Thursday 7 June 2012

MENJAWAB FITNAH MANTAN TABLIGH

Isu menghina TGNA oleh Prof Dr Nasoha 
(mantan syura Tabligh)

Kami terpanggil untuk mengulas isu di atas memandangkan ia telah di highlightkan oleh banyak blog politik.Klip video berdurasi 28 min lebih itu dengan terang dan jelas menunjukkan perkataan beliau yang menfitnah TGNA sebagai mengajak gaya hidup IBLIS…….


Biodata beliau

Beliau adalah lulusan sarjana dalam bidang kesihatan dan Optometri dari Universiti Melbourne Australia.  Oleh kerana kerana beliau berminat dalam bidang kesihatan secara holistik, beliau telah mengasaskan dan mengendalikan perubatan merawat tekanan dan rawatan badan di klinik Integrative Holistic Wellness Centre, IHWC . Beliau percaya bahawa kesihatan manusia secara menyeluruh hanya dapat dicapai apabila kesihatan itu merangkumi kesihatan badan, mental dan roh. Beliau percaya bahawa kesihatan adalah dipengaruhi oleh gaya hidup manusia. Gaya hidup manusia dipengaruhi oleh fikiran dan keyakinan manusia dan keyakinan dan pemikiran manusia dipengaruhi oleh percakapan manusia. Kajian beliau didalam bidang ini telah membawa beliau kepada penemuan satu terapi yang terunggul didunia untuk mengubah gaya hidup atau perangai manusia.


Sekarang beliau merupakan Dekan Fakulti Optometri di International University College of Tehnology Twintech, Pengerusi Octagon Petroleum Technology Sdn Bhd dan Pengarah dan Perunding Utama di Integrative Holistic Wellness Centre Sdn Bhd.


Dalam bidang agama tidak di ketahui latarbelakang beliau.Apa yang pasti,beliau telah berkhidmat sebagai pendakwah dalam tabligh hampir 30 tahun.Walaupun begitu beliau telah bermufarakah dari jemaah Tabligh kerana telah tidak bersetuju dengan keputusan majlis tertinggi syura tabligh di India yang melarang beliau daripada berdakwah kepada non muslim.Walaupun begitu,beliau masih aktif berdakwah berdasarkan mathode tabligh(6 prinsip) itu.


Menjawab tuduhan Prof kangkung….

Oleh kerana tidak di ketahui taraf pendidikan agamanya samada aliran pondok  atau institusi rasmi lainnya maka kami melihat beliau bercakap tidak berdasarkan ilmu agama yang benar sebaliknya hanya berdasarkan emosi prijudis dan kefahaman agama yang cetek.


Mungkin kefahaman agamanya hanya berdasarkan pembacaan kitab-kitab atau buku-buku ataupun melalui internet seperti Hafiz Firdaus al Wahabi….Wallahu’alam


Kalau dilihat kepada blog beliau sendiri jelas menunjukkan beliau adalah pemuja Tun Mahathir (tokoh tersohor UMNO) yang berfahaman SEKULAR.Oleh itu tidak hairan hanya orang yang berfahaman secular sahaja yang akan menyokong/memuja-muji tokoh secular.


Tetapi ada satu perkara yang kami dapat menilai ialah Dr Nasoha mewakili kelompok elit jemaah tabligh di Sri Petaling yang berfikrah secular (memisahkan agama dari politik)Cuma individu – individu tersebut tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka baik di media massa atau di khalayak ramai seperti professor itu.Jadi benarlah andaian kami bahawa kecelaruan aqidah dalam organisasi Tabligh khususnya di Malaysia mencambahkan golongan yang jahil agama tapi kuat beribadah seperti yang nyatakan oleh Rasul saw dalam mafhum hadith:


Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq". H.R. Ibnu Ady

 

Wallahu’alam


34 comments:

  1. Ini adalah pandangan individu. Syura tabligh di malaysia beratus orang. -/+ 10 orang di setiap markaz. Beliau sudah mufaraqah, tidak mengikuti tertib ulama tabligh, maka tidak sepatutnya dikaitkan dgn jamaah tabligh apa lagi memukul rata kesemuanya jt berperangai begitu.

    Pandangan tidak berpolitik(demokrasi) atau menyokong pemerintah, lalu mengetakannya sebagai menyokong sekular adalah membingungkan.


    Baca juga pandangan salah seorang ustaz tabligh - http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/03/politik-vs-syura.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau anda memahami Tasawwur islam nescaya anda tak binggung....

      bila anda kata sokong pemerintah maknanya anda sokong politik lah tapi kerajaan sekarang berfahaman sekular.bila anda sokong UMno bermakna anda sokong sekualarlah..

      AMARAN!!!
      sila sembunyikan kejahilan anda...

      Delete
    2. alaaa pakai petik je sokong pemerintah . encik jundullah pergi rujuk sri petaling untuk usul yang sebenar .

      Delete
    3. pakai petik cakap kami sokong pemerintah. gi seri petaling. fahami usul sebenar.

      Delete
  2. sdr Mang

    link blog itu telah kami jawab...jangan malas buat research!

    politik vs syura -SALAH!!!

    politik vs diktator/revolusi-betul
    syura vs demokrasi -ini baru betul

    nak compare biarlah yang sepadan/sekufu

    ReplyDelete
  3. politik yg dimaksudkan ialah politik demokrasi. pas juga terjun ke dalam sistem sekular. syiah & kafir harbi boleh diangkat menjadi pemimpin.

    jika pas tidak dalam kejahilan, tentulah tidak berpakat dengan kapir harbi dan syiah hanya semata-mata mendapatkan undi dan kerusi. jangan taksub! mengaku saja kesalahan-kesalahan pas.

    toing!

    sama ada amnu, tablik, pas buat masjid, ini sangat disokong. sama ada amnu, tablik, pas dll tak suka perpaduan islam, hanya yg taksub saja yg suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdr mang,saya nak perbetul kesilapan anda

      sekular itu BUKAN sistem TAPI FAHAMAN.
      Demokrasi itu BUKAN Politik tapi satu SISTEM dlm berpolitik.

      Undi dan kerusi BUKAN matlamat TAPI ALAT sebagaimana kapal laut,kapal terbang itu adalah alat untuk pergi ke INDIA,PAKISTAN DAN BANGLADESH ATAU KE MEKAH nak buat haji.

      Bolehkah kita pergi Mekkah tak payah guna kapal terbang@kapal laut??

      BOLEH!!...JALAN KAKI JE TAPI BERAPA BULAN BARU SAMPAI??
      ZAMAN KINI KALAU TAK ADA PASSPORT BOLEH MASUK NEGARA LAIN SESUKA HATI KE??

      Passport itu pun juga ALAT untuk kita melaksanakan ibadah kepada Allah(haji)SEBAGAIMANA DEMOKRASI ITU ALAT UNTUK MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH(HUDUD) DLM NEGARA.

      Tak semua apa yang Yahudi/kristian itu cipta haram hukumnya wahai sdr Mang.....duit kertas yg kamu gunakan itu tak nak kata haram ke??

      Takrif dan definasi pun tonggang-langgang(bercelaru)...belajar lah lagi ye....

      Delete
  4. Aduh........letih kalau berhujjah dengan orang yang jahil muraqqab@dungu(dengan maaf) tapi inilah realitinya.

    sudah berkajang-kajang artikel kami tulis pendapat ulama beSar perihal politik demokrasi ini ,NAMUN MASIH ADA YANG BODOH SOMBONG ATAU MUNGKIN MALAS MEMBACA.

    Sdr Mang,

    Sebilah pisau itu ada 2 sifat,satu negatif dan satu lagi positif.Dia mendatang PAHALA bila digunakan untuk potong daging korban,aqiqah,tali dll.

    Sebaliknya ia mendatangkan DOSA BILA DI GUNAKAN UNTUK MEMBUNUH,MENCEDERAKAN DLL.

    BEGITULAH JUGA DEMOKRASI,BILA DIGUNAKAN UTK MENEGAKKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR,UNTUK MENEGAKKAN HUKUM ISLAM MAKA ORANG YANG GUNAKANNYA DAPAT PAHALA LAH.

    KALAU SDR MENGHUKUM DEMOKRASI ITU HARAM SECARA MUTLAK SAMALAH JUGA SDR MENGHUKUM PISAU,PISTOL ITU HARAM SECARA MUTLAK WALAUPUN DI GUNAKAN UNTUK POTONG SAYUR???

    DAH 2 KALI SDR TUNJUKKAN KEJAHILAN ANDA.KASIHANLAH PADA DIRI SENDIRI.

    ReplyDelete
  5. Halal lah sangat. Bersatu dengan kafir harbi dan syiah, lalu mencela muslimin amnu dengan alasan cara lembut tidak berkesan. Manhaj mana yang diguna pakai ni?

    Lembut dan berkasih sayang dengan DAP dan syiah, Keras dengan AMNU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam ayat ini, Prof Dr Hamka telah menafsirkannya sebagai "Barangsiapa yang ada keyakinan dalam hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat."

      Manakala fatwa Syeikh Mustafa Sabri (mufti Uthmaniyah) dalam menyentuh tentang pemerintahan sekular ini, beliau menegaskan "Jalan pintas menjadi kafir ialah dengan memisahkan agama daripada pemerintahan."

      Utk pengetahuan sdr Mang,UMNO adalah parti berfahaman sekular.Kalau ikut kepada fatwa di atas jelas Umno adalah....

      Kalau anda masih kata UMNO parti muslim jelaslah anda jahil muraqqab.

      kalau DAP kafir Harbi apasal dia bergabung dgn PAS??
      Anda tahu ke apa takrif kafir Harbi??

      apa anda nak katakan pada Rasul saw yang lantik Abdullah Uraiqit jadi penunjuk jalan dlm peristiwa hijrah yang pada waktu kafir musyrik??

      Delete
    2. saya sedih dengan tuduhan encik... terima kasih... semoga Allah SWT tunjukkan kita ke jalan yang benar... saya memang jahil.... tidak semestinya orang yang jahil dan bodoh akan masuk neraka... malah Syaitan yang berilmu lebih dari kita... iman yang tinggi tentang kekuasaan Allah juga boleh sesat... jauhkanlah dari sifat syaitan... semoga kita dijauhkan dari sifat syaitan....

      Delete
    3. hukamak pernah berkata:

      "orang berilmu itu adalah kekasih Allah walaupun dia fasiq sebaliknya orang jahil itu musuh Allah walaupun dia kuat dan banyak beribadah hingga hitam dahi".

      Wallahu'alam

      Delete
  6. untuk mengelak perbalahan zaman moden ini, menerima khilaf politik demokrasi dalam bertimbang neraca maslahah dan mafsadah, bukan dacing amnu.

    bagaimana menyatukan orang islam melalui politik demokrasi? amnu adalah termasuk orang-orang Islam. Syariat menghendaki perpaduan orang Islam bukan memecahkannya kepada bbrp golongan dan menambat urat permusuhan. Meninggikan syariat amar maruf nahi munkar dalam masa yg sama memecah syariat persatuan orang Islam, bagaimana bisa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami anggap anda masih di tahap baru belajar.jadi kami akan terangkan semula perkara asas/basic.

      pertembungan antara PAS dan UMNO adalah pertembungan antara IMAN DAN KUFUR,HAK DAN BATHIL.Umpama pertembungan antara Nabi Musa as dan Firaun dan antara Nabi Ibrahim dan Namruz.

      Perkara asas ini anda kena faham dahulu.Untuk mudah anda faham kami detailkan iaitu nama Rasul yang kami sebut diatas menyeru Raja(kerajaan) dia beriman kepada ALLAH bukan menyembah sesama manusia.Tapi seruan para Rasul itu ditentang mereka dengan ancaman bunuh dan siksaan dll.

      Pada zaman moden ini,ciri-ciri kerajaan Firuan itu ada pada UMNO.Tahukah anda apa ciri-ciri itu??

      'MANUSIA MENYEMBAH MANUSIA'iaitulah Perlembagaan Negara adalah undang- undang yg di gubal oleh tangan-tangan manusia musyrik/kafir(semak sejarah).

      Anda buka kita Mustika Hadis terbitan Jakim bab perkara-perkara yang membatalkan iman.Di situ anda akan tahu status UMNO samada islam atau tidak.

      ISLAM ITU DATANG UNTUK MEMBEZAKAN ANTARA IMAN DAN KUFUR DAN ANTARA HAK DAN BATHIL.Menyokong Umno bermakna menyokong kekufuran dan kebathilan.

      Adakah anda menyeru org beriman dan munafik bersatu??.....

      perbalahan Pas dan UMNO wajib berlaku dan tidak boleh dielakkan kerana ia telah termaktub dlm alquran dan sunnah.

      Delete
  7. pandangan di atas adalah melampau. pandangan yg sama kebanyakan ahlul PAS.

    AMNU = FirAun, Kafir.
    Parti PAS = Islam.

    Alunan ketaksuban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taksub kpd Islam itu wajib
      Taksub kpd bangsa dgn menghina hukum Islam itu haram.
      Cukuplah umno hina Islam dgn mengecilkan kuasa mahkamah syariah

      Delete
    2. Tuan,

      Kenapa hujah tuan yg terhadap Prof Dr Nasoha lansung tidak kaitkan dgn Al-Quran dan Hadis, sedangkan tuan ini "ulamak". Sedangkan Hujjah Prof Dr Nasoha penuh dgn Alquran dan Hadis.

      Hujjah tuan semuanya dari "Ulamak2 besar"... "Ulamak besar" @ Alquran ayat Allah..... yg besar?
      Bagaimana "ulamak besar" yg bertindak seperti Nabi, Alquran dan Hadis???

      Delete
    3. Terima kasih atas soalan...

      Untuk pengetahuan anda kami bukan 'ulamak' tapi 'anak murid' ulamak dan masih belajar(tholib).

      kami hanya beri jawapan ringkas sahaja sebab memandangkan kami tidak tahu background islamic education beliau.jadi tidak adil kami menjawab panjang lebar isu beliau.

      Kami tak nampak beliau berhujjah dalam video tersebut menggunakan al quran n hadith melainkan gunakan akal dan emosi semata-mata.Semua dakwaan beliau terhadap Tg Nik Aziz dalam video tersebut umpama orang buta dengan gajah.

      Satu lagi beliau memfitnah TGNA di atas stand pentaksub Mahathir.bermakna analoginya seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul..

      kalau tak faham...tak tahu lah...

      Delete
  8. Apalah ust ni emosi tak tentu hala...saya nak bagitau ust, saya nak tuntut ilmu urusanulama ni perlu konsentrasi n focus dgn mbaca satu persatu tulisan artikel yg mulia, tanpa ada gangguan music.

    Org blaja dunia nak dpt sijil pun kene duduk dlm library pasal dpt focus, tak bnyak bising. Apa lagi ilmu urusan ulama kan? Lautan makfirat tu, saya kan org tableg yg dilabel jahil..nanti kata org tableg takmo blaja ilmu..ahaha

    Saya takdepon cakap dakwah nasyid remeh? Nasi briyani pun boleh Allah gunakan utk asbab hidayat kalau Allah bkehendak. Jaminan hidayat hak Allah.

    Ust, apa dah jadi dgn tuan guru hadi n nik aziz yg setuju kalimah Allah dgunakan dlm bible? Bende ni laa tableg jahil mcm saya n org awam yg lain nak tau dari segi kupasan nas n dalil. Itu yg patut jadi top topic dlm artikel urusanulama. Asyik nak tulis artikel tableg sesat..ahaha

    Takpe tulis la bertimbun2 artikel tableg sesat etc, usaha agama yg mulia ni tak terbantut pun dgn tulisan ust. Umpama anjing menyalak kat dinding.. sori ust jgn mare ye org tabligh suarakan hakikat keadaan..

    Akum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila pulak kami emosi...?
      menggunakan 'huruf besar'tak semestinya marah sebaliknya ia simbol kepada penegasan.sebelum ini anda tulis 'music yang lagha'tiba-tiba tukar pulak ayat 'tak dapat kosentrate'.tak ada pendirian...

      sepatutnya anda kena tulis 'music ni mengganggu tumpuan saya membaca' bukan menggunakan ayat 'lagha'......

      isu kalimah itu anda boleh baca dalam website DEWAN ULAMAK PAS PUSAT.Kenyataan resmi telah di keluarkan.semoga mendapat pencerahan..

      kami menulis tentang tabligh adalah sebagai melaksanakan tugas 'amar makruf nahi mungkar' yang di wajibkan agama.Kami hanya mengharapkan pahala dari Allah.sebagaimana para ulamak muktabar menulis berjilid-jilid kitab tentang kesesatan SYIAH...ADAKAH MAZHAB SYIAH TERUS LENYAP DI MUKA BUMI???

      WALAUPUN SEMUA ORANG ISLAM TELAH TAHU KESESATAN SYIAH,MEREKA TETAP WUJUD DAN MENYEBARKAN MAZHAB MEREKA KE SELURUH DUNIA TANPA HALANGAN.apa bezanya dengan tabligh???

      jadi jangan pelik la...

      harapan kami dengan pendedahan ini akan melahirkan ramai lagi 'Jamaludin abu bakar' yang akan meninggalkan jamaah tabligh.anda pun tahu ALLAH tak tanya "hasil kerja kita tapi kamu buat ke tidak??"

      kami dah buat kerja nahi mungkar,hasilnya (samada orang terima atau tidak) bukan tanggungjawab kami lagi....

      Delete
  9. tak kisah la ust, nak kata kami kafir ke, syiah ke, geng LGBT ke, sokong guna kalimah Allah masok bible melayu ke, anti politik demokrasi ke, penyokong umno ke, lantak la.. SMALL FRY!

    kalau satu duniapun org jd mcm ust menentang usaha agama, kami sedikitpun tak terkesan n berundur:)

    bagi kami, usaha agama adalah usaha yg mulia diatas muka bumi ini, yakni usaha bawak MANUSIA BERNASABKAN KPD AGAMA, BUKAN usaha bawak MANUSIA BERNASABKAN KPD PETI UNDI, DEMONSTRASI LIAR, KERUSI PARLIMEN.

    walaubagaimanapun ust jgn pandang serong kpd kami n salah faham, biarpun hakikatnya pahit, wajar bagi kami utk muliakan ust walaupun ust tak suka kami. kernaa apa?
    pasal dlm diri ust ada ilmu agama, nabi saw ajar umatnya supaya muliakan org yg berilmu.

    last but not least,
    guote kwn saya dpd penang (penanti)

    Allah Maha Kuasa,
    MAKHLUK GILA KUASA!

    sekian coretan lenggang kangkung seorg tabligi jamaat, semoga berjaya :DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami anggap anda tak baca atau tak mahu faham apa yang ditulis oleh ust Jamaludin abu bakar(bekas jemaah tabligh)yang telah insaf dan bertaubat itu.kami quote tulisan beliau yang first sekali supaya anda faham apa yang di kritik:

      PERINGATAN !!!

      1. Kami tidak menghalang orang-Orang Tabligh yang ingin berdakwah dan menghidupkan Sunnah Nabi saw, Mengajak mengerjakan Solah dan sebagainya.

      2. **Tetapi, kami menghalang berkata-kata Agama di dalam Keadaan Jahil, dan berkata-kata Agama itu bersumberkan dari mulut-mulut orang lama Tabligh (Eldest) yang tiada bersumberkan dari mana-mana Kitab Muktabar.**

      sumber: http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/taubat-si-jemaah-tabligh-1-adab-tidur.html

      kami fokus ayat yang bertanda ** ....

      ini soal iman dan kufur.selagi pengikut tabligh tak mengaji bab aqidah,sifat 20,usuluddin dan seumpamanya,maka selagi itu mereka anti demokrasi,menyokong umno,tak nak mengundi(walaupun tak semua).

      cuba anda tanya karkun tabligh ahli PAS kenapa mereka mengundi dalam PRU,memilih politik demokrasi dll??

      Delete
  10. Assalamualaikum, masa aku dan rakan2 dulu dalam kegelapan mana orang2 seperti kamu? Hanya tahu memandang sinis saja orang2 seperti kami.

    Apakah kalau PAS tidak menang maka menjadi alasan untuk meninggalkan seruan pada solat pada seluruh ummat? Apakah PAS tidak menang maka sewenang2nya kita tak payah solat sebabnya boleh bagi alasan kat ALLAH s.w.t. pemerintah tak keluar perintah lagi...

    Sekarang kami dah berjinak2 ke masjid baru terhegeh2 tersengih datang dekat kami pujuk tunjuk borang suruh masuk PAS? Puuiiii!!!...

    ReplyDelete
  11. Kami tidak tahu samada anda ini buta sejarah atau malas membaca.asal usul PAS lahir dari tok-tok guru pondok tahun 50an dulu.

    pondok-pondok pengajian itu ditubuhkan untuk mengajar anak-anak melayu islam akan syariat islam(tauhid,solat,puasa,zakat dll)secara mendalam dan bersanad.

    MANA YANG LEBIH PENTING??
    MENGAJAK ATAU MENGAJAR (MENDIDIK)??

    Dakwaan mengatakan PAS tak mengajak orang bersolat adalah SANGAT MELUCUKAN....

    Soal nak masuk PAs,kami tak pujuk tapi cuma nak nasihatkan supaya tak menyesal di kemudian hari(dalam kubur).soal berpolitik adalah soal aqidah.tak guna bersolat sampai hitam dahi kalau tolak politik.

    ReplyDelete
  12. Ilmu tuan tak kemana2. Seribu kata2 tuan takkan menjatuhkan kemajuan usaha jemaah tabligh. Teruskan. Tuan pernah membertahu umum..bhw org tertentu kena memberitahu kpd semua ttg taubat secara terang2an. Sy sgt menati tuan yg akan berbuat demikian.

    Sy perhatikan saudara tak ubah perilaku akhlak jamaluddin abu bakar. Perkataan neraka cepat sgt dijatuhkan kpd seseorang. Sb itulah sy tak berapa suka berbicara kpd penyokong PAS apabila mudah sgt melabelkan neraka kpd sesorang. Tuan adalah contoh paling jelas.

    Sesiapa yg membaca tulisan tuan...akan lebih nampak keburukan tuan sendiri. Sy juga byk melihat post yg telah dibuang. Tak adil dlm berbicara. Jika berani berkata itu dan ini...kenapa perlu membuang pendangan org lain.

    Tuan tiada karektor sbg pendakwah. Tuan adalah agen pemecah belahkan umat nabi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda kena akui bahawa apa yang ditulis oleh jamaludin abu bakar itu ada benarnya.Tiada guna anda bermati-matian menafikannya dengan pelbagai alasan yang tak ada kena mengena.

      Sebabnya kami juga pernah terlibat dengan tabligh dan biasa mendengar bayan dan taklim yang di sampaikan.tambahan pula audio dan teks bayan tabligh sudah boleh didengar dan dibaca dalam internet maka mudah bagi kita untuk menilai dan mengesan kesalahan dan kebatilan ajaran yang di sampaikan oleh tabligh contohnya link ini

      http://catatanmuzakarah.blogspot.com/2012/05/muzakarah-hakikat-iman-dan-ilmu-iman.html

      dan senarai blog lain yang ada dalam link tersebut.

      Cuba anda perhatikan bagaimana tuan blog itu menceritakan kisah Nabi Musa as dalam bentuk menghina Rasul Allah itu secara halus.Kalau orang yang jahil(tak menuntut ilmu secara yang betul)tak akan perasan PENGHINAAN TERSEBUT!!!

      sudahlah dalam blog Buyaataillah.blogspot.com mereka menghina sahabat nabi.Lagi teruk mereka dengan selamba menghina para Nabi dengan tulisan yang lahir dari kefahaman yang cetek dan dangkal.Kalau bahasa kasarnya MEREKA MENAFSIRKAN AL QURAN MENGIKUT AKAL DAN NAFSU ...

      Sekarang mari kita bandingkan pula tulisan orang yang alim dan berilmu yang mengupas tajuk yang sama kat link ini dan lihat perbezaannya:

      http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/02/08/kisah-imam-ghazali-dan-nabi-musa/

      itulah sebabnya sampai sekarang tak ada seorang pun karkun atau ustaz tabligh yang berani hantar komen kepada blog jamaludin abu bakar walhal beliau terang-terang hentam jemaah tabligh dan ulamaknya...

      Delete
  13. siapa karkun tabligh??? org PAS pun tabligh?? org umnO pun tabligh??? org mat salleh yg islam pn tabligh??? org hitam yg islam pun tabligh???nabi saw perintah kita org islam bertabligh walaupun 1 ayat .... jadi napelah ko ni suka sgt hentam org Tabligh? ko hentam org islam sendiri??? bukan ke musah kita yg nyata ialah SYAITAN???? yg ko plak bermusuh dgn org islam????? nak hentam pun berhikmah le...ko tu lebih baik nabi Musa as ker? maksum??? confirm masuk syurga? Org yg anti PAS tu lebih jahat drp Firaun Laknatullah ke??? ko pun tau kan Allah swt perintah nabi musa as berhikmah bila berdakwah kpd Firuan ...hahahha...kantoi disitu...tapi kalo hati ko ada sifat takabbur mcm iblis..mmg ko takkan mau terima hakikat ni ....pujuk2 la hati tu agar ada kasih sayang pada semua org islam....nabi saw yg kena baling batu di Thaif pun, nabi saw sabar dan doakan hidayat kpd mereka..ni lah baru parti islam sedunia yg sebenar....moga Allah swt bagi kita hidayat semua...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan kes nabi Musa as dakwah firaun tapi isunya ialah tulisan orang tabligh yang menghina nabi Allah itu...!!!

      Tak kan itu pun tak faham??

      Menghina utusan Allah bermakna menghina Allah....APA HUKUMNYA???

      SILA FOKUS KEPADA ISU YANG DIBANGKIT....
      ORANG TABLIGH TUDUH TG NIK AZIZ HINA NABI DAN KAMI TELAH MENJAWABNYA DALAM DEBAT DENGAN KARKUN MUHAMAD ALI.SO SEKARANG ORANG TABLIGH PULAK KENA JAWAB ISU DIALOG NABI MUSA AS DENGAN ALLAH ITU....

      SILAKAN KEMUKA HUJJAH ANDA UNTUK MENGATAKAN NABI MUSA TAK FAHAM HAKIKAT IMAN DALAM AYAT 17-18 SURAH TAHA ITU...

      Kami tunggu....

      Delete
    2. anda tulis:
      pujuk2 la hati tu agar ada kasih sayang pada semua org islam

      kami jawab:

      Nabi saw perintah ibubapa pukul anak yang tak nak solat bila umur 10 tahun.ini bermakna memukul anak itu TANDA KASIH SAYANG SUPAYA ANAK ITU PATUH KEPADA AJARAN ISLAM.

      Begitulah juga kami mengkritik orang tabligh yang berkata-kata@menulis tentang agama dalam keadaan jahil sebagai tanda kasih sayang semasa umat islam supaya mereka sedar dan kembali bertaubat agar selamat dari masuk neraka kerana perkataan batil itu.

      Delete
    3. ko dah lupa ke masa 7thn apa kena buat sebelum rotan masa 10thn?? boleh ke 10thn terus rotan jika masa 7thn tak buat apa2? ni lah masalahnya org PAS, suka2 buat hukum ikut selera sendiri, bertaubatlah...jgn kata saya umno, saya ummat nabi saw yg beriman - jgn suka2 pecah belahkan ummat dgn melabelkan aku ni umno ke ape.... jgn suka2 menyembelih usaha nabi saw yg telah menyatupadukan ummat ni...bertaubatlah saudaraku....:)

      Delete
  14. enko rasa org tabligh bertambah kasih dgn cara ko ni ker? aku yg belum tabligh ni pun menyampah tgk komen ko kat sini. nabi saw pun tak marah2 bila ada org belum islam kencing dlm masjid, ni ko plak marah2 org islam yg tak setuju dgn PAS, ni ajaran setan, bukan ajaran nabi saw!!!???? haha...jgn tak publish plak komen aku yg exclusive ni.....kalo tak publish mmg ko takde telo...
    hidup UMNO!!hidup BN!! PAS yg jilat DAP akan terkubur selamanya insyaallah!

    ReplyDelete
  15. Laa...orang umno rupanya....
    Patut la...

    ReplyDelete
  16. Ulama itu harus lah santun budi pekertinya, bukan sebaliknya. Dakwah cara Nabi itu juga harus dilakukan oleh setiap Orang Islam, bukan hanya Jema'ah Tabligh saja yang berdakwah, yang lain jangan hanya mempitnah seperti itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saidina Umar ra juga ulama mujtahid dalam masa yang sama menghunuskan pedang kepada orang yang menghinakan islam.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...