Saturday 23 June 2012

sambungan pembongkaran aqidah sesat guru Maulana Ilyas


Sidang pembaca yang dirahmati Allah


Di atas adalah satu video clip pembongkaran aqidah sesat Maulana Rasheed Ahmad Gongohi (guru Maulana Ilyas-pengasas jemaah Tabligh)


Kitab yang di rujuk adalah hasil tulisan Maulana Rasheed dan ulama lainnya (seperti  dalam artikel sebelum ini).Kami telah membuat research dalam versi melayu tetapi tidak ditemui (sebab Tabligh berasal daripada India maka sudah tentu yang mengetahui kesesatan mereka adalah dikalangan bangsa mereka sendiri).


Tambahan pula kitab-kitab mereka adalah dalam bahasa URDU so tak ramai orang melayu memahaminya.Itu sebab kitab 'FATAWA RASHEEDIYAH"  TIDAK DITEMUI TERJEMAHANNYA DALAM BAHASA MELAYU.  

2 comments:

  1. Mungkin ada yang berpandangan:"ah..itu cerita lama,dah basi.Sekarang tabligh telah banyak buat reform menjadi lebih baik".

    Persoalannya ialah 'tabligh mana yang buat reform tu??....yang kat Malaysia ke atau kat India sana??

    Kalau betullah Tabligh dah buat reform sudah tentu Dr Nasoha tidak mufaraqah drp Tabligh.

    Kalau betullah Tabligh dah buat reform dia kena lupuskan kitab Muntakhab Hadith dan Fadhail Amal dan di ganti kitab lain yang lebih sahih sebab ia kitab lama dan dipengaruhi oleh aqidah sesat tokoh-tokoh yang telah saya sebutkan sebelum ini.

    Dalam kaedah usul fiqh:'REDHA DENGAN KUFUR ITU HUKUMNYA KUFUR DAN REDHA DENGAN FASIQ ITU HUKUMNYA FASIQ'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya melihat kebanyakan orang melayu islam mempunyai satu persepsi yang salah terhadap orang yang suka menegur aib atau kesalahan orang lain.

      Untuk menyokong persepsi salah tersebut lalu mereka mengambil dalil ayat al quran berkaitan sifat sombong dan ego.Juga ayat berkaitan mencari dan mendedahkan aib orang lain.

      Mereka tidak dapat membezakan antara tuntutan nahi mungkar yang menjadi perintah Allah dengan menteliti masyarakat yang tidak tahu beza antara yang wajib dan haram didedahkan.

      Maksudnya ialah video diatas mendedahkan kesesatan tabligh adalah untuk membela dan memelihara kesucian agama daripada di cemari oleh anasir Bid'ah dan syirik yang tak ramai orang islam yang menyedarinya kerana ia bertopeng dengan penampilan islamik.

      Pendedahan seperti ini di panggil nahi mungkar yang hukumnya wajib.Ia tidak menyerang tubuh badan individu tetapi fikrah dan kepercayaan yang salah itu sasaran utama.

      Inilah yang perlu difahami bukan mengecop ia sebagai sifat sombong yang tercela sebab takrif atau hakikat sombong ialah MENOLAK KEBENARAN ISLAM.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...