Thursday 1 December 2011

Sambungan........



Kisah kesyahidan yang patut difikirkan.

Penulis terpanggil untuk menulis kisah benar ini dengan harapan agar dapat dijadikan bahan fikir kita bersama supaya terlerai kekeliruan dalam hal berbai’ah dengan jemaah islam.

Kisah ini telah diceritakan oleh Dr Jamnul Azhar Mulkan yang telah menyertai misi bantuan kemanusiaan di Palestin pada awal tahun 2010.


KISAH 1

Ketika bertugas di sebuah hospital di Gaza,Dr Jamnul Azhar Mulkan bersama sekumpulan doktor ditugaskan membuat pembedahan keatas seorang warga Palestin yang cedera parah terkena tembakan tentera Israel.

Pasukan itu berusaha keras untuk mengeluarkan peluru yang menembusi badan mangsa dan berusaha menghentikan pendarahan teruk yang dialaminya namun mangsa meninggal dunia sebelum pembedahan selesai.

Berdasarkan amalan biasa mengikut prosedur pembedahan,Dr Jamnul Azhar mengarahkan pasukan jururawat yang bertugas supaya menempatkan jenazah itu di satu sudut sebelum dipindahkan ke bilik mayat.Biasanya mayat manusia akan menjadi keras ( kaku ) selepas beberapa jam meninggal dunia. Ketika itu barulah mayat boleh dimasukkan ke bilik mayat.

Sebaik menerima arahan tersebut,seorang jururawat senior tersenyum memandang Dr Jamnul Azhar.Kata Jururawat itu: ” Saya dah bertugas di sini selama 30 tahun.Kami telah  menghadapi beribu-ribu peristiwa kematian seperti ini.Kalau tuan doktor nak tunggu mayat ini menjadi keras maka tak tahulah sehingga bila kita akan menunggu.Untuk makluman tuan doktor mayat seperti ini tidak akan menjadi keras (kaku)”.

Dr Jamnul tersentak sedikit lalu bertanya: ” Kenapa mayat seperti ini tidak menjadi keras?”

Jururawat itu menjawab:” Mereka ini adalah syuhada!.Kematian mereka adalah mati syahid di jalan Allah.Oleh itu,mayat mereka tidak sama seperti mayat orang yang  mati biasa.Mayat mereka tidak akan kaku ( keras )”.

Dr Jamnul Azhar terpegun mendengar penjelasan itu,lalu memberi isyarat supaya mayat tersebut terus dibawa ke bilik mayat. Benarlah janji Allah di dalam ayat 169 surah Ali-Imran;

  Dan jangan sekali-kali kamu menyangka bahawa orang yang terbunuh
 ( gugur Syahid ) pada jalan Allah itu mati. ( sebenarnya mereka tidak mati ) bahkan Mereka tetap hidup ( secara istimewa ) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat".
    






KISAH 2

Ketika bertugas di hospital yang sama,pada suatu hari Dr jamnul Azhar di beri tanggungjawab untuk menguruskan pengkebumian jenazah seorang warga Palestin yang mati syahid dalam pertempuran dengan tentera israel.

Pejuang yang telah mati syahid itu berumur sekitar empat puluhan.Ibunya masih hidup.Setelah memaklumkan kesyahidan pejuang itu kepada ibunya,Dr Jamnul Azhar bertanya tempat pilihan ibu itu bagi bersebelahan dengan pusara suaminya iaitu bapa kepada pejuang yang syahid itu.si bapa itu juga adalah seorang pejuang yang telah mati syahid pada tahun 1979.

Kerja-kerja menggali  liang kubur dilakukan dengan menggunakan peralatan asas sahaja iaitu cangkul dan penyodok.Rupa-rupanya pasukan Dr Jamnul menggali liang yang terlalu hampir dengan kedudukan kubur bapa kepada jenazah yang mahu dikebumikan itu.Akibatnya,hayunan cangkul salah seorang petugas telah melukakan tubuh mayat yang mati syahid pada tahun 1979 itu.

Dr Jamnul Azhar amat terkejut kerana darah terpancut kuat daripada luka mayat yang telah dikebumikan sejak 31 tahun yang lalu.Mayat itu tidak reput,malah masih mengalirkan darah yang segar.Sekali lagi benarlah janji Allah bahawa orang yang mati syahid itu sebenarnya tidak mati,bahkan mereka hidup di sisi tuhan dengan mendapat rezeki melimpah ruah.




RUMUSAN PENTING





Dua kisah ini adalah cebisan kecil daripada cerita kesyahidan ratusan ribu pejuang palestin sepanjang pertempuran dengan Yahudi israel.Saya bawakan kisah ini bukan sekadar untuk menceritakan kebenaran mati syahid.
Di sebalik bukti kesyahidan itu ada isyarat yang boleh membantu menjernihkan persepsi dan keyakinan kita tentang jemaah islam.

Kedua-dua pejuang yang mati syahid dalam kisah perjalanan Dr jamnul Azhar itu adalah anggota HAMAS (Harakah al-Muqawamah Al-Islamiah).
Di tubuhkan pada tahun 1987 oleh Syeikh Ahmad Yassin,Abdul Aziz Rantisi dan Muhammad Taha.Jemaah ini merupakan cabang kepada Ikhwan Al-Muslimin yang berpusat di Mesir.

Pada tahun 2006,HAMAS memenangi pilihanraya parlimen Palestin dengan majoriti  yang besar.Mulai saat itu HAMAS merupakan kerajaan yang sah mentadbir Palestin sehinggalah campurtangan antarabangsa yang menyebabkan kemudiannya Hamas hanya berkuasa di Gaza manakala FATAH berkuasa di Tebing Barat.

PERSAMAAN ANTARA HAMAS DAN PAS

-Kedua-duanya adalah sebuah organisasi yang mengistiharkan diri sebagai jemaah islam.

-Gerak kerja mereka merangkumi semua juzuk islam yang berkaitan dengan keperluan setempat iaitu dakwah (amar makruf,nahi mungkar),kebajikan,pendidikan,*ketenteraan dan kemasyarakatan.

-Kedua-duanya mendaftar sebagai parti politik untuk terlibat dalam pilihanraya di negara masing-masing.

-Keduanya juga terlibat bersama jamaah islam di serata dunia yang berusaha menyatukan umat islam dan memperkasakan umat islam dalam berbagai bidang.

Jangan lupa! Asal perbincangan kita ialah dua kisah mati syahid yang Allah dedahkan tandanya secara nyata kepada kita melalui pengalaman sebenar pasukan Dr Jamnul Azhar.

Kesimpulan

Dengan penuh rasa tanggungjawab kita mengajak rakan-rakan di dalam jemaah selain Pas agar memerhati isyarat dan iktibar ini:

1)    Jika penglibatan dalam politik pilihanraya sistem demokrasi adalah salah dan berdosa secara muktamad,maka HAMAS juga bersalah dan berdosa kerana mereka terlibat dengan politik.
2)    Jika penglibatan dalam politik adalah salah dan berdosa kerana politik itu sangat kotor maka HAMAS juga bersalah dan berdosa kerana mereka turut bergelumang dengan kotoran itu.
3)    Jika jemaah yang bertanding dalam pilihanraya adalah jemaah yang gila kuasa dan bersalut dengan sifat mazmumah(gila pangkat),maka HAMAS juga adalah jemaah yang tercela kerana mereka juga boleh disifatkan gila mengejar kuasa.


TETAPI .........bagaimana pula boleh berlaku dua anggota HAMAS yang diceritakan oleh Dr Jamnul Azhar itu mati dengan membawa tanda-tanda syahid yang nyata?

Dua pejuang itu mati syahid dalam keadaan mereka berbai’ah dengan jemaah islam HAMAS,maka HAMAS adalah jemaah yang benar.

HAMAS bergerak untuk mencapai matlamat islam melalui pelbagai cara pendekatan dan strategi termasuk menyertai pilihanraya.Mereka tidak beriman dengan sistem demokrasi itu tetapi mereka mengambil kesempatan di celah-celah ruang yang terbuka supaya gerakan islam dapat maju beberapa tapak kehadapan.

Begitulah juga konsep dan prinsip penglibatan PAS dalam politik di Malaysia.......

FIKIRKANLAH........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...