Friday 29 June 2012

Setiap zaman itu ada masalahnya tersendiri


Dari Mekah ke Jahiliyyah

Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Setiap zaman itu ada masalahnya tersendiri, setiap zaman itu ada keutamaan perjuangannya yang tersendiri. Dengan sebab itulah Rasulullah Salallahu alaihi wasallam bersabda dalam hadith yang mafhumnya: “Sesungguhnya, Allah akan membangkitkan pada permulaan setiap abad (100 tahun) seorang mujaddid yang akan memperbaharui urusan agama ini”

Mengapakah agama ini diperbaharui? Adakah ianya bermaksud mujaddid-mujaddid tersebut akan membawa bid’ah-bid’ah di dalam agama? Tentu sekali tidak, memperbaharui disini bermaksud “mencantikkan semula agama ini kepada rupa bentuk asalnya” dan “membuang segala kekotoran yang terpahat pada al-Islam akibat bid’ah dan serangan-serangan musuh”.

Berkata seorang ilmuan Islam, Shah Waliullah, “A Mujadid appears at the end of every century: The Mujadid of the first century was Imam of Ahlul Sunnah, Umar bin Abdul Aziz. The Mujadid of the second century was Imam of Ahlul Sunnah Muhammad Idrees Shaafi. The Mujadid of the third century was Imam of Ahlul Sunnah Abu al-Hasan al-Ash’ari. The Mujadid of the fourth century was Abu Abdullah Hakim Nishapuri.”.

Mengapakah Syeikh Hadith ini menyenaraikan individu-individu ini sebagai mujaddid? Jawapannya mungkin memerlukan kita untuk menoleh kebelakang sejenak akan sejarah umat yang pernah gemilang ini.

Abad pertama menyaksikan institusi khilafah yang semakin pudar peranannya dan khalifah yang semakin jauh dari ajaran Islam dan semakin larut dalam kemaksiatan. Institusi khalifah yang pada asalnya di amanahkan untuk bertindak sebagai refleks kepada pentadbiran Rasulullah s.a.w mula hilang kepercayaan dari umat Islam sendiri. Akhirnya, Umar Abdul aziz lahir tepat pada abad pertama hijrah membersihkan kembali institusi kepimpinan umat Islam ini dari segala kemaksiatan dan mengembalikan peranannya dalam melestarikan umat sehinggakan beliau digelar “Khalifah al-Rasyidin ke-5”. Maka dengan lahirnya Umar bin Abdul Aziz, selesailah masalah institusi khalifah yang semakin hari semakin jauh dari fungsi asalnya.
Abad kedua hijrah menyaksikan Islam tersebar dengan begitu pesat sekali. Abad ini menyaksikan Islam mula sampai ke negeri-negeri yang bersalji, beriklim 4-musim dan mempunyai corak latar masyarakat yang pelbagai. Ulama’-ulama’ mula pening memikirkan bagaimanakah untuk menyesuaikan hukum-hukum fiqh yang dahulunya dilaksanakan di negeri padang pasir di negara-negara baru ini. Tiada kaedah spesifik yang boleh dirujuk untuk mereka menetapkan hukum-hukum tersebut. Dengan itu, lahirlah al-iman Asy-Shafi’e yang dengan berkat usaha imam ini, maka lahirlah ilmu baru di dalam Islam iaitu “usul fiqh” yang dengan ilmu ini, ulama’-ulama’ akan lebih jelas akan bagaimanakah sesuatu hukum itu boleh ditetapkan.

Bilangan penganut agama Islam pada abad ketiga hijrah bertambah ramai, tanah-tanah yang didiami umat Islam juga terlalu besar keluasannya. Kesucian Islam mula dinodai dengan kekotoran-kekotoran dari sumber-sumber luar yang menempel pada aqidah Islam. Tumbuhlah ajaran-ajaran sufi dan tarekat yang menyalahi aqidah ahlussunnah wa-al jamaah. Unsur-unsur falsafah sesat dari Yunani dan greek mula meresap ke dalam pemikiran umat Islam. Alhamdulillah, Allah menyelamatkan umat ini dengan munculnya sebuah bintang bersinar yang diberi nama Abu Hassan Al-Asya’ari. Imam Abu Hassan Al-Asya’ari bertanggungjawab men’define’kan semula siapakah golongan ahli sunnah wa-al jamaah yang sebenarnya dan apakah konsep aqidah Islam yang sebenarnya. Dengan itu, terselamatlah umat Islam dari kesesatan aqidah yang natijahnya neraka jahannam.

Nah!, itu semua cerita dahulu, Mari kita teliti pula akan apakah permasalahan pada abad ke 21 ? Tentu kita semua akan setuju dengan point-point yang saya nyatakan di bawah
  • Kepimpinan – Ketiadaan khalifah untuk mewakili umat Islam seluruhnya, kepimpinan dengan cara barat dan penolakan undang-undang Islam di watan-watan Islam, kepimpinan yang munafiq dan bersekongkol dengan ejen-ejen musush
  • Hak asasi manusia – Penindasan serta dinafikan hak-hak kebebasan khususnya di Palestin, Iraq, Afghanistan, Pattani, Mindanao, Xinjiang dan negara-negara barat
  • Sosial – Keruntuhan akhlah umat Islam, gaya hidup barat, penyebaran pemikiran sekular
Dari sudut sumber kekayaan dan bilangannya, umat Islam kelihatan tidak mempunyai sebab untuk tidak bangkit dan menerajui pemerintahan dunia. Lebih membimbangkan, sebilangan besar negara-negara yang majoritinya umat Islam bukan sahaja ketinggalan dari sudut ekonomi malah mempunyai sejarah pertelingkahan pemerintahan yang berpanjangan.

Sekiranya kita mengkaji akan titik tolak menggilanya badai-badai kejatuhan ini, pastilah kita dapat melihat dengan jelas bahawa kebanyakan permasalahan-permasalahan ini bermula apabila runtuhnya sistem khilafah turki uthmaniyyah pada 1924. Tanah-tanah Islam mula dipecah-perintah mengikut fahaman perkauman yang sempit dan asabiyyah, pemerintahan dan pemerintah tanah umat Islam mestilah asuhan dan gaya barat dan menolak cara pemerintahan dan undang-undang syari’ah dan kekayaan bumi umat Islam ini diratah tanpa kawalan oleh pihak penjajah.
Jadi, mengapa saya menulis artikel ini ? Tentu sekali untuk menyatakan bahawa setiap dari umat Islam itu perlu bertindak mengikut priotiy di zaman tersebut.Jika di zaman mekah fokusnya adalah pembinaan individu muslim dan da’wah, jika di Madinah fokusnya adalah pembinaan sebuah negara dan usaha-usaha memperkukuhkannya, jika era umayyah, fokusnya adalah jihad menyebarkan amanah da’wah kepada seluruh pelusuk alam, jika era abasiyyah, fokusnya adalah mentadbir dunia dengan acuan ketamadunan Islam. Jadi apakah fokus kita pada abad ke-21 ?

Mungkin dapat kita simpulkan disini, permasalahan umat Islam pada abad ke-21 adalah tiadanya khilafah yang dapat mendokong dan menyatukan umat Islam keseluruhnannya dan mengembalikan roh Islam ke dalam jiwa umat ini. Umat Islam pada abad ke-21 adalah umat yang berpecah sepertimana zaman jahiliyyah, lemah dari sudut politik dan mudah dimanipulasi dan dijinakkan dari sudut ekonomi. Tanpa ragu, wajiblah umat Islam untuk berusaha mengembalikan pemerintahan khalifah di muka bumi ini dengan segala macam cara bermula dengan pembinaan individu-individu muslim yang faham al-Islam dengan kefahaman yang syumul dan memperjuangkannya dengan hati yang ikhlas dan penuh ketaqwaan.

Pelajarilah Islam dan Perjuangkannya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...