sesuatu maksud tapi dia tidak bersedia melengkapkan diri kearah maksud tersebut.

CONTOH:Seseorang yang berkeinginan untuk memandu kereta maka persediaan yang perlu dia buat untuk mencapai matlamat tersebut ialah:

1. mengumpul wang supaya dapat membeli sebuah kereka idamannya
2. belajar memandu dan mengambil lesen memandu
3. membuat kerja sambilan supaya matlamatnya akan segera tercapai.dll

Begitulah juga jemaah yang walaupun ia mendakwa juga hendak menegakkan khilafah islam tapi dasar dan amalan praktikalnya langsung tidak menjurus kearah itu maka dakwaan tersebut hanyalah DUSTA SEMATA.

SEBALIKNYA PAS SEJAK AWAL PENUBUHANNYA SEHINGGA SEKARANG TETAP ISTIQAMAH MATLAMATNYA UNTUK MENDIRIKAN NEGARA ISLAM DENGAN MENYEDIAKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG MEMIKUL TUGAS SEBAGAI PEMERINTAH.

Pejuang yang di janjikan oleh Rasul saw?

Munculnya Pejuang Dari Aden-Abyan di Yaman Adalah Janji Rasulullah! 

 
Wilayah Aden-Abyan di Yaman

Rasulullah s.a.w telah mengkhabarkan berita gembira buat pejuang Islam bahawa akan muncul di Yaman satu pasukan tentera terbaik yang bakal membawa kemenangan Islam di akhir zaman.

Dari Abdullah bin Abbas t, Rasulullah r bersabda:

يَخْرُجُ مِنْ عَدَنِ أَبْيَنَ اثْنَا عَشَرَ أَلْفًا يَنْصُرُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ هُمْ خَيْرُ مَنْ بَيْنِي وَبَيْنَهُمْ
“Akan muncul dari Aden Abyan, 12.000 orang yang menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka adalah sebaik-baik orang di antaraku dan mereka.” (HR. Ahmad: 2918, 2079 dan Ath-Thabrani dalam Al-Kabir: 11029 (11/56).

Tentang Aden Abyan

Al-Allamah Al-Hazimi berkata:

أما اْلأَوَّلُ: (عَدَنٍ) – بِفَتْحِ العين والدال، وآخره نون – : عدن أبين من مدن الْيَمَن المشهورة، يُنْسَبُ إليها جَمَاعَة من الأئمة ورواة الحديث.
“Adapun yang pertama (yaitu Adan) –dengan fathah ain dan dal dan akhirnya nun-: Aden Abyan dari kota-kota Yaman yang terkenal. Dinisbatkan padanya (kota Aden) beberapa imam dan perawi hadits.” (Al-Amakin au Mattafaqa Lafzhuhu: 87). Sehinggapenisbatan kepada kota Aden disebut dengan Al-Adeni.

Al-Allamah Ibnu Sayyidih berkata:

والعدن موضع باليمن ويقال له أيضا عدن أبين نسب إلى أبين رجل من حمير لأنه عدن به أي قام

“Aden adalah sebuah tempat di Yaman. Disebut pula Aden Abyan. Seseorang dari Himyar dinisbatkan kepada Abyan karena ia telah “adan” (yaitu: bermukim) pada tempat itu (yaitu Abyan).” (Al-Muhith wal Muhkam Al-A’zham: 2/18).

Dan kota Aden adalah termasuk kota pelabuhan. Al-Allamah Ibnul Atsir Al-Jazari berkata:

فيه [ من كذا وكذا إلى عدنِ أبْيَنَ ] أبيَنُ – بوزن أحمر – : قرية على جانب البحر ناحية اليمن . وقيل هو اسم مدينة عدن

“Di dalam hadits ada lafazh (dari demikian menuju Aden Abyan). Abyan –dengan wazan ‘ahmar’- adalah desa di tepi laut dari arah Yaman. Dan dikatakan bahwa Aden Abyan adalah nama kota Aden.” (An-Nihayah fii Gharibil Hadits: 1/22).

Sejarah Mujahidin di Yaman
Yaman adalah ‘kampung’ bagi para mujahidin yang menentang Soviet Union (USSR) ketika mereka menyerang Afghanistan dahulu. Kebanyakkan mujahidin kembali ke Yaman selepas tamatnya konflik terbabit. Di akhir peperangan Afghanistan menentang USSR, kem latihan (mujahidin) tumbuh bagaikan cendawan di Yaman sekitar tahun 1990-an. Salah satunya di Huttat, selatan Yaman merupakan markaz bagi tentera Aden-Abyan. Sebagai ‘mangsa’ buruan Amerika, Aden-Abyan dikatakan menjadi sayap gerakan Al-Qaeda selepas tragedi 11 Sept 2001.

Yaman memberikan laluan kepada Amerika malah menyertainya dalam misi menyerang umat Islam. Sepertimana Pervez Musharraf, Presiden Ali Abdullah Saleh akur dengan kehendak Amerika serta mengharapkan balasan berbentuk bantuan (kewangan) dari Amerika melalui perjanjian dengan Bush apabila berjaya menangkap bekas mujahidin tersebut. Kerajaan di Sana’a memerlukan bantuan mujahidin dalam perang saudara pada tahun 1994 menentang selatan yang cuba melarikan diri (kebanyakannya adalah bekas pengikut ideologi Marxis). Semuanya berubah apabila USS Cole di Aden diserang pada Oktober 2000 di mana 17 pelaut Amerika terbunuh. Dan peristiwa 9/11 hanyalah sebagai penguat tuntutan Amerika di Yaman. Disuntik dana 70 miliar dollar oleh AS, pemerintahan Yaman di bawah Ali Abdullah Saleh mulai melancarkan perang melawan Islam dan kaum Muslimin di Yaman, dengan dalilh perang melawan terorisme.

Kerjasama US dan Arab Saudi Menyerang Mujahidin di Yaman
Kerajaan Arab Saudi dan Yaman cuba mengaitkan hubungan Al-Houthi dengan Iran kerana masing-masing beraliran Syi’ah walaupun berbeza mazhab (Syi’ah di Yaman bermazhab Zaydi manakala Iran bermazhab Imam dua belas). Arab Saudi telah lama berhadapan dengan masalah di sempadan Yaman dan undang-undang persempadanannya. Ketika ini, Arab Saudi terpaksa meletakkan zon bebas sejauh 10 km dalam sempadan Yaman.

Atas arahan Presiden Barack Obama, tentera kuffar Amerika telah melancarkan peluru berpandu pada 20 Disember 2009 ke atas dua kawasan yang disyaki sebagai kem Al-Qaeda di Yaman. Sekarang Amerika benar-benar telah menceroboh Yaman dengan menggunakan pendekatan ‘umpan dan hukum’ terhadap kerajaan Yaman. Pasukan khas dilatih oleh Amerika dalam melakukan serangan melalui maklumat perisikan Amerika sejak Ali Abdullah Saleh menyertai kempen Amerika memerangi keganasan. Serangan-serangan tersebut merupakan peningkatan serangan utama pemerintahan Obama di wilayah tersebut.

Rakyat Bangkit Menentang Diktator Yaman


Pergolakan Yaman Sekarang

Revolusi Islam di Yaman yang terjadi sejak beberapa bulan lalu tidak terlepas dari pengaruh gelombang tsunami revolusi Islam yang melanda Timur Tengah dan sekitarnya. Pasca Revolusi di Tunisia yang mendorong revolusi lainnya termasuk di Yaman, ribuan penduduk telah berdemonstrasi di ibukota Yaman, San’a, menuntut turunnya pemerintah diktaktor kejam, Ali Abdullah Saleh yang telah berkuasa selama 30 tahun lebih.

Bersamaan dengan revolusi rakyat yang menuntut pemerintah diktaktor Yaman berundur, mujahidin Al Qaeda Jazirah Arab (AQAP) yang berpusat di Yaman, khususnya di Yaman Selatan, yakni di wilayah Abyan, telah berjuang untuk menegakkan syariat Islam dan mendirikan Imarah Islam (Negara Islam) di negara tersebut.

AQAP berkali-kali terlibat pertempuran dengan pasukan tentera pemerintahan Yaman yang dibantu Amerika. Yaman, sebuah negara yang dalam sejarahnya memiliki sumbangan besar dalam perjalanan dan perkembangan Islam, sayangnya selepas serangan 11 September 2011 telah berkerjasama dengan musuh Islam pimpinan Amerika dan sekutunya.

Sejak tahun 2005, Yaman telah mengusir 16.000 orang yang dicurigai sebagai anggota Al Qaeda. Amerika pun semakin giat menyumbang dana untuk membunuhi para mujahidin AQAP dan menentang gerakan penegakan syariat Islam di Yaman. Maka bantuan sebanyak 150 juta USD pun telah diberikan agar pasukan tentera Yaman dapat segera melenyapkan mujahidin AQAP. Sebaliknya bukannya surut, jihad di Yaman semakin berkobar dan meluas yang keseluruhannya digelorakan oleh para mujahidin AQAP!

Sementara itu, ribuan anggota suku Yaman telah mengancam akan membanjiri ibukota Yaman, Sana’a untuk bergabung dalam pertempuran melawan pasukan yang setia kepada rejim presiden Saleh.

Mereka memperingatkan pemerintah bahwa jika pemerintah lebih berjuang habis-habisan untuk mempertahankan kekuasaan, mereka akan bergabung dengan suku yang lain yang telah berjuang dengan kekuatan melawan pasukan rejim Saleh dalam dua minggu terakhir.

Wallahu'alam

Rujukan; http://www.kavkazcenter.com/eng/content/2011/10/29/15309.shtml




Tuesday 28 February 2012

KEUTAMAAN KUALITI KE ATAS KUANTITI



1-Antara keutamaan gerak kerja menurut perspektif syariah ialah mendahulukan kualiti daripada kuantiti.Lipatan sirah nabi sendiri menumpukan kemantapan iman,kesabaran dan kecekalan berbanding bilangan tentera yang ramai.Kisah tentera Talut mengalahkan Jalut,perang Badar dan penaklukan daerah Mesir oleh Amr ibn Alash pada zaman Umar Al-Khattab.Ironinya,pada perang Hunain,gerabak Islam nyaris-nyaris tertunduk tewas lantaran yakinnya dengan bilangan tentera yang ramai.

2-Kualiti yang dipentingkan oleh Islam juga terlakar melalui kisah Abdullah bin Mas'ud yang ditertawakan kerana betisnya yang kecil sewaktu memanjat pokok untuk satu keperluan.Apa yang hendak dipamerkan di sini,kesihatan dan kekuatan jasad yang dimiliki bercampur baur dengan sikap angkuh dan bongkak kurang diutamakan daripada tubuh badan yang tidak sasa tetapi mempunyai kemurniaan hati.


3-Hatta dalam amalan pun mementingkan karakteristik ikhlas dan benar.Ikhlas sahaja tidak memadai untuk diterima Allah dan begitulah sebaliknya.Ikhlas adalah mengharap penuh akan keredhaanNya manakala benar pula ialah amalan tersebut diimplimentasikan mengikut lunas-lunas Sunnah Baginda.Sehinggakan dalam memilih syurga pun Nabi menyarankan untuk memilih syurga yang paling maksimum kualitinya yakni syurga Firdaus.


4-Para sahabat era nubuwwah dan tabi'in seterusnya turut mencerminkan signifikannya kualiti berbanding kuantiti.Nabi sendiri berjaya membina mahkota ketamadunan Islam dan memakmurkannya dalam jangka masa 23 tahun.Saidina Abu Bakar berjaya membasmi gejala Riddah selama dua tahun setengah,Saidina Umar membuahkan sistem syura,sistem pentadbiran Islam dan kebebasan rakyat mengkritik kuasawan.Semuanya dalam tempoh 10 tahun.Saidina Umar ibn Abd Aziz menerajui kepimpinan Islam selama 30 bulan,Imam Syafie dan Imam Nawawi hidup 45 tahun,Imam Ghazali hidup 55 tahun.Namun,sumbangan mereka tidak ternilai hingga ke hari ini.


ILMU ATAS AMAL


Ilmu adalah pemimpin dan amal adalah pengikut.Ilmu mesti berdiri di hadapan amal dan dialah yang menjadi petunjuk dan pembimbing segala amal.Wahyu pertama sendiri menyeru kepada tuntutan ilmu kemudian barulah wahyu kedua menyusul dengan manifestasi amal.Sebab itu,jumhur ulama memulakan tinta mereka dengan ilmu kemudian barulah amal kerana ilmu dan kefahamanlah yang membezakan antara hak dan batil,sunnah dan bidaah,sah dan batal,halal dan haram serta yang mulia dan yang hina.


ILMU PRASYARAT SEMUA QIYADI DAN MUFTI


Ilmu menjadi bekalan utama individu untuk menerajui kepimpinan dalam skop kehakiman,politik,ketenteraan dan mufti.Nabi Yusuf menawarkan permohonan memegang pos gabenor Mesir adalah kerana sifat amanah dan kemahiran serta pengalaman yang dimiliki.Anak perempuan Nabi Syuaib pun menyarankan ayahnya supaya melantik Nabi Musa menjadi pekerja akan kerana cirinya yang kuat dan dipercayai.


Dalam lapangan melontarkan fatwa pula mestilah orang yang pakar dalam setiap selok belok hukum dan syariah Islam dan juga komited dengan ubudiyah kepadaNya.Ironiya,fitnah bakal berleluasa dan sesiapa sahaja bebas memberikan fatwa dan pendapat tentang agama walaupun baru mengenal ilmu tersebut dalam jangka masa yang sangat pendek umpamanya hal-hal agama ini ibarat padang rumput yang sesiapa sahaja boleh masuk dan memijak rumput tersebut.Saidina Ali amat gemar akan individu yang apabila ditanya akan perkara yang tidak diketahuinya individu itu mengatakan "Allahu a'lam".


SIGNIFIKANNYA ILMU BAGI DA'IE DAN MURABBI


Seseorang pendakwah dan pendidik harus terlebih dahulu menjadi seorang yang rabbani yakni orang yang

-mengerti
-berilmu
-beramal
-dan mengajarkannya kepada orang lain.(Al-Imran 79)
Abdullah ibn Abbas berpendapat rabbani bermaksud ulama yang bijak dan berhikmah.Pendapat lain mendefinisikan tadarruj dalam pengajaran iaitu orang yang sentiasa mengajar ilmu-ilmu yang kecil sebelum ilmu-ilmu yang besar.Imam ibn Hajar Al-Asqallani menyebut,kita diperintahkan menjinakkan hati mualaf dengan mendedahkan kemudahan dalam usaha menyemai baja mawaddah dan mahabbah mereka terhadap Islam.


Rujukan :
1-Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Fiqh Al-Awlawiyyat, Thinker's Library, Petaling Jaya Selangor, 2009.
2- Al-Quran
Advertisement

Saturday 25 February 2012

Sufi Mujahid

Dakwah dan Jihad Ahli Tasawuf





Sejarah membuktikan Ahli Tasawuf memainkan peranan penting di dalam usaha menegak dan mempertahankan agama Allah. Mereka bukanlah hanya menghabiskan masa dengan berzikir, tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak mengendahkan suasana di sekelilingnya. Sebaliknya mereka turut mengambil bahagian yang serius di dalam dakwah dan jihad, malah memberikan sumbangan yang besar dalam perjuangan umat Islam atau dalam jihad menentang kuffar di medan peperangan, mahupun menentang kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan golongan berkuasa.Pembelaan para pemimpin kerohanian terhadap Islam sangat jelas di dalam lembaran sejarah. Di antaranya ialah Syeikh Hatim dan gurunya Syeikh Syaqiq. Mereka berdua telah mengambil bahagian dalam jihad di zaman mereka, dan guru beliau telah syahid di medan peperangan.
Ibrahim bin Adham, seorang wali Allah, di dalam manaqibnya ada dijelaskan bahawa beliau sentiasa mengambil bahagian dalam peperangan yang berlaku di zamannya, baik peperangan itu berlaku di darat mahupun di laut. Demikian juga Syeikh Abu Yazid Al-Bistami, beliau bukan sahaja seorang guru mursyid dan pemimpin kerohanian, bahkan merupakan seorang pejuang yang berani memasuki apa jua medan peperangan sehingga beliau sendiri pernah berkata : “Aku telah ditetapkan Allah untuk bersama-sama dengan para mujahidin (di medan peperangan). Aku menetakkan pedang di muka musuh-musuh Allah itu bersama mereka di dalam masa yang lama.”
Dalam hal ini, Dr. Abd Halim Mahmud di dalam sebuah bukunya menegaskan bahawa Syeikh Abu Yazid ketika berada di barisan hadapan, bukan hanya semalaman bersandar di tembok-tembok kubu Islam, tetapi beliau juga terus berzikrullah tanpa putus-putus, sehingga beliau benar-benar menjadi orang Mukmin yang menepati kehendak sabda Rasulullah SAW :
“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka (di akhirat) ialah mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang celik sepanjang malam kerana menjaga (musuh) di dalam perang fi sabilillah.”
Uwais Al-Qarni adalah seorang wali Allah dan semulia-mulia tabi’in. Sejarah mencatatkan bahawa beliau telah turut sama mempertahankan Saidina Ali di dalam peperangan Siffin kerana berpendapat golongan yang menentang Saidina Ali adalah salah, dan wajib memerangi mereka sehingga mereka bertaubat dan kembali kepada jalan sebenar. Kemudian ketika tentera Islam berperang dengan tentera Rom, beliau telah sama-sama mencabut pedang dan terjun ke medan perang. Beliau telah syahid akibat mengalami kecederaan di dalam peperangan tersebut.
Dalam peperangan Salib, para ulama tasawuf telah memainkan peranan yang cukup penting sebagaimana yang dinukilkan di dalam Haqaiq ‘an al-Tasawuf :
“Dan di Mesir, di waktu tentera Salib sampai di Dimyat, golongan sufiyyah seperti Syeikh Abu Hasan Asy-Syazili, ‘Izuddin bin Abd Salam dan Abu Fath bin Daqiq al-’Iyd dan ulama-ulama lain telah memberikan khidmat yang sebaik-baiknya untuk menentang tentera Salib.”
Begitu juga dengan Imam Sanusi yang hidup di sekitar tahun 1200 Hijrah. Beliau mengetuai umat Islam menentang penjajahan Itali selama berpuluh-puluh tahun. Syeikh Abd Qadir al-Jazairi juga adalah seorang panglima dan pemimpin agung gerakan menentang penjajahan Peranchis di Algeria. Kita juga mungkin telah membaca sejarah dan menonton tayangan filem mengenai perjuangan Syeikh Umar Mokhtar yang gigih menentang penjajahan Itali di Libya di mana beliau akhirnya syahid di tali gantung.
Di benua India pula, kita menemui tokoh-tokoh perjalanan kerohanian seperti Syeikh Ahmad al-Sirhindi, Syah WaliyuLlah al-Dihlawi dan lain-lain yang sangat berjasa kepada Islam kerana jihad mereka dalam politik dan agama sehingga Syeikh Abu Hassan An-Nadwi menyebutkan pentingnya peranan mereka itu dengan katanya :
“Sesungguhnya saya sentiasa menyatakan bahawa jika tidak kerana wujudnya mereka itu dan jihad mereka, nescaya Islam telah (lenyap) ditelan oleh agama Hindu, tamadunnya dan falsafahnya.”
Di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, kita akan temui tokoh-tokoh tasawuf yang memainkan peranan penting di dalam politik dan pentadbiran negara. Pada zaman keagungan empayar Islam Acheh pada abad ke-16 dan 17, kita dapat melihat bagaimana peranan yang dimainkan oleh Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abd Rauf Singkel dan lain-lain lagi.
Sejarah kedatangan Islam di Terengganu, malah di Semenanjung Tanah Melayu juga berkait rapat dengan usaha dakwah golongan Tasawuf. Ia bermula di Kuala Berang yang menjadi pusat tamadun dan kerohanian Islam pertama.
Kira-kira 700 tahun dahulu, penduduk Kuala Berang dipercayai menganut agama Buddha, kemudian Hindu dan akhirnya menerima Islam. Dakwah Islam ini telah dibawa oleh seorang ulama yang sangat berjasa kepada Nusantara ini bernama Syarif Muhammad al-Baghdadi. Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya.
Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Mekah. Selepas Mekah, Syarif Muhammad menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan kemudiannya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu. Beliau berdakwah menyampaikan Islam kepada masyarakat dan berjihad menjatuhkan kerajaan Seri Wijaya Majapahit.
Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu, beliau telah mendirikan sebuah kerajaan Islam dan seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan “Kota Tamir” yang terletak di kawasan seluas 300 ekar. Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam dan menjadi pengikut yang kuat. Pemerintahan dan perjuangan Baginda Syarif Muhammad diteruskan pula oleh keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad (Tok Paloh), kemudian diamanahkan kepada cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya kepada cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis. Kesemuanya adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah.
Tok Pulau Manis kemudiannya menubuhkan pula ‘Kota Pulau Manis’ dan mendirikan institusi pendidikan agama yang tertua dan terbesar di Tanah Melayu ketika itu. Beliau telah mengambil jalan wara’ dengan menyerahkan pemerintahan kerajaannya kepada menantunya iaitu Tun Jenal yang berkahwin dengan anaknya Siti Zubaidah. Tun Jenal ditabalkan sebagai raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin 1.
Seorang lagi ulama tasawuf Terengganu ialah Tokku Paloh, seorang guru mursyid Tariqat Naqsyabandiah yang banyak berjasa terhadap kerajaan Terengganu dan rakyat jelata di dalam usaha menentang kerajaan British.
Salah satu peristiwa yang masyhur ialah ketika pihak Inggeris mahu berunding dengan Raja Melayu mengenai satu tempat bernama Bukit Besar yang ingin mereka miliki. Raja atau Sultan Terengganu pada ketika itu ialah Sultan Zainal Abidin III dan regu baginda ialah Tokku Paloh. Bila Inggeris bertemu baginda dan menyatakan hasrat mereka, lantas Sultan bertitah, “Negeri ini ada tuannya, hendaklah berunding dengannya terlebih dahulu.” Maksud baginda ialah Tokku Paloh.
Pihak Inggeris pun bertemu dengan Tokku Paloh dan berunding mengenai hal itu. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka, punggahlah tanahnya ke dalam kapal. Pihak Inggeris amat marah lalu bangun untuk meninggalkan majlis tersebut. Tapi dengan izin Allah dan karamah Tokku Paloh, kerusi yang diduduki pihak Inggeris melekat pada punggung mereka. Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar sahaja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi kamipun kamu mahu ambil juga”. Pergilah pihak Inggeris dengan penuh rasa malu.
Kemudian, mereka mahu berunding buat kali kedua tapi ia mestilah diadakan di atas kapal mereka yang besar itu. Bila diajukan jemputan kepada Tokku Paloh, beliau mengatakan kapal besar tak mampu bertahan kalau ia naik. Pihak Inggeris ketawa mendengar kata-kata Tokku Paloh itu. Namun dengan izin Allah dan karamahnya, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal yangbesar itu turut senget mengikut perbuatan Tokku Paloh. Hal itu menimbulkan perasaan cemas di pihak Inggeris sehingga rundingan dibatalkan serta merta.
Begitu juga dengan murid Tokku Paloh, Haji Abd. Rahman Limbong yang telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan tahun 1921-1928 Masihi di Terengganu dalam mempertahankan Islam dari anasir penjajahan.
Selain itu, sejarah juga mencatatkan peranan besar yang dimainkan oleh Wali Songo (Wali Sembilan) di Pulau Jawa. Dengan usaha gigih yang dilakukan, dengan sokongan rakyat jelata, mereka berjaya menubuhkan pemerintahan Islam, menewaskan kekuasaan Hindu, mendirikan masjid, pesantren (pondok), mewujudkan keamanan dan ketenteraman dalam kehidupan masyarakat.
Sejarah Islamnya Kerajaan Pattani juga melibatkan ahli Tasawuf dengan kaedah menarik. Menurut ceritanya, tiga orang ulama sufi yang merupakan sahabat karib telah menjalankan dakwah di Patani. Mereka ialah Syeikh Shafiyuddin, Syeikh Sa’id Barsisa dan Syeikh Gombak Abdul Mubin. Sebaik tiba di Patani, mereka bertiga telah membuat pondok kecil di satu tempat bernama Kerisik. Di situ, mereka mengumpul maklumat, membuat kajian mengenai suasana dan budaya setempat serta memikirkan strategi dakwah yang sesuai kerana di masa itu Patani diperintah oleh raja yang beragama Budha.
Syeikh Shafiyuddin amat kuat beribadah, berkhalwat dan berzikir memohon pertolongan Allah dalam dakwahnya. Manakala kedua sahabatnya keluar meninjau dan mendapatkan maklumat-maklumat baru. Suatu hari, tersebarlah berita bahawa Maharaja Antira iaitu pemerintah Patani mengalami penyakit yang berat. Maka sesiapa yang dapat merawatnya akan diberi upah yang besar. Sebelum ini telah ramai bomoh yang mengubati beliau, namun tidak juga sembuh-sembuh. Apabila pegawai raja sampai ke tempat Syeikh-Syeikh ini, salah seorang dari mereka menyapa dan memberitahu bahawa terdapat seorang dukun yang sangat sakti yang mampu menyembuhkan maharaja itu. Dukun yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah Syeikh Shafiyuddin sendiri.
Keesokan harinya, ketiga-tiga orang Syeikh itu dijemput ke istana untuk mengubati raja. Sebelum upacara pengubatan dilakukan, terjadi perjanjian dimana jika raja sembuh hasil pengubatan Syeikh Shafiyuddin, maka raja mestilah menukar agama dari Budha kepada Islam. Syarat itu dipersetujui raja. Kemudian, Syeikh mula membacakan doa-doa dan ayat-ayat al-Quran.
Dengan izin Allah, tiga hari selepas itu raja pun sembuh dari penyakitnya. Tapi raja engkar dengan janjinya untuk memeluk Islam. Dengan karamah Syeikh Shafiyuddin, penyakit raja berulang semula. Maka diubati lagi seperti janji yang pertama, dan sembuh kembali. Raja mungkir lagi, tiba-tiba penyakitnya datang kembali. Diubati lagi dan sembuh semula. Akhirnya raja Budha itu pun memeluk Islam dan diikuti oleh ramai rakyatnya. Sejak itu, ketiga-tiga Wali Allah tadi mendapat tempat kedudukan yang tinggi di Kerajaan Patani.
Selain itu terdapat tokoh-tokoh lain yang juga berperanan besar dalam menegakkan Islam di Nusantara seperti Syeikh Abd Samad al-Falimbani, Syeikh Daud al-Fatani, Ismail Minangkabau, Muhamad Salleh al-Zawawi, Arshad Banjari dan banyak lagi.
Di samping itu, yang sudah termasyhur ialah seperti Imam Al-Ghazali, Syeikh Abd Qadir Jailani, Imam Hassan Al-Banna dan lain-lain. Mengenai hal ini, Al-Maududi berkata :
“Sesungguhnya mereka (ahli tasawuf) mempunyai jasa yang besar dalam penyebaran Islam di daerah-daerah yang jauh terpencil yang belum ditakluki oleh tentera-tentera Islam atau yang belum dapat ditundukkan di bawah hukum Islam. Di tangan mereka itulah, Islam tersebar di Afrika, Indonesia, pulau-pulau di Lautan Hindi, China dan India.”
Abu Hasan Ali an-Nadwi pula menukilkan mengenai dakwah Syeikh Abd Qadir al-Jailani dengan katanya :
“Kira-kira 70,000 orang telah menghadiri majlis (ta’limnya). Lebih 5,000 orang Yahudi dan Nasrani telah memeluk Islam menerusi usahanya. Lebih 100,000 orang-orang jahat dan perompak atau pencuri bersenjata yang telah bertaubat menerusi usahanya. Beliau telah membuka pintu taubat dan bai’ah seluas-luasnya, maka orang ramai yang tidak diketahui bilangan mereka itu kecuali Allah sahaja, telah masuk ke dalamnya. Sehingga akhlak mereka menjadi baik dan demikian juga keIslaman mereka itu.”
Demikianlah beberapa contoh mengenai peranan golongan tasawuf, wali-wali Allah dan pengikut perjalanan kerohanian di dalam amal dakwah dan jihad. Jelaslah bahawa golongan tasawuf bukanlah mereka yang hanya berzikir dan beramal semata-mata, malah berada di barisan hadapan dalam memperjuang dan mempertahankan Islam. Bagi setengah golongan yang meninggalkan amal-amal seperti ini, bermakna mereka telah meninggalkan sunnah Nabi SAW dan perjalanan para sahabat (radiaLahu ‘anhum).
Wallahu ‘alam.
Petikan buku : Sufi Mujahid

Friday 24 February 2012

tafsir hadis:Ghuroba.....





Maksud Kata Asing (Ghorib) Pada Hadits “Bada’al Islam Ghoriban…”

Oleh: Ustadz al-Fadhil Zon Jonggol Hafizhahullah

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “sepeninggalku kelak, akan muncul suatu kaum yang pandai membaca Al Qur`an tidak melewati kerongkongan mereka. mereka keluar dari agama, seperti anak panah yang meluncur dari busurnya dan mereka tidak pernah lagi kembali ke dalam agama itu. Mereka itu adalah sejahat-jahat makhluk dan akhlak mereka juga sangat buruk.” (HR Muslim)

Rasulullah dalam hadits tersebut menyampaikan tentang kaum yang lain yakni kaum khawarij.
Namun pada zaman kini kareteria kaum khawarij ditengarai dapat kita temui pula pada kaum yang lain.
Mereka menolak mengikuti pendapat majoriti ulama yang sholeh. Mereka keluar dari keumuman pendapat ulama.

Mereka membantah berpegang dengan pemahaman secara harfiah pada
“Badaal islamu ghoriban wasaya’udu ghoriba kama bada’a fatuuba lil ghoroba”, Islam datang dalam keadaan asing dan akan akan kembali asing maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.. (Hr Ahmad)
Kalau asing ditengah-tengah orang kafir atau orang yang sesat, tentulah hal yang benar namun asing ditengah-tengah majoriti ulama yang sholeh maka itulah yang dimaksud keluar seperti anak panah yang meluncur dari busurnya

Mereka membantah berpegang dengan pemahaman secara harfiah pada perkataan Ibnu Mas’ud radhiallahu anhu (yang artinya): ”Al-Jama’ah adalah sesuatu yang menetapi al-haq walaupun engkau seorang diri”
Seorang diri ditengah-tengah orang kafir atau orang yang sesat, tentulah hal yang mudah dalam menetapkan al haq namun seorang diri ditengah-tengah ullama-ulama yang sholeh dan lebih berkompetensi menetapkan al haq maka itulah yang dimaksud keluar seperti anak panah yang meluncur dari busurnya atau keluar dari jamaah atau keluar dari As-Sawad Al-A’zhom (majoriti umat Islam).

Mereka membantah dengan berkata bahwa Allah Azza wa Jalla melarang kita mengikuti orang kebanyakan. Mereka memahami secara harfiah firman Allah Azza wa Jalla yang artinya:

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)” (QS Al An’aam [6]:116)

Mereka tidak dapat membezakan antara “menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi” dalam firman Allah ta’ala tersebut dengan “menuruti pendapat kebanyakan ulama yang sholeh (jumhur ulama)”.
Inilah apa yang dikatakan oleh Imam sayyidina Ali kw , “kalimatu haqin urida bihil batil(perkataan yang benar dengan tujuan yang salah).
Apa yang disampaikan oleh mereka adalah benar merupakan firman Allah ta’ala dalam (QS Al An’aam [6]:116) namun Allah ta’ala tidak bermaksud melarang hambaNya menuruti pendapat kebanyakan ulama (jumhur ulama).

Makna firman Allah ta’ala dalam (QS Al An’aam [6]:116) adalah larangan “menuruti kebanyakan orang-orang yang dimuka bumi” yakni orang-orang musyrik. Hal ini dapat kita pahami dengan memperhatikan ayat-ayat sebelumnya pada surat tersebut. Secara tidak sadar mereka telah memfitnah Allah Azza wa Jalla , menggunakan firman Allah ta’ala untuk tujuan/maksud yang berbeza.

Baginda Rasulullah Shollallaah ‘alaih wa sallam sudah memberikan pedoman bagi kita agar mengikuti as-sawaad al-a’zhom (jama’ah kaum muslimin yang terbanyak), karena kesepakatan mereka (as-sawaad al-a’zhom) mendekati ijma’, sehingga kemungkinan keliru sangatlah kecil.
Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat pada kesesatan. Oleh karena itu, apabila kalian melihat terjadi perselisihan maka ikutilah kelompok majoriti (as-sawad al a’zham).”

(HR. Ibnu Majah, Abdullah bin Hamid, at Tabrani, al Lalika’i, Abu Nu’aim. Menurut Al Hafidz As Suyuthi dalam Jamius Shoghir, ini adalah hadits Shohih)

al-Imam as-Suyuthi rahimahullaah menafsirkan kata As-sawadul A’zhom sebagai sekelompok (jamaah) manusia yang terbanyak, yang bersatu dalam satu titian manhaj yang lurus. (Lihat: Syarah Sunan Ibnu Majah: 1/283). Menurut al-Hafidz al-Muhaddits Imam Suyuthi, As-Sawad Al-A’zhom merupakan majoriti umat Islam.

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Atsqolani menukil perkataan Imam Ath-Thabari mengenai makna kata “jamaah” dalam hadits Bukhari yang berbunyi, “Hendaknya kalian bersama jamaah”, beliau berkata, “Jamaah adalah As-Sawad Al-A’zhom.” (Lihat Fathul Bari juz 13 hal. 37)
Ibnu Hajar al-Atsqolani pun memaknai “Jama’ah” sebagai As-Sawad Al-A’zhom (majoriti umat Islam).

Demikianlah nasehat Rasulullah Shollallaah ‘alaih wa sallam kepada kita, agar kita mengikuti majoriti umat Islam dan jangan menyendiri/menyempal, karena ancamannya neraka. Rasulullah Shollallaah ‘alaih wa sallam telah menjamin bahwa majoriti umat Islam tidak mungkin berada dalam kesesatan, sebagai umat Islam sudah pasti kita wajib iman/percaya dan tidak ada keragu-raguan setitikpun pada beliau.

Semoga kita semua tergolong dalam kelompok As-Sawad Al-A’zhom (majoriti umat Islam) yaitu kaum ahlussunnah wal jama’ah yang selalu berpedoman kepada Al-Qur’an, al-Hadits, al-Ijma’ wa al-Qiyas, yang kemudian pengamalan syari’atnya/fiqhnya berdasarkan salah satu dari 4 madzhab (Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali), aqidahnya berdasarkan faham Asy’ariyah-Maturidiyah, dan ihsannya mengikuti ulama-ulama sufi seperti Syaikh Abdul Qadir Jailani , Syaikh Ibnu Athoillah dll

Wallahu’alam


mengenali musuh islam:Tokoh 1



           


Nama lengkapnya adalah Christiaan Snouck Hurgronje; seorang orientalis Belanda terkenal dan ahli politik imperialis. Lahir pada 8 Februari 1857 di Oosterhout dan meninggal pada 26 Jun 1936 di Leiden. Ia merupakan anak keempat pendeta J.J. Snouck Hurgronje dan Anna Maria, putri pendeta Christian de Visser. Perkahwinan kedua orang tuanya didahului oleh skandal hubungan gelap sehingga mereka dipecat dari gereja Hervormd di Tholen (Zealand) pada 3 Mei 1849.

Seperti ayah, datuk, dan datuk buyutnya yang betah menjadi pendeta Protestan, Snouck sempat bercita-cita ingin menjadi seorang pendeta. Oleh kerana itu, pada 1874 ia memasuki Fakulti Teologi di Universiti Leiden. Setelah lulus sarjana muda pada 1878, Snouck meneruskan ke Dewan Bahasa dan Pustaka Jurusan Sastra Arab di Universiti yang sama. Ia berjaya meraih gelaran doktor dalam bidang Sastera Semit pada 1880 dengan disertasi berjudul Het Mekkansche Feest (Perayaan Mekah). Beberapa orientalis terkenal menjadi guru dan sahabat Snouck serta sangat mempengaruhi pandangannya tentang Islam dan politik penjajah. Mereka antara lain adalah Abraham Kuenen, C.P. Tieles, L.W.E. Rauwenhoff, M.J. de Goeje, Ignaz Goldziher, Theodor Nöldeke, dan RPA Dozi.

Untuk memperdalam pengetahuan tentang Islam dan bahasa Arab, pada 1884 Snouck pergi ke Mekah. Di hadapan para ulama, ia menyatakan masuk Islam dan memakai nama Abdul Ghaffar. Ia mengadakan hubungan langsung dengan para pelajar dan ulama yang berasal dari Hindia Belanda. Pengetahuannya tentang Islam memang cukup luas. Ia sangat menguasai bahasa Arab, bahkan juga hapal Al-Quran. Kelak ketika bertugas di Hindia Belanda, banyak pribumi muslim memberinya gelar Syaikhul Islam Tanah Jawi kerana terkagum dengan ilmunya dan menyangkanya benar-benar sebagai muslim. Padahal, menurut P. Sj. Van Koningsveld, keislaman Snouck Hurgronje hanyalah tipu muslihat.
Kerana sering menghadapi perlawanan jihad dari umat Islam, pemerintah kolonial Hindia Belanda pada 1889 mendatangkan Snouck Hurgronje ke Indonesia. Mereka mengangkatnya sebagai penasihat untuk urusan-urusan Arab dan pribumi. Tugasnya adalah melakukan penyelidikan mengenai hakikat agama Islam di Indonesia dan memberikan nasihat kepada pemerintah mengenai urusan-urusan agama Islam.

Deislamisasi dan Imperialisme
Sesuai dengan tugasnya, Snouck merumuskan polisi pemerintah Hindia Belanda dalam menangani masalah Islam. Ia membezakan Islam dalam erti "ibadah" dengan Islam sebagai "kekuatan sosial politik". Ia membahagikan masalah Islam atas tiga kategori.
 
Pertama, dalam semua masalah ritual keagamaan atau aspek ibadah, rakyat Indonesia harus dibiarkan bebas menjalankannya. Snouck menyatakan bahawa kerajaan Belanda yang "kafir" masih boleh memerintah Indonesia sejauh mereka dapat memberikan layanan yang adil dan sama-rasa sama-rata, bebas dari ancaman dan kezaliman.

Kedua, berhubung dengan lembaga-lembaga sosial Islam atau aspek muamalat, seperti perkahwinan, warisan, wakaf, dan hubungan-hubungan sosial yang lain, kerajaan harus berupaya mempertahankan dan menghormati keberadaannya.


Ketiga, dalam masalah-masalah politik, Snouck menasihati kerajaan untuk tidak bertoleransi kegiatan apa pun yang dilakukan kaum Muslim yang dapat menyebarkan seruan-seruan Pan-Islamisme atau menyebabkan perlawanan politik atau bersenjata menentang kerajaan kolonial Belanda. Dalam hal ini, Snouck menekankan pentingnya politik persatuan kaum Muslim dengan peradaban Barat. Cita-cita seperti ini mengandungi maksud untuk mengikat jajahan itu lebih erat kepada penjajah dengan menyediakan bagi penduduk jajahan itu manfaat-manfaat yang terkandung dalam kebudayaan pihak penjajah dengan menghormati sepenuhnya kebudayaan asal (penduduk).

Agar persatuan ini berjalan dengan baik dan tujuannya tercapai, pendidikan model Barat harus dibuat terbuka bagi rakyat pribumi. Sebab, hanya dengan penetrasi pendidikan model Baratlah pengaruh Islam di Indonesia bisa disingkirkan atau sekurang-kurangnya dikurangkan. Dalam bukunya, Nederland en de Islam, Snouck menyatakan, "Opvoeding en onderwijs zijn in staat de moslims van het Islamstelsel te emancipeeren". Ertinya, "Pendidikan dan pelajaran dapat melepaskan kaum Muslim dari genggaman Islam." (Hlm. 79)

Melalui pendidikan itu, pemikiran Snouck tentang Islam disebarkan. Seperti gurunya, Ignaz Goldziher, Snouck mengingkari turunnya wahyu kepada Rasulullah Muhammad SAW. Ia bahkan menuduh Al-Qur'an sebagai hasil saduran Muhammad dari Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. (Mohammedanism, hlm. 30-31) Snouck juga melecehkan syariat Islam. Ia menyatakan dalam Nederland en de Islam (hlm. 61) bahawa syariat Islam hanya sesuai untuk peradaban abad pertengahan, bukan untuk abad moden. Oleh kerana itu, poligami, mempermudah ikatan perkahwinan, dan sikap tunduk wanita pada hegemoni laki-laki-misalnya-menghalang tercapainya kemajuan keluarga yang normal.

Menurut ulama dan sejarawan Indonesia, Abdullah bin Nuh, pemikiran seperti itu sengaja disebarkan untuk menjauhkan pribumi Indonesia yang mendapat pendidikan Barat dari agama Islam dan syariatnya, sesuai politik imperialis dan tujuan misi Kristian di Indonesia. (Darsun min Hayah Mustasyriq, hlm. 29). Oleh kerana itu, dari sekolah-sekolah Barat yang ditubuhkan pemerintah Hindia Belanda pada masa politik beretika muncullah golongan nasionalis sekular. Mereka sering mengganggu Islam meskipun mengaku sebagai muslim.

Dari Persatuan Hingga Kristenisasi

Politik persatuan yang disyorkan Snouck Hurgronje dalam kenyataan bertemu dengan politik Kristianisasi. Para mubaligh Kristian berpendapat bahawa apabila persatuan dapat dipenuhi, mereka dapat berusaha agar boleh lebih diterima oleh penduduk. Sebaliknya, pertukaran agama penduduk menjadi Kristian akan menguntungkan negeri Belanda. Sebab setelah masuk Kristian, mereka akan menjadi warga negara yang setia lahir batin kepada pemerintahan Belanda. (Deliar Noer, Gerakan Modern Islam di Indonesia 1900-1942, hlm. 26-27)

Snouck menggalakkan pembukaan sekolah-sekolah misi dengan harapan agar penganut Islam secara beransur beralih ke agama Kristian. Cara demikian ditempuh kerana ratusan ribu penduduk merindukan pendidikan, tetapi mereka tidak suka kepada pendidikan Kristian untuk anak-anak mereka. Aktiviti mereka pun berdasarkan pada politik persatuan kerana ia berpendapat bahawa penyebaran sekolah-sekolah berpola Eropah merupakan satu-satunya cara untuk mewujudkan impian, sekali pun hal itu dilakukan melalui sekolah-sekolah misi. (Kumpulan Karangan Snouck Hurgronje, Jilid X, hlm. 165-166)

Kepada para zendeling dan misionaris, Snouck mengingatkan bahawa Kristenisasi pribumi tetap harus dalam kerangka politik persatuan. Snouck mengatakan, "Mereka yang percaya pada Kristenisasi umat Islam pribumi (telah saya katakan mengapa saya tidak ikut berharap) yang tidak harus melihat dalam penyatuan bangsa dan politik para kawula Belanda sebagai langkah pertama menuju ke sana. Oleh kerana itu, mereka harus bekerja keras untuk menunjangnya. Memang seperti keadaan orang-orang Belanda mana pun, dari suku dan kelas mana pun, mubaligh lebih diterima oleh rakan setanah air kita di Timur, yang bertamadun kita, daripada oleh kawula pribumi yang berasal dari rejim yang lama, yang mudah-mudahan akan lenyap. "( nederland en de Islam, hlm. 94)

Snouck memang telah meninggal pada 1936. Namun, semangat dan pemikirannya meninggalkan pengaruh besar di Indonesia. Ia telah melebarkan akses sekulerisasi dan Kristenisasi. Hingga kini, kedua-dua hal ini menjadi cabaran dakwah terbesar umat Islam Indonesia.

Wallahu a'lam.

Thursday 23 February 2012

Tentang SYRIA Bumi Kita





DOA QUNUT NAZILAH


اللهمَّ انْصُرْ إخوانَنَا الْمُسْتَضْعَفِين في سوريا اللّهُمَّ انْصُرْ إخْوانَنَا الْمُجاهِدِين في سوريا اللهم انصرهم نصراً مؤَزَّرَاً اللهم وَحِّدْ كَلِمَتَهُم وسَدِّدْ رَمْيَهُم وَأَنْزِلْ فِي قُلُوْبِهِم السَكِينةَ اللهم كن لهم وليّاً ونصيراً، اللهم أنهم مَظْلُومُون فَانْتَصِرْ لَهُمْ، إِنَّهُمْ فُقَرَاءُ فَأَغْنِهِمْ.اللّهُمَّ ارْحَمْ مَوْتَاهُمْ وَاشْفِ جُرْحَاهُمْ. وَتَقَبَّلْ شُهَدَاءَهُمْ، اللهمَّ أَيِّدْهُمْ بِتَأْيِيْدِكَ وَاحْفَظْهُمْ بِحِفْظِكَ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيزُ.
اللَّهُمَّ مُنَزِّلَ الْكِتَابِ، مُجْرِيَ السَّحَابِ، سَرِيعَ الْحِسَابِ، هَازِمَ الأَحْزَابِ اهْزِمْ اليهودَ الْمُعْتَدِينْ وَالصَّهَايِنَةَ الإسْرَائِلِيِّينَ الغَاصِبِيْنَ وَزَلْزِلْهُمْ وعَذِّبْهُمْ عَذَاباً شَدِيْداً. اللهمَّ إنَّهُمْ قَدْ بَغَوْا وَسعَوا فِي الأرْضِِ فَسَاداً. اللهمَّ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ شَمْلَهُمْ وَأنْزِلْ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ. وَاجْعَلْ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُم شَدِيْدًا، وَيَامُنْتَقِمُ مِنَ الْمُجْرِمِينَ اِنْتَقِمْ مِنْهُمْ وَأَنْزِلْ عَلَيْهِمْ بَأْسَكَ الَّذِي لاَيُرَدُّ عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينْ

Tuesday 21 February 2012

Pengetahuan Am

Kisah Orang Pertama



1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
    -Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
    -Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
    -Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
    -Nabi Ibrahim AS.
.
5...Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
    -Nabi Adam AS.

6....Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
    -Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
    -Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
    -Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
    -Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
    -Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
    -Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
    -Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
    -Sumayyah binti Khabbat RA

14... Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
    -Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
    -Saad bin Abi Waqqas RA


16. ...Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
    -Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
    -Ali bin Abi Tholib RA

18.... Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
    -Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah :     -Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20.... Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
    -Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
    -Khadijah binti Khuwailid RA

22... Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
    -Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
    -Ali bin Abi Tholib RA

24. ....Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
    -Muawiyah bin Abi Sufyan RA

25... Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
    -Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal : 
   -Umar Al-Khattab RA

27... Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
    -Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
    -Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29...Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
    -Mus'ab bin Umair RA

30. ... Orang yang pertama masuk Syurga :
    -Nabi Muhamamad SAW

Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..
Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...